Thursday 8 December 2022

Seram Bab 12 Lubang Kumbahan (Versi Kedua)

Preko selalu berbasikal bersama rakan-rakannya setiap hari.Dia menaiki basikal ke sekolah bersama-sama rakannya atau seorang diri jika hendak ke sekolah.Setiap kali dia ingin ke sekolah atau pulang dari sekolah.Dia kerap berlumba dengan rakan-rakannya siapa lagi pantas.Basikal "Mountain Bike " berwarna merah metalik Preko itu selalu menjadi juara mengalahkan basikal rakan-rakanya yang memakai Basikal BMX. Biasanya Preko selalu menang dalam berlumba.Sehinggalah satu hari,Preko jatuh di selekoh kerana kawasan itu agak berpasir.Preko juga jatuh "air muka" dan "maruah"nya kerana dia jatuh betul-betul di hadapan beberapa pelajar perempuan.Salah seorang pelajar itu amat diminati oleh Preko.Preko mengalami luka di tangan,seluar dan baju sekolahnya terkoyak akibat terseret atas pasir dan tar jalan dan tidak dapat ke sekolah hampir seminggu.Preko berasa amat malu dan hilang keyakinan.Sejak peristiwa itu,Preko mula bawa basikal dengan amat "Sopan" dan tertib seperti orang tua berbasikal.Ketika pulang dari sekolah,Preko akan melalui satu kawasan kolam loji kumbahan yang agak berhampiran dengan kawasan perumahan yang didiami oleh Preko.Jika Preko tiba di simpang berdekatan loji kolam kumbahan,Preko akan berpisah dengan rakan-rakan yang lain kerana destinasi masing-masing yang berbeza.Preko kerap lalu di situ untuk jalan pintas dan kadang-kadang apabila melalui kawasan itu ketika lepas hujan atau musim sejuk pada waktu malam,akan ada sesuatu bau yang tidak menyenangkan menusuk hidung.Tetapi lama kelamaan Preko sudah biasa dan lali dengan bau itu.

Tetapi sejak kes budak lemas di dalam kolam kumbahan itu.Preko mula berhati-hati apabila melalui kawasan itu.Mengikut laporan kes itu di media sosial,kes itu berlaku apabila beberapa orang budak masuk ke dalam loji itu untuk bermain dan salah seorang budak itu jatuh ke kolam kumbahan dan lemas.Preko dan rakan-rakan mula bercakap tentang peristiwa itu di sekolah.

"Anmo,Drano..kau ada dengar cerita tak tentang kes budak lemas di loji kumbahan minggu lepas?tanya Preko.

"Ya,minggu lepas.Dalam berita."Balas Anmo.

"Preko,mengapa kau bertanya?"balas Drano.

"Aku sebenarnya agak pelik dengan kes itu.Sebab selalu juga aku melalui situ sebelum kejadian itu berlaku"kata Preko.

"Memang aku ada nampak budak-budak bermain di luar pagar loji kumbahan itu tapi aku seperti ternampak seperti ada orang memanggil dan melambai-lambai di dalam pagar itu.Aku tidak dapat melihat kerana ada kerana kaur sebab ada halangan tumbuhan yang tumbuh lebat tapi masih boleh nampak kelibat.

"Weh,biar betul cerita kau ini"balas Drano.

"Betul,adakah kau pasti kau memang nampak sesuatu ketika itu?"balas Anmo.

"Yaaa,aku pasti.Sebab masa itu hari memang mendung.Tapi masih cerah sedikit.Lembaga itu kelihatan kabur tapi dari susuk seperti sangat tinggi,berbaju lusuh dan hampir botak.Aku hampir terlanggar bahu jalan selepas itu tapi aku jatuh basikal dan masuk ke longkang kerana brek mengejut. 

"Dan aku terus pengsan tapi ada orang kejut aku dan bawa ke klinik selepas itu"tambah Preko lagi.

"Owh,patutlah kau tidak datang ke sekolah minggu lepas kerana cedera.Kami pun pelik sebab kamu sihat saja dan dapat tahu pun dari Cikgu Saggo yang beritahu kamu cuti sakit"kata Drano.

"Nasib tiada apa-apa patah dan terseliuh saja."balas Preko.

