Tuesday 5 October 2021

Seram Bab 4 Kabus

Rew malam itu terpaksa bertugas lebih masa di Pasaraya JJ (nama lama) di Seremban 2 kerana ada hari jualan "Sale" pada hari tersebut.Setiap bulan pasti ada satu hari jualan di pasaraya tersebut.Rew biasannya akan pulang ke rumahnya di Kuarters KLIA pada pukul 11 atau 12 malam selepas menutup semua akaun di bahagian tempat dia bekerja.Jadi hari itu dia akan lewat pulang.Mungkin pulang pada pukul 1 atau paling lewat pukul 2 sampai ke rumah.

Sedang Rew selesai dan pergi ke lokar mengambil barang dari lokar pekerja.Rew mengambil beg dan helmet motosikalnya.Dia menuju ke ruang letak kenderaan.Suasana di luar seperti baru lepas hujan.Jalan raya kelihatan basah dan sejuk.Rew terus membuka begnya yang ada jaket.Pasti sejuk malam ini.Perjalanan ke rumahnya pasti mengambil masa yang lama sebab keadaan jalan yang basah,malam dan faktor berhampiran dengan ladang kelapa sawit.Rew perlu berhati-hati dan tidak mahu menunggang seperti "Ace Pilot" pada kebiasaannya pada siang hari atau hari cerah.Malam ini pasti dia menjadi mode "malam" iaitu "Slow dan Safe" berikutan jalan basah dan cuaca sejuk.

Rew memasukkan kunci motor pada soketnya dan memusing kunci itu pada ON.

Kekuciii!! Kekuciiiiiii!!!

"Eh,time sejuk ini,tak mahu start lagi.Aduh,biasa begini,cuba lagi"

Rew memusing lagi kunci.

Kekuciiiiiiii!! Kekuciiiiiii!

Vrommmmm!! Vrommmmm!!

"Ha,baru dapat start.Kalau tak,mahu tidak dapat balik rumah.Hmmm."

Rew memanaskan enjin dan memulas tempat minyak.Rew kemudian duduk dan memulakan rentak.Dia menyarung helmetnya dan earphone di telinga memasang lagu kegemarannya kerana tidak mahu sunyi sepanjang perjalanan itu.Dia menutup visor helmetnya.

Gooooo!

Rew menunggang motosikal 100cc melalui kawasan bukit di kawasan Sendayan.Suasana di situ agak sunyi.Mula-mula ada lampu jalan kemudian memasuki sesuatu lorong dalam terowong.Selepas itu kawasan itu menjadi gelap,tiada lampu jalan.Rew terus menunggang sambil mendengar lagu.

""Ohhh baby,i love your way,everyday yeah yeah

Owhhh baby,i love your way,everyday

Shadow grow so long before my eyes

And they're moving across the page

Suddenly the day turn into the night

Far away,from the city

But don't,oh no,hesitate

'Cause your love just won't wait(Hey yeah,yeah)""

Lagu Big Mountain itu bergenang di telinga Rew.Rew merentasi taman perumahan Senawang dan berhenti pada lampu isyarat simpang empat.Kiri ke Kampung Jimah,terus ke Pusat Kitar Semula dan ke kanan menuju Labu.Rew terus menunggang ke arah kanan Labu.Jalan di situ agak gelap,tiada lampu jalan.Kenderaan di situ hanya satu atau dua kenderaan saja.Malam begini memang tiada atau kurang kenderaan.Suasana menjadi sejuk.

Sekali sekala ada serangga hinggap pada visor helmet Rew.Mingkin pancaran lampu motosikal menarik perhatian serangga selepas waktu hujan.Rew hanya buat biasa saja.Tidak perlu mengelabah teruk.Hanya serangga saja.

Suasana sejuk,kedengaran bunyi katak dan cengkerik di kawasan bukit.Sedang Rew membawa dengan tenang merentasi perkampungan Sendayan dan menuju ke simpang tiga.Rew terus membelok kiri.Kawasan itu agak terang dengan lampu jalan kerana ada taman perumahan Gadong Jaya.Tiba-tiba anjing di tepi jalan menyalak kuat ke arah Rew.

Gongggggg!Gongggggg!

Mungkin terkejut kerana jalan itu agak sunyi.Rew terus memulas minyak bagi memecut motosikalnya.Mode "Ace Pilot" bermula.Anjing itu terkejut dan amat marah.Cuba ingin mengejar Rew. 

