Tuesday 5 October 2021

Seram Bab 5 Rumah Tinggal Bahagian 2

Ajo,Oba,Trek dan Romi mula mendaki dan berjalan melalui batu-batu sungai.Memijak batu-batu sungai dan berjalan di pinggir sungai itu.

Mereka mula berehat sebentar.Kemudian mereka meneruskan perjalanan semula.Setelah hampir setengah jam akhirnya mereka tiba juga di air terjun itu.Kelihatan ada ramai kelibat manusia yang mandi di situ.

Mereka meletakkan beg sandang mereka.Ajo mencapai botol air untuk diminum.Oba,Trek dan Romi mula merendam kaki mereka.

"Sejukkknya air ini"kata Romi.

Meskipun cuaca panas,tetapi airnya tetap sejuk.Bunyi aliran sungai tetap memberi ketenangan.

Romi mula masuk dalam air secara perlahan-lahan.Oba dan Trek mula berpandangan.Mereka ternampak batu yang tinggi dan melihat ada orang melompat dari batu itu ke dalam sungai.

"Jom,kita cuba dari situ.Baru syok".Kata Trek.Oba hanya mengikut saja.

"Zrusssssssss!Zrusssss!!

Bunyi percikan air apabila dua pelompat dari batu sungai itu masuk dalam air.

Romi melihat aksi itu dan ingin mencuba.Tapi dia hanya berenang-berenang di situ.

"Romi,apa barang main di situ.Tak best la!Sini lagi best.Dalam dan syok mandi sini"kata Oba.

"Biarlah,aku nak "warm up" dahulu.Kejap lagi aku join "Olimpik" di sini nanti.Kau panggil lah si Ajo itu masih di atas sana.Padahal dia yang ajak kita ke sini"balas Romi.

"Eh,tadi aku nampak dia kat sana.Dimana dia?"

"Mungkin dia pergi buang air kot.Nanti dia datang balik,jomlah,mandi dulu"

Zrussssss!Zrusssss!!

Bunyi percikan air lagi.Suasana di situ tetap meriah dengan kehadiran pengunjung yang mandi-manda di situ.Ajo kemudian datang.Dia pun terus melompat masuk ke sungai.Mungkin dia salin bajunya tadi.

"Wooooooooo!!!"jerit Ajo dan terus melompat ke dalam air sungai itu.

Zrusssss!Zrussss!!!

"Syok wei,sudah lama tidak mandi-mandi begini"

Mereka seronok mandi-manda di situ.Setelah beberapa lama kemudian.Langit mula gelap.Cuaca di situ cepat berubah kerana sekarang kerap masuk musim hujan dan berada di kawasan bukit.

Groooommm!!

Kedengaran bunyi guruh.

"Alamak hari macam hendak hujan,macam mana ini?"kata Romi.

Orang ramai sudah mula naik ke atas.Mereka mula bersiap-siap mengemas barang mereka.

"Jom kita mandi lagi,baru lagi kita mandi.Dahlah kita datang dari jauh."kata Oba yang terus berenang dan menyelam di dalam kolam itu.

"Kalau dah mula hujan nanti,baru kita naik"kata Trek.

"Okay,tapi aku nak naik dulu.Takut nanti beg-beg kita basah nanti kalau hujan"kata Romi.

"Jom kita naik,aku rasa tidak sedap hati jika hari hendak hujan.Teringat pesan Orang Asli tadi.Nanti hujan turun,kita perlu cari tempat berteduh"kata Ajo.

"Hmm..betul juga,agak jauh juga kita berjalan tadi,arus air ini makin deras,agak merbahaya kalau terus mandi.Takut air "besar" turun nanti,habis kita nanti" balas Oba.

"Iya,jom kita naik"kata Trek.

Akhirnya mereka semua naik ke tepi sungai dari air singai iti.Hujan mula turun rintik demi rintik.Langit sudah gelap.

Mereka mula mengambil beg masing-masing.Ada yang memakai tuala saja.Terus berjalan mencapai kasut masing-masing.Hujan mula turun semakin lebat.Arus aliran sungai semakin kuat.Jadi mereka perlu jauh dari aliran sungai itu untuk mengelak arus besar atau dikenali sebagai "Kepala Air".

Mereka berjalan di dalam hutan itu.Hujan semakin lebat.Mereka perlu cari sesuatu tempat untiik perlindungan sementara dari hujan.Kelihatan dari situ ada sebuah rumah tinggal.Mereka berlari ke arah rumah itu untuk berteduh.

Mereka menaiki tangga rumah itu.Kemudian cuba menolak pintu itu.Separuh pintu kelihatan terbuka.Mereka masuk ke dalam cepat-cepat untuk mengelak hujan.

Trupppp!Trupppp!Truppppp!!

Bunyi titisan hujan di atas atap zink itu jelas kedengaran.Hujan semakin lebat.Langit kelihatan gelap kerana awan gelap dan suasana hutan itu.Mereka berempat berteduh sementara di rumah itu.

"Nasib ada rumah ini,bolehlah berteduh sekejap.Aku masih pakai kain tuala lagi ini"kata Trek.Pintu rumah itu terbuka.Mereka cuba masuk untuk berlindung sementara.Hujan masih turun dengan lebat.Rumah itu penuh dengan daun-daun kering.Tapi ada setengah tingkap masih terbuka.Terdapat air turun dari bumbung atap zink yang bocor itu.

"Mungkin sudah lama rumah ini terbiar.Seingat aku ketika kecil dahulu.Ada penghuni di sini"kata Ajo.

"Entahlah,kita tumpang sekejap saja rumah ini.Sementara tunggu hujan reda.Ingin ke kereta kita masih jauh,hujan lebat di kawasan hutan ini."kata Romi.

"Okay,kita tunggu hujan reda"kata Trek sambil perhatikan jam menunjukkan hampir pukul 6 petang.Setelah beberapa lama,hujan masih tidak reda.

"Nampaknya hujan masih tidak mahu berhenti,tak kan kita akan duduk di rumah ini sampai malam?"kata Oba.

Hari mulai gelap.Walaupun pukul 6 petang,suasana sudah mula gelap di kawasan hutan itu.

Di satu sudut di dalam rumah itu,kelihatan seperti sesuatu lembaga.Tetapi tidak kelihatan kerana berada dalam gelap.Hanya kelihatan samar-samar.

"Aku rasa tidak sedap hati tentang rumah ini.Macam ada sesuatu."Kata Oba.

"Iya,tadi aku macam perasan sesuatu tadi.Macam ada sesuatu yang perhatikan kita dari tadi dari dalam rumah"kata Romi.

"Wei,Ajo.Kenapa kita tidak nampak orang lain lalu lalang di kawasan ini sejak tadi.Ini jalan lain ke?"kata Oba.

"Entah,aku cuma nampak rumah ini tadi.Cuba nak berlindung sekejap je.Kelam kabut kan tadi!" Kata Ajo.

Oba cuba mencari sesuatu di dalam beg.Dia mencapai lampu suluh.Dan membuka punat pada lampu suluh itu.

"Romi,jom ikut aku"ajak Oba.

Dia cuba menyuluh ke arah kawasan gelap itu.Kelihatan dua bilik di kawasan itu dilitupi langsir yang lusuh dan hampir mereput itu.Dia cuba memberanikan diri memasuki kawasan bilik itu.

"Warghhhhh,lari cepat!" Kata Oba dan Romi yang terus berlari keluar dari rumah itu di dalam hujan.Ajo dan Trek masih di dalam rumah itu.Ajo dan Trek tergamam dan panik.

"Arghhhhhhhhhh"jerit mereka.

Ajo dan Trek terus panik dan terus keluar dari rumah itu.Trek tersadung kakinya di tangga lalu terjatuh.Ajo terus melompat dan berlari terus dengan agak laju.

"Aduhhh!!"jerit Trek.Dia bangun semula.Hujan masih lebat.Bajunya dan seluar sudah basah kuyup.Trek terus berlari dengan terhincut-hincut mengejar jejak rakannya.

Mereka semua terus berlari dan berlari sehingga sampai ke jalan berturap tar.Mereka terus berlari dan menuruni bukit itu.Akhirnya mereka sampai di perkampungan Orang Asli itu.Mereka tercunggap-cunggap di situ.Trek berjalan dengan terhincut-hincut.Ada seorang orang asli itu berkata,

" Mengapa dengan kau semua ini?"

"Owh,kami dari sana lepas mandi sungai,menumpang sekejap tadi sebab hujan lebat."

"Owh,rumah warna hijau itu ke?"

"Ya,"

"Owh,saya tahu.Jom mari sini ke rumah saya.Kamu singgah sebentar,panaskan diri dan berteduh kamu dahulu.Sekarang masih hujan lagi."

Rumah itu agak besar.Orang Asli di situ memerhatikan saja kedatangan mereka

"Apa yang kamu jumpa tadi?"

"Saya nampak seorang perempuan tua mukanya tersangat hodoh dan mengerikan.Kakinya amat tinggi sehingga ke bumbung."kata Oba.

"Itu adalah jelmaan "belaan" bomoh itu"kata salah seorang Orang Asli itu.

"Saya Tok Batin di kampung ini.Menurut cerita lama,rumah hijau itu pernah diduduki oleh Pawang atau bomoh dahulu.Tidak lama kemudian dia telah meninggal dunia.Jadi mungkin "belaan" atau jin yang tinggal di rumah itu.Jalan itu sudah lama tidak dilalui oleh penduduk tempatan mahupun kami Orang Asli juga akan mengelak dari melalui tempat itu.

"Tapi barang dan beg kami masih berada di rumah itu,Tok Batin?"balas Trek yang masih memegang kakinya yang sakit itu.

"Macam ini,kamu boleh tinggal di sini sehingga hujan reda.Nanti sesudah hujan reda,tapi sekarang sudah lewat malam.Kamu berehat saja di sini.Lagipun ada rakan kamu cedera.saya akan minta beberapa orang kampung ini untuk menemani kamu esok untuk mengambil barang kamu.Lagipun kami sudah lama tiada tetamu singgah di sini"kata Tok Batin yang agak berusia itu.

Mereka semua bersetuju dengan cadangan itu.Jadi mereka berehat di rumah Tok Batin pada malam itu.

Keesokan paginya setelah hari ,mereka pergi ke rumah itu bersama beberapa Orang Asli untuk mengambil beg mereka dan Orang Asli itu menghantar mereka sehingga di kereta mereka lalu mereka mengucapkan terima kasih.Orang Asli itu hanya tersenyum saja.

Pengalaman misteri yang dialami mereka berempat tetap masih terbayang-bayang pada fikiran mereka di "Rumah Tinggal" misteri itu.

-tamat-

Nukilan SpartaBatKing117

6 comments:

Unknown said...

Ini cerita sgt2 seram Dan best

Unknown said...

Ini cerita betul ke ? ??

Unknown said...

Emangnya gue rasa merinding

Unknown said...

Jangan di tumpangi rumah tinggal dong ...bahaya

SpartaBatKing117 said...

Terima kasih kerana membaca.

SpartaBatKing117 said...

Rekaan semata-mata.