Thursday 8 December 2022

Seram Bab 18 Sampah,Figura dan Kucing Hitam

Fibi seorang pelajar sekolah menengah yang tinggal di kuarters kerajaan di Negeri Sembilan.Setiap hari dia akan berjalan kaki ke sekolah dari rumahnya.Dia akan melalui satu kawasan rumah sampah yang disediakan oleh pihak kuarters untuk membuang sampah.

Fibi selalu berulang alik ke sekolah jika dia berjalan kaki.Cuma ketika hujan saja,dia ditumpangkan oleh bapanya menaiki kereta.Bapanya adalah seorang guru tapi mengajar di sekolah yang berlainan manakala ibunya adalah suri rumah.

Pada suatu hari,Fibi pulang dari sekolah berjalan kaki seperti biasa secara berkumpulan dengan rakan-rakannya.

"Fibi,kau tahu tak.Semalam aku dengar sesuatu cerita seram."kata Jlion.

"Cerita apa?"tanya Fibi.

"Hantu lah,semalam ada orang nampak api terbang dari rumah ke rumah sampah"balas Jlion.

"Ah,mengarutlah.Asal api je dikatakan hantu.Berapa banyak cerita hantu kat kuarters ini.Cerita orang naik motor tiada kepala lah,hantu kat sekolah lah,macam-macam"jawab Fibi.

"Ish,kau ini,kuarters ini memang banyak cerita.Kau baru saja duduk kuarters ini tahun ini,kami lagi sudah lama duduk sini sejak kuarters ini didiami 5 tahun lepas."balas Hogi.

"Ya,abang aku lagi lah.Masa balik kerja,motosikal dia rasa berat.Macam ada orang menumpang."balas Jlion.

"Hmm..aku tak pernah nampak apa-apa hantu pun kat sini"kata Fibi.

"Jangan cakap besar,nanti mengundang"balas Hogi.

"Hahaha..undang tak didendang"jawab Fibi semula.

Fibi,Jlion dan Hogi berjalan pulang.Mereka berpisah kerana masing-masing duduk di berlainan blok kuarters.Kedudukan rumah Fibi paling jauh kerana kedudukan blok rumahnya paling hujung sekali.

Fibi melalui rumah sampah itu.Kelihatan pelbagai plastik sampah dalam tong besar itu.Tong sampah itu kelihatan penuh.Dia ternampak ada satu figura mainan di tepi rumah sampah itu.Mainan itu amat menarik minat Fibi.Tanpa berfikir panjang,Fibi terus menuju ke tong itu.

"Eh,ini figura mainan Transformer.Siapalah yang kaya sanggup buang mainan ini."kata Fibi.

Fibi membelek-belek figura mainan itu.Mainan figura itu dalam keadaan baik.Dengan tiba-tiba, ada sesuatu bergerak-gerak dari jerumun timbunan sampah dalam tong besar itu.

Benda itu melompat keluar dan terbang ke arah Fibi.Fibi cepat-cepat mengelak.

"Fusss,semangat.Ingat benda apa tadi"kata Fibi.

Kucing hitam itu mungkin terkejut dengan kehadiran Fibi di situ.Lalu kucing itu melarikan diri ke arah dalam kawasan blok kuarters berdekatan.Fibi masih memegang figura mainan itu.

"Ini kalau basuh,mesti jadi bersih dan elok"kata Fibi.

Dia membuang cebisan rumput yang melekat pada figura mainan itu.Dia terus berjalan menuju blok kuarters.Ketika dia berjalan,dia ternampak kucing hitam tadi.Kucing itu hanya merenung saja melihat Fibi berjalan.Renungan kucing itu agak pelik.Fibi melihat semula ke arah kucing itu.Kucing itu sudah tiada.

"Ah,sudah pergi mana kucing itu"kata Fibi.

Dia berjalan menuju ke blok hujung.Rumah Fibi berada di tingkat bawah.Dia mengetuk pintu dan pintu itu dibuka oleh ibunya..Hari sudah petang.Dia mencuci figura mainan tadi dan meletakkan di beranda rumah untuk dikeringkan.

Pada malam hari,Fibi mengulangkaji pelajaran di atas meja berhampiran beranda rumahnya.Ketika Fibi sedang membaca.Dia ternampak seekor kucing hitam sedang merenung di sebalik jeriji di beranda rumahnya.Dia menoleh ke arah beranda itu.Kucing hitam itu hanya duduk diam saja dan merenung.

"Eh,itu kucing tadi"kata Fibi.

Fibi bangun dari kerusi dan membuka pintu kaca gelungsur di beranda.Kucing itu terus melompat dan melarikan diri.Fibi terus memerhatikan kucing itu.Kucing itu hanya merenung saja.

"Pelik,kucing ini datang sini kerana lapar ke?"tanya Fibi.

Fibi cuba menghulur tangan ke luar melalui jeriji dan melambai-lambai memanggil kucing itu.Kucing itu berjalan perlahan-lahan ke arah Fibi.Sedang kucing hitam itu melangkah rapat hampir kepada tangan Fibi.Fibi cuba membelai,tetapi kucing hitam itu bereaksi pelik dan terus mencakar tangan Fibi.

Meowwww.....

Kucing itu bersuara dan terus melarikan diri.

"Kenapa dengan kucing ini?"marah Fibi sambil menarik tangan dan membelai tangannya.

"Aduh,tangan sudah luka"Fibi mengerang kesakitan.Kemudian kakinya tersepak figura mainan tadi.

"Owh,hampir terlupa mainan ini"

Fibi terus mengambil mainan itu dan bawa masuk ke dalam rumah dan meletakkan atas meja.

"Mak,ada pembalut luka tak?"tanya Fibi kepada ibunya.

"Cuba cari di dalam peti kecemasan,kenapa dengan tangan kamu?" tanya ibu Fibi.

"Tadi ada kucing hitam di beranda,Fibi cuba nak belai,terus dia cakar tangan.Sekarang dah luka.Peliklah perangai kucing itu"balas Fibi.

"Hmm.Kucing liar kot.Jangan sebarangan pegang mana-mana kucing.Mana tahu ada penyakit.Mari sini,biar mak tengok tangan kamu dan sapu ubat."balas mak Fibi.

"Aduhhhhh,sakitlah,perlahan sedikit sapu ubat"

"Tahanlah sedikit,kamu itu anak jantan."balas ibu Fibi.

Dari jauh,kucing hitam itu terus merenung ke arah Fibi.Kemudian,muncul lampu kereta menuju di hadapan rumah itu dan menyinari kucing itu.Kucing hitam itu terus melarikan diri.

"Ayah kamu sudah pulang dari pusat tuisyen"kata mak Fibi.

'Okey,saya nak habiskan ulang kaji"kata Fibi yang masih menahan sakit.

Fibi merenung figura mainan itu yang berada di atas meja.Dia membelek-belek dan kemudian meletakkan balik.

"Arghh.Nanti satu kerja pun tak siap.Perlu fokus."

Fibi terus menyambung kerjanya.

Malam itu Fibi baring di katil.Dia teringat peristiwa tadi.Dia memgambil figura mainan yang dijumpai petang tadi lalu membelek-belek mainan itu.Kemudian dia meletak semula di tepi katil.Dia menutup lampu dan menarik selimut.

Suasana malam itu sangat tenang.Fibi mula terlelap.Tidak lama kemudian,dia tersedar dan membuka mata,dia berada di suatu tempat.Tempat yang tidak dikenali.Dia merenung sekeliling.Hanya ada sampah saja di keliling.Sampah-sampah itu sangat banyak dan bertimbun seperti bukit.Ada sesuatu susuk besar di hadapan.Robot besar bermata merah menyala itu berdiri.Robot itu kelihatan sama seperti yang dijumpai dan kali ini bersaiz sangat besar dan agak menyeramkan.

"Fibi,Fibi....."

Robot itu bersuara.

"Marilah ke sini,Fibi...mari kita bermain"

Fibi tergaman seketika.Kakinya menjadi kaku.Apakah gerangan ini.

Robot itu mula bergerak dan melangkah.Gegaran kuat mula terasa.Fibi masih kaku.

"Mari sini atau kamu jadi mainan saya,"kata robot itu dalam nada marah.

Fibi terasa ingin menangis dan mengigil ketakutan.

Robot itu mengeluarkan kuku yang tajam.Kuku itu bergerak seperti ingin meracik-racik sesuatu.

Fibi mula terasa ingin terkencing kerana terlalu takut.Dia ingin bergerak tapi tidak boleh.Seolah-olah badannya jadi kaku.Tangan dia mula terasa kesakitan dan terus berdenyut-denyut.Fibi terus tersedar.Rupanya dia mengalami mimpi.Mimpi itu aneh.Kesakitan dari luka cakaran kucing hitam tadi telah menyedarkan Fibi dari mimpi.Keadaan Fibi agak berpeluh kerana mimpi tadi.

Fibi baru teringat mainan figura tadi.Dia bangun mengambil mainan figura itu lalu membuang ke dalam tong sampah di dapur.Dia terus membungkus plastik sampah itu.Terasa ingin membuang terus malam itu tapi hari sudah jauh malam.Jadi dia membiarkan saja dan terus masuk ke bilik tidur semula.

Pagi esok,Fibi hanya diam di dalam kelas.Tidak seperti kebiasaan.Jlion dan Hogi datang menegur Fibi.

"Kamu sudah mengapa,Fibi?,Hari ini kamu banyak berdiam diri?"Tanya Jlion.

"Hmm.Nanti masa rehat,aku cerita pada kamu berdua"jawab Fibi.

Waktu rehat,Fibi menceritakan peristiwa malam tadi.Jlion dan Hogi terkejut.

"Mainan itu masih di rumah kamu ke??",tanya Hogi.

"Ya,aku tidak sempat buang di luar.Sebab sudah jauh malam."jawab Fibi.

"Kau kena cepat-cepat buang ke luar,Nanti takut ada benda pelik berlaku.Entah-entah mainan itu berpuaka"kata Jlion.

"Ya,aku rasa begitu."kata Fibi.

Sesudah tamat waktu persekolahan.Mereka bertiga jalan pulang tapi kali ini mereka berjalan sama menuju rumah Fibi.

"Aku hendak melihat mainan figura itu sendiri"kata Hogi.

"Okey,lepas itu kita buang barang puaka itu sama-sama"balas Jlion.

Sampai saja di rumah Fibi.Mereka mengetuk pintu dan ibu Fibi menyambut kedatangan mereka berdua dan masuk ke dalam rumah.

Fibi menuju ke tong sampah di dapur.

"Mak,sampah di dapur ini sudah buang ke?"tanya Fibi.

"Ya,pagi tadi ayah kamu sudah buang sebelum pergi kerja,kenapa kamu bertanya?"tanya ibu Fibi semula.

"Hmm..tidak ada apalah."jawab Fibi.

"Nampaknya semua sudah selesai,sudah selamat"kata Fibi sambil mengangkat kedua bahunya kepada rakannya.

Kucing hitam merenung dari jauh dari jeriji beranda.Fibi menunjukkan jarinya ke arah kucing hitam itu.

"Itulah kucing hitam aku cerita semalam" kata Fibi kepada rakannya sambil jari menunjukkan kucing itu.

"Pelik,kucing itu macam nampak sesuatu.Dari renungan dia."kata Hogi.

"Pesan aku,lain kali jangan ambil sesuatu yang tidak tahu asal-usulnya."balas Jlion.

"Okey,kami balik dulu.Tidak dapat kami melihat mainan figura itu.Tapi yang penting semua sudah selesai.Misteri sudah selesai"kata Hogi.

Mereka pulang.

Malam itu Fibi baring dan ingin tidur.Cuaca malam itu agak berangin.Tidak seperti semalam.Cuaca sejuk seperti hendak hujan.Bulan mengambang penuh dan terang tetapi awan mendung telah menutupi bulan mengambang itu.Kelihatan cahaya petir di dalam awan gelap itu.

Fibi menutup mata dan tidur.Selepas dia terlelap.Dia buka mata,dia berada di suatu tempat.Kali ini di dalam sebuah rumah.Rumah kuarters tapi agak berlainan.Dia macam pernah melihat rumah itu.Ada seorang budak duduk sedang bermain.Di tangannya ada mainan figura semalam.Budak itu berdiri dan berlari ke sana sini dan memegang mainan figura itu seolah-olah menerbangkan ke sana sini.Fibi berjalan menuju ke budak itu.Dia memegang bahu budak itu.Budak itu menoleh,dia tiada rupa.Kosong.Fibi terkejut.Pintu bilik semua terus terkatup.

Gedegangg!!!!!

Suasana terang tadi menjadi suram kegelapan.Kali ini hanya kelihatan mainan figura itu.Dari kecil,figura mainan itu membesar menjadi saiz sangat besar dan matanya kelihatan cahaya yang merah menyala.

"Mari bermain dengan saya..."

"Arghhhhhhhhhh!!!!!"jerit kuat Fibi.

"Marilahhhhhh bermain dengan saya..... atau kamu jadi mainan saya selama-lamanya"

Fibi mula menangis.

Tiba-tiba kedengaran ketukan kuat.

Tuk...tukkk...

Fibi hanya berdiam saja.

Tukk..tukk...

Ketukan itu lama kelamaan jadi semakin kuat.

Fibi tersedar dari lamunan mimpi ngeri tadi.Dia terus merenung tingkap biliknya.Rupaya kucing hitam itu yang mengetuk tingkap itu bagi menyedarkan Fibi dari mimpi ngeri itu.Fibi terus bangun dan membuka tingkap.Kucing hitam itu terus masuk dan menuju ke bawah katil.

Kucing hitam itu mengeram dan berbunyi seperti ingin kucing yang ingin bergaduh.Fibi terus menuju bawah katil dan ternampak mainan figura itu.Lampu matanya menyala merah.Fibi tanpa membuang masa terus mengambil dan pergi ke dapur.Kali ini dia mengambil lesung batu dan terus menghentak mainan figura itu sehingga hancur berderai.Ayah dan ibu Fibi bangun dan menuju ke dapur melihat Fibi.Fibi menceritakan semua kepada ibu bapanya.Malam itu ayah Fibi telah membuang semua mainan figura itu ke dalam tong sampah.Fibi masuk semula ke dalam biliknya apabila sudah selesai semua.Kucing hitam tadi masih ada dalam bilik.Kali ini dicuba untuk belai kucing hitam itu.Kucing itu menerima belaian dari Fibi dan tidak lagi mencakar seperti sebelum ini.Kucing itu naik melompat dan baring di atas katil menemani Fibi.

Keesokan pagi,hari Sabtu.Fibi pergi ke rumah yang di dalam mimpi itu,blok yang sama tapi rumah berlainan kerana dalam mimpi itu Fibi ternampak nombor rumah itu di pintu.Lalu diketuk pintu,pintu itu dibuka oleh seorang perempuan.Suasana dalam rumah itu masih sama dalam mimpi.Fibi menceritakan semua kisah,lalu perempuan itu mengatakan sebelum ini ada keluarga pernah tinggal di situ ada mempunyai anak lelaki.Keluarga itu dipercayai ada saka kerana sering berubat.Budak kecil itu pula meninggal kerana sakit.Semasa meninggal budak itu memegang mainan figura.Jadi mainan itu telah banyak menimbulkan banyak misteri dan sehinggalah penghuni baru berpindah masuk dan mengesyaki mainan itu berpuaka dan buang ke dalam sampah.Itulah yang diceritakan oleh perempuan itu.

Fibi pulang berasa lega.Setelah dia mengharungi kesemua peristiwa mimpi pelik.Jadi misteri kucing hitam itu adalah penyelamat bukan penunggu.Dua kali menyelamatkan Fibi.Sejak itu Fibi telah membela kucing hitam itu.Tapi kerap kali kucing hitam itu hilang dan muncul balik semula.Mungkin kucing hitam itu "pergi" menyelamatkan mangsa lain di tempat lain.

"Jangan mengutip sesuatu yang aneh tanpa ketahui asal-usulnya,kerana ia ada misteri"

Tamat

Nukilan SpartaBatKing




No comments: