Friday 1 October 2021

Seram Bab 1 Misteri Ketukan,Cakaran atau Pukulan di pintu kaca?

Ketika malam berlalu,angin menderu laju melalui ruang antara celahan tingkap dan pintu kaca.Bunyi deruan angin bagaikan suara seperti manusia berkata tapi tiada ayat yang menyerupai bahasa yang difahami manusia.

Zrommmm!!Zrommmm!!....

Semakin lama semakin nyaring bunyi itu.

"Ah,bunyi angin saja.Abaikan saja.Tapi luar biasa malam ini,angin ribut hendak hujan rasanya"kata hati Aurelius yang sedang mengulangkaji buku di atas mejanya.Waktu jam ketika itu hampir 12.30 malam.

Dom,dom!!

Bunyi gegaran pintu kaca ditiup angin.Aurelius terus bangun dan pergi ke pintu kaca.Dia menarik langsir di pintu kaca itu.Melihat angin di luar.Pokok-pokok di luar pintu itu bergoyang-goyang kencang seperti melambai-lambai di samping hujan turun membasahi bumi.Kelihatan sedikit cahaya lampu jalanan menyinari hujan.Lantas Aurelius melihat hanya angin saja yang "mengetuk" pintu kaca ,lalu dia mengetatkan lagi kunci di pintu untuk keselamatan dan menutupi semula langsir di pintu kaca.

Suasana sejuk malam itu membuat Aurelius ingin tidur awal.Tetapi dia duduk semula di meja dan membaca semula.Hanya tinggal sebulan lagi peperiksaan akan tiba.Sambil itu dia melihat kepada sangkar Hamster di tepi meja itu.Hamster itu diberi nama Char dan Amuro.Biasanya hamster itu akan aktif dan membuat bising di malam hari dan akan bermain roda di sangkar itu.Tetapi ketika itu masing-masing sedang tidur.Tindakan hamster itu biasanya akan memecah kesunyian ketika malam.


"Ah,mungkin mereka kurang aktif ketika sejuk"kata dalam hati Aerelius.

Dom!Dom!!Zrommmm!!Zrommm!

Sentakan kuat pintu kaca itu masih kedengaran.Angin masih kuat meniup di celah-celah pintu dan tingkap.Tetapi Aurelius hanya abaikan saja.Sebab dia berada di tingkat 5,tiada siapa yang mahu memanjat naik ke beranda ketika ini.Musim hujan dan ribut kuat.Hanya orang gila saja yang ingin buat "prank" gila macam ini.

"Hmm."

Aurelius bangun dan pergi ke pintu kaca lagi untuk kepastian.Dia menarik langsir.Suasana di luar menjadi gelap.Lampu jalan tadi menjadi padam.Jadi tidak nampak suasana di luar.Cuma ada sedikit cahaya menampakkan pokok bergoyang-goyang.Mata Aurelius yang bermata empat itu ternampak seolah-olah ada satu benda di pokok itu.Gelap dan bergoyang-goyang.

"Ah,mungkin dahan gelap saja itu"Aurelius lantas menutup semula langsir di pintu kaca itu.

Aurelius kemudian duduk semula.Kemudian dia berasa tidak sedap hati.Ingin melihat semula rasanya dia tidak seberani itu.Lagipun angin luar masih kuat dan sejuk.

Lantas dia menutup buku yang dibaca itu.Dan mula baring di katilnya.

Dom!Dom!!!

Sentakan itu makin kuat.Kedengaran bunyi guruh.

Dommmmm!! 

Menambahkan lagi sentakan dan gegaran di pintu kaca itu.Aurelius hanya menarik selimut dan baring.Ketika itu tiada lagi gadget atau telepon pintar ketika era terkini sebab ini adalah era 90an.

Hanya ada radio di tepi.Ingin buka radio takut petir akan merosakkan radio.Jadi hanya dibiarkan saja.Pasti jika bukan tiada petir,pasti akan dibuka untuk memecahkan kesunyian.Hamster pun sudah tidur.

Aurelius masih berbaring-baring.Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi.Dia cuba berbaring.Tapi kelihatan kilat masih sabung-menyabung.Kilauan kilat itu kelihatan di sebalik langsir itu walaupun langsir itu agak tebal dan tidak nampak apa-apa di sebalik tabir langsir.Tapi kelihatan seperti bayang sesuatu.

"Ah,Sudah!Mungkin bayang pokok di luar."Kata Aurelius untuk menyedapkan hati.

Dia kemudian mengambil komik di tepi katil.Lalu dibacanya agar mudah mengantuk.Hanya deruan kipas dipasang menghembus.

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi.Aurelius mula menguap dan mengantuk.Angin di luar kelihatan reda dan tiada lagi bunyi sentakan di pintu kaca.

Lalu Aurelius mula menutup lampu.Hamster ketika itu mula bangun dan membuat bising.

"Ha,dah nak tidur baru korang nak bangun.Bagus korang ini"

Ketommm!Ketommm!!

Bunyi roda berpusing.Char dan Amuro bergiat aktif.Aurelius mula baring dan membiarkan sahaja hamster itu bermain dan membuat bising.Dia sudah biasa dan faham keletah hamster-hamsternya itu.

Auerilius mula terlelap.

Tidak lama kemudian,kedengaran bunyi sesuatu.

Trumpp!Streeeeettttttttttt!

Bunyi seperti dari arah pintu kaca di luar.Makin lama makin kuat bunyi itu.Bunyi itu seperti bunyi seretan di kaca.Makin lama makin nyaring bunyi itu.

Sretttttt!Stretttttt!!

Aurelius mula menarik selimut.Hamster tidak berbunyi lagi.Hendak bangun terasa amat takut.Tidak dapat dipastikan tapi bunyi itu seperti seretan kuku.

Kemudian Aurelius berfikir.Mungkin kucing jiran di sebelah rumahnya yang ingin masuk apabila terbau bau hamster.Deria bau ketika sejuk lepas hujan mungkin kuat.Kata hati Aurelius lagi untuk mententeramkan dirinya.

"Ah,mungkin kucing jiran kot"

Streeeettttt!Strettttttt!

Bunyi itu makin kuat.Tapi bukan di bawah,tapi bawah ke atas.

Aurelius berfikir sebentar.Tidak mungkin secara logik di akal kucing boleh cakar dari bawah sampai ke atas pintu kaca itu.

"Ahh.Sudah."

Aurelius mula menarik selimut dan berada dalam ketakutan.Apabila "Kelogikan akal" bertemu "Misteri" dan menghasilkan sesuatu peristiwa dipanggil Paranormal.Manusia akan merasa ketakutan.Jika skala 0 hingga 10 ketakutan itu,ia sudah melepasi lebih tahap 10.

Streeetttt!Srettttt!

Aurelius mula membaca surah-surah yang dihafalnya,tetapi dia mula mengelabah teruk ,ketakutan dan panik.Habis berterabur bacaan surah-surah Al-Quran oleh Aurelius.Apabila terlalu takut dan panik.Maka diri mula tidak mampu berfikir waras.Di dalam ketakutan itu,Aurelius pengsan.

Di dalam mimpi,Aurelius berada di beranda rumahnya di tingkat 5.Rumahnya rumah pangsapuri 15 tingkat.Beranda rumahnya berhadapan dengan kaki bukit di belakang rumahnya yang merupakan tempat joging,kelihatan seorang perempuan berambut kusut dengan kain luntur berwarna putih pudar dan pucat.Perempuan itu menyeringai giginya.

Aurelius bertakbir.Allahuakbar!Hanya itu saja ingatan di fikiran.Sekuat hatinya.

Aurelius tersedar pagi itu.Dikejut abangnya yang terdengar suara adiknya itu.

"Aurelius,kenapa dengan kamu ini?Along dengar kamu mengigau.Nasib kamu tidak kunci bilik pintu kamu."

Allahuakbar.Alhamdulillah.Kata hati Aurelius.

"Oh,tadi mungkin mimpi pelik kot.Biasa malam jumaat ini."

"Itulah,sebelum tidur baik baca dulu doa.Jangan terus tidur.Malam tadi hujan lebat dan angin ribut.Abang tidak boleh tidur,nasib esok cuti semester lagi,tiba-tiba dengar kamu macam menjerit"

Aurelius melihat jam.Sudah masuk pukul 6.00 pagi.

"Nanti saya cerita pada Along tentang mimpi tadi"

"Dah,kamu bangun dan pergi mandi.Lepas itu pergi solat.Hari ini jumaat,sekolah hari terakhir.Hamster kamu ini pun sudah bangun awal.

Aurelius masih lagi berfikir.Adakah peristiwa tadi dan mimpi itu saling berkait.Semua terasa benar.Adakah ia benar?

-Tamat-

Ada Cahaya,pasti ada Kegelapan.

Nukilan hasil SpartaBatKing117.

10 comments:

Azan AFS Menulis said...

Sgt seram kisah ni.,👍👍👍

SpartaBatKing117 said...

Terima kasih atas sokongan anda my friend.

Unknown said...

Nama kamu auraleus ya?kamu Orang Indonesia? Udah lama tinggal di Malaysia? Btw cerita kamu seremm banget

Unknown said...

Dia ini orang jawa barat Kalimantan, nama nya saja udah tau kok asalnya mana..gue suparjo,asal banjar Kalimantan selatan..Salam kenal

Unknown said...

Seruuu ..jadi merinding gue

SpartaBatKing117 said...

Aurelius hanya nama gelaran dalam cerita ini.Terima kasih kerana membaca.Saya tinggal di Malaysia.: )

SpartaBatKing117 said...

Salam kenal Suparjo.Terima kasih kerana membaca.Saya akan terus berkarya lagi.

SpartaBatKing117 said...

Ya,terima kasih kerana membaca.Nantikan karya seram seterusnya

Unknown said...

Kok Serem banget ya

Unknown said...

Are you read? You will !!!!!