"Sambung pasal tadi,jadi sebab itu kau selalu termenung bila kami lihat kamu.Jadi peristiwa itu yang buat kamu runsing?"tanya Anmo.

"Ya,aku terpaksa beritahu kamu kerana tidak mahu kamu asyik bertanya saja sejak tadi" kata Preko yang sambil duduk tangga di tiang bendera sekolah sambil mengurut kakinya masih tapi sakit sudah berkurangan.Dia jalan agak perlahan.

Jadi petang ini,mahu kita siasat perkara ini dan pergi situ?"tanya Anmo.

"Eh,tidak perlu."jawab Preko."Kawasan itu masih ditutup lepas kes itu,Polis tidak bagi masuk kerana menutup kawasan itu dan tidak mahu peristiwa itu berulang kembali!"tambah Preko.

Petang itu Preko pulang dari sekolah berjalan kaki kerana kakinya masih sakit dan tidak mampu menunggang basikalnya kerana perjalanan yang turun naik melalui bukit.Dia hanya berjalan kaki walaupun akan mengambil lebih masa daripada seperti kebiasaan.Kawan-kawannya tidak mengikut kerana menunggang basikal dan tidak mahu risiko bahaya menunggang semasa hujan serta takut dipanah petir.Jadi Preko akan mengikut jalan pintas melalui jalan hutan belukar.

Cuaca mula mendung.Preko cuba berjalan laju kerana tidak ingin basah dengan air hujan.Dia melalui kawasan kumbahan itu.Tiba-tiba dia terbau sesuatu yang sangat busuk.Bau ini bukan seperti kebiasaan bau air kumbahan biasa yang biasa dia hidu jika melalui kawasan itu.Dia terlihat ada sesuatu lembaga melambai,-lambai dari celah rimbunan daun yang tumbuh lebat di atas pagar.Preko berasa amat terkejut dan cuba berpaling dari melihat ke arah itu.Dia cuba melihat sekali lagi.Kelibat itu sudah tiada.Tiupan angin kuat mula meniup kuat.Daun itu bergerak sana sini.

"Mungkin perasaan aku saja"

Krohhhhhh!Krohhhhhh!

Dentuman petir mula kedengaran.Preko terkjut sebentar dan mula berjalan dengan pantas.Terhincut-hincut Preko berjalan.Hujan mula turun.Hari sudah semakin gelap kerana awan mendung hitam.Dari situ kelihatan sebuah pondok menunggu bas tidak jauh dari situ.Preko mula berhenti di pondok perhentian bas itu untuk berteduh.Hujan turun dengan lebat sekali.Preko duduk di tengah-tengah perhentian bas itu untuk mengelakkan percikan air hujan lebat itu.Tetapi hujan sangat lebat dan air mula naik.Luar biasa hujan kali ini.Sesudah hampir sejam dia menunggu hujan surut tapi tiada tanda akan berhenti.Air sudah naik ke paras buku lali.

Sedang dia duduk,dia memerhatikan sekeliling.Kawasan itu kurang dilalui orang kerana kawasan hutan belukar yang agak jauh dari kawasan penduduk.Selalu jika dia menaiki basikal,dia tidak melalui kawasan ini melainkan berjalan kaki kerana adanya jalan pintas.Dia duduk.Air semakin deras melimpahi jalanraya kerana hujan lebat.Di hadapan perhentian bas itu,ada satu penutup kumbahan.Air deras mula melimpahi jalan.Lama kelamaan,air di situ mula keruh.Dari jernih bertukar menjadi coklat dan menjadi gelap kehitaman.Air itu mula bergolak dan menjadi pelik.

Blubbbb!Blubbbbb!

Bunyi buih yang semakin banyak dari kawasan penutup bulat pembentung atas jalanraya.

Keluar satu tapak tangan yang amat pucat dari air itu.Tapak itu sangat pucat dan kelihatan seperti ada daging reput dan tulang kelihatan.Preko mula rasa tidak sedap hati.Tidak logik ada orang keluar penutup itu yang berat itu.Hendak jerit tiada orang akan dengar.Bau busuk yang dihidu tadi mula menyengat ke dalam hidung Preko.Kini kelihatan rambut pula yang timbul.Rambutnya panjang tapi seperti botak yang kelihatan kulit kepala.Kepalanya sangat pucat dan ada kulit yang tertanggal dari isi kepala itu.Matanya putih seperti mata mayat yang hampir reput tiada bola mata hitam.

