Monday 11 November 2019

Kronologi Persekutuan Siklon

Persekutuan Siklon
Sistem Siklon


Persekutuan Siklon pada asalnya adalah sebuah kerajaan yang mentadbir koloni-koloni di luar Sistem Suria dikenali sebagai Persekutuan Koloni Tera.Tetapi pihak Persekutuan Koloni Tera membuat keputusan yang mereka perlu mempunyai kuasa autonomi dan tidak terikat dengan pentadbiran Planet Tera.Beberapa siri pemberontakan dan perang saudara telah berlaku di Sistem Suria dimana Persekutuan Koloni Tera telah kalah dengan tentera Persekutuan Negara-Negara Bersatu dari Planet Tera yang kemudian bertukar menjadi Empayar Suria.Persekutuan Negara-Negara Bersatu telah menghantar armada angkasa dan tentera untuk mengambil alih semua jajahan-jajahan dan koloni-koloni di bawah Persekutuan Koloni Tera.Ramai pelarian melarikan diri ke pelbagai sistem di luar Sistem Suria.Pemimpin-pemimpin dan saki baki tentera Persekutuan Koloni Tera mengundurkan ke Sistem Siklon.Beberapa dekad kemudian,Empayar Suria telah tiba di Sistem Siklon.Perang telah berlaku dan ketika ini Persekutuan Koloni Tera berjaya mematahkan serangan Empayar Suria di Perang Lombong Biru dan berundur.Selepas itu Persekutuan Koloni Tera berjaya menyatukan beberapa koloni-koloni dan planet di Sistem Siklon dan luar lalu Sistem Siklon membentuk nama baru iaitu Persekutuan Siklon sempena nama sistem itu yang berbentuk seperti ribut siklon.Pusat pentadbiran Persekutuan Siklon terletak di Planet Taufan yang asalnya merupakan bandar industri pelombong.


Kini Planet Taufan menjadi pusat pentadbiran dan perdagangan dan dipenuhi dengan pelbagai industri-industri berat,berteknologi tinggi dan berdaya maju disamping planet-planet berhampiran menyertai Persekutuan Siklon kemudiaannya.Pentadbiran Persekutuan Siklon berbeza dengan Empayar Suria yang berciri sistem beraja yang autokratik dan Republik Rosa berciri sistem pemimpin agung yang diktator.Pentadbiran Persekutuan Siklon mengamalkan demokrasi dimana setiap koloni mempunyai wakil masing-masing di dalam Majlis Persekutuan Siklon yang berpusat di Planet Taufan.Pemimpin Persekutuan Siklon dipilih melalui undian wakil-wakil dalam Majlis Persekutuan Siklon yang dipanggil Presiden Persekutuan Siklon yang dibantu Timbalan Presiden.


Terdapat 15 planet yang diwakili berpuluh senator dan wakil dalam Persekutuan Siklon iaitu

Planet Seismo
Planet Tekno
Planet Mesinis
Planet Termino
Planet Chaoia
Planet Agros
Planet Hidros
Planet Telesia
Planet Radios
Planet Enjinia
Planet Tri-Mechos
Planet Dwi Klasin
Planet Tauran

Dan lain koloni-koloni yang bertempat di beberapa asteroid,satelit yang besar dan bulan.


(gambaran ilustrasi satelit)


Selepas Perang Lombong Biru yang berlaku di Planet Hidros ,Persekutuan Siklon telah membina dan memperkuatkan armada dan angkatan tentera serta beberapa kubu dan pertahanan di sekitar Sistem Siklon.


Pada penghujung abad ke-4 Kosmik,pengaruh Persekutuan Siklon telah memasuki Sistem Helion,dimana Persekutuan Siklon dan Republik Rosa telah berperang untuk menguasai sistem itu.Republik Rosa cuba memperluaskan pengaruh di Sistem Helion.Pertembungan dua kuasa itu telah mengakibatkan banyak serangan di Sistem Helion.Kebanyakan koloni-koloni di Sistem Helion berpihak kepada Persekutuan Siklon dan menentang kekejaman pentadbiran Republik Rosa manakala sebahagian mahu Republik Rosa menyekat pengaruh Persekutuan Siklon.Percaturan terakhir dua empayar itu berlaku di Planet Hyrion dimana dua-dua empayar itu mengalami banyak korban dan akhirnya Persekutuan Siklon berjaya menumpaskan armada Republik Rosa dengan musnahnya Kapal Induk Republik Rosa,Raflesia.Planet Hyrion menjadi planet ke-16 menyertai Persekutuan Siklon serta Lingkaran Asteroid X253-C di Sistem Helion.



P/S:Kronologi ini ditulis berdasarkan Novel Perang 3 Empayar kerana Novel Komando bintang ini merupakan prekuel kepada Novel Perang 3 Empayar.

Hakcipta SpartaBatKing117

1 comment:

Azan AFS Menulis said...

Dah mcm film starwars is so best epic battle