Tuesday 12 November 2019

Bab 1 Novel Komando Bintang

Bab 1
Pertembungan 


Sektor:Prevon X,Lingkaran Asteroid
Lokasi:Sistem Helion

Sebuah kapal pengangkut angkasa mengharungi ruang angkasa menuju ke sesuatu destinasi.Kapal pengangkut angkasa itu melintasi kawasan asteroid.Di dalam kapal pengangkut itu terdapat dua orang krew yang mengendalikan kapal itu.

"Drek,kita berada di kawasan merbahaya ini.Cuba kau ubah haluan kapal ini dan elakkan kawasan asteroid"kata seorang krew itu.

"Oh..jangan kau risau Rii.Aku biasa lalu kawasan ini untuk mengelak pihak berkuasa tempatan.Lagipun kawasan ini sudah beratus kali aku tempuhi"balas seorang lagi krew.

"Oh hoo.Aku tetap risau Drek.Ini pertama kali aku ikut laluan ini"

"Percayakan aku Rii.Kalau terlanggar pun,tiada kesan pun kepada kapal "kesayangan" aku ini..Aku sudah biasa...hahaha"kata Drek yang cuba meyakinkan rakannya itu.Kedua krew itu memakai suit khas yang direka untuk berada di ruang vakum angkasa.Hanya suara di interkom pada suit itu yang kedengaran di antara mereka.

Kapal pengangkut itu menyusuri kawasan asteroid itu dengan mengelak antara batu-batu asteroid itu.

Di hadapan kapal mereka,mereka ternampak serpihan dan bangkai-bangkai kapal yang terapung di sekitar kawasan itu.

"Itu kan bangkai pesawat dan kapal.Apa yang terjadi pada kapal-kapal itu,Drek?"

Oh...kapal-kapal itu cuba melintasi kawasan ini...tapi tidak bernasib baik..ada yang terhempas pada batu.Lagi ada yang diserang dan yang lain adalah kesan peperangan dahulu.Kawasan ini dipanggil "Kubur"balas Drek.

"Tapi itu maksudnya tempat ini masih terdapat bahaya!"balas Rii.

"Kebanyakan bangkai kapal-kapal itu cuba mengharungi kawasan ini tapi banyak kali gagal.Aku arif dengan kawasan "Kubur" ini"jelas Drek lagi untuk meyakinkan Rii.

"Hei.Jangan risau.Itu bangkai kapal je di sektor ini.Kuatkan semangat kau.Aku banyak pengalaman dan arif di kawasan "Kubur" ini dan ini jalan terdekat walaupun agak merbahaya berbanding jalan lain".

"Ya.Aku percayakan kemampuan kau mengendalikan kapal ini tapi hati-hati Drek"balas Rii yang masih risau.

"Tenang.Tenang.Dah 20 tahun aku harungi sektor ini.Pelbagai pengalaman aku harungi sebelum dan selepas perang yang dahsyat itu"kata Drek yang agak perlahan kata-katanya.Mereka kemudian diam seribu bahasa.Hanya kedengaran bunyi mesin di dalam ruang pesawat itu.Fokus mengendalikan pesawat pengangkut itu.

"Selepas kita berjaya tempuhi semua ini,kita singgah ke Planet Prestina.Kita berehat sebentar di situ sambil mengisi bekalan kita.Dan hati-hati di sana,ramai penjenayah dan tentera Republik Rosa di situ"Drek berkata kembali.

Kapal pengangkut itu melepasi kawasan "Kubur" itu dan menuju ke arah sebuah bulan.Di permukaan bulan itu kelihatan beberapa buah pengkalan angkasa.Kelihatan beberapa buah kapal di situ.

"Oh..yang kau lihat itu merupakan kawasan perlombongan mineral oleh Republik Rosa dan beberapa syarikat perlombongan.Aku sudah beberapa kali singgah di situ"kata Drek.

"Jadi kawasan ini dikawal oleh Republik"balas Rii.

"Ya.Jajahan Republik"kata Drek.

Kapal pengangkut itu melepasi kawasan bulan itu dan menuju ke planet berhampiran.Kelihatan beberapa kilang dan industri di situ.

"Selepas melepasi bulan Tragos,kita akan memasuki orbit sektor Planet Prestina.Tapi kita kena lalui pemeriksaan di Pelabuhan Angkasa Prima PZ sebelum memasuki Planet Prestina.Ini merupakan prosedur tetap Republik"jelas Drek yang agak arif dengan prosedur Republik.

Kapal pengangkut itu memasuki kawasan pelabuhan angkasa itu.Drek kemudian menekan punat dan menaip sesuatu di konsol."Pelabuhan PZ...Pelabuhan PZ,disini UK PA 43217 lapor"kata Drek."Kami Kapal Pengangkut United Kris Group Engineering UK PA 43217 ingin melaporkan yang kami ingin memasuki Prestina intuk menghantar bekalan di Sektor Dafu"lapor Drek lagi.Rii hanya memerhatikan situasi itu.Kemudian terdengar suara di interkom kapal itu"Pelabuhan PZ disini,terima laporan.Sila mendarat di sektor G,ruang nombor 45A dan laporkan manifes kepada pegawai yang bertugas.

Kapal pengangkut bernombor UK PA 43217 merentasi Pelabuhan PZ itu.Kelihatan beberapa kapal dan pesawat dari pelbagai saiz,rekabentuk yang direka mengikut fungsi-fungsi tertentu.Drek dan Rii mengemudikan kapal itu dengan berhati-hati.

"Drek,aku tidak jumpa dek 45A"tanya Rii.

"Perhatikan turutan nombor,susunan ia memang kadang-kadang susah untuk kelihatan nombor sebab banyak kapal di situ"balas Drek

"Okay,sudah jumpa"

Kapal pengangkut itu menuju ke platfotm Dek 45A.Kapal pengangkut itu menurunkan tapak untuk mendarat.Kelihatan berpuluh-puluh pesawat dan kapal di platform itu.Pelbagai jenis dan bentuk mengikut fungsi yang dicipta.Drek mencabut topi vakum itu."Eh,tidak mengapa ke cabut topi?

"Oh.Jangau risau.Sebentar saja.Ingin hisap cerut sekejap."

Rii tidak kisah dengan "perangai" Drek itu.Kerana di ruang angkasa tiada pencemaran udara.

Tiba-tiba hologram muncul di panel konsol kapal itu.Drek memerhatikan hologram itu sambil menghisap cerut.
Hologram itu berbentuk muka seseorang.

"Selamat datang ke Pelabuhan Pz.Sebelum tiba ke destinasi seterusnya di Planet Prestina sila bawa manifes atau dokumen pengenalan diri dan manifes muatan kargo untuk diperiksa.Sila bawa berjumpa dengan pegawai kami."suara dari hologram itu.

Drek masih menghisap cerutnya.

Android G-F 08 kemudian bangun dan berkata"Oh,kita sudah tiba".

Drek sambil menghisap cerut berkata"Hahaha,baru sedar ke Grif Lapan".

"Dimanakah kita,Drek dan Rii?"tanya android GF-08.

"Pelabuhan Pz hendak menuju ke Prestina,Grif Lapan"balas Rii yang masih memakai topi vakum itu.

G-F 08 atau dipanggil Grif Lapan merupakan salah seorang krew yg membantu mereka dalam pelbagai misi dan bertindak sebagai krew ketiga bagi kapal pengangkut itu.Dipercayai Grif Lapan adalah separuh manusia dan android yang dipanggil bangsa Autodroid.

"Aku mengecas diri,jadi aku perlu dalam mod "tidur",balas Grif Lapan.

"Bangun pun kamu Gif Lapan,tadi senyap je,"aman" kapal ini tadi"Rii mencelah.

GF-08 memandang Rii.

"Grif Lapan,muat turun semua paparan antaramuka dokumen dan manifes ke dalam sistem kamu"kata Drek.

GF-08 mengeluarkan satu kabel dari lengannya dan kabel itu dicucuk di sistem log kapal itu.Kemudian GF-08 memuatnaik data-data ke dalam dirinya.Selesai proses itu,GF-08 bangun dari kerusi itu.

Drek memakai semula topi vakum itu.Rii kemudian membuka pintu kopkit pesawat pengangkut itu.Drek,Rii dan GF-08 turun menyusuri pesawat itu.Drek dan Rii mengaktifkan kasut magnetik untuk memudahkan mereka berjalan di permukaan platform pelabuhan itu.Mereka kemudian berjalan menuju ke Kaunter Pemeriksaan Pelabuhan PZ.Drek menekan skrin di lengan untuk menutup pintu kopkit kapal mereka.Mereka kemudian melangkah ke satu pintu bertulis "Zon Udara".Pintu itu terkatup dengan kemas.Lampu kecemasan berkelip-kelip berwarna oren.Kemudian ruang vakum itu dihembus dengan udara mengandungi oksigen dan karbon dioksida.

"Drek dan Rii,kamu perlu tunggu 5 minit proses pengudaraan ini.
Saya tidak perlu udara ini."GF-08 berkata.

"Wei Grif Lapan,tahu la kamu itu bangsa Autodroid bukan manusia lagi,masih berlagak...hmmm.."Rii membalas.

"Hahaha..sudah.Kita ada misi."balas Drek.

Lampu berwarna oren itu bertukar ke warna hijau.

Pintu "Zon Udara "itu terbuka di sisi satu lagi.Menandakan proses pengudaraan itu selesai.Selepas mereka melepasi pintu itu,pintu itu terkatup semula.Di tepi pintu itu kelihatan dua orang tentera Republik Rosa bersenjata lengkap serta sebuah android yang mengawal panel keselamatan di situ.Mereka kemudian melalui imbasan yang dikawal oleh tentera Republik Rosa tadi.Selepas melepasi imbasan tadi,mereka dibenarkan akses ke dalam.Mereka melihat beratus-ratus orang di situ dengan pelbagai aktiviti dan ragam.Mereka membuka visor di topi vakum mereka kerana berada di "Zon Udara".

"Baru lah dapat merasa udara segar"kata Drek sambil menarik nafas.

"Wah,ramai gila orang di sini"kata Rii.

"Ini baru pelabuhan.Belum lagi tiba di planet lagi tapi di permukaan planet tidak sesibuk sebagaimana di sini"balas Drek.

"Rii,nampaknya kamu akan kepenatan menunggu giliran kerana ramai manusia di sini untuk berurusan."kata GF-08.

"Apa kata kau Grif Lapan,kau yang pergi berurusan.Autodroid tiada penat kan.Kalau pengsan,hanya perlu cas sahaja."balas Rii.

"Ini suatu pembulian kepada bangsa Autodroid,manusia malas"sergah GF-08.

"Kamu berdua ini....sehari tidak bergaduh..hahaha"balas Drek.

Mereka menuju ke Kaunter Pemeriksaaan Pelabuhan PZ.

Kelihatan dari jauh beberapa orang krew yang sedang memarahi kaunter kerana sentiasa beratur lama.

"Hoi,berapa lama lagi mahu tunggu ini.Sudah berapa jam aku tunggu ini.Asyik-asyik sistem tertangguh dan rosak?jerit krew itu.

"Cepatlah baiki sistem itu!"balas seorang lagi.

Ramai orang tidak berpuas hati.Suasana menjadi riuh.

"Rii,tengok itu.Manusia itu menjadi tidak sabar kerana menunggu lama"kata GF-08.

"Hmm..nampaknya kalau begini terpaksa kita melalui benda yang sama"kata Rii yang resah.

"Ok,begini.Aku dan Rii untuk sementara ini pergi minum dahulu.Grif Lapan kamu duduk di sini.Jika sistem dah kembali pulih,hubungi kami"kata Drek.

"Okay,baiklah Drek.Dah nasib saya!Apa-apa perkembangan saya akan hubungi kamu berdua nanti"balas GF-08.

"Betul,manusia perlukan sesuatu untuk kembali segar dan bertenaga.Jaga diri Grif Lapan"balas Rii.

Mereka meninggalkan GF-08 serta kawasan kaunter Pelabuhan PZ yang sentiasa sibuk itu menuju ke kawasan lain berdekatan dipanggil kawasan Rehat & Rekreasi.

Kelihatan permandangan angkasa serta kesibukan pelabuhan itu di tingkap-tingkap di dalam platform pelabuhan.Juga kelihatan banyak meriam pertahanan di sekitar Pelabuhan PZ untuk menangkis sebarang serangan dari luar.

Rii dan Drek masuk ke sebuah Cafe bernama OZon Cafe dan duduk di kerusi berhampiran cermin tingkap di OZon Cafe tersebut.Mereka kemudian memesan sesuatu melalui panel di OZon Cafe itu.

"Pesanan anda akan tiba sebentar lagi"

Drek memerhatikan sekeliling.Ramai orang yang singgah untuk minum dan bersembang.Drek kemudian melihat saluran televisyen di atas OZon Cafe tersebut.Terdapat berita tentang serangan Persekutuan Siklon ke atas armada Republik Rosa.Tajuk berita itu memaparkan


Serangan Persekutuan Siklon di Sistem Helion]


"Eh,serangan itu berhampiran dengan tempat ini,Drek.Persekutuan Siklon nampaknya ingin menakluk Sistem Helion."

"Propaganda..Propaganda..Rii"

"Nampaknya situasi sekarang makin tegang"balas Rii yang risau tiba-tiba.

"Ya,perang akan berlaku kembali tidak lama lagi,itu aku pasti"kata Drek.

"Kita perlu bertindak mengikut situasi.Kemungkinan misi kita mungkin dibatalkan sebab situasi sekarang"

"Kita maklumkan Grif Lapan supaya bersedia"

Hasil nukilan SpartaBatKing.

2 comments:

Azan AFS Menulis said...

Puas membaca cerita sains fiksyen ni,..terasa seperti berada betul2 berada di angkasa lepas.Tahniah kepada blogger.,good job bro

SpartaBatKing117 said...

Terima kasih kerana sudi membaca Azan AFS Menulis.Saya akan terus menulis dari semasa ke semasa.Teruskan menyokong saya.