Monday 11 November 2019

Kronologi Republik Rosaria

Republik Rosaria
Sistem Sagittaria


Sektor:Sistem Sagittaria
Lokasi:Planet Pistia I,Republik Rosa (Pusat Pemerintahan Abad ke-5 Kosmik)

Empayar terbaru yang ditubuhkan di luar kawasan Empayar Suria adalah Empayar Republik Rosa.Planet Pistia I merupakan kawasan yang ketika dahulunya dibanjiri ramai pelombong yang membina koloni-koloni dan bandar-bandar di situ semasa Abad Keemasan Eksplorasi Manusia dahulu dan kemudian menjadi sebuah kerajaan autonomi kecil.Berlaku pemberontakan kecil di Planet Pistia I.Muncul seorang pendatang dari Planet Justicia bernama Zamaries tampil memimpin dan menyelesaikan pertelingkahan di situ.Kemudian dia dilantik menjadi pemimpin di Kota Bunga Raya.Di bawah pemerintahan Zamaries,kota itu menjadi makmur dan mereka telah membina beberapa pelabuhan dan bandar baru yang semakin berkembang.Mereka mengeksport pelbagai bahan-bahan mentah ke banyak sektor dan kawasan antaranya Persekutuan Siklon,Direktorat Galaksi,Empayar Suria dan beberapa koloni neutral.Zamaries telah menarik beberapa pemimpin tempatan dan bergabung membentuk pakatan yang kuat.Campurtangan tentera Empayar Suria di koloni-koloni di Sistem Sagittaria telah membuat beberapa pemimpin tempatan marah dan bergabung lalu pakatan itu membentuk sebuah kerajaan Republik Pistia pertama.Republik Pistia dipimpin oleh Zamaries.Selepas itu kerajaan Republik Pistia berkembang maju dan mempunyai ekonomi yang kuat dan membentuk satu pasukan tentera bagi mempertahankan 3 gabungan Planet Pistia iaitu Pistia I,Pistia II dan Pistia III dinamakan Pakatan Pistia di Sistem Sagittaria.

Sektor:Pakatan Pistia (Ibu Republik Rosa)Planet Pistia I,Pistia II & Pistia III
Lokasi:Sistem Sagittaria


Ketiga-tiga Planet Pistia dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan dan telah menjadi simbol Republik Rosa yang terkenal.Ketika era Abad Keemasan Ekplorasi Manusia,banyak spesis tumbuhan dibawa oleh U.K.E.G  dan ditanam di ketiga-tiga planet ini kerana kesesuaian iklimnya yang hampir sama dengan Planet Tera.Setelah beberapa abad,banyak bandar-bandar dinamakan sempena tumbuhan dan pada setiap simbol yang ada di dalam Republik Pistia terutamanya nama-nama bandar yang terkenal seperti Kota Bunga Raya.Penduduknya sukakan keindahan alam.Di Kota Bunga Raya terdapat sebuah pokok gergasi yang menjadi simbol penting kepada penduduk Planet Pistia I,yang dinamakan sebagai Pokok Seribu Tahun.


Pokok Seribu Tahun dipercayai merupakan pokok pertama dari Planet Tera yang ditanam di planet itu.Terdapat beberapa tumbuhan asal di planet itu sebelum ini.Planet Pistia I terkenal dengan keindahan bandar-bandar,bangunan pencakar langit dan penempatan penduduk yang dihiasi dengan tumbuhan.Planet Pistia II dan Pistia III juga mempunyai keindahan dan bandar-bandar dan penempatan yang unik.Keindahan itu terkenal dan tersebar ke serata sistem lain.Generator Atmosfera masih ada di ketiga planet itu tetapi sudah menjadi legasi dan tidak lagi digunakan.


Planet-planet di Sistem Sagittaria telah bergabung membentuk Republik yang besar lalu dinamakan Republik Rosa.Terdapat 23 planet yang bergabung di Republik Rosa iaitu:

Planet Mimosa I
Planet Mimosa V
Planet Justicia
Planet Acalypho
Planet Duranta
Planet Climxie
Planet Mirabilix
Planet Bauhinia
Planet Plumeria
Planet Gardenia
Planet Typhaa
Planet Cellar
Planet Thundragia
Planet Kopsia
Planet Xilem
Planet Tagetes
Planet Swieeta
Planet Ixora
Planet Sehum
Planet Rosaria
Planet Pistia I
Planet Pistia II
Planet Pistia III

Pakatan ini dibentuk kerana Empayar Suria sedang meluaskan pengaruh dan menjajah koloni-koloni dan planet-planet yang lemah.Untuk melindungi mereka memerlukan pemerintah yang kuat,lalu mereka melantik Zamaries sebagai pemimpin pertama bagi Republik Rosa.Zamaries telah memperkenalkan sistem pemerintahan baru yang mana setiap planet ditadbir oleh seorang pemimpin atau gabenor yang dilantik oleh Majlis Agung Republik Rosa.Majlis Agung Republik Rosa telah melantik Zamaries menjadi Pemimpin Agung pertama bagi Republik Rosa.Di bawah pentabiran Pemimpin Agung,Republik Rosa telah menjadi sebuah empayar baru yang kuat.Tiga gabungan Planet Pistia membentuk pertahanan yang kuat dimana Pistia I menjadi pusat pentadbiran bagi Republik Rosa manakala Pistia II dan Pistia III menjadi kota dan pengkalan tentera dan armada Republik Rosa yang kuat.Planet Jucticia dan Tagetes dijadikan pengkalan hadapan bagi menghadapi ancaman dari luar.


Sektor:Planet Tagetes
Lokasi:Sistem Sagittaria

Planet Tagetes adalah planet kedua terpenting selepas ketiga-tiga planet Pakatan Pistia.Ianya ditadbir oleh seorang gabenor.Planet Tagetes dipenuhi dengan padang pasir tetapi dibangunkan oleh kerajaan tadbiran Gabenor Shah dengan agrikultur dan infrastruktur yang canggih.Planet Tagetes membekalkan galian penting kepada Republik Rosa selain dari produk pertanian,rempah ratus,ubat-ubatan dan mineral.Suasana penempatan dan bandar-bandar mengikut rekabentuk Arab dan Parsi pada era Bumi dahulu dengan infrastruktur yang berteknologi tinggi dan mempunyai 4 Generator Atmosfera yang kini tidak lagi digunakan.

P/S:Kronologi ini ditulis berdasarkan Novel Perang 3 Empayar kerana Novel Komando bintang ini merupakan prekuel kepada Novel Perang 3 Empayar.

Hakcipta SpartaBatKing117

1 comment:

Azan AFS Menulis said...

Best membacanya,..terasa seperti berada diluar angkasa