Monday 13 March 2023

Seram Bab 22 Kawan Imaginasi Bahagian 1

Pada tahun 90-an,ada seorang budak lelaki bernama Vek selalu bermain sendirian kerana tiada rakan yang ingin bermain dengannya.Vek merupakan anak tunggal sebuah pasangan dan baru berpindah ke sebuah perumahan kuarters kerajaan kerana bapanya berpindah kerana naik pangkat.Vek selalu bermain sendirian di rumahnya.Ingin keluar tidak dibenarkan ibunya yang juga seorang kerani di sebuah sekolah berdekatan.Vek selalu bermain permainan seorang diri di rumah kerana ketika itu musim cuti sekolah.Kawan-kawannya selalu memulaukan dia kerana menganggap Vek seorang yang berperangai pelik.Vek hanya pergi sekolah dan hanya buat hal sendiri di kelas.Kawan-kawan sekelas dia selalu membuli dia kerana tidak puas hati dengan perangai Vek.Akhirnya Vek merasakan semua rakan sekelasnya hanya membenci dia dan memulaukan dia.

Pada suatu malam,Vek sedang baring di katilnya.Kedengaran satu suara di dalam almari.

"Vekkkkkk...."

Suara itu halus tapi merdu serta mengasikkan jika mendengarnya.

"Mari sini....kita bermain.."

Vek bangun dari katilnya.Vek terfikir-fikir.Siapakah yang memanggilnya dengan sahutan merdu pada malam-malam ini. 

"Marilahhhh!!!!"

Vek mula beranikan diri menuju ke almari itu.Dari luar almari itu ada beberapa kayu lubang udara,Vek mula melihat dari luar.Suara itu memanggilnya lagi.

"Marilah,buka pintu ini"

Vek masih lagi terpinga-pinga.Dia dalam dilema.Samada ingin buka pintu atau keluar dari bilik untuk memanggil ibubapanya yang sedang tidur.

"Janganlah takut,Saya ingin berkawan dengan kamu"suara merdu itu memujuknya.

Vek memberanikan dirinya membuka pintu almari putih itu.Kelihatan sesorang budak dalam almari itu yang sedang senyum padanya dan memberikan tangannya ke arah Vek.

Vek menyapa tangan itu dan menarik budak itu keluar dari almari.Vek bermain permainan bersama budak itu.Mereka juga berbual bersama-sama.

Keesokan harinya,ibunya menyiapkan sarapan sebelum pergi kerja.Bapanya sudah keluar awal pergi kerja kerana ada panggilan kecemasan.Ibunya terdengar suara gelak ketawa dan bunyi bercakap dari bilik Vek.Ibunya merasa pelik dan terus menuju ke bilik Vek.

Tok...tok..

Ibunya membuka pintu,lalu melihat Vek sedang bermain permainan.

"Tadi ibu dengar seperti kamu berborak dan gelak ketawa.Kamu ada bawa rakan ke?Tapi kamu seorang diri dalam bilik ini!"tanya ibunya.

Vek melihat rakannya menaikkan jari memberitahu dia tidak memberitahu kehadirannya di situ.

"Owh,Vek baca komik tadi.Pastu ada sesuatu yang kelakar.Itulah Vek ketawa.Vek baca dialog dalam komik tadi."balas Vek.

"Tadi ibu lihat kamu seperti memandang sesuatu"tanya ibu Vek lagi.

"Tidak ada apalah ibu,saja tengok dinding."

Kelibat budak itu mengangguk-angguk seperti setuju dengan jawapan Vek.

"Hmm..ibu sudah buatkan kamu sarapan dan makan tengahari.Nanti kamu buatlah kerja sekolah atau menonton televisyen.Jika ada apa-apa,guna telefon rumah dan hubungi pejabat ibu.Ibu mahu bersiap pergi pejabat"

"Baik ibu"balas Vek lagi.

Ibunya terus ke dapur dan bersiap-siap untuk pergi kerja.

Selepas ibunya keluar pergi kerja,Vek berlari-lari dalam rumah seolah-olah dia bermain dengan rakan.

Setelah lama kemudian,sekolah pun bermua musim persekolahan semula.Vek seperti biasa,dia jadi pendiam seketika di sekolah.Rakan-rakannya mula mengusik Vek.

"Macam mana cuti sekolah,best tak?Ada kawan baru ke?Hahaha."usik rakan-rakannya di sekolah.

"Ada,...lagi bagus dari korang semua"balas Vek.

Rakan-rakan dia terdiam apabila mendengar jawapan itu.

"Orang macam kamu ini mana ada rakan.Tipu,cuba bagitahu kami,siapa nama budak itu"kata salah seorang dari rakan sekelasnya itu.

"Koli namanya,dia lagi bagus dari kamu".

Semua murid dalam kelas itu terdiam.Kebisingan dalam kelas itu bertukar menjadi senyap sunyi seketika apabila mendengar nama itu.Seolah-olah seperti semua orang mengenali nama itu.

"Tipu,kamu bohong"kata seorang budak perempuan dalam kelas itu.

"Ya,mustahil.Koli....itu...."

"Mengapa dengan Koli...?..Saya sudah berkawan dengan dia."tanya Vek.

"Koli sudah meninggal awal tahun ini.Akibat dari kemalangan jalanraya.Sewaktu balik dari sekolah.Saya kawan baik dia dari kecil"balas budak perempuan itu yang kemudian dia menangis di atas mejanya.

"Tidak,ini tidak benar.Saya jumpa dia dalam keadaan sihat.Kamu semua bohong!!"

Rakan-rakan yang lain mula ketakutan.Kenyataan dari Vek membuat satu kelas berada dalam ketakutan.

"Kamu pelik,Vek.Kamu berkawan dengan orang yang sudah mati!,saya akan beritahu cikgu tentang perkara ini,budak pelik"balas seorang rakan sekelasnya.

Vek terus bangun dari kerusinya,berlari dan menarik baju rakannya yang ingin keluar dari kelas.Mereka kemudian berlari mengejar dan bergaduh di luar kelas.Suasana menjadi gamat dan riuh.Sehingga kedatangan beberapa orang guru meleraikan pergaduhan itu.

Di dalam bilik guru besar

Vek dan Gik berada di dalam bilik itu sementara menunggu kedatangan ibubapa masing-masing.

Ibu Vek dan ibu Gik datang memasuki bilik guru besar itu.Lalu duduk di kerusi.

"Apakah yang telah terjadi"kata kedua ibu itu.

"Begini,puan.Vek dan Gik telah bergaduh di luar kelas tadi.Saya telah bertanya mengapa mereka bergaduh.Dari kenyataan mereka,mereka bergaduh kerana isu berkawan.Tapi yang jadi isunya,saya tidak tahu adakah mereka berbohong atau ia berkait dengan salah seorang murid yang telah meninggal dunia awal tahun ini akibat kemalangan depan sekolah iaitu murid bernama Koli.

"Apa?" Kata ibu Vek yang terkejut dengan cerita itu.

"Ya,Vek telah bohong.Tidak mungkin orang yang telah meninggal boleh berkawan.Budak pelik"

"Kamu diam,Gik"kata guru besar yang dipanggil Puan Selin.

"Dia ada di bilik ini,di hujung almari itu.Sedang memandang Gik dengan muka yang marah"kata Vek.

Mereka semua menoleh ke tepi almari.Tapi tiada kelibat kelihatan.Semua kelihatan diam dan senyap seketika.Dan mereka mula menoleh ke arah Vek.Puan Selin bersuara,

"Begini,puan.Saya akan arahkan Vek dan Gik untuk pergi bilik kaunseling dan jika ia tidak berkesan.Puan perlu bawa anak puan ke hospital kerana mungkin ada masalah gangguan atau emosi yang terganggu..."

"Puan,anak saya tidak gila!!!"kata ibu Vek.

"Begini,Puan Wari.Saya tidak mengatakan anak puan gila,cuma mengatakan mungkin ada masalah sedikit dari segi mental atau emosi,perlukan bantuan."

"Dan disebabkan kamu berdua bergaduh dan melanggar peraturan,kamu perlu dihukum.Seminggu kamu berdua akan bersihkan tandas sekolah ketika waktu rehat dan balik sekolah.Ini hukuman paling ringan saya boleh beri,inipun kerana kedua ibu kamu datang."

"Tapi,Puan Selin,anak saya tidak bersalah"

"Bagi saya peraturan tetap peraturan,selagi di dalam sekolah,dan juga sebagai pengajaran."balas Puan Selin.

Mereka berdua keluar dari bilik itu bersama ibu masing-masing.

Vek ditanya ibunya ketika dalam kereta.

"Ibu ada nampak kamu berperangai pelik sejak kebelakangan ini.Kamu sering bercakap seorang diri"

Vek hanya berdiam saja.

Akan bersambung.

Nukilan SpartaBatKing.






No comments: