Thursday 8 December 2022

Seram Bab 19 Sebuah Lif

Barum tinggal di sebuah apartment di sesuatu tempat di sebuah bukit di Kuala Lumpur.Apartment itu setinggi 20 tingkat.Dia seorang jurutera yang bekerja di sebuah firma pembinaan.Ada sebuah projek di Kuala Lumpur yang dikendalikan firma pembinaan tempat dia bekerja,dan dia salah seorang yang ditugaskan untuk mengendalikan projek itu.Dia berasal dari Negeri Sembilan.Dia menyewa di situ kerana dia bekerja di Kuala Lumpur.Setiap hari dia akan menaiki LRT atau kadang-kadang menaiki keretanya untuk ke tapak projek.Dia tinggal di tingkat 13 dalam apartmen itu.Hampir setiap hari dia akan keluar melihat tapak projek itu,hanya sekali sekala dia akan berehat atau bercuti.Itupun hanya sekali sekala,dan masa cuti pun dia akan turun padang juga,sebab Barum seorang yang kuat bekerja dan tidak suka duduk diam.Lagipun tidak menentu,ada pernah dia turun pagi-pagi buta ke tapak projek jika ada masalah.Kadang-kadang dia tidur di pejabat dan tidak pulang ke rumah.

Pada suatu hari,Barum pulang dari tempat kerjanya menaiki kereta pada lewat malam hari.Jadi jika dia balik lewat maka dia tidak menaiki LRT seperti biasa kerana perkhidmatan itu tamat selepas detik 12 malam.Waktu itu hujan agak lebat.Suasana jalan agak basah.Jam kereta menunjukkan waktu 2 pagi.

Wosshhhhhhh......

Bunyi percikan air hujan dilibas tayar kereta Barum.

Zrupppp!Zruppppp!

Bunyi wiper pada permukaan cermin Barum.Barum melihat sebuah deretan kedai dan singgah sebentar di kedai mamak berhampiran untuk membeli makanan bungkus nasi kandar dan sebungkus kopi susu panas kegemaran Barum.Suasana sejuk dan lewat malam membuat Barum terasa lapar.Tapi dia meminta dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah.Air diminta bungkus ikat tepi sebab dia ingin minum dalam kereta.

Tupppp! 

Bunyi pintu kereta ditutup.Hujan masih lagi lebat.Barum melipat payung dan meletakkan makanan dan payung pada kerusi sebelah.Dan dia menghidupkan enjin kereta.

Streeettttt....Vrommmmmm

Kereta Barum bergerak semula.Dan menuju ke sebuah bukit.Kawasan itu memang padat dengan penduduk dan perumahan di kawasan Ampang tapi ada kawasan masih lagi dilitupi hutan dan bukit bukau.Walaupun padat dengan pembangunan dan penempatan,masih ada lagi kawasan hutan di situ dan ia berdekatan dengan Banjaran Titiwangsa.Ampang berdekatan antara Selangor dan Kuala Lumpur.Antara sempadan dua daerah dan negeri.

Barum memandu dengan hati-hati.Cahaya lampu jalan masih terang di situ.Tapi hujan masih lebat lagi.Musim monson hujung tahun.Kerap ada musim banjir kilat atau tanah runtuh berlaku di situ.Kelihatan sebuah kain rentang di situ.Gambar seorang budak yang hilang semasa banjir besar di situ.Masih tidak ditemui.Gambar tidak jelas kerana cermin kereta ada titisan air dan suasana malam yang gelap.

Barum melintasi sebuah stesen LRT dan menyalakan lampu signal ke kiri dan selepas itu dia memandu masuk ke kiri dan menaiki bukit dengan berhati-hati,jalan agak licin dan ada air mengalir dari atas bukit.

Brommmmm.....

Bunyi guruh kedengaran.Barum memandu masuk ke dalam kawasan apartment dan dia terus menuju ke dalam kawasan meletak kereta yang berbumbung di bawah kawasan apartment itu.Dia turun dari kereta dan tidak perlu risau lagi tentang hujan lebat di luar.Dia keluar dari kereta dan mengambil beg dan terus mengunci keretanya.Dia menuju ke lif.Ada dua lif di situ.Satu lif untuk pengunjung atau pemilik rumah dan satu lagi agak besar sedikit untuk mengangkat barang atau perabot rumah jika ingin pindah masuk atau keluar dari apartment itu.Barum menekan punat.Paparan lif itu bergerak ke bawah dari tingkat atas.Lif besar sebelah ada notis dan penghadang yang bertulis "Masih dalam penyelenggaraan".Jadi Barum perlu menunggu lif satu lagi turun.Pada waktu kemuncak,jika salah satu lif tidak berfungsi,maka masa yang diambil untuk turun atau naik akan mengambil masa lagi lama.Lagi-lagi jika ramai orang.Lif sentiasa penuh.

"Aduh,rosak lagi ke lif sebelah ini,duit selenggara selalu minta tapi lif selalu rosak.Hmm.." kata hati Barum.

"Ai,lama lagi ke lif ini nak turun.Sudah malam buta pun ramai orang lagi ke?"balas Barum lagi.

Ting..Ting..

Bunyi lif dari tingkat 20..singgah sebentar setiap tingkat..

Jam menunjukkan 2.45 pagi.Cuaca masih hujan di luar.Hujan tidak surut.

Ting..Ting...

Lif pun sudah tiba.Lif sudah menunjukkan angka B bermaksud Basement.

Pintu lif terbuka.Tapi tiada kelibat orang yang keluar dari lif.Barum mula merasa hairan.Pelik.Lif singgah setiap tingkat tapi tiada orang yang keluar.

"Ada orang main lif ke nie..sungguh tiada adab dan perikemanusiaan..."kata hati Barum.

Barum terus masuk ke dalam lif dan menekan punat bernombor 13 dan menekan punat dua arah anak panah bertemu yang bermaksud tutup pintu lif.Pintu lif pun penutup perlahan.

Stretttttt.. tuppp.

Lif bergerak naik.Lampu lif itu berkelip-kelip.Barum hanya berdiri di satu sudut lif.Bau pelik mula menyelubungi di situ.Seolah olah bau itu berubah.Sekejap berbau wangi,kemudian bau seperti asap rokok,kemudian bau seperti busuk macam bau sampah dan kemudian bau seperti bau kemenyan.

"Eh...bau apa ini?" tegur Barum.Dia menoleh kiri  kanan.Tiada apa disitu.Penyembur pewangi dalam lif pun tidak menyemburkan apa-apa bau.Kadang-kadang penyembur pewangi itu akan sembur bau untuk bagi menyegarkan bau dalam lif.Sebab kadang-kadang ada bau sampah oleh penghuni yang ingin buang sampah dibawa ke dalam lif.Bau busuk yang pelbagai jenis.Juga sikap merokok dalam lif walaupun sudah terpampang DILARANG MEROKOK DALAM LIF masih juga ada golongan degil walaupun ditegur berkali-kali.

Lif bergegar sedikit dan tersentak sebentar.

Bipppppp....

Bunyi lampu lif yang berkelip-kelip.

Lif naik semula.

Ting...

Tiba di tingkat 13.Barum bergegas keluar dari lif itu.Menuju ke pintu rumahnya.Dia membuka pintu gril dan mengunci serta membuka pintu rumahnya dan masuk.Dia membuka kasut dan meletakkan beg di tepi dinding.Dia duduk sebentar.Perutnya terasa lapar.Dia kemudian baru teringat yang dia tertinggal makanan dan minuman yang dibeli tadi.

"Aduh,macam mana boleh terlupa"kata hati Barum.Hendak tak hendak dia perlu turun semula ke bawah mengambil makanan dan minuman tadi.Hujan masih kedengaran di luar.Barum bergegas ke luar rumah dan menyarung selipar pula.

Brum menekan punat lif ke bawah.

Tingggg...

Lif pun sudah tiba.Dia menaiki lif besar pula.Matanya mula mengantuk tapi terasa lapar.Dia masuk menekan lif tingkat B.Pintu lif terkatup perlahan.

Lif mula turun.Terasa gegaran lif menuruni ke bawah.Tiada lampu berkelip seperti tadi.

Ting....

Lif pun tiba di tingkat B.Barum terus keluar dan menuju ke keretanya dan membuka pintu dan mengambil makanan dan minuman tadi.Angin kuat menerpa ke arah Gimi.Seperti mahu ribut walaupun dia berada di tingkat B yang agak terlindung dari luar.Gimi terus bergerak ke lif dan menekan punat lif untuk naik.

Ting...

Lif pun tiba.Tapi bukan lif kecil tapi lif besar tadi.Barum terus masuk cepat-cepat kerana luar terasa sejuk angin kuat tadi.Dia terus menekan punat 13.Pintu lif terkatup semula.Lif bergegar naik ke atas.Tiba-tiba lampu mula malap dari terang ke gelap.Waktu pada jam sudah 3 pagi tepat.

Tup.. lampu terpadam.Tapi lif masih bergerak ke atas.Hanya kelihatan lampu punat lif saja.

Ting...

Pintu lif terbuka.Barum tergamam.Ini tingkat B tadi.Barum menekan punat 13 tapi dia melihat butang 1 dan 3 seperti butang B bila bercantum.Nombor 1 dan 3 bercantum membentuk huruf B.Adakah mata dia kabur atau lif itu rosak.Suasana luar mula berkabus sejuk.Cuaca malam itu sungguh sejuk.Barum menekan butang 13 semula dan menekan butang katup semula.Pintu terkatup perlahan dan tiba-tiba ada sesuatu bayang masuk sebelum pintu lif itu tutup.Sekilas pantas seperti angin kuat.

Zupppp...tapi tiada apa-apa kelihatan.Bau sangat busuk menerpa di hidung Barum.Suasana jadi sangat sejuk dan dingin sehingga meremang bulu roma.

Lif bergegar naik.Punat 13 tadi bergegar.Barum perhatikan nombor 1 dan 3 menjadi rapat membentuk huruf B.

Lif itu gelap semula perlahan-lahan.Barum mula panik.lif bergerak tapi semya punat menjadi huruf B.Adakah mata Barum sudah kabur.Dia mengosok matanya.Tetap kelihatan huruf B.Tiba-tiba bau kemenyan dan busuk menusuk ke hidung Barum.Barum terduduk di sudut lif itu.Dia tidak tahu hendak buat apa.Ketakutan sudah menyelubungi dirinya.Makanan dan minuman tadi terjatuh atas lantai.Dia terasa seperti ada belaian di atas rambutnya dalam gelap itu.Bau tadi makin kuat.Suasana amat gelap kecuali lampu punat lif.Barum terus bangun nenekan butang mana-mana lif untuk cepat keluar.Terasa seperti sesuatu memegang bahunya dengan kuat.

Barummmm...Barummmm...Harummmm takkkkk!

Suara serak bisik kedengaran.

Arghhhhhhhh..

Jerit Barum dalam ketakutan.Dia tidak tahu apakah benda itu.Bunyi tepukan di dinding lif kedengaran.Seperti tepukan orang ramai menepuk lif itu.Barum sudah mula ingin menangis dan mengigil ketakutan dan kesejukan.

Ting...

Lif sudah tiba.Pintu lif terbuka.Suasana luar berkabus.Dilihat nombor adalah B,bukan 13.Cahaya luar masuk ke lif tapi tiada apa-apa kelihatan dalam lif.Kabus luar itu bergerak seperti orang berbentuk lembaga.Tapi kali ini lebih ramai kabus berbentuk orang yang ramai menerpa masuk dan seolah-olah menolak Barum.Barum terduduk dan pintu lif terkatup semula.Kelihatan seperti banyak tangan dalam kabus sebelum pintu lif itu terkatup.

Hanya jeritan yang kedengaran dan jadi senyap.

Esok,pekerja penyelenggara dari syarikat lif yang ditugaskan untuk menyelenggara lif itu terkejut menemui Barum terbaring pengsan di dalam lif itu.Setahu mereka,mereka sudah pasang pengalang penghalang dari memasuki lif itu.Barum ditemui bersama makanan dan minuman.Lif itu tidak beroperasi kerana ada panahan petir semasa hujan yang mungkin merosakkan sistem itu dan sudah ditutup dari beroperasi.Barum dihantar ke hospital.Selepas itu Barum tidak lagi tinggal di situ berpindah ke tempat lain dan masih trauma dengan lif.Tapi misteri lif itu masih ada.

Cerita tamat-

-Nukilan SpartaBatKing117





2 comments:

Azan AFS Menulis said...

Sangat seram,..banyakkan lagi konten2 seram,.amat menarik dibaca,..meriding bulu roma

SpartaBatKing117 said...

Terima kasih kerana membaca.Baik saya akan hasilkan karya seram lagi.