Friday 1 October 2021

Seram Bab 2 Katil,Pohon Kekabu dan Jamban Bahagian 2

Setelah selesai "hajat" tadi.Dafue cepat-cepat ingin balik selepas insiden tadi.

"Wei,aku tidak boleh terima gurauan tadi.Afique.Aku hendak balik ke rumah aku"

Afique cepat berlari ke arah Dafue dan menarik tangannya.

"Janganlah balik.Aku takut ini."

"Arghh,kau tadi bergurau kasar.Ketap ketup tutup lampu dan tutup pintu sampai aku hampir membuang berterabur dalam gelap dan hampir kaki aku ingin masuk ke dalam lubang jamban.Aku nak balik."

"Bukan aku lah yang tutup lampu dan pintu tadi.Aku tengah sembang dengan mak aku dalam telefon tadi.Tapi aku ada dengar kau menjerit tadi dan terdengar pintu tertutup kuat.Tadi angin kuat di luar.Lepas itu aku pergi sana"

Dafue tetap juga ingin balik.Afique menarik seluar Dafue sehingga ingin terlondeh seluar itu ke kepala lututnya.

"TOLONGLAH DAFUE,TIDUR SINI,TEMAN AKU"

Afique menangis dengan teruk sampai menarik dengan bersungguh-sungguh seolah-olah tidak mahu Dafue balik.

"Eh,kenapa dengan kau ini Afique.Sampai menangis ini.Tadi masa di jamban tadi kau melihat aku hampir bogel,aku malu"

"Tidak,bukan kerana itu.Aku tadi ternampak sesuatu di belakang kau⁸ sebelum aku petik suis lampu."

"HA,KAU NAMPAK APA AFIQUE?"

"LEMBAGA HITAM BERBULU,MATA MERAH DAN BERTANDUK SEBELUM LAMPU TERBUKA TADI,LEPAS ITU HILANG"

Dafue dan Afique merasa meremang dan terdiam seketika.Jam ketika itu hampir pukul 11 malam.Kedua muka mereka terlalu pucat dan agak ketakutan.

"Dafue,malam ini aku tidur di rumah kau.Aku takut nak tidur di sini.Esok aku nak beritahu bapa aku suruh pindah dari sini"

"Jom,aku dah rasa seram semacam"

Tanpa membuang masa,terus mereka mencapai kunci dan keluar menyarung selipar.Tapi angin diluar meniup kencang seolah-olah hendak hujan.Rumah Dafue agak jauh juga dari situ.

Pokok kekabu itu juga boleh dilihat di anjung beranda luar rumah tepi berek polis itu.Pokok itu seolah-olah melambai ditiup angin.

"Macam mana ini,Nak hujan,mana sempat sampai rumah.Nak naik basikal pun bahaya"

Grooommm!Grooommmm!

Bunyi guruh dari langit kedengaran.

"Ah,macam mana ini?

Hujan turun dengan lebat sehingga mereka tidak sempat lalu terus masuk kembali ke rumah.

Mereka terus membuka lampu seluruh rumah dan menutup pintu dapur.Terang benderang seluruh rumah.Mereka juga membuka siaran televisyen dengan kuat untuk memecah kesunyian.Mereka duduk di depan.Pada pukul hampir satu pagi,skrin di televisyen mengeluarkan siaran bulat dan penuh warna warni.Era 90an siaran televisyen tamat selepas berdendang lagu Negaraku.

Titttttttttttttt!

Bunyi siaran televisyen tamat.Hujan masih turun dengan lebat.Jiran sebelah mungkin sudah tidur.

Cerita akan bersambung di Part 3.

Ada Cahaya,pasti ada kegelapan.

Seram Komedi.

Nukilan hasil SpartaBatKing117.

14 comments:

Azan AFS Menulis said...

Amat seram cerita ni,. Sgt best,..teruskan berkarya sahabat๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

SpartaBatKing117 said...

Baik,sahabat Azan AFS Menulis.Nantikan karya seterusnya akan datang.:)

Unknown said...

Horror banget dehhh..ngak saber gue tunggu lanjutan ceritanya ..bikin lagi horror bang..

Unknown said...

Ya ampun..kok ceritanya ngak habis ...bikin lg dong...

Unknown said...

Bikin lagi serem dong..gue rasa kalau di bikin film laku keras kok

Unknown said...

Syabas my friend, perbanyakkan lagi kisah seram yg mcm ni..ramai peminat2 seram di luar sana menantikan cerita2 yg baru..it's so good

Unknown said...

Gue Salah satu peminat no 1 kisah serem..bikin lg dehhh

SpartaBatKing117 said...

Terima kasih kerana membaca.Saya akan terus berkarya lagi.

SpartaBatKing117 said...

Baik.Terima kasih kerana membaca.Saya akan terus berkarya penulisan horror.

SpartaBatKing117 said...

Terima kasih sahabat.Saya akan berkarya lagi hasilkan banyak penulisan seram.

SpartaBatKing117 said...

Baik.Terima kasih kerana membaca.Saya akan hasilkan lagi banyak penulisan cerita seram akan datang.

SpartaBatKing117 said...

Terima kasih kerana membaca.Saya akan berkarya lagi penulisan seram.

Unknown said...

Lohhh...kok jalan ceritanya tergantung..malah bikin seru saat membacanya...bikin lagi dong!!!!

Unknown said...

Mantepppppp