Saturday 2 October 2021

Seram Bab 3 Ping Pong,Biskut,Tangki Air dan Keranda Bahagian 1

Di suatu petang,Tigo,Ango dan Ziku baru selesai habis bermain perlawanan bola sepak di padang sekolah.Mereka berehat sebentar di tepi padang di bawah sepohon pokok.Rakan-rakan sepasukan yang lain semua sudah pulang ke asrama masing-masing.Langit masih lagi berwarna oren kemerahan menanda waktu hampir senja.

"Aduh,hari ini bersungguh-sungguh kita berlatih bermain,tidak lama lagi Liga Sukan Pertandingan Bola Sepak Daerah akan bermula"kata Tigo selaku ketua dan kapten pasukan.

"Ya,harap pasukan kita akan mara lagi jauh lagi berbanding tahun lepas."kata Ziku.

"Hmm..bergantung juga pada siapa lawan pasukan kita dan semangat tinggi pasukan kita.Jangan cepat hancur macam dahulu.Kau harapan kami selain Lehman sebagai penyerang utama"balas Tigo. 

"Ya,harap begitu.Mara kalau boleh tapi lawan tetap lawan walaupun ingin kalah.Adat pertandingan."kata Ango lagi.

"Wei,hang lepak lama bawah pokok itu mengapa.Dah nak senja.Kang kena sampuk kamu bertiga kang."kata Mangho,seorang lagi rakan mereka yang lalu disitu.Mangho memang terkenal dengan mulut celupar dan tiada "insurans" apabila berkata-kata.

"Hish.kau ini,jagalah mulut kamu.Tempat ini keras tau."balas Ziku.

"Nah,jurulatih suruh kemas barang dan letak barang semua dalam bilik loker sukan dan ini kuncinya"balas Mangho.

"Kau pun tolong lah sekali.Kita orang pun penat."

Puk...

Ziku menepuk muka Mangho.

"Eh apa kau buat ini?"

"Nyamuk lah,nampak ada darah ini"

"Oh..ingat hang mau tampar aku"

"Kau ingat aku suka-suka nak tampar orang,hahaha"kata Ziku.

"Manalah tahu hang tidak suka aku,hahaha"Mangho tersengih.

"Jomlah,cepat kita hantar barang dan kemas.Nyamuk pun sudah mula aktif."

Mereka mengangkat semua barang dan mula berjalan ke hujung blok bangunan stor sukan.

"Mengapa jaga tidak nyalakan lampu di sini.Selalu begini.Lampu rosak ke?Tiap kali lalu petang saja mesti gelap kawasan ini."

Mereka terlihat sebiji bola ping pong berwarna merah di atas tepi koridor itu.

"Bola ini pelik,biasa bola ping pong berwarna putih atau oren.Ini merah nyala terang."kata Mangho.

"Alah,ada lah orang warnakan bola itu.Kelab seni kan atas blok ini.Tidak mustahil lah."kata Tigo.

"Mungkin betul tekaan kau"

"Jom,cepat siap cepat boleh berehat dan mandi,lambat malam ini,makan biskut lah,lauk malam ini sedap tau.Ada info maklumat bocor dari mak cik kantin" kata Mangho.

Tup..tup...tupp..tupp..

Bunyi hentakan ping pong di lantai dari tingkat atas.

"Kau dengar tak bunyi itu?"Tanya Mangho pada rakan-rakannya.

"Ya,tapi siapa yang main ping pong senja-senja begini.Gelap kan tingkat atas tiada orang?"

"Kau jangan macam-macam,ada kot orang atas tue."kata Ziku.

"Okay,sudah.Jom kunci bilik ini" kata Tigo.

Tup..tupp..tupp..tup..tuppppp..tuppp

Lantunan bola itu makin laju dan kemudian senyap.

"Aku simpan bola ini,Cantik gak warna dia,unik"kata Mangho.

Mereka berempat kemudian beredar dan menuju ke blok asrama.Suasana beransur malam.Kegelapan menyusul menghilangkan cahaya yang telah lenyap.

Pada pukul 11 setengah malam.Mereka telah selesai makan malam,solat dan mengulangkaji pelajaran.Ada juga yang masih membasuh baju.

Mangho dan Ziku tinggal di tingkat 3.Tigo dan Ango di tingkat 2.Mangho malam itu ingin membasuh baju tapi air tiada blok asrama pada malam itu.Jadi sumber air adalah di blok sekolah.Asal dapat rendam baju pun cukuplah malam ini.

Hendak tak nak Mangho terpaksa meredah kawasan blok sekolah.Dia cuba mengajak Ziku tapi Ziku ingin mengulangkaji.Jadi Mangho pergi seorang membawa baldi dan harap ada air.

Mangho berjalan meredah sebaris pokok pisang ditanam ditepi jalan sebaris kiri dan kanan laluan itu.Semak di bawah pokok itu bergegar.

"Kus,semangat mungkin binatang atau kucing dalam semak itu"kata Mango menyedapkan diri.

Mangho berjalan menuju blok stor sukan itu.Sedang dia berjalan melintasi kawasan gelap yang dikatakan petang tadi itu.Kedengaran di belakangnya bunyi lantunan bola ping pong.Dari arah stor sukan.

Tup....

Mangho melangkah lagi setapak.

Tupp..tupp..

Bunyi itu mengikuti langkah tapak Mangho.Laungan lantunan itu memecah kesunyian dan ia bergema.

"Prank apa ini?Ada kawan yang nak mengusik ya?Hang nak pedajal orang ye"

Kemudian ada bau wangi seperti bau dari pokok seribu malam.Pokok itu ada ditanam di kawasan sekolah dan kadang-kadang akan berbau wangi jika malam atau cuaca sejuk.

Mangho melangkah lagi.Bunyi lantunan itu tetap mengikuti langkah tapak Mangho.Mangho pusing di belakang.Tiada kelihatan kelibat bola di lantai.

"TIDAK BOLEH JADI INI"

DUPP....DUPPP....DUPPP.

Mangho mula cemas dan berdebar.Rasa dia mula ingin patah balik semula dan tidak jadi dengan misinya membasuh baju.

Sedang dia toleh dan melangkah.Kedengaran bola itu mengikuti langkahnya.Mangho merasa tidak sedap hati dan ingin mulakan larian pantas menuju ke asrama.Sepantas yang mungkin.Baldi itu diletakkan saja.Hilang baldi tidak mengapa,hilang semangat tiada gunanya.Seluruh kudrat digunakan untuk menyelamatkan sisa-sisa semangat yang masih melekat di badan ini yang dihakis oleh aura keseraman tahap tinggi.

Dia melangkah berlari dan lantunan bola itu mengikuti langkah Mangho.

Tup...tup..tuppp..tuppppp...tuppppp..tupppp

Kelihatan bola ping pong itu mengejar Mangho.Mangho sempat menoleh dan membuat larian zig zag.Bola itu terbang dan meluru ke pokok pisang tadi dan meletup serta mengeluarkan asap.Sekujur tubuh perempuan berkain putih muncul dari dalam semak.

"Allahumabarikkana...."ayat yang sempat diucap oleh Mangho.

Mangho sempat melihat lembaga menyeramkan itu dan terus pengsan.Tidak lama kemudian,Mangho dijumpai oleh pengawal keselamatan dan warden asrama.Mangho kemudian tersedar dan hanya terdiam apabila ditanya warden dan rakan-rakannya.

Malam itu Mangho tidur di atas dan Ziku tidur di bawah.Kepala katil mereka memang menghadap tingkap.Malam itu sedang mereka tidur.Tingkap itu terbuka perlahan-lahan.

Strettttrrt..streetttttt...

Tingkap kaca itu terbuka.Sekujur tangan muncul dari tingkap itu.Kulit tangan itu kelihatan pucat dan berkuku panjang.Tangan itu menjadi panjang dan menghala ke muka Mangho.Sebelah tangan cuba membuka mulut Mangho dan sebelah tangan lagi memegang biskut.Mangho tersedar dan hantu yang menyeramkan dari tingkap itu menyuap biskut ke mulut Mangho.Ziku terbangun tapi apabila ternampak sekujur tangan yang menyeramkan amat panjang itu lalu dia menjerit sekuat hati ala histeria.Hantu itu kemudian hilang.Semua pelajar di dorm itu terbangun melihat Ziku dan Mangho dalam ketakutan.Kesan biskut masih ada di mulut Mangho.

Warden datang dan ustaz telah dijemput untuk meredakan keadaan dan membaca surah pendinding.Ziku dan Mangho diberi air yang dibaca ayat Al-Quran.Ango dan Tigo memerhati saja dari jauh.

"Pelik,petang tadi mereka okay saja,sekarang sudah histeria."kata Ango kepada Tigo.

"Ya,misteri juga"

"Mungkin mereka terlepas kata-kata tadi.Lagipun tempat ini memang keras bak kata senior-senior dahulu"

Keesokan hari bola ping pong merah itu hilang dari simpanan Mangho.

Ceria akan bersambung pada Part 2.

Ada Cahaya,berselang seli berganti kegelapan.

Nukilan hasil SpartaBatKing117.


16 comments:

Unknown said...

Hantu biskot?🤣🤣🤣🤣

Unknown said...

Kenapa nama watak pelik sgt bang?😱

Unknown said...

Seremmmm...jadi kaget gue..

Unknown said...

Iya iya lah..seremmm banget dehhh..pokoknya harus lah kita jangan ambil barang2 yang di curigai dong

Unknown said...

Perghh!!! Seram campur lawak gila saudara punya gaya penceritaan.mantap!!

Unknown said...

It's so creepy.. greetings from thailand

Unknown said...

Semangat terus berkarya bang...moga sukses bapak spartabatking

Unknown said...

It's so nice to read this horror story..greeting from Australia 🦘..

SpartaBatKing117 said...

Ia adalah dari kisah sebenar tapi diolah semula.Watak sebenar dirahsiakan.

SpartaBatKing117 said...

Watak sebenar dirahsiakan tapi terpaksa pakai nama samaran.Sebab itu pelik.Terima kasih kerana membaca.Pelik itu unik.

SpartaBatKing117 said...

Betul.Itulah satu contoh nilai moral yang ingin diceritakan.Jangan mengambil barang dari sesuatu tempat tanpa izin dari tuannya atau sebarang tempat.

SpartaBatKing117 said...

Nice.See u aligator.

SpartaBatKing117 said...

Baik.Terima kasih kerana membaca.Nantikan naskhah karya terbaru.

SpartaBatKing117 said...

Sawadikap.Creepy Siakap story.

SpartaBatKing117 said...

Baik.Belum lagi unsur psiko + horror + komedi + seram × gila ala Joker lagi.

SpartaBatKing117 said...

Bagus.Terima kasih kerana membaca.