Friday 1 October 2021

Seram Bab 2 Katil,Pohon Kekabu dan Jamban Bahagian 1.

Afique ketika itu keseorangan di rumah.Ayahnya seorang anggota polis dan ibunya seorang jururawat.Malam itu kedua ibu bapanya bekerja.Jadi Afique terpaksa tinggal seorang.Malam itu Afique akan kunci pintu rumah dan makan makanan yang dimasak ibunya petang itu sebelum dia pergi bekerja pada waktu giliran malam minggu itu.Hendak atau tidak,Afique terpaksa beranikan diri.Ibunya ada berpesan jika ada apa-apa,cepat hubungi mereka atau jiran terdekat supaya mereka akan memberi bantuan.Ibunya juga berpesan pada jiran sebelah supaya tengok-tengokkan anaknya jika masing-masing bekerja malam.

Malam itu Afique meminta Dafue menemaninya malam itu.Dafue sebaya dengan Afique tapi bersekolah lain.Tapi mereka memang rapat.Malam itu Afique dan Dafue duduk di ruang tamu.Malam itu Dafue dan Afique banyak makan makanan ringan sambil menonton televisyen.Suasana ketika  itu tenang.

Tiba-tiba telefon berdering di meja.Dafue angkat gagang telefon itu.Tertera perkataan Telekom Malaysia di badan telefon itu.

"Hello,"

"Hello,ini mak cik ke,?Nak bercakap dengan Afique ke?

"Ha,ya Dafue.Terima kasih temankan anak mak cik.Afique itu penakut sedikit.Lagipun dia anak tunggal.Nasib esok hari Sabtu,cuti sekolah bermula minggu depan.Sudah makan?Makanlah masakan mak cik tadi.Mak cik memang masak lebih tadi"

"Terima kasih mak cik,saya sudah makan tadi.Sedap.Tapi mak cik,saya rasa sakit perut pulak.Nak pergi tandas sekejap."

"Oh okay,panggil Afique,mak cik nak cakap dengan dia sedikit"

"Okay"

"Afiqueee,cepat.Mak kau nak bercakap dengan kau,aku letak sini dulu.Aku nak pergi berak sekejap.Cepatlah wei!

Dafue terus berlari ke belakang rumah.Tandas di berek polis berada di belakang.Kedudukan tandas itu berada di hujung bangunan.Sebab rumah Afique memang berada di hujung blok.Di sebelah dinding tingkat itu ada sepohon pokok Kekabu yang ada tali terjurai-jurai ke bawah.Biasa kadang-kadang di waktu petang,mereka akan main tarik tali-tali itu.Walaupun kadang-kadang ditegah oleh ibu bapa masing-masing.Cerita taboo mengatakan pokok itu ada "Penunggu".

Waktu itu Dafue ingin petik suis lampu mentol di bilik air tapi lampu tidak menyala.Jadi Dafue terus hidupkan lampu dapur sebab lampu tandas tidak menyala.Lalu dibuka pintu kayu itu.

Kretttttttt!!

Bunyi engsel pintu itu kedengaran.Pintu itu ada lubang pada kayu di bawah.Kayunya mungkin digigit tikus.Jadi jika Dafue menutup pintu itu,masih ada cahaya luar masuk menerusi lubang di pintu tandas itu.

Di belakang dinding tandas itu ada lubang juga.Tapi ada kesan tampalan papan kayu pada dinding tandas itu dan hasil kesan gigitan tikus.Lubang itu kelihatan dalam dan jika disuluh lampu suluh seperti gelap tiada penghujung.Jamban itu jenis cangkung dan agak tinggi dua anak tangga.Walaupun cahaya lampu menembusi pintu ia tidak menyeluruh.Cahaya hanya sampai pada anak tangga pertama.

Dafue tidak memikirkan semua itu.Hanya itu saja tandas di rumah itu.Keadaan sudah kritikal.Buang dahulu,fikir kemudian paling sesuai tanpa perlu fikir banyak-banyak.

Sedang ketika sedang membuang dan membuka kepala pili air.Lampu dapur tiba-tiba tertutup.Menjadi gelap.

"Afiqueeeee,jangan main lampu woi.Gelap ini!!!!

Tapi tiada jawapan.

"Afiqueeee,cepatlah buka lampu woi.."

Angin ketika itu tiba-tiba jadi kencang.Terdengar bunyi daun-daun pokok kekabu itu bergemersik dan bunyi bidai plastik yang menutupi belakang dapur seperti mengembang bagai bunyi layar kapal ditiup angin.

Tup!Tup!

Pintu jamban itu tiba-tiba bergerak dan tertutup.Tiba-tiba gelap gelita seketika.Dafue mula panik dan terasa takut.

Diraba-raba keliling dalam tandas itu sebab terlalu gelap.Bau busuk sudah dilupakan.Hanya ada naluri ingin hidup dari kegelapan.

Dafue ingin menangis dan berteriak.Tiba-tiba muncul sesuatu lembaga di depan pintu.Terus membuka pintu.Iampu mentol di tandas terus menyala terang.

Dafue melihat Afique berada di hadapan.Tapi muka Afique kelihatan agak terkejut dan pucat.

"Wei,Afique,jangan main tutup lampu dan pintu."

Afique agak tergamam sebentar dan kemudian pergi tanpa berkata apa-apa satu ayat pun.

Mungkin kerana keadaan bau di tempat kejadian atau situasi yang tidak sepatutnya "dilihat".Jadi dia beredar dengan segera.

Cerita akan bersambung di Part 2.

Seram Komedi.

Ada Cahaya,pasti ada Kegelapan.

Nukilan hasil SpartaBatKing117.

10 comments:

Azan AFS Menulis said...

Sgt seramm.,.best stories

SpartaBatKing117 said...

Terima kasih sahabat Azan AFS Menulis.Saya akan terus menulis dan berkarya.

Unknown said...

Serem banget jalan penceritaan nya...terasa merinding...

Unknown said...

Kok tandasnya di luar.. jaman lama ini..seremmm

Unknown said...

Mana episode ke3 nya bang? Enggak saber gue ni..

SpartaBatKing117 said...

Terima kasih kerana membaca.Akan datang.Saya akan terus berkarya.

SpartaBatKing117 said...

Terima kasih kerana membaca.Betul.Tandas lama era 90an dahulu di luar.

SpartaBatKing117 said...

Terima kasih kerana membaca.Saya akan berkarya lagi kisah seram dan horror.

Unknown said...

Karya nya masterpiece ..nice bapak spertabatkingbatman

SpartaBatKing117 said...

Terima kasih kerana membaca.