Friday 19 November 2021

Seram Bab 10 Restoren

Turi adalah pemilik sebuah restoren.Dia telah berjaya membuka cawangan barunya di sebuah tempat hartanah yang baru dibeli.Dia cuba mengembangkan perniagaannya.Dia datang bersama rakan kongsinya bernama Gako untuk memeriksa tapak baru kedainya.

"Turi,harga tanah kedai ini agak murah walaupun kedudukannya agak strategik.Biasa tapak begini ini harga agak mahal tapi agak pelik rasanya harga tanah di sini agak murah"kata Gako.

"Ya,itulah yang diutarakan oleh ejen hartanah tadi.Walaubagaimanapun ia adalah bagus dan yang penting sekali akan kurangkan kos"balas Turi.

"Ya,betul"balas Gako menyetujui kata-kata rakan kongsinya itu.

Kontraktor juga turut serta mengikut mereka berdua meninjau tapak kedai itu bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan,renovasi dan hiasan dalaman kedai itu.Mereka mula berbincang tentang pelan dan kos untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian dan renovasi kedai itu.

Suasana ketika itu tengahari.Jadi setelah bersetuju dan berbincang dengan kontraktor itu mereka pulang dari tapak kedai itu.

"Turi,saya agak pelik dan sangsi dengan sewa kedai itu,macam ada yang tidak kena"kata Gako.

"Prinsip saya begini,Peluang tidak akan datang berkali-kali.Jadi inilah peluang kurangkan kos,buat dahulu,jangan fikir apa-apa dan terus sapu peluang dahulu kemudian baru fikir keuntungan."kata Turi.

"Okay,kalau begitu.Saya tidak kisah,asalkan ada keuntungan"balas Gako.

Dalam seminggu kemudian,kerja pengubahsuaian bermula.Pekerja-pekerja kontraktor pembinaan dan pengubahsuaian ligat melakukan kerja-kerja mereka.Kerja-kerja itu berlangsung dari pagi hingga ke malam.Kadang-kadang berlanjutan ke tengah malam kerana ingin mengejar jadual dan majlis pelancaran yang akan tiba dalam masa empat bulan lagi.

Setelah empat bulan berlalu.Pada masa seminggu sebelum majlis pelancaran,kerja pengubahsuaian sudah siap tetapi majlis pelancaran ditunda seminggu kerana masalah teknikal ketika proses pengubahsuaian.Para pekerja mula memasukkan pelbagai alatan dan perkakas restoren dan krew restoren baru mula berlatih mengikut posisi masing-masing.

Salah seorang krew restoren itu mula memunggah barang-barang sejuk beku ke dalam bilik mesin penyejuk.Bilik sejuk beku itu sangat sejuk.Jika terperangkap beberapa minit di bilik itu,pasti akan mengalami hipotermia dan jika lama pasti akan mati sejuk beku.Sedang pekerja itu memunggah barang,kelihatan kelibat sesuatu berbaju putih tepi di tepi.

Pekerja itu terkejut dan menjerit,"Arghhhhh"

"Mengapa ini Fao,mengapa kau terjerit?kata Zusi,rakan sekerjanya yang turut berada berdekatan di situ.

"Tadi aku nampak lembaga putih di dalam ini"

"Mana?" Balas Zusi.

"Situ"jari Fao menunjukkan arah ke satu arah.

Zusi terus melangkah dan menuju ke arah yang ditunjukkan Fao.Zusi terus ke dalam tapi tiada kelihatan apa-apa.Hanya ada guni putih saja.

"Tiada apa-apa disini,Fao.Aku sudah periksa.Mungkin ilusi kamu kerana kamu memakai cermin mata.Jadi kabus atau suhu terlalu sejuk dalam ini mungkin buatkan cermin mata kamu nampak guni putih itu seperti sesuatu bergerak atau ilusi.Lagipun ini bilik penyejuk sejuk beku"

"Ya,mungkin betul kata kamu tapi tadi macam seolah-olah betul.Mungkin ilusi atau mainan minda saja.Abaikan saja"kata Fao untuk menyedapkan hati.

Mereka keluar dari bilik penyejuk sejuk beku itu dan menutup pintu itu dengan ketat.

Pada malam itu,kedengaran sesuatu.

"Ketong..ketongg" 

Bunyi dari dalam bilik penyejuk beku itu.

Selepas seminggu kemudian.Restoren itu dibuka dan dirasmikan pembukaannya.Gako,Turi dan semua krew dan kakitangan restoren itu hadir merasmikan pembukaan restoren baru itu.Fao dan Zusi juga hadir di majlis itu.

Pada malam hari pembukaan itu.Krew bertungkus lumus melayan pelanggan yang hadir serta mereka dihidangkan dengan pelbagai jamuan dan hidangan disamping memperkenalkan produk restoren mereka.Selepas selesai majlis itu Fao dan Zusi serta kakitangan lain mula mengemas dan membersihkan sekitar restoren itu.

"Nampaknya malam ini kita "overtime" sebab esok pasti sibuk dengan hari pertama kedai beroperasi"kata Zusi.

"Ya,begitulah rasanya.Arghhhh..letihnya badan ini"balas Fao.

"Ya,tunggu semua kerja selesai lepas itu baru kamu pulang"kata Penyelia Huro.

Turi,Gako dan kebanyakan kakitangan sudah pulang dan hanya kelihatan beberapa 4 kakitangan yang tinggal.Jam menunjukkan hampir 1 pagi.

Seorang lagi adalah pengawal keselamatan yang bertugas mengawal sekitar kawasan kedai itu.Pengawal itu hanya memerhatikan saja dari jauh.

"Zusi,aku rasa pengawal itu asyik memandang kita dari tadi.Ada apa-apakah disini?Aku rasa lain macam dengan pandangan pengawal itu?" tanya Penyelia Huro.

"Mungkin ada sesuatu disini.Tapi abaikan sajalah.Mungkin kerja dia,suka perhati orang kot.Memang itu kerja pengawal,memerhati dan melihat,ada sesuatu mencurigakan pasti dia bertindak"balas Fao.

"Ya,Lagipun dia tidak fasih berbahasa Malaysia.Pernah aku bertanya,lain ditanya,lain dijawab,aku lagi pening.Jadi aku hanya angguk saja."kata Zusi.

"Hahaha,biasalah.Ayuh jom kita susun semua kerusi ini.Lepas itu periksa semua bilik dan perkakas.Lepas selesai periksa,kamu boleh imbas kad kerja kamu dan pulang berehat,Saya mahu menyiapkan laporan dahulu,esok Penyelia "kesayangan kamu"  Moon mungkin bising jika aku tidak siapkan laporan ini"terang Penyelia Huro.

Zusi dan Fao hanya tersengih mendengar nama itu.

Zusi terus ke belakang stor dan memeriksa bilik.Fao menyusun dan meletakkan kerusi dan Penyelia Huro masuk ke bilik penyelia untuk buat laporan.

Zusi melangkah ke bilik penyejuk sejuk buku dan memeriksa suis dan peralatan di situ.

"Ketong.. Ketong...."

Zusi menoleh sebentar.Keadaan menjadi sunyi sebentar.

"Tadi macam ada bunyi.Dari mana bunyi itu?"kata Zusi.

"Hmm..tiada apa-apa lah."

Zusi terus mencapai pen dan menulis sesuatu di buku yang terdapat di situ.

Sedang dia menulis,kelihatan seperti ada kabus sejuk dari bilik penyejuk sejuk beku itu keluar.Kabus itu menjadi seolah-olah asap yang membentuk seolah-olah jasad sebujur tubuh.Wasap itu membentuk seolah-olah berada di sebelah memerhatikan Zusi.

Zusi merasa suhu di sekelilingnya tiba-tiba sejuk.Bulu roma di tangan dan sekitar leher Zusi tiba-tiba naik meremang.Zusi menoleh dan wasap sejuk itu menyerbu Zusi.Seluruh tubuh Zusi tiba-tiba seolah dipeluk dan dipegang oleh sesuatu yang amat sejuk.Zusi terasa seolah-olah lemas dalam wasap sejuk itu.Zusi merasa teramat takut lalu pengsan disitu.

Penyelia Huro masih menyiapkan laporan di biliknya.Fao masih menyusun kerusi dan sudah hampir siap.Setelah selesai.Fao duduk sebentar menunggu Zusi.Setelah lama menunggu,Fao mula pelik Zusi tidak muncul-muncul lagi.

Fao mula curiga lalu dia bangun dari kerusi dan mencari Zusi.Dia menuju ke dapur dan seterusnya ke bilik stor.Sedang dia lalu melalui bilik stor dia seolah-olah ternampak sesuatu.Seperti kelibat Zusi tapi bilik itu agak gelap.

"Zusi,kamu ke itu?Apa kamu buat dalam gelap itu?tanya Fao.

Keadaan senyap.Tiada jawapan.

"Zusi,jangan bergurau macam ini.Jawaplah wei.Memang gila teruk gurauan kau ini,Zusi."

Masih tiada jawapan.

"Tidak boleh jadi begini,Zusi.Sudah melampau kamu ini bergurau!"

Fao melangkah terus ke arah kelibat Zusi dalam gelap itu lalu menyentuh belakang Zusi.Terasa sangat sejuk.Ini bukan suhu badan normal bagi manusia biasa.Terasa amat sejuk dan seperti ais beku.Fao merasa sesuatu yang tidak kena.Tangannya dipegang erat oleh "Zusi".Tetapi "Zusi" masih tidak menoleh hanya tangannya saja melipat kebelakang.Rasa sejuk yang beku itu terus mencengkam dan melekat ke deria rasa tangan Fao.Fao merasa teramat ketakutan dan ingin menjerit tapi suara tidak keluar.Suasana masih gelap,cuma ada cahaya samar-samar dari luar bilik stor itu.

Kemudian kepala "Zusi" berpusing,Fao akhirnya mengigil ketakutan dan kesejukan amat sangat.Dia pengsan jatuh terjelepuk selepas saja kepala itu memandang tepat kepadanya.Ia bukan Zusi.

Penyelia Huro masih lagi sibuk menyiapkan laporannya.Tiba-tiba dia terasa seperti haba panas lalu di belakang lehernya.

"Eh,apa ini?"

Penyelia Huro menoleh keliling.Tiada apa-apa.Kemudian dia menyambung semula kerjanya.Tiba-tiba dia terbau seperti bau asap .Bau itu seperti bau asap tapi bukan bau asap biasa.Seperti asap sampah yang busuk.

"Siapa bakar sampah dalam ini"tanya Penyelia Huro.Dia terus bangun dari mejanya dan keluar dari bilik penyelia itu.

"Zusi,Fao..oh Zusi..Fao..dimana kamu?"

"Eh,senyap je mereka ini,tak kan mereka sudah pulang?"balas Penyelia Huro.

"Jika mereka pulang,pasti mereka akan datang imbas kad mereka di bilik"fikir Penyelia Huro.

Bau asap itu makin kuat.Seperti dari dapur.

"Tongg...Tanng...Tongg...Tanggg"

Kedengaran seperti bunyi senduk dan sudip mengetuk sesuatu di dapur.Bau asap semakin kuat tapi tiada kelihatan asap.

"Mesti kerja Zusi dan Fao ini nak mengusik aku ini,siaplah kamu..ini bukan gurauan.Nanti kamu"kata Penyelia Huro yang agak kemarahan.

Penyelia Huro terus melangkah ke dapur.Dapur itu agak besar tapi tiada kelihatan api yang menyala atau sesiapa di situ.

Tiba-tiba api di semua dapur terus menyala dan tertutup dan menyala kembali.Penyelia Huro mula merasa seram memerhatikan keadaan itu.Dia cuba melangkah kebelakang.Asap dari semua api itu bercantum dan membentuk sesuatu wasap berwarna hitam berbentuk seperti lembaga tubuh tapi agak besar dan semua api di dapur itu terpadam serentak.Penyelia Huro tersentak dan tergamam.Asap itu terus terbang ke arahnya.Dia cuba menguatkan diri tetapi langkahnya kaku.Bau asap itu amat busuk dan sengit dan menyebabkan Penyelia Huro terus pengsan di situ.

Keesokan pagi ketiga-tiga mereka ditemui pengsan di dalam restoren itu dan dibawa oleh ambulan dan dikejarkan ke hospital berhampiran.Pengawal keselamatan itu turut ditemui pengsan di pintu hadapan restoren itu.Hanya terdapat kesan lecuran di tangan pengawal keselamatan itu.Turi dan Gako terpaksa menangguhkan operasi kedai mereka disebabkan peristiwa itu.

"Apakah yang telah berlaku,kesemua mereka ditemui tidak sedar diri dan pengsan"tanya seorang pegawai penyiasat polis kepada Turi dan Gako.

"Saya pun tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini,harap tuan dapat menyiasat perkara ini."balas Gako.

"Mungkin ini ada kaitan dengan peristiwa 15 tahun dahulu.Peristiwa kebakaran setinggan dan banjir kilat yang berlaku di sini ketika saya masih konstabel ketika itu"kata detektif Metos.

Jika ada panas,pasti ada sejuk.Keseimbangan perlu ada diantara panas dan sejuk.Pertemuan panas dan sejuk menghasilkan kabus yang mengaburi mata.

Nukilan hasil SpartaBatKing117

3 comments:

Unknown said...

Apa ini cerita betul atau rekayasa?

Unknown said...

Ini cerita sgt2 seram weiii

Unknown said...

Perfect horror..