Sunday 10 November 2019

Komando Bintang



Prekuel kepada Novel Perang 3 Empayar


"He who knows the enemy and himself will never in a hundred battles be at risk" Sun-Tzu (Fourth Century B.C)

Planet Hyrion,Sektor 12-X,Bulan Gder.Sektor sempadan Persekutuan Siklon.Penghujung Abad ke-4 Kosmik.


Sebuah pesawat Persekutuan Siklon kelas Bidadari 3 telah meluncur laju menuju ke sektor itu."Kita hampir sampai,masa ketibaan 10 minit lagi" kata juruterbang berpangkat Kapten kepada pasukan askar di kopkit melalui interkom topi juruterbang pesawat itu."

Pasukan askar yang berada di kopkit belakang sedang siap sedia untuk satu operasi khas memegang Raifal EC 6-X.Kemudian kapten pesawat Bidadari itu berkata lagi pada pembantu juruterbang pesawat yang duduk sebelahnya berpangkat leftenan"Kita perlu aktifkan sistem penyamaran halimunan sekarang".Pesawat Bidadari itu kemudian menjadi halimunan selepas diaktifkan sistem perisai halimunan.Kelihatan 3 buah Kapal Perang kelas Penumpas berada di situ di atas orbit bulan Gder.Tentera Empayar Suria sedang mengawal atau cuba menguasai sektor itu."

Nampaknya tentera Empayar cuba untuk menguasai sektor ini.Itulah signal bantuan yang dihantar oleh Kolonel Twigny kepada kita.Mereka sudah mula menyekat semua komunikasi luar"kata kapten pesawat Bidadari itu .

"Nampaknya mereka cuba menguasai sektor itu.Kolonel Twigny meminta bantuan kita.Semua sistem pertahanan orbit dan komunikasi telah dimatikan.Pasukan keselamatan kita di situ telah tumpas,"kata ketua Pasukan Khas itu.Tag di baju zirahnya tertera "KOMANDO BINTANG"

"Objektif pertama kita,selamatkan Professor Azanin dan Professor Azadi di "Makmal Rahsia",pastikan semua data-data dan maklumat "senjata rahsia" tidak jatuh ke tangan musuh.Kedua,hidupkan semula pertahanan orbit dan komunikasi.Kita perlu mengaktifkan pertahanan untuk menyekat bantuan musuh dari Kapal Penumpas yang berada di orbit bulan dan menghubungi kapal induk kita untuk bantuan tembakan.Ketiga selamatkan semua tahanan yang masih hidup".Tertera di tag namanya "Zack Stigatio" merupakan ketua Pasukan Khas Komando Bintang.Kapal Bidadari itu melungcur laju melepasi ketiga-tiga kapal Penumpas itu tanpa dikesan."Okay,kita hampir sampai"kata Kapten Zack.Lampu hijau di kopkit kapal Bidadari bertukar merah.Menandakan kapal itu semakin menghampiri destinasinya.Kapal itu perlu berada jauh di kawasan pengkalan yang dikuasai musuh itu."Harap-harap Kolonel Twigny masih lagi hidup"kata Leftenan Tatiana yang memandu pesawat Bidadari itu.Lampu merah berkelip-kelip lagi.Pesawat Bidadari itu masih terapung-apung di atas permukaan.Kemudian pintu kopkit terbuka.

"Okay skuad,kamu tahu apa yang perlu kamu buat.Objektif kita selamatkan 2 "aset" dan Kolonel Twigny,hidupkan komunikasi dan hubungi kapal LA Kilat dan LA Ombak untuk bantuan"kata Kapten Zack.

"Baik tuan"balas semua anggota skuad itu.

Leftenan Tatiana berkata"Semoga kamu berjaya dalam misi ini."

Zack menyarungkan topi khas ke kepalanya.Dia kemudian menekan punat di tangannya.Hologram peta keluar dari tangannya.Dia terus mengambil senapang EC-6X dan beberapa magazin peluru khas.Selepas itu baju zirah itu menjadi halimunan.Seluruh skuad itu turut mengaktifkan mod halimunan pada baju zirah mereka.Lampu merah tadi bertukar menjadi hijau menanda sudah tiba waktu misi bermula.

Zack terjun dahulu ke permukaan tanah kemudian diikuti skuad Komando Bintang yang lain.Mereka kemudian berada di posisi masing-masing.

"Kapten,kami berangkat dahulu sebelum musuh menyedari kehadiran pesawat ini,hubungi kami setelah misi berjaya"

"Baik,terima arahan.Komando Bintang akan memulakan misi!!"

Hasil nukilan asal SpartaBatKing117