Saturday 6 November 2021

Seram Bab 9 Pancing

Atoz suka memancing.Dia akan memancing jika ada masa lapang.Pelbagai tempat dan lokasi spot memancing sekitar di tempat tinggal dia sudah dicuba.Satu hari Atoz ingin memancing di Port Klang.Dia cuba pergi ke sesuatu ponton yang diceritakan rakannya.Ponton itu adalah tempat bot dan sampan ditambat.Jika air surut ponton itu akan terletak di atas lumpur.Jika air pasang,ponton itu akan terapung.Semua bergantung pada air pasang dan surut.Kawasan itu juga berhampiran dengan hutan paya bakau dan kampung orang asli Laut.

Atoz berasa seronok kerana dia dapat memancing di situ.Hari itu merupakan hari dia cuti bekerja shift selama dua hari.Jadi dia akan luangkan masa dari malam ke waktu pagi untuk memancing.Memandangkan kawasan itu air pasang dan surut setiap 6 jam,jadi dia perlu masa yang lama untuk menunggu air pasang.

Malam itu Atoz sampai di ponton itu,air mula pasang pada pukul 9 malam.Jadi selepas 9 malam,air mula naik sedikit.Kelibat ikan belacak hilang dari pandangan,lubang-lubang ikan belacak di lumpur mula digenangi air yang mula naik.Jadi Atoz akan tunggu air pasang tinggi untuk memulakan misinya.Air mula naik pasang tinggi pada pukul 10.Apabila jeti ponton itu mula bergoyang maka itu tanda air sudah pasang tinggi.Jadi "misi" Atoz akan bermula.

Pada pukul 10 malam,Atoz mula memasang umpan umpun-umpun yang dibelinya petang tadi di berhampiran perkampungan Orang Asli Laut di Tanjung Harapan.Suasana malam itu sungguh tenang.Langit cerah disirami cahaya bandar Port Klang.Tetapi kawasan keliling jeti ponton itu tetap gelap kerana dikelilingi hutan paya bakau.Sekali sekala jeti ponton itu bergoyang dilanggar air ombak oleh arus dari sampan yang meredah sungai itu berulang-alik melalui sungai Port Klang itu.Jika jeti ponton itu bergoyang maka itu tandanya ada sampan atau kapal berulang alik di situ.

Kawasan itu berada di antara pertemuan air tawar dan air masin.Jadi pelbagai ikan air tawar dan air masin berada di situ.Atoz mula membaling pancingnya.Dia kemudian membaling satu lagi pancingnya.Dia meletakkan pancingnya dan memerhatikan tali tangsinya.Sambil duduk dia menyalakan sebatang rokok sambil menunggu umpanya mengena.Angin malam itu bertiup perlahan.Bau lumpur di situ agak menyengat.Tapi bagi orang Port Klang ia adalah perkara biasa.Sebab pelbagai sampah sarap dari sungai dari Kuala Lumpur dibawa ke penghujung sungai Port Klang.Jadi bau busuk itu adalah normal ketika air pasang dan surut.

Kadang-kadang umpan mengena tapi banyak umpan menarik sampah.Jadi perlu rajin dan sabar jika memancing di sini.Belum lagi ungas dan nyamuk datang jadi peneman ketika memancing.Atoz merasa tali tangsinya bergerak-gerak lalu menarik umpannya.Terasa berat.Ditariknya kuat tapi secara berhati-hati agar tali tangsinya tidak putus.Perlahan-lahan sehingga umpan itu berdekatan dengan jeti ponton itu.Ditarik kelili tali pancing rupanya adalah sampah plastik.Jika ikan sebenar pasti ada kocakan air jika ditarik keatas.Jadi sampah itu dibuang semula ke sungai kerana ia adalah tetap sampah.Atoz bukan seorang pecinta alam atau pejuang WWF.Banyak kali juga ditarik tapi sampah atau ikan kecil duri dan belukang.Jadi Atoz melepaskan kembali ikan itu ke sungai itu.

Jam menunjukkan 12.30 malam.Baldi masih kosong tapi semangat Atoz tidak luntur lagi.Hendak tak hendak Atoz perlu dapatkan ikan sebelum air surut pada pukul 3 pagi nanti.Atoz bertukar ke port baru dihujung jeti dan terus membaling umpannya.Dia hanya perlu menunggu umpannya mengena.Sekejap saja dibaling,tali tangsinya disentap ganas.Jadi Atoz menarik dengan kuat.Sentapan itu agak kuat.Atoz melawan dan melawan lagi tapi dengan berhati-hati agar tidak putus.Kelihatan kocakan air itu agak kuat.Jadi Atoz menarik lagi dan akhirnya berjaya menaikkan seekor ikan keli Afrika.Saiznya memang besar.Atoz amat gembira dan menarik menggunakan kain buruk dicekup dikepala ikan itu bagi tidak licin dan playar untuk mengeluarkan mata kail di mulut.Ikan itu dimasukkan dalam jaring sangkar dan direndam dalam air di tepi jeti ponton itu.Tidak muat di dalam baldi.

Kemudian joran satu lagi disentap.Atoz terus mencapai joran itu.Direntap dan dilepaskan tali tangsi itu.Tapi kali ini terlalu berat tarikan tali tangsi itu.Kemudian tali itu jadi ringan.Jadi tali itu putus.Maka Atoz berasa bengang dan memasang umpan dan mata kail baru.

"Ini hanya permulaan"kata hati Atoz.

Dia membaling dua umpan mata kail pancing.Kali ini dia mahu mendapat ikan besar.Jam menunjukkan 2.45 pagi.Tiba-tiba angin kuat bertiup.Agak sejuk angin itu kali ini.Atoz mula menyalakan rokok untuk memanaskan badan.Jeti ponton itu bergoyang tapi tiada kedengaran enjin sampan.Agak pelik.Tali tangsi pada pancing Atoz mula bergoyang.Atoz mula menarik tapi tarikan itu sangat kuat.Pokok bakau di situ bergoyang-goyang.Gemersik daun itu bergoyang-goyang.Tapi tiada kelibat monyet-monyet.Tiada riak air seperti biasa ketika sampan atau bot meredah sungai itu.

Tiba-tiba pancing kedua Atoz ditarik dan direntap.Pancing itu jatuh ke dalam air.Atoz masih menarik tali pancing dan dari jauh ada kocakan air.Tapi agak pelik.Kelihatan seperti bukan ikan.Kelihatan seperti sesuatu lembaga menarik tali pancing itu dari jauh.Lembaga itu berambut panjang di dalam air.Bau teramat busuk tiba-tiba menusuk ke dalam hidung.Bukan bau busuk seperti biasa tapi teramat busuk dan meloyakan.Jam menunjukkan tepat 3 pagi.Lembaga itu keluar perlahan-lahan dari air dan terapung di atas air serta mula mencapai naik ke atas.Dipaut tangannya ke atas jeti ponton itu.Tangannya amat panjang.Atoz terus mencampakkan pancingnya.Air ketika itu mula surut.

Lembaga itu bertenggek di atas jeti ponton itu.Hanya rambut putih yang panjang menyelubungi seluruh tubuhnya seperti tali tangsi yang berpintal-pintal dikelilingi pelbagai sampah dan tanah lumpur dari sungai itu.Tiada kelihatan muka kerana seluruh badan dikelilingi dengan kekusutan tali tangsi dan lumpur.Tapi ia kelihatan amat menyeramkan.

"Arghhhhhhhh" jerit Atoz sebelum pengsan.

Atoz ditemui oleh pengawal keselamatan yang meronda kawasan itu pada pagi itu.Atoz mengalami demam seminggu selepas peristiwa itu.Pengalaman seram itu masih terngiang-ngiang di dalam Atoz.

-Cahaya dilangit malam diiringi dengan kegelapan.Apabila Alam membalas perbuatan kerosakan manusia ke atas alam sekitar-

Nukilan hasil SpartaBatKing117.

5 comments:

Unknown said...

Ianya di panggil hantu air..amat seram

Unknown said...

Serem banget ya cerita nya....seruuu

Unknown said...

Lanjutin ceritanya dong ..

Unknown said...

Horror...merinding

Unknown said...

Panasaran membacanya...