Preko sudah mengigil.Lembaga itu timbul tapi dia hanya terbaring separuh badan.Kakinya tidak kelihatan.Dia hanya melihat dan tidak bergerak dari situ.Entah bagaimana Preko mendapat kekuatan,dia mula berlari dari situ dan menuju ke jalanraya besar dan tidak mengikut jalan pintas hutan itu.Biarlah basah asalkan dia dapat lari dari bayangan ngeri yang dilihat tadi.Dia seperti sudah melupakan bahawa kakinya masih sakit.Sesudah lama dia berlari akhirnya dia sampai ke kawasan perumahan.Dia berhenti sebentar dan termengah-mengah.Hari semakin gelap kerana mendung.musim monsun sudah tiba dan kerap banjir kilat ketika ini.Kelihatan dari ceruk lubang longkang,ada kelocak air timbul.Kelihatan rambut yang panjang terapung atas aliran air dan perlahan-lahan timbul dari air itu.Sebelah matanya dilitupi kulit reput yang hampir tercabut.Kali ini timbul kakinya yang menampakkan isi reput dan tulang yang hitam.Tali perutnya terburai seperti hitam kehijauan yang sudah reput lama dalam air.

Preko tidak berfikir apa lagi.Hanya berlari terhincut-hincut untuk lari dari makhluk ngeri itu menuju ke rumahnya.Tapi rasanya dia seperti hilang arah kerana tidak tahu dia berlari kemana.Pandangan ketika itu kabur kerana hujan masih lebat.Cermin matanya sudah basah.Air mula naik dari kiri dan kanan dari longkang.Preko sudah panik.Jalanraya sudah tidak kelihatan.Air mula naik sehingga tidak kelihatan yang mana satu jalan atau longkang.Hanya kelihatan dataran air.Dia cuba mengelap cermin matanya sebentar.Dia seperti terperangkap antara makhluk ngeri dan bencana banjir yang tiba-tiba muncul ketika ini.

Tiba-tiba kakinya seperti terasa sesuatu yang memegang kuat.Dia menoleh tapi tidak kelihatan apa-apa.

Blubbbb!Blubbbbbb!

Timbul buih-buih dari bawah kakinya yang tenggelam itu.Bau busuk menerpa sejurus buih-buih itu muncul.TERASA SEPERTI SESUATU YANG SANGAT SEJUK SEPERTI AIS MEMEGANG KAKINYA.Preko mula menjerit tapi suara dia tenggelam dalam suasana hujan lebat itu.

Preko menepis-nepis pegangan itu,dia mula berlari naik ke tepi bukit kerana rumahnya tidak jauh dari situ.Kakinya mula sakit tapi ditahan kesakitan itu.Dia berlari anak menyelusuri bukit itu.Rumahnya terletak di atas bukit.Rumah flat 15 tingkat.Jadi jika banjir pun tiada masalah kerana dia tinggal di tingkat 5.Sedang dia berlari air mula naik laju.Tapi air mula masuk ke tempat letak kereta tingkat bawah.Kawasan tingkat bawah atau basement sering banjir jika hujan sangat lebat.Preko perlu melalui tepi bukit melalui kawasan tempat letak kereta bawah untuk menuju ke tangga atau lif.Jalan lain agak berlecak jika dia mendaki,licin dan sangat merbahaya dan berisiko jatuh dengan keadaan kakinya yang cedera.Air mula melimpah.Bau busuk seperti air kumbahan mula menusuk.Sedang Preko memberanikan dirinya meredah air itu.

Blupppp....bluppp..

Buih busuk itu timbul.Preko mula cuak.Bau sangat busuk mula menerpa dalam hidung.Lembaga itu muncul semula dari tingkat bawah.Preko meredah berenang paras pinggang.Hendak tak nak dia terpaksa.Tiada jalan lain.Entah dimana keberanian itu.Dia berenang laju dan melupakan kesakitan itu dan terus menuju ke tangga.

Groommm! 

Bunyi guruh kedengaran.

Tiada sesiapa pada masa itu.Preko akhirnya dapat menuju ke lif.Tapi lif tidak dapat berfungsi.Tiada lampu pada butang lif atau nombor tertera pada paparan atas lif.Mungkin kilat tadi telah menyambar.Seluruh bangunan telah bergelap sebentar.Suasana masih mendung dan gelap.Hanya curahan bunyi hujan yang lebat saja kedengaran.Satu saja jalan ke atas,iaitu menaiki tangga.Tapi tangga itu gelap dan sering tiada lampu.

Preko tercungap-cungap.Memikirkan apa yang perlu dibuat.Dia memerhatikan sekeliling.Hanya ada sedikit cahaya dari luar.

Krepppp...kreppp

Bunyi seperti sesuatu yang lembik berjalan.Preko masih perhatikan sekeling.Tiada apa-apa.Hendak keluar,cuaca masih hujan serta bunyi petir masih kerap kedengaran.Dia membuat keputusan untuk menaiki tangga.Dia mengambil sebatang kayu di situ sebagai langkah berjaga-jaga untuk menaiki tangga.Pintu kecemasan itu ditolak dan dia masuk menaiki tangga.Hanya ada sedikit cahaya menerusi batu berongga di tepi dinding.

Bau hancing sering dihidu kerana ada yang kencing di tangga.Sering juga ada bau hapak dan tahi kucing atau najis di situ mungkin orang berak.Tiada peradaban sungguh!

Sedang Preko naik,dia menghayun batang kayu ke kiri dan kanan.Tapi tiada apa-apa.Kakinya masih sakit dan basah kuyup.Kesejukan angin luar melalui rongga batu itu meniup laju.Terasa sejuk keamatan sehingga ke tulang.Preko mengigil tapi dia tetap melangkah naik.Sudah sampai ke tingkat 3.Tiada apa-apa.

Pintu bawah tiba-tiba terbuka.

Streeeettttttt....

Kreppppp....Krepppp...

Preko melangkah laju menaiki tangga menuju tingkat 5.Dia terus memulas tombol pintu.Tapi tersekat,tangan licin kerana basah.Dia memulas lagi sekuat-sekuat hatinya dan akhirnya pintu terbuka dan dia terus menutup pintu itu.

Preko menarik nafas dan tercungap-cungap.Terus dia menuju ke rumah dan membuka pintu.Dia terus masuk ke rumah dan mengunci pintu.Suasana masih gelap kerana tiada elektrik.Dia membuka baju dan seluar yang basah dan menuju ke bilik air dan kemudian dia menuju ke dapur.Tiada sesiapa di rumah.Ibu bapa Preko juga belum pulang dari kerja.Dia mengambil lilin di dapur dan nyalakan untuk masuk dalam bilik air semula.Dia mandi.Tiba-tiba air dari mangkuk tandas membuak-buak.Preko mula panik.Air mula melimpah keluar dengan deras selaju mungkin.Preko mula panik dan ingin membuka pintu.Tangan dia licin kerana sabun.Mata dia pedih dengan sabun pencuci rambut.Tangan Preko tidak dapat membuka pintu.Air mula memenuhi separuh bilik air itu.Air itu berwarna hitam gelap mula naik memenuhi bilik air itu sehingga paras dada .

Bluppp...blupppp...

Buih timbul dengan banyak.Muncul sepasang tangan yang ada daging reput,urat hijau yang berselirat,ada tompokan nanah dan tulang hitam dikelilingi rambut reput menarik Preko ke dalam air hitam itu.Preko mengapai sesuatu di singki.Cahaya lilin terus padam.Suasana terus gelap gelita.Kemudian suasana jadi senyap semula.

Keesokan harinya,berita kehilangan Preko mula diperkatakan.Ibu bapa Preko hanya menemui baju dan seluar di rumah serta beg sekolah.Misteri kehilangan Preko terus disiasat tapi tidak menemui apa-apa.Hanya sedikit rambut reput di bilik air di dalam mangkuk tandas itu.Tiada saksi dan tiada tanda yang lain yang ada hanya bau air kumbahan saja di bilik air itu.

-Cerita tamat-

-Nukilan SpartaBatKing117

No comments: