Thursday 25 November 2021

Seram Bab 15 Penyapu,Mop dan Kain Sidai.

Di sebuah akademi sebuah institusi kerajaan di Langkawi,ada suatu program kursus yang diadakan untuk melatih peserta kursus sebuah kursus asas latihan selama 3 bulan.Semua peserta itu mendaftar diri pada hari Sabtu.Selepas mereka mendaftar,mereka semua diberi nombor bilik serta kunci bilik serta sebuah fail yang mengandungi tentatif dan jadual kursus serta peraturan sepanjang kursus itu berlangsung.Peserta lelaki wajib memotong rambut jika berambut panjang dan perempuan tidak wajib dan perlu berambut kemas bagi yang bukan beragama Islam.

Gher adalah salah seorang 3 peserta dari negeri Selangor.Soh dan Thiha juga adalah peserta dari Selangor Darul Ehsan.Setelah mereka tiba pada tengahari itu setelah menaiki teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi,dan terus ke Akademi.Cho adalah peserta dari negeri Perlis Indera Kayangan.Disebabkan dekat antara Perlis dan Pulau Langkawi,maka Cho menaiki feri melalui Jeti Kuala Perlis menuju ke Pulau Langkawi.Seterusnya setelah tiba di jeti Pulau Langkawi,Cho menaiki teksi menuju ke Akademi.Disebabkan negeri Perlis adalah kecil hanya Cho saja seorang peserta yang dihantar.

Setelah selesai mendaftarkan diri,mereka masuk ke bilik masing-masing yang telah disediakan.Kemudian mereka akan berkumpul,peserta lelaki wajib memotong rambut pendek mereka,manakala peserta perempuan tidak diwajibkan.Setelah selesai sesi memotong rambut,mereka akan berkumpul pada waktu malam,untuk sesi orientasi dan pengenalan.Setelah selesai mereka akan kembali di bilik untuk aktiviti bebas masing-masing.

Setelah hampir 1 bulan menjalani kursus termasuk sesi berkawad.Akhirnya mereka menjadi rapat seperti rakan karib.Masih ada 2 bulan lagi untuk tamat kursus.Ada pelbagai aktiviti lagi.Gher,Cho,Soh dan Thiha menjadi kawan rapat.Mereka sering ada bersama.Ada memanggil mereka seperti adik beradik kerana sering dilihat bersama.

Pada satu malam jumaat,Jumaat adalah hari cuti di Kedah,maka pada malam itu adalah rehat dan tiada kelas atau aktiviti kursus.Gher,Cho,Soh dan Thiha berkumpul dalam bilik Gher untuk berborak.Soh ada membawa laptop,maka mereka berkumpul sampil tengok filem atau bermain permainan komputer mengisi masa lapang.Ketika berborak,Thiha berkata" kamu tahu tak ada cerita seram di sini?

"Hoi,biar betul.Aku tak nak dengar cerita seram."jawab Cho.

"Penakut lah kau ini"balas Soh.

"Ahh,biarlah.Cerita je.Biar Cho takut sedikit."kata Soh.

"Wei,aku dah la sorang-sorang dalam bilik.Tiada partner.Kau ok la.Masing-masing ada teman sebilik.Tak kuasa aku nak dengar cerita seram"balas Cho.

"Malam jumaat ini seram cerita seram.Lagi-lagi kawasan terpencil dan berhadapan dengan laut dan Pulau Dayang Bunting."balas Gher.

"Hai,Gher dan Cho.Penakut juga kamu ini.Cho kalau kau takut tidur sini lah,bawa tilam kau,letak kat bawah,senang cerita.Esok cuti kan."cadang Soh.

"Ok,kalau begitu.Cuba cerita.Ceritalah cepat."

"Hai,tidak sabar nampak.Tapi tadi takut.haha"balas Thiha dengan gelak.

"Ok,begini.Kau tahu jeti hujung itu.Ada satu hari ada seorang jaga lalu di jeti itu.Sedang dia meronda-ronda dia macam ternampak sesuatu lembaga putih pada hujung jeti.Dia pun peliklah,sebab biasa jika ada orang pasti dia tahu sebab kawasan akademi itu berpagar dan hanya akan melalui check point pada pintu masuk."cerita Thiha.

"Lepas itu,dia pun ingat orang tengah memancing,sebab biasa ada orang memancing tapi dia hanya berdiri saja.Jadi dia pun pergi,sedang dia hendak menuju.Tiba-tiba ada angin kuat dan sejuk meniup bau yang sangat busuk dan meloyakan.Langkah jaga itu terhenti.Sedang dia ingin berpatah balik dia melihat lembaga itu terbang.Rambut dia sangat putih.Lebih putih dari baju yang dipakai lembaga itu.Mukanya hitam legam,matanya sangat merah.Terbang melayang menuju ke Pulau Dayang Bunting.Jaga itu demam seminggu lepas itu.Inipun jaga cerita kat aku masa sembang dengan dorang hari itu"sambung cerita Thiha.

"Owh.Jadi cerita itu bila terjadi?"tanya Gher.

"Baru lagi katanya"jawab Thiha.

"Ala,biasa la jaga.Suka buat cerita.Lagi-lagi nak menakutkan orang supaya malam jangan pergi jeti.Biasa je aku tengok Lamji,Gyito dan Veron pergi memancing situ kalau ada masa.Dorang tiada cerita apa-apa pun."balas Cho.

"Kau jangan main-main Cho.Kadang-kadang ada tempat yang "keras" di setengah kawasan.Tadi penakut,lepas dengar cerita jadi berani pulak,pelik la kau ini."kata Soh.

"Saja je aku buat takut-takut tadi.Kau tengok Gher tu,diam je.Entah-entah dia lagi penakut"terang Cho.

"Mu jangan takbur Cho,kang ada yang datang"kata Gher.

"Aku tau kau penakut,Gher.Saja je aku jadi penakut tadi.Haha.

Gher hanya diam saja.Malas untuk melayan karenah Cho.Sebab dia tahu,lagi dia balas,lagi dia akan balas balik.Tapi memang Gher agak penakut.Mulut Cho memang agak celupar sedikit.

"Oklah,aku nak tengok baju aku,tadi aku basuh baju.Kau jaga si Gher ini.Kang dia pengsan kang nampak tepi tingkap itu.

"Diamlah Cho,"balas Gher.

"Aku pun nak ambil baju,nak sidai juga.Cuaca baik malam ini."jawab Soh.

Cho dan Soh keluar dari bilik itu.Tinggal Thiha dan Gher.

"Gher,aku ada rancangan.Jom ikut aku."ajak Thiha.

Sesudah Cho menyidai baju.Dia kembali ke biliknya untuk berehat.Dia membuka pintu biliknya dan masuk.Dia terus melabuhkan badannya serta baring ke atas katilnya.

Dia membuka telefon pintarnya untuk melihat SocMed.Sedang dia leka membaca.

Tup!Tup!   Tup!Tup!

Dia menoleh dan melihat pintu.Tapi bunyi itu tiada dari situ.

Tup!Tup!   Tup!Tup!

Dia melihat ke pintu beranda yang bertentangan dengan pintu masuk biliknya.Tapi tiada bunyi dari situ.

Tup!Tup!   Tup!Tup!

Kali ini dia melihat tingkap kaca.Tapi tiada apa-apa.

Tup!Tup!Tup!Tup!Tup!

Bunyi itu semakin laju.Dia melihat tingkap kaca paling di atas cermin tingkapnya yang ternampak kipas penghawa dingin.Kelihatan sebuah kepala muka hodoh berambut putih mengetuk cermin itu.

"Arghhhhhhhhhhhh"Cho menjerit ketakutan dan lari keluar dari bilik itu.

Sedang dia lari.Dia terdengar suara lain.

"Choooooo...mana kamu mahu lari!!!!!!"

Cho terus melarikan diri terdengar suara itu.

Dari jauh kedengaran suara gelak ketawa.Gher,Thiha dan Soh terbaring dengan memegang batang penyapu,batang mop yang dilekatkan topeng bermuka hodoh bagi menyakat dan mengusik Cho.Mereka sudah berpakat untuk mengenakan Cho yang berlagak itu.Rancangan mereka menjadi.

"Haha..kau tengok dia.Lari tidak hingat dunia.Aku terdengar dia campak telefon bimbitnya ke lantai tadi"balas Thiha.

"Haha.Sangat genius,mana kau dapat topeng ini,Thiha?tanya Soh.

"Aku memang bawa topeng itu untuk menyakat orang."jawab Thiha.

"Kann.Aku dah cakap.Penakut gak si Cho ini.Takbur."balas Gher.

"Jom belah cepat dari sini.Kang dia syak pulak kerja kita"

Mereka semua belah dari beranda itu.Bilik Cho berada tingkat bawah.Jadi mudah panjat dari atas tanah dengan sekali lompat saja.

Beberapa hari kemudian.Cho berdiam diri dan tidak banyak bercakap kerana peristiwa itu.Thiha,Soh dan Gher hanya buat tidak tahu kerana tahu Cho pasti malu jika tahu dia penakut.

Pada malam khamis minggu seterusnya,Thiha sedang selesai menyidai baju.Waktu itu pukul 1 pagi.Cuaca baik dan angin agak kuat.Sedang dia berjalan tiba-tiba bahunya seperti digosok jerami penyapu.Dia menoleh ke kiri dan kanan.Tapi tiada kelibat orang atau batang penyapu.Thiha pelik.

"Ini mesti kerja mereka,nak takutkan aku!"

Dia berjalan lagi.Kali ini dia terasa seperti penyapu menyapu badan.Dia menoleh ke belakang.Thiha pun pengsan selepas itu.

Gher dan Soh berada bilik mereka.Angin yang kuat meniup kuat menderu melalui pintu beranda.

Ketup!Ketap!

Bunyi pintu berdentum akibat tiupan angin.

"Kuat angin malam ini"kata Gher kepada Soh.

Gher tengah berbaring.Baring mengadap ke arah pintu beranda dan tingkap manakala Soh baring mengadap ke pintu bilik.Kelihatan pokok bergoyang ditiup angin dari tingkap bilik.

"Sejuk angin malam ini.Sedap tidur malam ini"

Ketumm!Ketummmm!

Bunyi itu makin kuat.Tapi bukan pada pintu tapi pada tingkap atas.Gher melihat arah ke atas.Dia terus menarik selimut.

"Kau dah mengapa Gher?"Soh melihat aksi pelik Gher yang mengigil ketakutan menyarung selimut.

Soh menoleh dan melihat ke arah tingkap atas.Sesusuk tubuh berambut putih seperti kain mop dan menunggang penyapu sedang terbang.Makhluk itu sangat hodoh.Makhluk itu mengetuk dengan penyapu yang ditunggang ke arah tingkap.Rambut dreadlock putih itu seperti mop dan terbang mengerbang ke seluruh arah.

Muka Soh menjadi biru kesejukan kerana teramat takut.Lalu terus menarik selimut.Mereka terus tidak mampu menarik selimut untuk perhatikan apakah makhluk terbang di luar tingkap.

Sesudah hampir 3 bulan.

Soh,Gher,Thiha dan Cho akhirnya menamatkan kursus.Mereka hanya berdiam sahaja tentang peristiwa seram dialami mereka.

Benarlah kata orang lama,apabila kita menyakat orang,pasti lambat laun kita akan "disakat" kembali dan perlu berpada-pada apabila berada di tempat yang "keras".Hukum karma samada kamu menyakat atau disakat kembali samada cepat atau lambat.Ia akan menghantui kembali.

Nukilan SpartaBatKing117.

No comments: