Sunday 13 November 2022

Seram Bab 17 Wad Hospital

Dsi adalah pesakit yang ingin menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta.Dia perlu berada di wad sebelum pembedahan.Pada petang itu,dia mendaftarkan diri dan diberi sebuah katil untuk dia berehat dan diberi ubat sebelum melakukan pembedahan yang dijadual akan dilakukan dalam masa sehari atau dua hari.Pada petang itu dia duduk di katil itu,bilik itu ada 2 katil,satu mengadap ke tandas dan satu lagi mengadap ke tingkap luar.Jadi Dsi memilih katil mengadap ke tandas,untuk memudahkan urusan jika ingin ke tandas.Katil satu lagi itu kosong dan tiada pesakit lain.Jadi malam itu Dsi bermalam keseorangan.Ketika itu ada jururawat sekali sekala datang untuk memeriksa keadaan pesakit serta memberi ubat mengikut prekripsi pesakit.Dsi telah dicucuk dan diambil darah serta dimasukkan ubat antibiotik dalam bentuk titisan.Dsi mengalami kesakitan batu karang.Kadang-kadang ia berasa sakit kemudian sakit itu hilang.Jadi doktor pakar akan sarankan dia menjalani pemeriksaan MRI pada keesokan hari untuk mengesan batu di dalam saluran kencing atau buah pinggang.Dan selepas itu diberi pilihan untuk menjalani pembedahan Uterescope untuk membuang batu atau tidak.Jadi Dsi telah membuat keputusan untuk menjalani pembedahan itu setelah Dsi telah menderita kesakitan yang datang tanpa mengira masa sejak sebulan lepas.Kencing berdarah pada permulaan,dan kerap sakit belakang.Pengunaan ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesan kesakitan.Jika diukur tahap kesakitan 1-10 yang diukur oleh pihak hospital,nescaya ia lebih dari angka 10.Dsi tidak tahan lagi dan berjumpa dengan pakar.Ketika itu masih lagi wabak Covid-19 melanda negara jadi hospital kerajaan penuh dengan pesakit Covid-19 serta kes selain wad kerajaan penuh dengan pesakit Covid-19 dan temujanji di hospital juga akan mengambil masa yang lama.Dsi dalam dilema dan tiada pilihan lain melainkan ke hospital swasta.Dsi bernasib baik kerana dia ada insurans perubatan yang pernah diambilnya dahulu.Bukan dia tidak mahu ke hospital kerajaan tapi keadaan ketika itu memaksa dia.Pihak kerajaan pun mengarahkan pesakit penyakit selain Covid-19 ke hospital swasta dan Covid-19 telah menyebabkan peningkatan kes naik mendadak di seluruh hospital dalam negara.

Dsi baring saja malam itu di katilnya sambil menonton televisyen.Malam itu dia hanya keseorangan di bilik itu.Tiada pesakit lain yang berada di bilik itu.Dsi ingin lelap tapi tidak boleh.Kerana dia terasa sakit di bahagian pinggang yang sekejap ada sekejap tiada.Makanan yang dihantar petang tadi pun tidak habis.Dsi mula bangun untuk ke bilik air sambil membawa ubat titik sekali.Malam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.Dsi kembali semula ke katilnya.Dia kembali baring sambil menonton televisyen.Siaran perlawanan Euro 2020 ditonton.Perlawanan itu sepatutnya dijadual berlangsung pada 2020 tapi disebabkan wabak Covid-19,maka ia berlangsung lewat pada 2021.Tiba-tiba langsir sebelah seperti bergerak-gerak seolah olah macam digerak sesuatu.Dsi tidak perasan.Tapi langsir itu bergerak-gerak lagi.Dsi mula merasa pelik.Dsi terus bangun dan pergi ke katil sebelah yang terlindung oleh langsir itu.Tiada apa-apa di situ.Dsi melihat ke tingkap.Tiada apa-apa juga.Tingkap itu tidak boleh dibuka.Sudah diskru tempat pemegang.Jadi tiada angin boleh masuk.

"PELIK" kata hati Dsi.

Dsi melihat ada bantal di situ.Alang-alang tiada pesakit di situ.Baik dia ambil bantal itu untuk baring di katil.Ada bantal lebih.Dsi mengambil bantal itu dan pulang ke katil semula.Dia juga pergi ke dinding untuk setkan suhu penghawa dingin kerana Dsi ada asma.Tidak boleh suhu terlalu sejuk.Lagipun jika ada serangan asma ketika Covid-19 agak berisiko.Lagipun ketika itu kes Covid-19 masih tinggi.Dsi pulang ke katinya semula.Dia kemudian mengemas makanan tadi dan meletakkan pada sudut tepi katil.Dia baring semula.Beberapa lama dia cuba melelapkan mata.Kesakitan tadi sudah berkurangan kerana kesan ubat titik dan antibiotik.Setelah lama baring dan ingin melelapkan mata,langsir sebelah dia bergerak lagi dan bergegar.

"Ah,sudah.Apakah ini?"kata Dsi.Dsi mula rasa tidak sedap hati.Tangan dia terasa ingin tarik langsir itu,tapi dia masih ragu-ragu.Langsir itu bergerak-gerak lagi.Dsi melihat jam di dinding sudah pukul 3 pagi.Dia teringin menekan butang untuk memanggil jururawat supaya menemaninya tapi dia berasa segan dan mungkin akan ditertawakan.

Kali ini langsir itu bergerak dari hujung ke hujung sudut dan kemudian ia hilang.Dsi mula hilang sabar dan menarik langsir itu.Tiada apa-apa.Atas katil itu kosong.Dsi mengambil alat kawalan jauh dan menguatkan suara televisyen.Kebetulan ada siaran bacaan al-Quran pada siaran televisyen.Lalu Dsi pun dapat lena sekejap sampai jururawat datang pada jam 6 pagi untuk memeriksa pesakit.Dsi terbangun.Syukur rasanya.Jururawat memberitahu Dsi perlu berpuasa pada pagi sebelum pembedahan.

Keesokan hari,Dsi perlu berpuasa atau istilah lain NIL BY MOUTH sebelum menjalani pembedahan pada tengahari.Dsi makan dan minum dan makan ubat sebelum berpuasa.Kemudian DSI baring tidur dan berehat sebelum doktor datang menerangkan prosedur pembedahan.Dsi perlu menukar pakaian,mencabut apa-apa di badan seperti jam,cincin,cermin mata dan simpan semua barang peribadi di loker yang disediakan,menulis senarai barang untuk mengesahkan dan memberi kunci loker pada jururawat bertugas.Seterusnya Dsi perlu memilih samada dia perlu ditidurkan atau diberi bius Epidural kerana dia ada asma,mungkin ada kesan komplikasi jika ditidurkan.Jadi dia disarankan untuk memilih bius Epidural yang biasanya dipakai oleh wanita yang ingin bersalin.Jadi Dsi kemudian baring di katil dan dia hanya melihat saja lampu syiling atas sepanjang dia dibawa ke bilik pembedahan.Perasaan gugup dan gementar pun ada.Pertama kali dibawa ke bilik pembedahan.Dahulunya hanya dilihat di kaca televisyen tapi kali ini dia hadapi realitinya ke bilik pembedahan.Perasaan takut dan seram juga menyelubunginya.Sampai ke dalam lif.Dikelingi oleh pegawai perubatan yang memakai set lengkap PPE.Seolah-olah seperti menghadapi pesakit Covid-19.Dsi hanya baring dan pasrah saja.Dia hanya baring saja.Tiada apa daya untuk berbuat apa-apa.Dia hanya memikirkan untuk cepat sembuh dan hadapi saja pembedahan dengan selamat tanpa apa-apa komplikasi.

Ting...

Bunyi lif tiba di tingkat bilik pembedahan.Katil itu ditolak oleh pegawai perubatan dan dibawa masuk ke tepi pembedahan lalu masuk ke dalam.Dsi mula terasa seram dan cuak.Tapi dia cepat-cepat menarik nafas.Suasana bilik itu luas.Katil Dsi tiba di tepi katil pembedahan.Dsi hanya mampu menarik nafas.Dia sebenarnya jika boleh ingin memilih ditidurkan supaya dia tidak perlu melihat semua ini.Tapi apakan daya dia tidak disarankan mengambil kerana ada kesan dan takut ada komplikasi alahan pada ubat tertentu yang mungkin akan berisiko.Dsi diangkat ke katil pembedahan oleh pegawai perubatan.Pegawai perubatan kemudian membuka baju dan pakar bius mula menampal sesuatu pada belakang Dsi serta memasang alat elektronik pada badan dan tangan Dsi.Pegawai itu menyuruh Dsi bertenang.Mungkin akan sakit sedikit sebab disuntik bius Epidural pada dalam tengah tulang belakang.Dsi mula merasa takut sebentar.Suhu bilik itu sungguh sejuk sedangkan dia hanya memakai apron baju pesakit.Pakar bius itu menyuruh menarik nafas.

Tusukan jarum itu terasa pada tulang belakang.Jarum itu terasa besar.Agak sakit.

"UGHHHH"Dsi mengerut dahi menahan sakit.

Pegawai perubatan lelaki itu memeluk Dsi supaya bertenang dan memberi semangat.

"Tenang,tenang..sekejap saja sakit itu".

Selepas itu,Dsi merasa sedikit kebas dari tulang belakang dan seterusnya sedikit demi sedikit turun ke kaki.Lama kelamaan Dsi tidak dapat merasa apa-apa dari pinggang ke tapak kaki.Seolah-olah terasa macam lumpuh dan kaki dia tidak boleh bergerak.Jururawat mula memasang kain di tengah perut dan membantu doktor pakar menyediakan alat.Dsi hanya baring saja.Dia tidak dapat merasa apa-apa ketika itu.Seolah-olah lumpuh separuh badan.Dia hanya baring dan melihat keliling.Tidak nampak apa yang disebalik kain penghadang itu.Selepas beberapa lama,Dsi yang baring mula sedar walaupun dia hanya baring sebentar.Doktor,pegawai perubatan,pakar bius serta jururawat mula mengemas dan pegawai perubatan mula mengangkat DSI ke katil sebelah.Dsi sempat melihat kain selimut sebelum ini,ada banyak darah tapi Dsi masih tidak merasa apa-apa kerana kesan bius.Kakinya tidak dapat bergerak.

"Encik Dsi,kesan bius mungkin akan mengambil masa beberapa jam.Bius akan hilang sedikit demi sedikit.Selepas itu baru kaki encik boleh bergerak selepas beberapa jam.Harap Encik Dsi boleh berehat'kata penerangan oleh jururawat yang menolak katil itu.Dsi hanya mengangguk faham.Dia terasa seolah telah lumpuh.Hanya tangan dan kepala boleh bergerak.Selepas itu,Dsi hanya melihat lampu syiling sambil bergerak.Pembedahan itu berjalan sekitar pukul 2 lebih.Sekarang sudah pukul 4 lebih.

Ting....

Lif sudah sampai ke Wad Pembedahan.Lalu katil itu masuk ke dalam bilik wad Dsi semula.Lalu dipasangkan alat disekeliling DSi untuk pemeriksaan serta kantung air kencing kelihatan ditepi katil.Seolah-olah Dsi tidak boleh bangun dan lumpuh.DSi hanya baring saja.Kemudian datang pekerja membawa makanan dan diletakkan di sebelah meja katil wad itu.Dsi hanya memandang saja,tidak boleh bangun atau angkat kakinya.Tiada rasa apa-apa.Dia perlu berehat saja.Semua sudah berlalu dengan selamat.Dia baring dan lelapkan mata.

Beberapa lama kemudian,Dsi mula sedar,jururawat datang dan memeriksa keadaan,suhu dan tekanan darah serta tahap kesihatan serta membawa ubat.Dsi mula terasa sedikit kebas,kali ini jari kakinya sudah boleh terasa sedikit demi sedikit.Kakinya sudah boleh diangkat,tapi masih terasa berat.Lama kelamaan,kesan itu mula hilang.Kakinya sudah jadi ringan dan boleh diangkat.Akhirnya boleh bergerak.Jam sudah menunjukkan 9 malam.Dsi boleh bergerak dan mula terasa lapar.Dia menarik meja katil wad itu untuk makan setelah dari pagi tadi dia perlu Nil by Mouth atau berpuasa.Kelihatan ada sedikit darah pada selimutnya kesan pembedahan tadi.Ada terasa sedikit pedih jika banyak bergerak kerana saluran pek air kencing itu.Dsi mula makan secara perlahan-lahan.Yang penting,kesakitan di pinggang itu sudah tiada lagi.Doktor datang membawa sampel batu itu,menyerahkan pada DSi dan memeriksa dan menyatakan semua sudah ok.Terdapat dua ketulan batu berukuran 6mm.Doktor menyuruh DSi berehat saja,minum banyak air masak dan tidak perlu risau dan boleh merokok jika ingin merokok di tingkat bawah tanah sambil berseloroh.Dsi hanya tergelak dan faham gurauan doktor pakar itu.Mana mungkin kawasan hospital boleh merokok atau dalam keadaan begini selepas pembedahan.Tempah maut nampaknya dah sakit cari penyakit.Lagipun dia masih tidak boleh bangun kerana kesan bius masih lagi ada.

Dsi baring berehat dan menonton televisyen.Ada siaran ulangan perlawanan Euro.Kadang-kadang dia melihat siaran lain juga.Ada siaran filem,wawancara,iklan,bual bicara dan sukan lain.Jam menunjukkan waktu 12 lebih malam.Malam itu Dsi masih keseorangan.Waktu itu pelawat tidak dibenarkan melawat ketika era Covid-19.Wad agak sunyi tanpa pelawat.Hanya pesakit dan staf hospjtal saja kelihatan,tidak seperti biasa sebelum wabak Covid-19 melanda.Peneman atau penjaga juga perlu jalani ujian RTK-Actigen atau Swab Test yang agak pedih dan terpaksa tunggu sehari dua lepas keputusan,lagipun agak mahal kos itu dan tidak termasuk dalam kos insurans kesihatan.Lagipun ia cukup berisiko berada di hospital ketika Covid-19.Jadi Dsi menyuruh isterinya tidak menemani beliau.Hendak tak nak terpaksa semua buat sendiri.Cuma jika perlukan bantuan penting,perlu tekan punat panggil jururawat.

Jam menunjukkan pukul 1 lebih.Biasa malam jururawat jarang datang,hanya jika perkara penting saja untuk bawa ubat atau periksa pesakit.Dsi baring dan tidak banyak bergerak kerana ada jarum di tangan dan pek air kencing.Tiba-tiba langsir bergerak lagi seperti semalam,kali ini lebih banyak bergerak.

'Ah,sudah"kata hati Dsi.

Setahu Dsi katil itu tiada orang.

Kriukkk...kriukkk

Bunyi besi katil.Kali ini lagi hebat dugaan dari semalam.Dsi pasrah kali ini.Dia tidak boleh bangun atau bergerak semalam.Kesan bius masih terasa lagi.Dia hanya mampu menarik selimut.Tapi langsir itu masih bergerak lagi.Dsi menoleh.Dia ternampak seperti ada bayang gelap pada sebalik langsir itu.Sedang bangun dari katil.Allahuakbar.Keseraman apa ini dikala kudrat ku masih lemah ini.Tup tap..tup tap..bunyi tapak kaki...

Kelihatan sebuah lembaga di hujung katil.

Dsi amat takut.Tiba-tiba ada suara.

"Hello bro.."

Dsi menarik selimut dan melihat.

Kelihatan seorang lelaki di situ yang ingin menuju ke bilik air.

"Fuhhh..hai"Dsi menarik nafas lega.

"Bila masuk sini,bro?"Kata lelaki itu.Pandangan agak kabur.

"Owh,semalam.Hmm,bila bro masuk sini pulak,saya tidak perasan tadi?"balas pertanyaan Dsi.

"Petang tadi,saya sampai terus tidur di sini.Ok,saya nak pergi bilik air dulu." Kata lelaki dengan nada perlahan itu.

Tup..

Pintu bilik air ditutup

Dsi berasa lega sangat-sangat.Hari ini sudah ada peneman.Jadi dia boleh tidur dengan lena lagi tanpa apa-apa gangguan.Dsi terus tidur dengan lena.

Pagi esok,kesan bius sudah tiada.Dsi dapat mengerakkan kaki seperti biasa.Doktor datang untuk memeriksa dan berkata "Sekarang saya boleh cabut pek air kencing ini,dan jika Encik Dsi mahu pulang hari ini pun boleh,jika mahu duduk seminggu di sini pun boleh pulang minggu depan pun boleh,saya boleh bagi cuti sakit juga,ada makanan sedap-sedap,semua insurans tanggung,encik tidak perlu bayar apa-apa"katanya sambil tersenyum.Doktor ini memang suka bergurau.

"Eh,tidak mengapalah doktor.Saya mahu pulang awal secepat mungkin.Doktor boleh bagi cuti sakit seminggu dan saya boleh berehat di rumah saja.Takut tinggal di hospital lama-lama."balas Dsi.

"Baiklah,nanti saya uruskan semua dan ubat-ubatan dan bagi pada jururawat dan boleh ambil di kaunter jika kamu ingin pulang hari ini"kata doktor itu.

Dsi baring semula.

Dia bangun kemudian dan mula mengemas barang-barang untuk pulang.Dia mula menarik langsir dan ingin menegur lelaki semalam.Dsi  memandang katil sebelah.Kosong.

"Eh,semalam bukan ada orang ke?"kata hati Dsi.

Jururawat datang dan menyuruh Dsi baring untuk mencabut jarum pada tangan Dsi sebelum pulang.Dsi mula bertanya pada jururawat itu.

"Misi,saya nak tanya?"

"Ya?"jawab jururawat berbangsa India itu.

"Semalam,memang ada pesakit ke sebelah katil saya?'

"Setahu saya memang kamu seorang saja di bilik ini.Tiada pesakit lain yang mendaftar masuk.Tapi sepatutnya memang ada pesakit yang ingin masuk semalam tapi dia tidak jadi masuk,ada hal tertentu.Mengapa?"

"Owh.Tiada apa-apa.Saya saja bertanya."

"Okay,semua sudah selesai.Encik hanya perlu mendaftar keluar dan tandatangan beberapa borang.Dan ini kunci loker untuk barang encik semalam."

"Terima kasih"

Dsi terduduk sebentar atas katil.Dia terpikir.Siapakah lelaki malam tadi?...

Dsi terus mengemas beg dan ingin cepat keluar wad itu.Dia terasa seram dan ingin cepat keluar.Terus dia ambil semua barang dan daftar keluar tanpa berfikir panjang lagi.

Apakah misteri lelaki itu?Apakah misteri langsir itu serta katil yang ada penghuni....

Dunia ini ada misterinya.

Nukilan SpartaBatKing117.