Wednesday 15 May 2024

Seram 25 Sampan

Satyu suka pergi memancing.Dia selalu pergi memancing tidak kira masa dan waktu ketika masa lapang.Pantang ada masa terluang pasti dia akan mencuba samada di laut,sungai atau tasik.Pelbagai teknik dicuba dan banyak joran yang dibelinya.Sudah beribu ringgit dihabiskan demi hobi ini.Hobinya hanya memancing saja.Dia suka meredah ke mana saja,walaupun kawasan itu kawasan larangan memancing.Satyu memang terlalu degil.Lagi dihalang lagi dibuatnya demi hobi kesayangan dia.

Satu hari Satyu ingin pergi memancing di laut.Kali ini dia meminjam sampan rakannya.Dia janji akan isi minyak penuh.Jadi dia berlepas ke laut ketika air hendak mula pasang.Cuaca cerah.Dia seronok membawa sampan menderu mencelah sungai.Satyu menyanyi riang.Sambil dia menongkah sampai,dia melambai-lambai ke arah sampan yang lalu lalang.Sesekali ternampak bot peronda Polis Marin dan Maritim Malaysia singgah di jeti.Mungkin mereka ingin pergi sarapan pada pagi itu di jeti.Satyu ada bawa bekalan makanan dan minuman,jadi bekalan itu mungkin boleh bertahan sampai ke malam jika cuaca mengizinkan.Kini sudah sampai ke muara,di situ kelihatan bot feri panjang bergerak ke sana sini untuk mengambil penumpang yang ingin ke pulau berdekatan.Bot feri penumpang itu juga membawa bekalan lain seperti tong gas,minyak masak,air mentah dan lain-lain untuk kegunaan penduduk pulau.Kelihatan juga bot nelayan yang sedang mula bergerak ketika air pasang.Selalunya bot mereka akan tersekat ketika air surut.Jadi aktiviti di laut memang bergantung pada situasi air pasang dan surut dan cuaca dan tidak menurut waktu dan masa bekerja biasa.Jika cuaca buruk,maka kurang aktiviti di lautan.Hanya kapal dan vesel yang besar saja yang beroperasi di laut.Sedang Satyu menyusuri sungai itu,ada sebuah sampan laju menderu pantas dan meninggalkan gelombang paluan air ombak di sungai itu.

"Woi,bodoh ke apa bawa laju-laju sungai cetek ini"kata seorang di tepi tebing sungai itu.

"Apa bangang lah kau ini,sungai kecik begini jangan bawa laju"Air cetek bahaya gelombang ombak besar"kata Satyu.

Satyu memperlahankan kelajuan sampannya dan membidik haluan depan sampan dia menuju ke arah alunan gelombang ombak,dia cuba membelah alun ombak itu.Tapi dia cuba memegang tepi sampan untuk kedudukan stabil.Sampan Satyu naik turun dan berlantun seketika.Ibarat tsunami yang kecil.Alunan itu yang pertama besar dan seterus semakin kecil dan kecil.

"Haishh.."

Joran di sampan tercampak-campak.Satu joran telah jatuh dan mencelup ke dalam air.

Ploppppp....

Satu joran kesayangan telah hilang dalam air keruh berwarna coklat kuning itu.

"Sial...Bebal..Bangang"

Pantang di lautan adalah tidak mencarut dan berkata besar.Jadi Satyu mungkin terlupa.Kawasan itu adalah muara.Pertemuan antara air tawar dan air masin.Jadi di atas mungkin air masin dan di bawah adalah air tawar.Inilah titik pertemuan antara dua dunia atau sungai dan lautan.

Satyu menoleh sana sini tapi agak mustahil untuk mencari di air keruh itu.

"Hmm..lantaklah...ada joran lain lagi"kata Satyu.

Satyu terus membawa sampan menyelusuri muara dan tiba di kawasan pelabuhan.Selepas itu dia membawa sampan meredah tepi pulau untuk ke lautan lepas.Disitu ada perkampungan dan jeti nelayan.Kelihatan banyak ikan kering di letak atas para kayu.Cuaca agak panas.Satyu pun meredah lagi menuju ke satu pulau di mana di situ terletaknya rumah api di One Fathom Bank.Setelah tiba Satyu,menghentikan enjin di tepi pulau itu dan mula memasang joran untuk memancing.Dari jauh ada sebuah bot nelayan melambai-lambai ke arah Satyu.Satyu mengangkat tangan saja.Tapi nelayan itu bukan melambai saja,Malah mengangkat tangan seperti petanda melarang sesuatu.Satyu hanya buat bodoh dan tidak peduli.Seperti ia kawasan larangan.

"Pedulikan itu semua"

Dia meneruskan misinya.Setelah beberapa lama,joran mula bergoyang,tali tangsinya menarik ke bawah.Satyu mula menarik joran dengan pantas,dan memusing kekilinya.Tarikan demi tarikan dan akhirnya dia berjaya menaikkan ikan pertamanya.Ikan Bawal.Seterusnya dia memasang umpan dan meneruskan misinya.Setelah beberapa lama,hari tiba-tiba menjadi mendung.Satyu masih leka memancing.Angin mula meniup kencang.Laut mula bergelora.Satyu mula sedar dan menghidupkan enjin.Sedang dia menghidupkan enjin,awan telah mula gelap dan mendung yang akan bila-bila akan menurunkan hujan.Setelah bertungkus lumus menghidupkan enjin,akhirnya enjin telah hidup,tapi sampan mula berolak alik ditiup angin serta ombak beralun-alun.

"Apa kejadah cuaca hari ini?"

Tiba-tiba dari jauh kelihatan sesuatu berwarna hitam besar di dalam air.Sedang sampan Satyu bergerak.Bayang hitam dalam air itu semakin menghampiri.Satyu mula menekan laju enjin meninggalkan kawasan itu.Terdapat libasan air menerpa ke arah sampan Satyu.Satyu menoleh,kelihatan seperti sirip hitam yang besar.Satyu mula gelabah dan menekan minyak lagi.Satyu mula menuju ke pulau.Bayangan hitam itu masih mengejar.Sampan Satyu menderu laju.Akhirnya dia berjaya meninggalkan kawasan itu.Tapi cuaca masih buruk.Jadi Satyu perlu cari tempat berteduh.Pam bilges tidak mampu menampung jumlah air di dalam sampan jika hujan turun dengan lebat.Satyu meredah denai di dalam pulau itu melalui jalan anak sungai kecil melalui hutan paya bakau.Setelah lama,akhirnya dia berjaya menemui sebuah pondok tinggal.Dia berpaut pada tepi kayu bawah rumah itu.Dan mengikat tali dari sampannya pada rumah itu.Dia naik ke atas membawa semua barang dan begnya.Disitu ada pondok berbumbung.Atapnya ditutup zink,dan dinding ada dari kayu dan ada juga ditutup dengan kain kanvas.

"Jadilah asalkan boleh berteduh"

Hujan turun dengan lebat sekali.Meskipun lebat.Air kelihatan mula surut.Jadi ia sudah berakhir air pasang dan tibanya masa air surut.Tapi itu bermakna Satyu tidak dapat pulang.Sampan akan terletak di atas lumpur pekat.Hari sudah mula hendak senja.Mahu tidak mahu,dia terpaksa bermalam di situ.Hujan masih turun lagi.Nasib Satyu ada bawa dapur kecil.Dapatlah dia memanaskan badan di dalam pondok itu.Setelah beberapa lama,malam menjelma.Hujan masih lagi turun.Derapan hujan kedengaran di bumbung zink itu.Satyu melihat telefon bimbitnya.Tiada signal.Jadi dia mula memanaskan tangan dan makan bekalan yang dibawanya.Satyu juga menyalakan rokok.Dihembus asap rokok itu.Beberapa lama,hembusan angin sejuk mula meniup.Mata Satyu mula terasa berat.Jadi dia terlelap seketika.Hujan sudah reda tetapi angin masih kuat.

Kruittttt...kruittttt

Bunyi kayu bila seperti ada yang memijak lantai kayu itu.Satyu tersedar.Bau yang amat tidak menyenangkan mula menerpa.Malam sudah gelap.Tapi langit cerah dengan cahaya penuh bulan purnama.

"Bau apa ini?"

Kruittttt....kruitttt...

Satyu melihat ada sesuatu disebalik bidai kain kanvas itu.Bau busuk itu makin lama semakin kuat.Terasa seperti ada sesuatu yang merayap di tapak tangan.Satyu mula menepis,ia adalah ulat berengga.

"Ada bangkai ke di sini?"

Ulat berengga itu semakin banyak,disuluh ke lantai.Beratus-ratus ulat itu ada di merata-rata sekeliling lantai.

Skretttttt....skrettttt....

Bunyi bising besi zink diseret.

Tup....tup....

Tup....tup.....

Ketukan demi ketukan.

Kemudian ada bau wangi seperti bunga.Diselang seli dengan bau busuk seperti bangkai.Satyu cuba mencapai beg,bingkas perlahan-lahan berjalan.Ketika itu air kelihatan pasang.Agak lama Satyu tertidur tadi.Sudah 6 jam.Jadi Satyu melihat jam tangan,sudah pukul 2.45 pagi.Satyu mula melompat ke sampan.Dicuba hidupkan enjin,tidak mahu.Dicuba lagi.Dia sempat melihat di atas bumbung pondok itu.Terbujur sebuah tubuh berambut panjang.Mukanya kelam tapi terlihat giginya yang menyeringai.Matanya terjojol seperti merah sawit.Isi perut berpintal-pintal.Tangannya berkuku panjang.

Vrommmm!!!!

Akhirnya enjin berjaya dihidupkan.Apatah lagi,ditekan minyak habis-habisan.Sampan itu bergerak laju.Tubuh tadi terbang tinggi melingkari atas pokok bakau itu.Satyu cuba menekan habis,tapi lembaga itu seperti mengekori dia.Meluncur sana sini di atas air,terbang di atas pokok-pokok.Semakin laju Satyu menyelusuri tapi dia seperti hilang arah tujuan.Lembaga tadi kemudian hilang.Tidak tahu dimana.

Satyu berhenti sejenak.Dilihat arah keliling.Hanya bunyi ombak dan juga kicauan burung terbang.Juga bunyi alunan air dan deruman enjin bot.Dia cuba mencari arah,keliling adalah hutan kayu bakau.Dari jauh kelihatan ada lampu putih.Mungkin itu lampu bot nelayan yang baru pulang dari laut.Satyu terus menekan minyak menuju ke arah cahaya di hujung ufuk itu.

Lembaga tadi melintas di hadapan sampan dan terbang di atas pokok kembali.Cahaya tadi menghilang.Satyu mula memusing sampan dan dia ternampak tidak jauh ada sebuah cahaya di perkampungan nelayan.Satyu mula memecut sampannya.Tiba-tiba enjin dia seperti tersangkut.Rupanya sampan Satyu terletak atas beting pasir.Ditengah laut terdapat satu kawasan cetek yang berbahaya seperti beting pasir dan kawasan batu karang yang menjadi ancaman kepada kapal laut dan bot kecil juga.Ditekan-tekan minyak tapi tetap tidak berjalan.Sampannya tidak bergerak kerana terletak atas lumpur.

Derommmm....

Enjin mula semput-semput dan mula berhenti.

Satyu mula menjerit.

"Tolong.....tolong......tolong...!"

Tapi perkampungan itu terlalu jauh dan suaranya tidak sampai kerana bunyi angin yang kuat dan bunyi alunan ombak menutupi suaranya.Satyu mula geram.Dia menyelinsing seluar dan turun ke lumpur itu menolak sampannya.Tiba-tiba kakinya seperti dipegang.Satyu menoleh ke arah kakinya.Kelihatan muka yang sangat hodoh berambut botak menarik-narik kaki Satyu.Satyu cuba sedaya upaya menolak tarikan itu dan berpaut naik ke atas sampan itu.Dia termengah-mengah keletihan.Satu persatu malapetaka yang menimpanya hari ini.Akhirnya bot sampan dia mula seperti bergerak apabila ada alunan air.Satyu mula menghidupkan enjin tapi tidak mahu dihidupkan..Mungkin lumpur tebal sudah menyekat saluran air di enjin.Saat itu ada kelibat tubuh lembaga berdiri di hujung sampan.Kali ini Satyu tidak mampu lagi berbuat apa-apa.Dia terasa lemah dan letih.Mata lembaga itu memandang tajam ke arah Satyu.Merah pekat.Lembaga itu merangkak perlahan-lahan ke arah Satyu sambil menyeringai dan mengoyang-goyang kepala.Tangan yang meraba itu terasa sangat sejuk,berkerutu kasar dan terasa seretan kuku yang panjang.Saat lembaga itu tiba berdekatan akhirnya Satyu pengsan.

........

Beberapa hari,nelayan memjumpai sampan yang hanyut berdekatan perkampungan nelayan tapi kosong.Pencarian telah dilakukan dan berakhir dengan penemuan sekujur mayat di kawasan lumpur tidak jauh telah reput dimakan ketam dan hidupan laut lain yang anggota hampir tidak sempurna.Mayat dilaporkan mungkin dipercayai mati lemas akibat cuaca buruk semasa memancing di lautan oleh pihak berkuasa.

Tamat.

"Satu misteri tetap menjadi misteri."

Pepatah "Kerana pulut,santan binasa.Kerana mulut,badan binasa"

Nukilan oleh SpartaBatKing



No comments: