Thursday 25 November 2021

Seram Bab 13 Radio,Suara dan .......

Furi dalam perjalanan melawat adiknya yang belajar di Uitm Puncak Alam di Selangor.Furi kerap melawat adiknya ketika masa lapang kerana Furi tinggal di Pulau Indah,Selangor dan bekerja di Northport atau dikenali sebagai Pelabuhan Utara di Port Klang,Selangor.Pelabuhan Klang ada beberapa Pelabuhan iaitu Pelabuhan Utara atau lebih dikenali sebagai Northport,Pelabuhan Selatan atau dikenali sebagai Southport,Pelabuhan Barter trade atau dikenali sebagai pelabuhan Asa Niaga dan Pelabuhan Barat yang dipanggil sebagai Westport.Furi kerap berulang alik Pulau Indah atau nama lamanya adalah Pulau Lumut sebelum bertukar ke nama Pulau Indah untuk menuju ke Pelabuhan Utara.Pulau Indah juga adalah tapak asal rancangan untuk pembinaan KLIA tapi dipindah ke Sepang,Selangor kerana faktor keselamatan dan menjadi tapak pelabuhan Westport.Jika Furi membawa motosikal melalui Pulau Indah,pasti dia akan berhadapan dengan berpuluh-puluh lori kontena yang berulang alik dari pelbagai lokasi dari seluruh semenanjung Malaysia menuju Port Klang.Jalan raya di situ agak teruk dan selalu juga Furi berhadapan dengan pelbagai halangan di jalanraya seperti tayar lori pecah,tercabut,jalan pecah atau berlubang,lori terbalik,terbakar dan pelbagai lagi peristiwa.Hampir setiap minggu pasti ada kemalangan besar atau kecil berlaku di sepanjang perjalanan.Pernah Furi melihat ada tangan yang putus di jalanraya.Ada kemalangan yang ngeri,ada yang hancur remuk,ada yang hanya kemalangan ringan.Tapi pasti tetap ada kemalangan yang berlaku.

Kadang-kadang Furi terpaksa menempuhi kesesakan lalu lintas yang teruk kerana kemalangan yang berlaku ketika pergi atau pulang dari kerja.Ada sampai berjam-jam tersangkut tidak bergerak.Jika Furi menunggang motorsikal,pasti akan dapat melepasi kesesakan itu,tapi apabila musim hujan lebat tiba,Furi terpaksa memandu kereta untuk ke tempat kerja.Belum lagi musim air pasang tinggi yang naik dan menyebabkan beberapa jalan tidak dapat dilalui kenderaan kecil.Suasana pelabuhan di Port Klang tetap berjalan 24 jam setiap hari.Jadi ia sentiasa hidup dan menjadi nadi perdagangan.Kenderaan akan tetap bergerak.Begitu juga dengan kehidupan pasti diteruskan.

Furi kerap melawat adiknya pada waktu malam melalui kawasan Puncak Alam.Suasana malam di situ agak sunyi dengan kawasan berbukit bukau.Berbeza dengan suasana di Port Klang yang tidak pernah sunyi dengan ragam.Furi suka membuka tingkap kereta pada waktu malam untuk mengambil angin luar yang lebih segar dan tidak gemar memasang penghawa dingin kecuali musim hujan.Ia adalah satu cara menjimatkan minyak kereta.Jadi Furi akan memasang radio dengan kuat.Dia suka mendengar lagu jika memandu.Furi menyalakan sebatang rokok di dalam kereta dan menekan punat untuk membuka tingkap cermin keretanya.Angin meniup kencang melalui cermin.Kepekatan malam itu sangat gelap.Tiada cahaya bulan dan hanya ada lampu jalan di sesetengah jalan serta sinaran lampu kereta kancil yang sedikit malap.Angin sejuk malam menghembus ke dalam kereta.

Sedang dia memandu,dari jauh hanya kelihatan lampu kereta menyinari jalan.Tiada lagi lsmpu jalan.Kawasan itu agak gelap.Furi meneruskan memandu dengan kelajuan 80km per jam.Furi sekali-sekala akan melihat cermin belakang untuk melihat jika ada kereta lain di belakang.

Lalu dia seolah ternampak seperti kelibat gelap di belakang.Furi merasa agak terkejut lalu dia menoleh belakang.Tiada apa-apa di kerusi tempat duduk dibelakang.

"Eh,perasaan aku saja ini"cetus hati Furi.

Furi meneruskan pemanduan lagi.Radio di lagu terus memainkan lagu.Tiba-tiba radio itu menjadi tidak jelas dan seperti ada gangguan siaran.

"Streettttt.....streettttt...."

Bunyi radio yang kelihatan tiada siaran.

Furi mula melihat cermin pandang belakang.Tiada apa-apa.Furi melihat depan semula.

Zupppp!!

Ada sesuatu di depan tadi atas jalan.

Furi menghentikan keretanya.Jalan agak lenggang dan sunyi.

Tup!

Bunyi pintu kereta dibuka.Kedengaran hanya bunyi cengkerik dan sekali sekala bunyi katak.

Furi memeriksa keliling kereta.Dan bawah kereta.Tiada apa-apa.Furi masuk semula ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan.Dia memandang semula cermin pandang belakang.Riak muka Furi berubah.

Ada sesuatu di atas jalan tadi tempat kereta Furi berhenti tadi.Furi terus memecut kenderaannya.

"Apakah itu?"kata hati Furi.

Siaran radio masih lagi tiada siaran.Furi menutup radio.Kemudian tiba-tiba radio kembali menyala.

Furi agak pelik.Dia kembali menutup semula radio di keretanya.Tidak lama kemudian radio kembali menyala semula.Tapi kali ini ada kedengaran seperti ada suara yang halus.

"Jangan tinggalkan aku!Jangan tinggalkan akuuu!

Furi mula merasa seram.Suara itu halus dan gemersik.Makin lama makin nyaring.

"Jangannnn tinggalllkannnn akuuuuu!

Furi terasa sesuatu.Dia perlahan-lahan berani melihat cermin pandang belakang.Kali ini memang ada sesuatu.Furi mula mengigil dan mula teringat bacaan surah yang masih diingat.Tapi dia terlalu takut.Dia melihat kembali cermin pandang belakang semula.Sudah tiada kelibat di belakang.Tapi dia menoleh cermin pandang sisi.Ternyata ada sesuatu di luar.KELIBAT itu memegang sisi badan kereta dan seolah-olah terbang di sisi kereta sambil tangannya berpaut memegang sisi kereta.

KELIBAT itu mengilai kuat.Dan bersuara lagi dengan suara paling garau dan menakutkan " Jangan tinggalkan akuuuu!"

Kali ini Furi sudah teramat takut dan lalu menekan minyak.Keretanya sudah hilang kawalan lalu termasuk ke tepi jalan.

Streettttttt!

Kereta Furi terbabas dan masuk ke dalam hutan.

Keesokan harinya,kawasan itu dikerumuni oleh anggota penyelamat dan polis.Hanya kelihatan kereta yang remuk merempuh sebatang pokok.Tapi tiada pemandu.Tingkap dan semua barang peribadi masih ada.Tiada tanda pecah.Hanya tingkap kereta saja retak.Pencarian masih diteruskan.Tiada tanda bahawa pemandu berada di sekitar.Tidak tahu samada Furi masih hidup atau mati.Pencarian masih diteruskan,cuma radio masih berbunyi memainkan lagu dan sebuah kotak kayu masih ada di dalam kereta itu.Polis membuka kotak itu dan di dalamnya ada sebuah kertas.Ada tulisan kecil.Polis itu melihat tertera perkataan bukan bahasa tempatan tetapi tulisan latin.

¡No Yo Salgo!

"Kotak itu berasal dari Sepanyol.Mungkin mangsa menyimpan kotak ini sebab mangsa adalah pekerja pelabuhan.Mari kita siasat di tempat mangsa bekerja dan asal barang ini.

Kehilangan Furi masih menjadi tanda tanya.Tiada tanda-tanda atau bukti membawa kepada penemuan dan kes menjadi misteri.Akhirnya kes diklafikasi sebagai kes misteri.Bukti itu disimpan dan dibawa ke balai polis untuk disiasat.

-Tamat.Nukilan hasil SpartaBatKing117

No comments: