Tuesday 12 October 2021

Seram Bab 8 "Monumen"

 "I Am Monument to All Your Sins"

"Saya adalah monumen kepada semua dosa anda"

Gori ingin pulang ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur.Dia sudah lama tidak pulang ke kampung halaman kerana musim Pandemik Covid-19 ini sejak Disember 2019 melanda negara.Gori seorang yang agak OCPD (Obssesive-compulsive personality disorder atau Obsesif Kompulsif Personaliti) tentang penyakit atau kebersihan sejak dari kecil.Dia sering merasa takut dan merasa seperti ada kuman dan virus melekat padanya.Ketika kecil dia sering dimasukkan ke wad pediatrik kerana sesak nafas,asma,alahan dan anafilaksis.Jadi disebabkan pengalaman dan trauma dari kecil yang hampir mengancam nyawanya,dia akan berhati-hati dan menjaga kebersihan dari habuk,debu dan allergen serta apa saja yang akan menyebabkan dia dari mendapat komplikasi penyakit yang dihidapinya.Dari kecil,remaja dan seterusnya dewasa,Gori menjadi terlalu sensitif kepada kebersihan dan penyakit terutama jenis penyakit berjangkit.Dia akan jadi paranoid dan seperti orang gila.Mengumpul bekalan makanan,bahan penyahkuman,ubat-ubatan,sumber suplemen untuk penyakitnya dan alatan sanitasi serta air bersih.Disebabkan tabiatnya itu ramai rakan-rakannya mengasingkan diri dan menjauhkan diri daripadanya.Dan ada mengatakan dia sudah gila.Gori tidak suka berkongsi barang dan tidak suka barang atau sesuatu miliknya disentuh orang lain termasuk makanan.Pasti barang itu akan disanitasikan atau dibuang jika merasa ia tidak dapat diselamatkan atau dipegang oleh orang lain.

Gori juga tidak suka asap rokok,habuk dan ekzos kereta.Sebelum Pandemik Covid-19 lagi.Gori sudah memakai pelitup muka terutama ketika musim jerebu sering melanda dari negara seberang,Indonesia.Dia juga sering memakai pelitup muka,kain Buff,kain skarf atau Balaclava untuk memanaskan dirinya juga terutama di dalam kondisi penyaman udara kerana kerana baginya udara dari penyaman udara seperti "kering" dan tidak segar menyebabkan hidungnya mudah tersumbat atau mudah selsema.Gori amat sensitif pada kualiti udara yang disedutnya.Dia juga membeli topeng gas gred tentera yang diimport untuk keselamatan diri dan pernafasannya.Disebabkan dia terlalu sensitif,dia tiada ramai rakan.Tapi dia dilahirkan dengan otak yang sedikit genius.Maka dia menggunakan otaknya untuk dia hidup dan survival di dunia ini walaupun dia bukanlah sempurna.

Ketika Pandemik Covid-19,Gori telah menutup semua saluran media sosialnya untuk mengelakkan dia menjadi lebih paranoid dan takut.Lebih-lebih lagi kes meningkat dengan mendadak naik.Berita di televisyen juga tidak dilihat kerana takut dengan perkembangan kes Covid-19 yang meningkat dan semakin meningkat setiap hari termasuk kes kematian.Dia hanya mendapatkan maklumat yang tertentu saja mengenai vaksin Covid-19.Pelbagai berita palsu dan momokan tentang keburukan dan kelebihan Vaksin Covid-19 juga tersebar antara golongan Anti-Vaksin dan Pro-Vaksin.Suasana ketika itu masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan atau dipanggil PKP yang menyebabkan seluruh rakyat berada di bawah perintah berkurung kecuali anggota barisan hadapan dan perkhidmatan penting saja dibenarkan beroperasi yang bermula sejak bulan Mac 2020.Peningkatan kes yang naik mendadak selepas PRN di Sabah menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah dengan melaksanakan PKP 2.0 dan PKP 3.0 yang bermula Januari 2021.Gori hanya membaca seimbas lalu di surat khabar.Dia keluar memakai dua lapis pelitup muka dan memakai sarung tangan plastik serta pelindung muka plastik untuk pergi mencari bahan makanan dan keperluan di kedai.Dia terpaksa bekerja dari rumah kerana tidak boleh ke tempat kerjanya kerana masih PKP fasa 1.Tetapi perlu keluar mencari bahan makanan sebab sebagai manusia normal,tidak boleh menghasilkan makanan sendiri seperti tumbuhan jika berkurung lama di rumah.Setiap minggu pasti dia akan keluar sekali sekala mencari keperluan,itupun dalam masa sesingkat yang mungkin.Dia akan mencari kedai paling tidak sesak sebab mudah dia menyusup dan keluar dengan selamat dan risiko rendah dari dijangkiti dan mengamalkan amalan elakkan 3S.Elak tempat Sempit,Sesak dan Sembang dekat.Perkara ini adalah Norma Baharu ketika era Pandemik Covid-19.Walaupun dia berkurung di rumah,dia mengamalkan senaman dan berjoging setempat di dalam rumah untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan dirinya. 

Angka graf kes Covid-19 dan kes kematian akibat Covid-19 yang terus meningkat disamping ketidakstabilan polemik politik negara membuatkan rakyat gusar dan geram.Percaturan politik juga serta "warna sebenar" dan rencam politik seakan-akan seiring berkembang dengan penyebaran Covid-19.Pengistiharan Proklamasi Darurat pada Januari 2021 juga meredakan sebentar "Demam Gila" Politik ini dan dan usaha memerangi Covid-19 dapat difokuskan dengan pelaksanaan program vaksinasi dipanggil Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang pertama kali secara besar-besaran di era Pandemik kini dalam negara.

Setiap hari,Gori akan mengelap tombol pintu di dalam rumah,pintu peti sejuk dan peti gelombang mikro serta menyembur sanitasi di dalam tandas dan bilik air.Setiap benda yang disentuh akan dilap dengan cecair pembasmi kuman atau cecair Isoropyl larutan alkohol 70% atau 99% atau Nitrogen Peroksida 6%.Dia akan memakai pelitup muka atau topeng gas semasa kerja-kerja sanitasi bagi tidak menghidu larutan pembasmi kuman atau bahan kimia yang akan memudaratkan kesihatan dan paru-parunya.Disental setiap ruang dalam bilik air ibarat menyental "kekotoran" dan "kejijikan" yang berada di situ.

Berita mengenai varian baru virus Covid-19 atau VOC merebak melalui udara menyebabkan paronoid dan ketakutan di kalangan masyarakat.Gori telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak membenarkan sesiapa pelawat datang ke rumah atau memasuki mana-mana kawasan yang kurang pengudaraan seperti lif atau bilik yang sempit jika tiada keperluan,dia akan cuba mengelak.Dia rela turun atau menaiki tangga disamping dapat mengekalkan stamina dan kesihatan tubuh.Jika dia terdesak seperti membawa bekalan yang banyak atau menggunakan troli,dia akan menggunakan lif dengan menekan butang lif dengan menggunakan batang kayu yang akan pakai buang dan dia akan menahan nafas selama mungkin di dalam lif sehingga tiba di tingkat dia menetap walaupun dia sudah memakai dua lapis pelitup muka.Kemudian dia akan menyembur semua barang di suatu sudut di panggil "Zon Kuarantin" yang terletak berhampiran pintu rumah sebelum barang-barang itu dibawa masuk ke dapur,ruang tamu atau bilik di dalam rumah.Itulah prosedur yang wajib dilakukan oleh Gori setiap kali dia membeli di luar atau menerima bungkusan/parcel.Dia juga akan terus mandi dan bajunya akan terus dimasukkan ke dalam suatu bekas baju khas untuk dibasuh.Tangan dicuci dan disental dengan sabun setiap kali pulang dari luar walaupun hanya untuk membuang sampah saja atau menggunakan cecair sanitasi jika hanya menerima bungkusan atau parcel.Setiap hari dilalui oleh Gori dengan penuh waspada dan ketakutannya pada gelombang ketiga penyebaran virus Covid-19 ini masih lagi belum berakhir.Ia seperti "hantu"  yang tidak kelihatan di era pandemik cuma ianya dalam bentuk dan definisi berbeza tetapi ia wujud dan benar.

Setelah berakhirnya Proklamasi Darurat pada Oktober 2021.Terdapat sedikit cahaya di penghujung terowong.Sepanjang hampir dua tahun bergelut dan bertungkus lumus melawan "ribut" dan "taufan" Covid-19 yang seolah-olah tiada penghujung dan dalam kegelapan.Penarikan sedikit demi sedikit Perintah Kawalan Pergerakan dan pemberian dos Vaksin Covid-19 kepada hampir 90% populasi penduduk dewasa di Malaysia akhirnya memberi sedikit harapan baru.Tetapi "ribut" atau ketakutan dan trauma yang dialami masih belum reda lagi.Perubahan fasa dan penarikan sekatan rentas negeri telah memberi nafas lega dan harapan baru kepada warga Malaysia.Tetapi ia masih belum berakhir.Gori masih memikirkan untuk pulang ke kampung halaman.Dia juga sudah mendapat dos kedua vaksin.Baginya vaksin bukan penyembuh atau ubat.Ia tidak menghalang dari mendapat jangkitan virus Covid-19 tetapi ia akan mengurangkan gejala yang lebih teruk jika ada imunasi dan kemasukan ke ICU atau hospital.Masih ada harapan di dalam kegelapan era Pandemik Covid-19.

Gori hanyalah salah seorang insan yang mengharungi era Pandemik Covid-19.Ini adalah cerita dari satu sudut.Ada pelbagai cerita dan pengalaman berbeza dialami setiap orang ketika era Pandemik Covid-19.

Inilah "monumen" di era pandemik.Monumen yang akan meninggalkan kesan mendalam dalam sejarah peradaban manusia dan meng"hantui" bukan saja di negara Malaysia ,tetapi di seluruh pelusuk dunia dan global.Ia muncul ketika manusia terlalu tamak haloba,alpa,bercakaran dan bersengketa antara satu sama lain dan menodai alam ini tanpa memikirkan kesan "dosa" dan "kejahatan" serta "kerosakan" di alam ini akibat sikap manusia.Kemunculan wabak ini masih menghantui manusia ketika ini.Ia datang tanpa diundang,datang membawa malapetaka dan ketakutan yang mempunyai seram tersendiri umpama membersihkan "dunia" buat seketika.

"SAYA ADALAH MONUMEN KEPADA SEMUA DOSA ANDA"

Covid-19 adalah benar.Ia adalah umpama wabak "hantu" di era Pandemik ini.Tiada kelihatan tapi wujud dan nyata.

-cerita tamat-

Nukilan hasil SpartaBatKing117