Vrommmm!Vrommmmm!!

"Nak kejar ya,amik asap ini.Makan asap lah"

Motosikal Rew memecut meninggal jauh anjing-anjing itu.Melalui ladang kelapa sawit yang panjang,Seperti tiada penghujung.Lampu jalan hanya satu dua saja.Kabus mula menyusul.Entah dari mana.

Rew mula memperlahankan kelajuan motosikalnya sebab permandangan yang terhad akibat kabus.Dia membuka lampu tinggi dan meneruskan perjalanan.Sedang dia meredah kabus itu,motosikalnya mula terasa berat.Semakin dipulas minyak,semakin berat.

"Eh,motor ini buat hal la pulak"

Tiba-tiba Rew macam ternampak sesuatu di tingkap sisi di motosikalnya.Macam ada sesuatu di belakangnya.Rew rasa seram sejuk teramat sangat dan mula meremang.Tapi Rew kena maintain cool sebab jika dia mengelabah atau panik.Amat bahaya.Lagi ketika ini,di "hutan" kelapa sawit yang gelap,berkabus dan sejuk.

"Kalau nak tumpang,tumpang sajalah.Kalau tidak,sila pergi dari sini." Kata Rew.Entah dari mana datang keberanian untuk berkata begitu.Suasana masih berkabus.Seperti suasana di Cameroon Highland,di Negeri Pahang tapi ini adalah di Negeri Sembilan.

Setelah hampir sampai Felda L.B.J atau dikenali sebagai Labu Johnson sempena ladang yang pernah dilawati oleh Presiden Amerika Syarikat pada era 60an di Malaysia.Motosikal Rew mula terasa ringan dan terasa laju semula.Tapi suasana kabus itu masih ada.Mungkin "penumpang" tadi sudah sampai destinasinya.Entah mengapa malam itu tiada langsung kenderaan lain.Biasa kalau ada satu atau dua,akan rasa selamat.Mungkin akan ikut rapat-rapat dari menunggang solo dan sunyi.

Rew masih lagi perlu merentas Kampung Jijan.Makna destinasi rumahnya semakin dekat.Tetapi semasa dia melalui suatu tempat,ada perhentian bas,terdapat seorang perempuan duduk di atas kerusi seorang diri.Rew mula rasa sangsi dan pada waktu begini,tiada sesiapa menunggu bas waktu ini,lagi-lagi perempuan.Sedang dia hendak hampir,perempuan itu terus terbang ke pokok dan mengilai.Tiada lampu hanya cahaya langit samar-samar.

Hiiiiiiiii!Hihihihiiiiii!!

Apa lagi hendak difikirkan,lantas Rew memecut motosikalnya selaju mungkin.Tidak kisah lagi apa yang ada.Dia terus memecut.Apakah lagi ada lembaga,adakah itu Pontianak?Mungkinkah muzik menarik perhatian "Baby" di sepanjang perjalanan.

Rew pulang ke rumah dan demam 2 hari.

ANTARA Kegelapan dan Cahaya adalah kabur dan samar-samar.

Nukilan SpartaBatKing117.

11 comments:

Unknown said...

Ngomong ngomong bikin serem...

Unknown said...

Bikin jantungan merinding gan

Unknown said...

Gile lahhh...seram

Unknown said...

Serem banget....kaget gue

Azan AFS Menulis said...

Sgt seramm,.its good stories

SpartaBatKing117 said...

Terima kasih my friend Azan AFS Menulis.

SpartaBatKing117 said...

Terima kasih kerana membaca.

SpartaBatKing117 said...

Terima kasih kerana membaca.

Unknown said...

Whattttt!!! Kg jijan!!! Tempatnya gue kerja dulu gan..gue skrg kerja nya di ladang bukit Jin triang pahang..kalo dulu ya emangnya di kg jijan..iya sih,malem2 di kompleks kkklia,lbj,kg jijan emangnya sereem..gue pernah dong nampak bebola API di sekitar kompleks kkklia...masa itu hampir maghrib dong..seremmm kok kalo di fikirkan...mungkin itu kuyang..ihhh bikin seremmmm

Unknown said...

Seram bosskuuu

Unknown said...

Gile ahhh...seram