Monday 22 November 2021

Seram Bab 12 Lubang Kumbahan (Versi Pertama)

Preko selalu berbasikal bersama rakan-rakannya setiap hari.Dia menaiki basikal ke sekolah bersama-sama rakannya atau seorang diri jika hendak ke sekolah.Setiap kali dia ingin ke sekolah atau pulang dari sekolah.Dia kerap berlumba dengan rakan-rakannya siapa lagi pantas.Basikal "Mountain Bike " berwarna merah metalik Preko itu selalu menjadi juara mengalahkan basikal rakan-rakanya yang memakai Basikal BMX. Biasanya Preko selalu menang dalam berlumba.Sehinggalah satu hari,Preko jatuh di selekoh kerana kawasan itu agak berpasir.Preko juga jatuh "air muka" dan "maruah"nya kerana dia jatuh betul-betul di hadapan beberapa pelajar perempuan.Salah seorang pelajar itu amat diminati oleh Preko.Preko mengalami luka di tangan,seluar dan baju sekolahnya terkoyak akibat terseret atas pasir dan tar jalan dan tidak dapat ke sekolah hampir seminggu.Preko berasa amat malu dan hilang keyakinan.Sejak peristiwa itu,Preko mula bawa basikal dengan amat "Sopan" dan tertib seperti orang tua berbasikal.Ketika pulang dari sekolah,Preko akan melalui satu kawasan kolam loji kumbahan yang agak berhampiran dengan kawasan perumahan yang didiami oleh Preko.Jika Preko tiba di simpang berdekatan loji kolam kumbahan,Preko akan berpisah dengan rakan-rakan yang lain kerana destinasi masing-masing yang berbeza.Preko kerap lalu di situ untuk jalan pintas dan kadang-kadang apabila melalui kawasan itu ketika lepas hujan atau musim sejuk pada waktu malam,akan ada sesuatu bau yang tidak menyenangkan menusuk hidung.Tetapi lama kelamaan Preko sudah biasa dan lali dengan bau itu.

Tetapi sejak kes budak lemas di dalam kolam kumbahan itu.Preko mula berhati-hati apabila melalui kawasan itu.Mengikut laporan kes itu di media sosial,kes itu berlaku apabila beberapa orang budak masuk ke dalam loji itu untuk bermain dan salah seorang budak itu jatuh ke kolam kumbahan dan lemas.Preko dan rakan-rakan mula bercakap tentang peristiwa itu di sekolah.

"Anmo,Drano..kau ada dengar cerita tak tentang kes budak lemas di loji kumbahan minggu lepas?tanya Preko.

"Ya,minggu lepas.Dalam berita."Balas Anmo.

"Preko,mengapa kau bertanya?"balas Drano.

"Aku sebenarnya agak pelik dengan kes itu.Sebab selalu juga aku melalui situ sebelum kejadian itu berlaku"kata Preko.

"Memang aku ada nampak budak-budak bermain di luar pagar loji kumbahan itu tapi aku seperti ternampak seperti ada orang memanggil dan melambai-lambai di dalam pagar itu.Aku tidak dapat melihat kerana ada kerana kaur sebab ada halangan tumbuhan yang tumbuh lebat tapi masih boleh nampak kelibat.

"Weh,biar betul cerita kau ini"balas Drano.

"Betul,adakah kau pasti kau memang nampak sesuatu ketika itu?"balas Anmo.

"Yaaa,aku pasti.Sebab masa itu hari memang mendung.Tapi masih cerah sedikit.Lembaga itu kelihatan kabur tapi dari susuk seperti sangat tinggi,berbaju lusuh dan hampir botak.Aku hampir terlanggar bahu jalan selepas itu tapi aku jatuh basikal dan masuk ke longkang kerana brek mengejut. 

"Dan aku terus pengsan tapi ada orang kejut aku dan bawa ke klinik selepas itu"tambah Preko lagi.

"Owh,patutlah kau tidak datang ke sekolah minggu lepas kerana cedera.Kami pun pelik sebab kamu sihat saja dan dapat tahu pun dari Cikgu Saggo yang beritahu kamu cuti sakit"kata Drano.

"Nasib tiada apa-apa patah dan terseliuh saja."balas Preko.

"Sambung pasal tadi,jadi sebab itu kau selalu termenung bila kami lihat kamu.Jadi peristiwa itu yang buat kamu runsing?"tanya Anmo.

"Ya,aku terpaksa beritahu kamu kerana tidak mahu kamu asyik bertanya saja sejak tadi" kata Preko yang sambil duduk tangga di tiang bendera sekolah sambil mengurut kakinya masih tapi sakit sudah berkurangan.Dia jalan agak perlahan.

Jadi petang ini,mahu kita siasat perkara ini dan pergi situ?"tanya Anmo.

"Eh,tidak perlu."jawab Preko."Kawasan itu masih ditutup lepas kes itu,Polis tidak bagi masuk kerana menutup kawasan itu dan tidak mahu peristiwa itu berulang kembali!"tambah Preko.

Petang itu Preko pulang dari sekolah berjalan kaki kerana kakinya masih sakit dan tidak mampu menunggang basikalnya kerana perjalanan yang turun naik melalui bukit.Dia hanya berjalan kaki walaupun akan mengambil lebih masa daripada seperti kebiasaan.Kawan-kawannya tidak mengikut kerana menunggang basikal dan tidak mahu risiko bahaya menunggang semasa hujan serta takut dipanah petir.Jadi Preko akan mengikut jalan pintas melalui jalan hutan belukar.

Cuaca mula mendung.Preko cuba berjalan laju kerana tidak ingin basah dengan air hujan.Dia melalui kawasan kumbahan itu.Tiba-tiba dia terbau sesuatu yang sangat busuk.Bau ini bukan seperti kebiasaan bau air kumbahan biasa yang biasa dia hidu jika melalui kawasan itu.Dia terlihat ada sesuatu lembaga melambai,-lambai dari celah rimbunan daun yang tumbuh lebat di atas pagar.Preko berasa amat terkejut dan cuba berpaling dari melihat ke arah itu.Dia cuba melihat sekali lagi.Kelibat itu sudah tiada.Tiupan angin kuat mula meniup kuat.Daun itu bergerak sana sini.

"Mungkin perasaan aku saja"

Krohhhhhh!Krohhhhhh!

Dentuman petir mula kedengaran.Preko terkjut sebentar dan mula berjalan dengan pantas.Terhincut-hincut Preko berjalan.Hujan mula turun.Hari sudah semakin gelap kerana awan mendung hitam.Dari situ kelihatan sebuah pondok menunggu bas tidak jauh dari situ.Preko mula berhenti di pondok perhentian bas itu untuk berteduh.Hujan turun dengan lebat sekali.Preko duduk di tengah-tengah perhentian bas itu untuk mengelakkan percikan air hujan lebat itu.Tetapi hujan sangat lebat dan air mula naik.Luar biasa hujan kali ini.Sesudah hampir sejam dia menunggu hujan surut tapi tiada tanda akan berhenti.Air sudah naik ke paras buku lali.

Sedang dia duduk,dia memerhatikan sekeliling.Kawasan itu kurang dilalui orang kerana kawasan hutan belukar yang agak jauh dari kawasan penduduk.Selalu jika dia menaiki basikal,dia tidak melalui kawasan ini melainkan berjalan kaki kerana adanya jalan pintas.Dia duduk.Air semakin deras melimpahi jalanraya kerana hujan lebat.Di hadapan perhentian bas itu,ada satu penutup kumbahan.Air deras mula melimpahi jalan.Lama kelamaan,air di situ mula keruh.Dari jernih bertukar menjadi coklat dan menjadi gelap kehitaman.Air itu mula bergolak dan menjadi pelik.

Blubbbb!Blubbbbb!

Bunyi buih yang semakin banyak dari kawasan penutup bulat pembentung atas jalanraya.

Keluar satu tapak tangan yang amat pucat dari air itu.Tapak itu sangat pucat dan kelihatan seperti ada daging reput dan tulang kelihatan.Preko mula rasa tidak sedap hati.Tidak logik ada orang keluar penutup itu yang berat itu.Hendak jerit tiada orang akan dengar.Bau busuk yang dihidu tadi mula menyengat ke dalam hidung Preko.Kini kelihatan rambut pula yang timbul.Rambutnya panjang tapi seperti botak yang kelihatan kulit kepala.Kepalanya sangat pucat dan ada kulit yang tertanggal dari isi kepala itu.Matanya putih seperti mata mayat yang hampir reput tiada bola mata hitam.

Preko sudah mengigil.Lembaga itu timbul tapi dia hanya terbaring separuh badan.Kakinya tidak kelihatan.Dia hanya melihat dan tidak bergerak dari situ.Entah bagaimana Preko mendapat kekuatan,dia mula berlari dari situ dan menuju ke jalanraya besar dan tidak mengikut jalan pintas hutan itu.Biarlah basah asalkan dia dapat lari dari bayangan ngeri yang dilihat tadi.Dia seperti sudah melupakan bahawa kakinya masih sakit.Sesudah lama dia berlari akhirnya dia sampai ke kawasan perumahan.Dia berhenti sebentar dan termengah-mengah.Hari semakin gelap kerana mendung.musim monsun sudah tiba dan kerap banjir kilat ketika ini.Kelihatan dari ceruk lubang longkang,ada kelocak air timbul.Kelihatan rambut yang panjang terapung atas aliran air dan perlahan-lahan timbul dari air itu.Sebelah matanya dilitupi kulit reput yang hampir tercabut.Kali ini timbul kakinya yang menampakkan isi reput dan tulang yang hitam.Tali perutnya terburai seperti hitam kehijauan yang sudah reput lama dalam air.

Preko tidak berfikir apa lagi.Hanya berlari terhincut-hincut untuk lari dari makhluk ngeri itu menuju ke rumahnya.Tapi rasanya dia seperti hilang arah kerana tidak tahu dia berlari kemana.Pandangan ketika itu kabur kerana hujan masih lebat.Cermin matanya sudah basah.Air mula naik dari kiri dan kanan dari longkang.Preko sudah panik.Jalanraya sudah tidak kelihatan.Air mula naik sehingga tidak kelihatan yang mana satu jalan atau longkang.Hanya kelihatan dataran air.Dia cuba mengelap cermin matanya sebentar.Dia seperti terperangkap antara makhluk ngeri dan bencana banjir yang tiba-tiba muncul ketika ini.

Tiba-tiba kakinya seperti terasa sesuatu yang memegang kuat.Dia menoleh tapi tidak kelihatan apa-apa.

Blubbbb!Blubbbbbb!

Timbul buih-buih dari bawah kakinya yang tenggelam itu.Bau busuk menerpa sejurus buih-buih itu muncul.TERASA SEPERTI SESUATU YANG SANGAT SEJUK SEPERTI AIS MEMEGANG KAKINYA.Preko mula menjerit tapi suara dia tenggelam dalam suasana hujan lebat itu.

Dia menepis sekuat hati dan cuba meredah banjir yang sudah naik ke paras peha itu.Dia perlu keluar dari banjir itu secepat mungkin ke tempat selamat sebelum air naik dan jadi lebih merbahaya.Tapi kakinya masih sakit dan dia meredah dalam kesakitan.Akhirnya dia berjaya mendaki bukit yang agak tinggi dan berhati-hati melintasi longkang.Tapi dia terperangkap kerana jalan menuju ke rumahnya kelihatan dinaiki air kerana kelihatan air sungai melimpah ke atas jambatan itu.Dia tidak tahu menuju ke mana.Hari semakin gelap.Suasana menjadi semakin gelap.Sedang dia duduk kelihatan ada sesuatu di belakangnya.Kali ini adalah seperti sesuatu yang gelap dan tidak pasti apakah itu.Preko mengelap cermin matanya kerana kabur dilitupi air dan sedikit tanah.Sesudah itu kelihatan sesuatu yang amat mengerika seperti jembalang dari cermin mata rabun jauh Preko.Dia tidak mampu kemana-mana lagi.Dan Preko akhirnya pengsan kerana makhluk sangat ngeri itu berada di hadapannya dan petir kedengaran.Air mula naik dan menjadi bencana.Banyak rumah tenggelam dan banyak kemusnahan harta benda berlaku.

Sesudah habisnya banjir itu yang melanda kawasan itu,yang sebelum ini tidak pernah banjir kerana perubahan iklim yang tidak boleh dijangka.Suasana di situ semakin teruk dan tragik.Ramai yang berpindah ke pusat pemindahan banjir dan ada yang terperangkap ketika banjir.Ini adalah pertama kali berlaku banjir besar yang memusnahkan banyak penempatan dan harta benda serta memakan banyak korban dari segi nyawa.

Selepas air surut,suasana sangat teruk.

Anmo dan Drano kembali ke sekolah setelah dua minggu selepas peristiwa banjir besar yang melanda kawasan mereka.Tetapi kelibat Preko masih tidak kelihatan.Pelbagai usaha untuk mencari dilakukan untuk mencari Preko.Tapi tiada tanda-tanda atau jasad ditemui.Adakah misteri Preko hilang di antara tragedi bencana alam atau makhluk ngeri yang dahagakan korban nyawa?

-Nukilan SpartaBatKing117-

2 comments:

Azan AFS Menulis said...

Sgt seram,..best lah cerita ni,.

SpartaBatKing117 said...

Terima kasih kerana membaca sahabat Azan AFS Menulis.