Thursday 16 May 2024

Seram Bab 28 Bayi

Ayu pulang ke kampung bersama anak kecilnya berumur 6 bulan.Dia pulang kembali ke kampung semula setelah 7 tahun sejak dia berkahwin dahulu.Dia mempunyai 4 anak,3 anak dia,2 lelaki dan seorang perempuan telah diambil suaminya kerana bekas suaminya telah menuntut hak penjagaan anak kesemua mereka tetapi anak bongsu mereka telah dibenarkan dijaga oleh ibunya kerana masih baru lahir.Ayu juga tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah.Tiada pendapatan sendiri.Selama ini dia hanya menjadi suri rumah manakala bekas suaminya menyediakan semuanya.Suaminya dahulu adalah pemilik syarikat katering yang terkemuka di ibu negara.

Setelah 7 tahun berkahwin,suaminya telah berlaku curang kepada Ayu dengan adanya wanita lain.Wanita itu adalah pemegang syer dalam syarikat milik suaminya.Jadi telah berlaku pelbagai konflik sehingga menyebabkan campurtangan dari keluarga Ayu yang akhirnya membawa kepada penceraian.Ayu kini membawa diri dan pulang ke kampung halamannya.Dia tinggal bersama ibu dan ayahnya.Ayahnya adalah seorang veteran dalam Polis Hutan.Kini sudah pencen dan bekerja sendiri di kampung.Jadi rumah kampungnya terletak di kawasan pinggir hutan di sebuah bukit.Keliling kawasan kampung itu agak sunyi dan dikelilingi banyak pokok.

Ayu sering termenung di rumah.Nasib anak kecilnya dijaga oleh ibunya.Kesan trauma dan emosi yang mendalam dialaminya masih memberi kesan.Dia seperti didera secara fizikal,lisan dan secara emosi oleh bekas suami serta teman wanitanya itu.Kata-kata dan bahasa yang dihamburkan mereka telah menyebabkan Ayu terkesan.Ayu juga merindui ketiga-tiga anaknya itu yang diambil begitu saja tanpa kerelaan Ayu.Ayu juga tidak mampu kerana tiada pendapatan untuk menjaga mereka,hanya anak bongsu dibenarkan kerana baru lahir dan masih lagi dalam proses penyusuan.Sudahlah mereka curang,tapi belum cukup penderaan fizikal dan emosi lagi,malah tamak ingin merampas semua hak termasuk anak.Pernah juga bekas suaminya datang ke kampung untuk mengambil anak bongsunya tetapi ayah Ayu keluar membawa parang dan berkata,

"Kalau berani ambillah,atau aku tetak kau!!!!

Teriakan seorang pejuang Polis Hutan yang pernah bertempur dengan Komunis di Borneo dan hutan di Sarawak telah menggegarkan dan menyebabkan bekas suaminya berundur dan tidak jadi mara.Peristiwa itu meninggalkan kesan.Ayu asyik termenung.Dia tidak sangka kehidupannya akan berakhir begini.

Setelah malam,Ayu terbaring-baring di sisi anak kecilnya.Menepuk-nepuk badan anaknya yang sesak tidur.Lama kelamaan Ayu juga tertidur sekali.Kain langsir terbuai-buai.Ayunan angin kipas menolak lembut.Ayu terasa seperti sesuatu.Bayi dia ditarik lembut.Ada sesuatu yang telah merangkul anak kecil dari tangannya.Dia ingat itu adalah ibunya.Tapi Ayu seperti tersedar dan membuka mata.Itu bukan ibunya,seorang wanita berpakaian putih dan berambut sangat panjang hingga ke kaki telah mendukung anaknya tapi tidak meredah pintu malah tidak logik menembusi dinding.Ayu lantas menjerit kuat,

"Tidakkkkkkkk....jangan ambil anak aku!"

Ayu terus bangun dan mengejar lembaga itu.Lembaga itu telah berada di ruang tamu.Lalu dia meletakkan anaknya ke bawah di atas karpet lalu dia pergi menembusi dinding rumah.Ayah dan ibu Ayu datang melihat keadaan Ayu yang sedang menangis memeluk erat anak kecilnya itu.

"Mungkin dalam keadaan emosi tidak stabil dan kacau bilau."Benda" itu akan datang menganggu"kata ayah Ayu.

Malam itu Ayu tidur bersama ibunya di bilik bawah.

Gangguan itu terus berlaku.Tapi ayah Ayu telah memanggil seorang ustaz untuk memagar kawasan pagar rumah dan memberi minum air pemulih semangat untuk mengelakkan kejadian berulang lagi.Ayu selalu diganggu dengan sesuatu lembaga yang sering menghimpit dia ketika sedang tidur.Terdengar juga bunyi ketukan di dinding kayu seperti ingin masuk.Lama kelamaan kejadian itu tidak lagi berlaku.Tidak pasti adakah lembaga itu ingin mengambil anaknya atas sebab ia dihantar oleh seseorang atau ia adalah gangguan jika emosi seseorang menjadi teruk terganggu atau ia adalah misteri dari alam ghaib.

.............

Beberapa bulan kemudian,Ayu ingin ke ibukota untuk bekerja untuk bangkit semula.Dia ingin membuktikan bahawa dia perlu bangkit dan menuntut semula hak penjagaan anak-anak dia dan melalui proses tuntutan mahkamah.Jadi dia menumpang di rumah abang dan kakak iparnya.Sementara itu anaknya sudah berumur setahun dan boleh berjalan.

Dia menumpang di dalam satu bilik,sementara anak-anak lelaki abang dia tidur diruang tamu.Ayu berkata ia sementara saja sebelum dapat mencari rumah sewa untuk diduduki.Jadi Ayu bersama anak kecilnya dan anak perempuan abang dia tidur di bilik itu.Sedang satu ketika,ketika Ayu tengah tidur.Ada sesuatu lembaga hitam datang menghimpit dia.Ayu tersedar,tapi dia tidak dapat bergerak.Mujur anak perempuan abang dia yang tersedar mengejut mak ciknya.Ayu tersedar dan mengucap panjang.Peristiwa itu kembali lagi.Ayu berkata dia seperti melihat lembaga itu ingin mengambil dan memegang anaknya disebelah tapi dia terpaku dan tidak dapat bergerak.Dia ingin bersuara tapi terkunci.Seperti ingin menangis.

Akhirnya setelah diceritakan semua oleh Ayu keesokan hari,Abang Ayu telah menjemput ustaz untuk memagar dan melakukan seperti di kampung.Maka setelah itu,tiada lagi apa-apa yang berlaku.Setelah Ayu ingin pindah,dilakulan perkara sama ke atas rumah sewa itu juga.Akhirnya Ayu kini setelah lama berusaha dan bertawakal.Dia sudah bekerja sendiri sambil membesarkan anak-anaknya.Dia juga berjaya dalam menuntut hak penjagaan bersama melalui Biro Bantuan Guaman walaupun mengikut giliran masing-masing manakala anak bongsunya masih di bawah penjagaannya sehingga dia berumur 18 tahun yang diberi peluang samada mengikut ibunya dan mengikut bapanya setelah berumur 18 tahun.Peristiwa lembaga putih itu masih tidak dapat dilupakan Ayu.Ia adalah misteri.

..........

Tamat

"Gangguan perasaan negatif hanya akan mengundang sesuatu negatif  seperti tarikan magnet negatif yang menarik perkara buruk,pastikan perlu positif dan bertenang supaya menarik perkara positif walaupun dilanda ribut"

Nukilan Hasil SpartaBatKing

Seram Bab 26 Telefon

 "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi"

Ayiz menaip lagi pada skrin telefon bimbitnya,menekan butang berwarna hijau.Suara yang sama bergema lagi pada audio di telefon bimbitnya.Beberapa kali dicuba masih lagi suara yang sama berulang-ulang kali diucapkan.Ayiz kemudian berasa putus asa dan tidak meneruskan menghubungi rakannya.

"Entah apa nak jadi dengan Zaro.Asyik tutup telefon saja,susah begini"

..............

Zaro berada dalam biliknya.Dia memerhatikan telefon bimbitnya dari jauh.Ditenung dan direnung.Seperti ada sesuatu yang telah berlaku.Dia kemudian melihat kembali.Telefon itu telah ditutup.Tiba-tiba ia kembali bercahaya,dan mula beroperasi.Di tepi telefon bimbitnya,ada bateri telefon yang telah dikeluarkan dari badan telefon itu.Agak mustahil telefon itu boleh beroperasi tanpa bateri di dalamnya.Zaro bingkas bangun dan pergi mengambil sesuatu.Sebuah tukul berada di tangannya dan lantas dia mengetuk telefon bimbitnya beberapa kali sehingga telefon itu remuk dan hancur.Lalu dia mengambil semua serpihan dari telefon itu lalu dibuang dalam tong sampah berhampiran.

Titt....tittt...

Telefon itu masih lagi berfungsi.Zaro terus membungkus plastik sampah pada tong sampah itu.Lalu diikat dan disimpulkan.Dia terus keluar,mengambil kunci rumah dan turun ke tangga untuk membuang sampah.

"Tamatlah riwayat kamu"

Zaro terus mencampakkan plastik sampah itu ke dalam tong sampah besar.Dia berasa puas dengan tindakan dia itu.Lalu pergi tanpa sedikit perasaan menyesal atau kecewa.

.............

Ayiz mengetuk pintu rumah Zaro.

Tuk...tukk...tuk

Dia memberi salam.Lama kelamaan Zaro membuka pintu rumahnya.Lalu menjemput Ayiz masuk.

"Wei,Apasal susah nak hubungi kau kebelakangan ini,kau dah mengapa?Pelik semacam aku tengok kau sekarang ini!"kata Zaro.

"Duduk dulu"kata Ayiz.

Zaro pun duduk.

"Nanti kejap lagi aku cerita,sekarang aku tidak pakai telefon bimbit,aku dah buang,nak hubungi aku just datang rumah saja"balas Ayiz.

"Haa..kau buang telefon kau!Gila kau ini!"kata Zaro lagi.

"Ya,aku nak ceritalah ini"kata Ayiz sambil menarik kerusi untuk duduk.

"Hmm..nak aku mulakan..tapi aku tak reti nak mulakan dari mana...?"kata Ayiz.

"Okey,cerita saja,aku dengar"balas Zaro.

"Cerita dia begini....."

............

Ayiz baru pulang dari kerja lewat malam.Dia berjalan kaki ke perhentian bas.Di situ ada seseorang memakai jaket berhud sedang duduk disitu.Hanya ada mereka berdua saja.Ayiz pun duduk.Pemuda itu hanya duduk,kelihatan dia sedang memakai fon telinga kerana ada tali wayar yang bersambung dengan telefon pintarnya.Ayiz pun bertanya,

"Hendak ke mana,bro?"

Pemuda itu menoleh.Matanya agak cengkung.Mukanya agak lesu dan pucat.Tangan kelihatan agak kurus menampakkan dia agak kurus kering.

"Saya.....kamu bertanya dengan saya ke?"

"Ya,sapa lagi.Kita berdua saja di sini.Bukan ada sesiapa lagi"

"Tidak,bukan kita berdua"

"Eh,kamu jangan main-main.Saya bukan main-main bertanya.Tak mengapalah,tidak perlu jawab!"kata Ayiz dengan nada serius.

"Kamu mahu tak sesuatu?"

",Eh,apa dia.Tadi tidak mahu jawab sekarang kamu menanya saya lagi,"balas Ayiz lagi.

"Ambillah ini,"

"Apa ini?"

"Ambillah"

Pemuda itu menarik tangan Ayiz dan memusing serta meletakkan sesuatu di atas tapak tangan Ayiz.

"Apa ini?"

Ayiz menoleh ke arah pemuda tadi.Pemuda itu telah lenyap.

"Eh,kemana dia pergi?,Cepat dia menghilang?"

Ayiz menoleh ke sana sini,menoleh keliling.Tapi tiada kelibat pemuda itu.

Dia melihat di tapak tangan dia.Ada sebuah kad sim.Kad sim itu berwarna hitam.Tapi ada juga bahagian berisi rod emas pada permukaan sim itu.

"Hmm..pelik.Kenapa dia beri ini pada aku?"

Bas pun tiba sejurus lepas itu

"Lantaklah,aku mahu pulang"

Ayiz terus menaiki bas itu dan membayar tambang.Dia duduk di bahagian tengah.Dia membelek kad sim tadi.Kemudian bas itu bergerak.Ayiz kemudian menyimpan kad sim itu di poket jaketnya dan dizipkan.Lama kemudian,Ayiz menoleh ke tingkap melihat permandangan malam.Sedang dia menoleh,dia seperti perasan sesuatu.Ada kelibat pemuda tadi di bahagian kerusi belakang.Terus Ayiz menoleh ke belakang.Tiada apa-apa.

"Bayangan saja"

Ayiz terus membuka telefon bimbitnya.Dia memerhatikan paparan muka buku pada media sosialnya.Ditolak ke atas dan ke atas paparan muka buku itu.Semakin lama semakin mengasyikkan.Ayiz tergelak seketika seorang diri.Dia menonton beberapa video tik tok.Sedang dia menonton,kelibat pemuda tadi muncul di beberapa video itu.Dia muncul seperti cameo.

"Eh..terkenal betul pemuda ini,muncul banyak kali."

Semakin lama sedang Ayiz menonton.

Ting..ting..

Ada seorang pemuda menekan loceng.Bas itu berhenti untuk menurunkan penumpang.Ada beberapa orang turun.Ayiz melihat ke arah perhentian bas itu.Ada seorang pemuda berhud sedang duduk memandang tepat ke arah Ayiz.Dia seperti tengah senyum

Ayiz berasa cuak.Dia mula berasa tidak sedap hati.Mengapa dia rasa seperti ada orang memerhatikan dia?.Ayiz menoleh dan memandang semula.Pemuda tadi sudah tiada.

"Hmm..bayangan lagi..lantaklah"

Bas bergerak semula.Akhirnya bas tiba di destinasi yang ditujui Ayiz.Ayiz turun dari bas.Dia berjalan kaki menuju ke pangsapuri rumahnya.

............

Zaro duduk di ruang tamu untuk berehat sebentar selepas mandi.Dia membuka televisyen dan duduk menonton.Kemudian dia mengambil telefon pintarnya.Tiba-tiba dia teringat pada kad sim tadi.

"Owh..dimana aku letak tadi"

Dia teringat pada poket jaketnya.

"Ha..inilah dia"

Dia rangkul poket itu dan mengeluarkan kad sim tadi.Dia duduk dan meneliti kad sim itu.Tiada jenama dan ada tertera perkataan Web Kegelapan.

"Hmm..cubalah"

Ayiz membuka bekas belakang telefon bimbitnya dan menukarkan kad sim dalam telefon bimbitnya dengan kad sim hitam tertera Web Kegelapan itu.

Lalu dia menghidupkan telefon dia.Skrin menyala.Tertera skrin hitam.Muncul satu persatu huruf.

Selamat Datang 

Sila letakkan nama anda....

_ _ _ _ _ _ _ _ _

Ayiz menaip nama pada skrin itu.

Skrin itu memaparkan suatu paparan.

AYIZ,adakah anda menerima tawaran ini?

Ayiz termenung.Tanpa fikir panjang dia menaip,

YA.

Skrin itu memaparkan paparan lagi.

Jadi anda terima.Terima kasih.Syarat untuk menerima tawaran ini adalah tidak boleh tarik balik dan bayaran adalah melalui jiwa kamu sebagai bayaran.

Ayiz terkejut.Dan dia meletakkan telefon bimbit itu di atas meja.

Skrin itu tiba-tiba bersuara melalui audio.

"Saya akan memerhatikan kamu sehingga kamu membayar dengan jiwa kamu!Kamu berhutang jiwa dengan kami!

Ayiz mula mengambil telefon itu dan menekan butang OFF dan meletakkan kembali semula.

Tit..tit...

Telefon itu aktif semula.

Ayiz....Ayiz...

Telefon itu mengeluarkan audio sendiri.

Ayiz mula panik.Dia membuka penutup belakang dan mengeluarkan bateri telefon bimbitnya.

"Hmm.lega aku.Macam kena "hack" telefon aku ini.Rasanya pemuda tadi itu macam hacker saja"

Tit...tit..

Telefon itu aktif kembali...

"Eh...mustahil...."

"Arghhhhhhh..."

................

"Begitulah yang berlaku semalam,aku masih trauma,tidak tidur kerana diganggu,sehingga tadi aku ambil keputusan untuk buang semua,baru aku rasa lega."kata Ayiz.

"Hmm..lain kali jangan terima sesuatu tanpa siasat.Jika meragukan tolak saja atau buang saja kad sim itu" balas Zaro.

"Okeylah,sekarang dah setel perkara itu.Mari kita cari telefon bimbit baru.Nah pakai telefon aku telefon bos supaya kau amik cuti hari ini,"kata Zaro lagi.

"Baik,terima kasih Zaro."

Mereka pun bersiap keluar dari rumah dan menuju ke bandar untuk membeli telefon baru.

Selesai.

...........

Ini hanya permulaan.

Ianya akan bersambung pada siri media sosial yang membawa so"sial" yang memperhambakan manusia di tahap baru.Manusia dan Media So"Sial" berpisah tiada dan ketagihan itu membawa pelbagai kesialan,kecelakaan dan keburukan yang jika tidak dibendung membawa impak teramat negatif dalam kehidupan manusia.

Tamat.

Nukilan Hasil SpartaBatKing


Wednesday 15 May 2024

Seram 25 Sampan

Satyu suka pergi memancing.Dia selalu pergi memancing tidak kira masa dan waktu ketika masa lapang.Pantang ada masa terluang pasti dia akan mencuba samada di laut,sungai atau tasik.Pelbagai teknik dicuba dan banyak joran yang dibelinya.Sudah beribu ringgit dihabiskan demi hobi ini.Hobinya hanya memancing saja.Dia suka meredah ke mana saja,walaupun kawasan itu kawasan larangan memancing.Satyu memang terlalu degil.Lagi dihalang lagi dibuatnya demi hobi kesayangan dia.

Satu hari Satyu ingin pergi memancing di laut.Kali ini dia meminjam sampan rakannya.Dia janji akan isi minyak penuh.Jadi dia berlepas ke laut ketika air hendak mula pasang.Cuaca cerah.Dia seronok membawa sampan menderu mencelah sungai.Satyu menyanyi riang.Sambil dia menongkah sampai,dia melambai-lambai ke arah sampan yang lalu lalang.Sesekali ternampak bot peronda Polis Marin dan Maritim Malaysia singgah di jeti.Mungkin mereka ingin pergi sarapan pada pagi itu di jeti.Satyu ada bawa bekalan makanan dan minuman,jadi bekalan itu mungkin boleh bertahan sampai ke malam jika cuaca mengizinkan.Kini sudah sampai ke muara,di situ kelihatan bot feri panjang bergerak ke sana sini untuk mengambil penumpang yang ingin ke pulau berdekatan.Bot feri penumpang itu juga membawa bekalan lain seperti tong gas,minyak masak,air mentah dan lain-lain untuk kegunaan penduduk pulau.Kelihatan juga bot nelayan yang sedang mula bergerak ketika air pasang.Selalunya bot mereka akan tersekat ketika air surut.Jadi aktiviti di laut memang bergantung pada situasi air pasang dan surut dan cuaca dan tidak menurut waktu dan masa bekerja biasa.Jika cuaca buruk,maka kurang aktiviti di lautan.Hanya kapal dan vesel yang besar saja yang beroperasi di laut.Sedang Satyu menyusuri sungai itu,ada sebuah sampan laju menderu pantas dan meninggalkan gelombang paluan air ombak di sungai itu.

"Woi,bodoh ke apa bawa laju-laju sungai cetek ini"kata seorang di tepi tebing sungai itu.

"Apa bangang lah kau ini,sungai kecik begini jangan bawa laju"Air cetek bahaya gelombang ombak besar"kata Satyu.

Satyu memperlahankan kelajuan sampannya dan membidik haluan depan sampan dia menuju ke arah alunan gelombang ombak,dia cuba membelah alun ombak itu.Tapi dia cuba memegang tepi sampan untuk kedudukan stabil.Sampan Satyu naik turun dan berlantun seketika.Ibarat tsunami yang kecil.Alunan itu yang pertama besar dan seterus semakin kecil dan kecil.

"Haishh.."

Joran di sampan tercampak-campak.Satu joran telah jatuh dan mencelup ke dalam air.

Ploppppp....

Satu joran kesayangan telah hilang dalam air keruh berwarna coklat kuning itu.

"Sial...Bebal..Bangang"

Pantang di lautan adalah tidak mencarut dan berkata besar.Jadi Satyu mungkin terlupa.Kawasan itu adalah muara.Pertemuan antara air tawar dan air masin.Jadi di atas mungkin air masin dan di bawah adalah air tawar.Inilah titik pertemuan antara dua dunia atau sungai dan lautan.

Satyu menoleh sana sini tapi agak mustahil untuk mencari di air keruh itu.

"Hmm..lantaklah...ada joran lain lagi"kata Satyu.

Satyu terus membawa sampan menyelusuri muara dan tiba di kawasan pelabuhan.Selepas itu dia membawa sampan meredah tepi pulau untuk ke lautan lepas.Disitu ada perkampungan dan jeti nelayan.Kelihatan banyak ikan kering di letak atas para kayu.Cuaca agak panas.Satyu pun meredah lagi menuju ke satu pulau di mana di situ terletaknya rumah api di One Fathom Bank.Setelah tiba Satyu,menghentikan enjin di tepi pulau itu dan mula memasang joran untuk memancing.Dari jauh ada sebuah bot nelayan melambai-lambai ke arah Satyu.Satyu mengangkat tangan saja.Tapi nelayan itu bukan melambai saja,Malah mengangkat tangan seperti petanda melarang sesuatu.Satyu hanya buat bodoh dan tidak peduli.Seperti ia kawasan larangan.

"Pedulikan itu semua"

Dia meneruskan misinya.Setelah beberapa lama,joran mula bergoyang,tali tangsinya menarik ke bawah.Satyu mula menarik joran dengan pantas,dan memusing kekilinya.Tarikan demi tarikan dan akhirnya dia berjaya menaikkan ikan pertamanya.Ikan Bawal.Seterusnya dia memasang umpan dan meneruskan misinya.Setelah beberapa lama,hari tiba-tiba menjadi mendung.Satyu masih leka memancing.Angin mula meniup kencang.Laut mula bergelora.Satyu mula sedar dan menghidupkan enjin.Sedang dia menghidupkan enjin,awan telah mula gelap dan mendung yang akan bila-bila akan menurunkan hujan.Setelah bertungkus lumus menghidupkan enjin,akhirnya enjin telah hidup,tapi sampan mula berolak alik ditiup angin serta ombak beralun-alun.

"Apa kejadah cuaca hari ini?"

Tiba-tiba dari jauh kelihatan sesuatu berwarna hitam besar di dalam air.Sedang sampan Satyu bergerak.Bayang hitam dalam air itu semakin menghampiri.Satyu mula menekan laju enjin meninggalkan kawasan itu.Terdapat libasan air menerpa ke arah sampan Satyu.Satyu menoleh,kelihatan seperti sirip hitam yang besar.Satyu mula gelabah dan menekan minyak lagi.Satyu mula menuju ke pulau.Bayangan hitam itu masih mengejar.Sampan Satyu menderu laju.Akhirnya dia berjaya meninggalkan kawasan itu.Tapi cuaca masih buruk.Jadi Satyu perlu cari tempat berteduh.Pam bilges tidak mampu menampung jumlah air di dalam sampan jika hujan turun dengan lebat.Satyu meredah denai di dalam pulau itu melalui jalan anak sungai kecil melalui hutan paya bakau.Setelah lama,akhirnya dia berjaya menemui sebuah pondok tinggal.Dia berpaut pada tepi kayu bawah rumah itu.Dan mengikat tali dari sampannya pada rumah itu.Dia naik ke atas membawa semua barang dan begnya.Disitu ada pondok berbumbung.Atapnya ditutup zink,dan dinding ada dari kayu dan ada juga ditutup dengan kain kanvas.

"Jadilah asalkan boleh berteduh"

Hujan turun dengan lebat sekali.Meskipun lebat.Air kelihatan mula surut.Jadi ia sudah berakhir air pasang dan tibanya masa air surut.Tapi itu bermakna Satyu tidak dapat pulang.Sampan akan terletak di atas lumpur pekat.Hari sudah mula hendak senja.Mahu tidak mahu,dia terpaksa bermalam di situ.Hujan masih turun lagi.Nasib Satyu ada bawa dapur kecil.Dapatlah dia memanaskan badan di dalam pondok itu.Setelah beberapa lama,malam menjelma.Hujan masih lagi turun.Derapan hujan kedengaran di bumbung zink itu.Satyu melihat telefon bimbitnya.Tiada signal.Jadi dia mula memanaskan tangan dan makan bekalan yang dibawanya.Satyu juga menyalakan rokok.Dihembus asap rokok itu.Beberapa lama,hembusan angin sejuk mula meniup.Mata Satyu mula terasa berat.Jadi dia terlelap seketika.Hujan sudah reda tetapi angin masih kuat.

Kruittttt...kruittttt

Bunyi kayu bila seperti ada yang memijak lantai kayu itu.Satyu tersedar.Bau yang amat tidak menyenangkan mula menerpa.Malam sudah gelap.Tapi langit cerah dengan cahaya penuh bulan purnama.

"Bau apa ini?"

Kruittttt....kruitttt...

Satyu melihat ada sesuatu disebalik bidai kain kanvas itu.Bau busuk itu makin lama semakin kuat.Terasa seperti ada sesuatu yang merayap di tapak tangan.Satyu mula menepis,ia adalah ulat berengga.

"Ada bangkai ke di sini?"

Ulat berengga itu semakin banyak,disuluh ke lantai.Beratus-ratus ulat itu ada di merata-rata sekeliling lantai.

Skretttttt....skrettttt....

Bunyi bising besi zink diseret.

Tup....tup....

Tup....tup.....

Ketukan demi ketukan.

Kemudian ada bau wangi seperti bunga.Diselang seli dengan bau busuk seperti bangkai.Satyu cuba mencapai beg,bingkas perlahan-lahan berjalan.Ketika itu air kelihatan pasang.Agak lama Satyu tertidur tadi.Sudah 6 jam.Jadi Satyu melihat jam tangan,sudah pukul 2.45 pagi.Satyu mula melompat ke sampan.Dicuba hidupkan enjin,tidak mahu.Dicuba lagi.Dia sempat melihat di atas bumbung pondok itu.Terbujur sebuah tubuh berambut panjang.Mukanya kelam tapi terlihat giginya yang menyeringai.Matanya terjojol seperti merah sawit.Isi perut berpintal-pintal.Tangannya berkuku panjang.

Vrommmm!!!!

Akhirnya enjin berjaya dihidupkan.Apatah lagi,ditekan minyak habis-habisan.Sampan itu bergerak laju.Tubuh tadi terbang tinggi melingkari atas pokok bakau itu.Satyu cuba menekan habis,tapi lembaga itu seperti mengekori dia.Meluncur sana sini di atas air,terbang di atas pokok-pokok.Semakin laju Satyu menyelusuri tapi dia seperti hilang arah tujuan.Lembaga tadi kemudian hilang.Tidak tahu dimana.

Satyu berhenti sejenak.Dilihat arah keliling.Hanya bunyi ombak dan juga kicauan burung terbang.Juga bunyi alunan air dan deruman enjin bot.Dia cuba mencari arah,keliling adalah hutan kayu bakau.Dari jauh kelihatan ada lampu putih.Mungkin itu lampu bot nelayan yang baru pulang dari laut.Satyu terus menekan minyak menuju ke arah cahaya di hujung ufuk itu.

Lembaga tadi melintas di hadapan sampan dan terbang di atas pokok kembali.Cahaya tadi menghilang.Satyu mula memusing sampan dan dia ternampak tidak jauh ada sebuah cahaya di perkampungan nelayan.Satyu mula memecut sampannya.Tiba-tiba enjin dia seperti tersangkut.Rupanya sampan Satyu terletak atas beting pasir.Ditengah laut terdapat satu kawasan cetek yang berbahaya seperti beting pasir dan kawasan batu karang yang menjadi ancaman kepada kapal laut dan bot kecil juga.Ditekan-tekan minyak tapi tetap tidak berjalan.Sampannya tidak bergerak kerana terletak atas lumpur.

Derommmm....

Enjin mula semput-semput dan mula berhenti.

Satyu mula menjerit.

"Tolong.....tolong......tolong...!"

Tapi perkampungan itu terlalu jauh dan suaranya tidak sampai kerana bunyi angin yang kuat dan bunyi alunan ombak menutupi suaranya.Satyu mula geram.Dia menyelinsing seluar dan turun ke lumpur itu menolak sampannya.Tiba-tiba kakinya seperti dipegang.Satyu menoleh ke arah kakinya.Kelihatan muka yang sangat hodoh berambut botak menarik-narik kaki Satyu.Satyu cuba sedaya upaya menolak tarikan itu dan berpaut naik ke atas sampan itu.Dia termengah-mengah keletihan.Satu persatu malapetaka yang menimpanya hari ini.Akhirnya bot sampan dia mula seperti bergerak apabila ada alunan air.Satyu mula menghidupkan enjin tapi tidak mahu dihidupkan..Mungkin lumpur tebal sudah menyekat saluran air di enjin.Saat itu ada kelibat tubuh lembaga berdiri di hujung sampan.Kali ini Satyu tidak mampu lagi berbuat apa-apa.Dia terasa lemah dan letih.Mata lembaga itu memandang tajam ke arah Satyu.Merah pekat.Lembaga itu merangkak perlahan-lahan ke arah Satyu sambil menyeringai dan mengoyang-goyang kepala.Tangan yang meraba itu terasa sangat sejuk,berkerutu kasar dan terasa seretan kuku yang panjang.Saat lembaga itu tiba berdekatan akhirnya Satyu pengsan.

........

Beberapa hari,nelayan memjumpai sampan yang hanyut berdekatan perkampungan nelayan tapi kosong.Pencarian telah dilakukan dan berakhir dengan penemuan sekujur mayat di kawasan lumpur tidak jauh telah reput dimakan ketam dan hidupan laut lain yang anggota hampir tidak sempurna.Mayat dilaporkan mungkin dipercayai mati lemas akibat cuaca buruk semasa memancing di lautan oleh pihak berkuasa.

Tamat.

"Satu misteri tetap menjadi misteri."

Pepatah "Kerana pulut,santan binasa.Kerana mulut,badan binasa"

Nukilan oleh SpartaBatKing



Seram Bab 24 Tandas

Hjo bekerja di sebuah kedai alat peralatan sukan dan rekreasi di pusat membeli belah terkemuka di bandaraya Kuala Lumpur.Dia selalu bekerja pada shift petang kerana dia malas untuk berhadapan dengan kesesakan jalanraya yang sibuk dan masa puncak orang pulang bekerja.Biasanya dia akan menunggang motorsikal sendiri dan kadang-kadang menaiki pengangkutan awam seperti tren atau bas ataupun pengangkutan lain seperti perkhidmatan kereta Grab untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja.Pada hari itu,Hjo perlu bekerja lebih masa kerana ada stok baru tiba di premis kedai itu.Jadi biasanya dia akan pulang lebih lewat malam dan kadang kala sampai ke pagi buta bergantung pada stok yang tiba.Banyak kerja perlu dilakukan oleh Hjo dan rakan sekerjanya.

Waktu sudah hampir 11.30 malam.Pada hari itu pusat membeli belah itu tutup lewat kerana ada promosi jualan mega,biasanya ia tutup pada pukul 11 malam tapi untuk hari ini ia dilanjutkan pada pukul 12 malam.Kedengaran bunyi dari speaker pengumuman,

"Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,pusat membeli belah kami akan tutup pada pukul 12 malam,diharap para hadirin sekalian membuat pembayaran sebelum jam 12 malam dan pusat ini akan ditutup pada jam 12 tengah malam,terima kasih kerana mengunjungi pusat membeli belah kami".Pengumuman itu bertukar lagi ke bahasa Inggeris,Cina dan India."

"Haa..suara sudah bergema.Kerja banyak lagi ini."Kata Hjo.

"Relakslah,kau kelam kabut semacam ini,nak pergi dating ke?"balas Lomi.

"Eh,suka hati akulah,aku tak suka balik lewat malam,jalan ke rumah aku kawasan gelap"balas Hjo.

"La,penakut juga kau ini,badan je nampak "katang" dan kaki gim,tapi hati lembik"balas Sumi yang juga rakan sekerjanya.

"Kau Sumi,kalau sehari tak usik aku tak boleh ke?Hari-hari aku ada sini asyik aku je diusik,orang lain tiada ke,atau aku je yang wujud disini?"balas kembali Hjo.

"Hahaha..orang lain hati kental..susah nak usik,macam robot,cuma kau je yang "over" sensitif,sebab itu aku suka usik kau,lagipun fizikal kau tidak mencerminkan dalaman,jauh berbeza.Cuba kau bertukar bagi badan kau kat Lomi ke,Jumko ke,Retip ke..baru super macho"usik Sumi lagi.

"Ah..ke situ pulak,apa aku ini x macho ke?"balas Hjo.

"Hmm..fizikal dah ok,tapi hati lembut macam tisu...hahaha"ketawa oleh Sumi.

"Ehemm...Disebabkan fizikal aku ramai pelanggan datang ke kedai pakaian sukan ini okey,Aku ini ada daya penarik dan sebab ini aku kerja disini sebab aku boleh menasihati dan ada pengalaman dalam bidang sukan dan rekreasi,jangan pandang sebelah mata okey,tengok lengan aku ini"balas Hjo.

"Korang berdua ini,kalau sehari tak bergaduh,memang tak sah kan..asal berjumpa dan buka mulut je..bergaduh dan usik mengusik.Bertemu jodoh kang kamu berdua"balas Retip yang tiba-tiba muncul.

"Eh..mulut kau,aku selotape kang.Si Hjo nie bukan "taste" aku okey,badan je macam Badang tapi hati tisu,usik sedikit tak boleh,ada je nak balas,..hahaha"balas Sumi lagi.

"Aku,jika ada girlfriend macam ini,bukan "taste " aku,tak hingin..aku nak cari duit je..dan jadi kaya sorang-sorang..takde je jodoh,habis boreh jo"

"Berlagak...ego juga si tisu ini...hahaha"

Ting...Ting..Ting...

Bunyi pengumuman bermula lagi.Siaran pengumuman bermula.Lagu sudah dipasang di speaker di setiap penjuru dalam pusat membeli belah itu.Kedai-Kedai lain sudah mula menarik tiang bendera atau kad plakad hadapan kedai.Ada juga yang menarik pintu grill besi untuk menutup kedai.Ada yang tertutup separuh dan ada yang tertutup penuh bagi yang sudah selesai dan tutup operasi sepenuhnya.Pelanggan di pasaraya dalam pusat membeli belah masih penuh.Tapi tingkat atas ada sebuah pawagam yang tutup lewat lagi kerana ada tayangan sinema lewat malam yang mungkin berakhir hingga 2-3 pagi bergantung pada jumlah masa tayangan sebuah filem.

Kerja-kerja mereka akhirnya selesai pada jam 1.30 pagi.Stok mereka sudah disusun dan direkodkan.Jadi tiba masa untuk pulang.

"Hjo,hati-hati balik taw,Nanti jangan lupa,bila lalu tempat gelap,kirim salam..."usik Sumi.

"Eh,kau ini..ke situ pulak..tak ada kerja aku nak buat gitu.Aku langgar je,aku bawa laju taw.Sorry,apa-apa yang tak berkenaan,jadi aku langgar je."Balas Hjo.

"Kejam siot,...hahaha"balas Retip.

"Hahaha..kan aku dah cakap,hati tisu ini suka menunjuk-nunjuk,tunjuk macho lah sangat..kejap lagi pengsan..badan je nampak "katang"...sebenarnya...kih..kih..kih.."balas Sumi.

"Dah lah,aku malas layan kau Sumi..aku belah dulu.Goodbye and see u tomorrow never die"kata Hjo.

"Hahaha" gelak semua.

Retip,Sumi,Hjo dan Lomi keluar dari premis kedai dan menuju ke lif.Mereka turun ke tingkat B1,tingkat yang ada tempat letak kenderaan.Lomi dan Retip menuju ke arah berlainan.Hjo dan Sumi berjalan ke arah berlainan.

Cuaca luar tengah hujan lebat di luar.Angin kuat meniup dan bunyi guruh berdentum.

"Adoi,hujan lebat pula sekarang,Macam mana nak balik,aku naik motor?"Kata Hjo.

"Baik kau tumpang aku,aku bawa kereta Myvi"balas Sumi.

"Haa..dengan kau,Aku sanggup redah hujan la dari naik dengan kau"balas Hjo yang berjalan menuju ke tempat letak kenderaan.

Sumi terasa ingin ke tandas.Mungkin kerana cuaca luar hujan dan penghawa dingin terasa lebih sejuk dalam pusat membeli belah itu.Walaupun sudah dimatikan lama,suhu tetap sejuk di pusat membeli belah itu.

"Jomlah temankan aku,pergi tandas"

"Eh,kau perempuan kan.Tak kan aku nak ikut kau.Nanti bala,aku juga yang kena."balas Hjo.

"Emergency ini...tolonglah,kawasan menuju tandas dalam pusat membeli belah itu gelap.Please...okey lepas ini aku tak kan usik lagi kau?"kata Sumi.

"Okey,kau dah janji.Tapi aku hanya teman kau dari jauh saja,bukan ke tandas,Kau jangan bukan-bukan"Kata Hjo.

"Okeylah,cepatlah!"balas segera Sumi.

Mereka naik ke atas melalui lif.Hjo hanya menunggu jauh dari lif.

"Okey,Aku hanya tunggu di sini saja"

"Hmm..okeylah,aku nak cepat ini"

Sumi berjalan pantas ke tandas.Suasana lorong menuju tandas itu agak kelam sedikit.Hanya sedikit cahaya.Tepi lorong tandas itu ada tingkap kaca dalam kedai.Disitu ada beberapa patung berpakaian yang seolah-olah seperti berdiri gelap dalam kedai itu.

Sumi berjalan tapi langkah dia agak pantas.Dia macam tertoleh ke arah kedai itu.Suasana agak seram dan gelap.Tapi disebabkan desakan untuk ke tandas dia beranikan diri.Dalam pintu masuk ke ruang tandas gelap gelita.

"Eh..dimana suis lampu ini,gelapkan..kenapa mak cik atau jaga tutup lampu ini?"kata Sumi.

Tap...tap...tap..

Bunyi tapak kaki.

Tap...tap..tap...

"Hjo...kamukah itu?Kata nak tunggu sana je..kau jangan main-main..aku terajang kan nanti..aku tengah "emergency""

Tiada bunyi sahutan.Hanya kedengaran bunyi derupan air hujan dari luar dan bunyi guruh sekali sekala

"Ish...gelap ini...."

Sumi mengambil telefon bimbitnya dan mencari mod lampu picit.Dan lampu itu terpancar.Dia mencari suis lampu dengan lampu dari telefon bimbitnya.

Kiri adalah tandas lelaki dan kanan adalah tandas wanita.Sumi menuju ke kanan.

"Haa..ini dia.."

Pintu masuk ke ruang tandas itu.Tertera gambar orang lidi wanita di pintu tandas.

"Kruuppppppp!!!!"

Bunyi daun pintu dibuka.Suasana amat gelap.Hanya kedengaran bunyi titisan air saja.

Suis itu tersembunyi dalam tepi dinding tandas yang gelap itu.Lampu dinyalakan tapi berkelip-kelip..ada 2 lampu.Satu menyala terang menghadap ke sinki dan satu lagi lip lap lip lap..seperti lampu hendak terbakar menghadap ke arah tandas.Ada 4 pintu tandas.Tandas pertama di tutup.Ada notis "Dalam Pembaikan",Sumi menolak pintu tandas kedua dibuka tapi tiada pili air.Sumi menuju ke pintu tandas ketiga tapi ditolak,seperti terkunci di dalam.Di pintu ada tertulis "Lock" dan pintu tandas keempat ditolak,ada pili.Sumi terus masuk dan menutup pintu.Ruang hujung itu hanya ada cahaya sedikit saja kerana terletak paling hujung.Cahaya berkelip-kelip tadi semakin malap,mungkin kerana hendak terbakar.

Tikk...tikkk..tikk...

Bunyi air menitis.Mungkin dari tandas yang rosak itu.

Tap...tap...tap...

Bunyi tapak kaki.

"Hjo...kamu ke tue...kamu buat apa ini..?"

Tiada sahutan..

Tap...tap...tap...

"Hjo...kamu jangan buat hal masuk tandas perempuan..."

Zrppppppp...lampu lip lap lip lap tadi kedengaran seperti elektrik hendak putus..

Tuppp...

Lampu menjadi gelap....suasana jadi gelap..Hanya kedengaran titisan air.

Krepppp...krepppp...

Bunyi air paip terbuka.Bunyi titisan air semakin deras ke lantai.

"Hjo...kau buat hal..aku bunuh kau..hei..Hjo..kau jangan main-main dengan aku!!!"jerit Sumi.

Sumi cepat-cepat melepaskan hajat.Dia menyalakan telefon bimbitnya dan tercari-cari nombor telefon polis atau pengawal keselamatan.Lampu di skrin telefon bimbit itu menerangkan sedikit suasana dalam tandas itu

Tap.. tap...tap...

Tapi Sumi berfikir.Pintu besar tandas itu akan berbunyi kuat jika ditolak dan jika ditolak perlahan pun,spring dia akan berbunyi.Ini agak pelik.

Bunyi tapak kaki lagi.Kali ini kedengaran seperti di hadapan pintu.Sumi cuba menelefon tapi tiada isyarat dalam bilik air itu.

"Hjo...kamu sudah melampau..aku bunuh kau!!!!

Sumi menyuluh lampu ke arah ruang bawah tandas,tapi tiada kelihatan tapak kaki.

Kedengaran sesuatu di ruang tandas ketiga atau tandas sebelah.Bunyi tepukan tangan kedengaran pada dinding.

Tisu....tisu...Tisu...

Suara halus menyebut tisu.

Tisuuuuu...hendak tisuuuuu ..

Suara itu menjadi panjang dan nyaring.

Tisuuuuuu...hendak tisuuuuuu...tisuuuuuu..saya mahu tisuuuuuu

Sumi terketar-ketar.Dia tidak tahu hendak buat apa.Dia cepat membuka pintu..tapi tersekat.

Sumi menghempas-hempas badan ke pintu.

Tiba-tiba segulung tisu di humban ke atas  Sumi.Semakin banyak helaian tisu dihumban ke dalam.

"Tolonggggggggg.....tolongggggggg..."

Sumi sudah menangis menjerit histeria.Tapi tidak kedengaran ke luar kerana pintu besar itu tebal tertutup di luar.

Tiba-tiba,pintu terbuka.Sumi jatuh kedepan.Telefon bimbit dia terjatuh.Hanya ruangan sinki saja ada lampu.Tiada kelibat sesiapa disitu.Air melimpah di lantai tandas.Sumi dalam kebasahan akibat air entah dari mana.Sumi cuba berdiri.Cuba berjalan menuju ke pintu besar.Sedang dia berjalan ke sinki,pintu tandas ketiga terbuka.

Keriupppppp!!!!!!

Tap....plop...tap....plop..tap..plop...

Bunyi percikan dan tapak kaki

Sumi....tisu....sumi...nak tisuuu...aku nak hati atau tisu....sumi...hati tisu....

Sumi menyuluh lampu ke arah tingkap cermin.Pantulan cahaya itu memantul ke arah bunyi itu.Terpancar sesuatu yang tidak masuk akal.Sesuatu yang berwarna hitam.Bentuk badan seperti kon segitiga.Kepalanya bulat hitam.Tidak bercantum pada badan.Tiada rupa.Hanya bulat saja.Kaki dan tangan bebentuk silinder.Tidak bercantum satu sama lain.Seperti terapung-apung.Ada banyak gulungan tisu di atas bulat berwarna hitam itu.Tisu itu terapung-apung ke atas seperti ia ditiup angin blower.Ia kelihatan seperti simbol pada permukaan tandas awam bagi perempuan.

Sumi...tisu..hati dan tisu...aku perlukan hati kauuuu!!!!

Tiba-tiba,air dari sinki terpercik ke seluruh arah dalam ruang tandas.Sumi terus panik.

Sumi terus menarik tombol dan terus berlari.Tapi suasana gelap gelita di luar.Kali ini tiada sebarang sumber cahaya.Sumi terus menutup pintu masuk ke ruang tandas itu.Sumi terkapai-kapai.

Tit..tit...

Bunyi dari telefon bimbitnya.Telefon menunjukkan ikon bateri tinggal 1%.Tadi rasanya penuh.Mungkin kerana telefon bimbitnya terjatuh dan basah.Sumi mula cuak dan menyuluh ke ruang gelap gelita itu.

Tap...tap..tap...

Kedengaran sesuatu di kaca dinding kedai tadi.Sumi mula melangkah tapi kakinya mula longlai.Badan dia mengigil ketakutan.Harapan semakin pudar.Jika telefon bimbitnya mati maka dia akan dalam gelap gelita.Dia ternampak sesuatu cahaya.Sedikit cahaya dari lampu kecemasan di hujung.Itulah harapan.

Pakk...pakk..pakk...

Kedengaran bunyi tepukan...

Sumi menyuluh ke arah tingkap kaca kedai.Tiada lagi kelibat patung-patung dalam kedai itu.Sumi mengigil teruk.

Hendak panggil Hjo.Suara Sumi tidak terkeluar kerana terlalu takut.Tidak keluar.Suasana sejuk dalam keadaan basah dan sejuk.

Pakk..pakkkk..pakk...

Ketupppp...ketuppp..

Bunyi tapak kaki kayu...

Sedang Sumi berjalan.Kakinya dipegang sesuatu yang aneh.Seperti dikapit.Sumi menyuluh ke arah kakinya.Kelihatan kedua tangan kayu mengapit kakinya.Tangannya juga diapit.Semakin lama semakin banyak Sumi diapit oleh tangan dan kaki kayu itu. Sumi menjerit...

"Hjooooooo..........."

Kali ini jeritan yang terakhir.Entah dari mana kekuatan ini datang.Sumi sudah mula,hendak jatuh dan menutup matanya perlahan.Sebelum dia menutup kelopak matanya.Kelihatan kelibat Hjo bersama pengawal keselamatan membawa lampu suluh berlari menuju ke arah Sumi.Itulah kali detik terakhir sebelum Sumi pengsan dan menutup kelopak mata.

"Sesuatu perkataan akan mengambarkan kemimikan dan realiti sesuatu,berpada-padalah bila berkata!"

Nukilan SpartaBatKing.