Wednesday 15 May 2024

Seram Bab 24 Tandas

Hjo bekerja di sebuah kedai alat peralatan sukan dan rekreasi di pusat membeli belah terkemuka di bandaraya Kuala Lumpur.Dia selalu bekerja pada shift petang kerana dia malas untuk berhadapan dengan kesesakan jalanraya yang sibuk dan masa puncak orang pulang bekerja.Biasanya dia akan menunggang motorsikal sendiri dan kadang-kadang menaiki pengangkutan awam seperti tren atau bas ataupun pengangkutan lain seperti perkhidmatan kereta Grab untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja.Pada hari itu,Hjo perlu bekerja lebih masa kerana ada stok baru tiba di premis kedai itu.Jadi biasanya dia akan pulang lebih lewat malam dan kadang kala sampai ke pagi buta bergantung pada stok yang tiba.Banyak kerja perlu dilakukan oleh Hjo dan rakan sekerjanya.

Waktu sudah hampir 11.30 malam.Pada hari itu pusat membeli belah itu tutup lewat kerana ada promosi jualan mega,biasanya ia tutup pada pukul 11 malam tapi untuk hari ini ia dilanjutkan pada pukul 12 malam.Kedengaran bunyi dari speaker pengumuman,

"Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,pusat membeli belah kami akan tutup pada pukul 12 malam,diharap para hadirin sekalian membuat pembayaran sebelum jam 12 malam dan pusat ini akan ditutup pada jam 12 tengah malam,terima kasih kerana mengunjungi pusat membeli belah kami".Pengumuman itu bertukar lagi ke bahasa Inggeris,Cina dan India."

"Haa..suara sudah bergema.Kerja banyak lagi ini."Kata Hjo.

"Relakslah,kau kelam kabut semacam ini,nak pergi dating ke?"balas Lomi.

"Eh,suka hati akulah,aku tak suka balik lewat malam,jalan ke rumah aku kawasan gelap"balas Hjo.

"La,penakut juga kau ini,badan je nampak "katang" dan kaki gim,tapi hati lembik"balas Sumi yang juga rakan sekerjanya.

"Kau Sumi,kalau sehari tak usik aku tak boleh ke?Hari-hari aku ada sini asyik aku je diusik,orang lain tiada ke,atau aku je yang wujud disini?"balas kembali Hjo.

"Hahaha..orang lain hati kental..susah nak usik,macam robot,cuma kau je yang "over" sensitif,sebab itu aku suka usik kau,lagipun fizikal kau tidak mencerminkan dalaman,jauh berbeza.Cuba kau bertukar bagi badan kau kat Lomi ke,Jumko ke,Retip ke..baru super macho"usik Sumi lagi.

"Ah..ke situ pulak,apa aku ini x macho ke?"balas Hjo.

"Hmm..fizikal dah ok,tapi hati lembut macam tisu...hahaha"ketawa oleh Sumi.

"Ehemm...Disebabkan fizikal aku ramai pelanggan datang ke kedai pakaian sukan ini okey,Aku ini ada daya penarik dan sebab ini aku kerja disini sebab aku boleh menasihati dan ada pengalaman dalam bidang sukan dan rekreasi,jangan pandang sebelah mata okey,tengok lengan aku ini"balas Hjo.

"Korang berdua ini,kalau sehari tak bergaduh,memang tak sah kan..asal berjumpa dan buka mulut je..bergaduh dan usik mengusik.Bertemu jodoh kang kamu berdua"balas Retip yang tiba-tiba muncul.

"Eh..mulut kau,aku selotape kang.Si Hjo nie bukan "taste" aku okey,badan je macam Badang tapi hati tisu,usik sedikit tak boleh,ada je nak balas,..hahaha"balas Sumi lagi.

"Aku,jika ada girlfriend macam ini,bukan "taste " aku,tak hingin..aku nak cari duit je..dan jadi kaya sorang-sorang..takde je jodoh,habis boreh jo"

"Berlagak...ego juga si tisu ini...hahaha"

Ting...Ting..Ting...

Bunyi pengumuman bermula lagi.Siaran pengumuman bermula.Lagu sudah dipasang di speaker di setiap penjuru dalam pusat membeli belah itu.Kedai-Kedai lain sudah mula menarik tiang bendera atau kad plakad hadapan kedai.Ada juga yang menarik pintu grill besi untuk menutup kedai.Ada yang tertutup separuh dan ada yang tertutup penuh bagi yang sudah selesai dan tutup operasi sepenuhnya.Pelanggan di pasaraya dalam pusat membeli belah masih penuh.Tapi tingkat atas ada sebuah pawagam yang tutup lewat lagi kerana ada tayangan sinema lewat malam yang mungkin berakhir hingga 2-3 pagi bergantung pada jumlah masa tayangan sebuah filem.

Kerja-kerja mereka akhirnya selesai pada jam 1.30 pagi.Stok mereka sudah disusun dan direkodkan.Jadi tiba masa untuk pulang.

"Hjo,hati-hati balik taw,Nanti jangan lupa,bila lalu tempat gelap,kirim salam..."usik Sumi.

"Eh,kau ini..ke situ pulak..tak ada kerja aku nak buat gitu.Aku langgar je,aku bawa laju taw.Sorry,apa-apa yang tak berkenaan,jadi aku langgar je."Balas Hjo.

"Kejam siot,...hahaha"balas Retip.

"Hahaha..kan aku dah cakap,hati tisu ini suka menunjuk-nunjuk,tunjuk macho lah sangat..kejap lagi pengsan..badan je nampak "katang"...sebenarnya...kih..kih..kih.."balas Sumi.

"Dah lah,aku malas layan kau Sumi..aku belah dulu.Goodbye and see u tomorrow never die"kata Hjo.

"Hahaha" gelak semua.

Retip,Sumi,Hjo dan Lomi keluar dari premis kedai dan menuju ke lif.Mereka turun ke tingkat B1,tingkat yang ada tempat letak kenderaan.Lomi dan Retip menuju ke arah berlainan.Hjo dan Sumi berjalan ke arah berlainan.

Cuaca luar tengah hujan lebat di luar.Angin kuat meniup dan bunyi guruh berdentum.

"Adoi,hujan lebat pula sekarang,Macam mana nak balik,aku naik motor?"Kata Hjo.

"Baik kau tumpang aku,aku bawa kereta Myvi"balas Sumi.

"Haa..dengan kau,Aku sanggup redah hujan la dari naik dengan kau"balas Hjo yang berjalan menuju ke tempat letak kenderaan.

Sumi terasa ingin ke tandas.Mungkin kerana cuaca luar hujan dan penghawa dingin terasa lebih sejuk dalam pusat membeli belah itu.Walaupun sudah dimatikan lama,suhu tetap sejuk di pusat membeli belah itu.

"Jomlah temankan aku,pergi tandas"

"Eh,kau perempuan kan.Tak kan aku nak ikut kau.Nanti bala,aku juga yang kena."balas Hjo.

"Emergency ini...tolonglah,kawasan menuju tandas dalam pusat membeli belah itu gelap.Please...okey lepas ini aku tak kan usik lagi kau?"kata Sumi.

"Okey,kau dah janji.Tapi aku hanya teman kau dari jauh saja,bukan ke tandas,Kau jangan bukan-bukan"Kata Hjo.

"Okeylah,cepatlah!"balas segera Sumi.

Mereka naik ke atas melalui lif.Hjo hanya menunggu jauh dari lif.

"Okey,Aku hanya tunggu di sini saja"

"Hmm..okeylah,aku nak cepat ini"

Sumi berjalan pantas ke tandas.Suasana lorong menuju tandas itu agak kelam sedikit.Hanya sedikit cahaya.Tepi lorong tandas itu ada tingkap kaca dalam kedai.Disitu ada beberapa patung berpakaian yang seolah-olah seperti berdiri gelap dalam kedai itu.

Sumi berjalan tapi langkah dia agak pantas.Dia macam tertoleh ke arah kedai itu.Suasana agak seram dan gelap.Tapi disebabkan desakan untuk ke tandas dia beranikan diri.Dalam pintu masuk ke ruang tandas gelap gelita.

"Eh..dimana suis lampu ini,gelapkan..kenapa mak cik atau jaga tutup lampu ini?"kata Sumi.

Tap...tap...tap..

Bunyi tapak kaki.

Tap...tap..tap...

"Hjo...kamukah itu?Kata nak tunggu sana je..kau jangan main-main..aku terajang kan nanti..aku tengah "emergency""

Tiada bunyi sahutan.Hanya kedengaran bunyi derupan air hujan dari luar dan bunyi guruh sekali sekala

"Ish...gelap ini...."

Sumi mengambil telefon bimbitnya dan mencari mod lampu picit.Dan lampu itu terpancar.Dia mencari suis lampu dengan lampu dari telefon bimbitnya.

Kiri adalah tandas lelaki dan kanan adalah tandas wanita.Sumi menuju ke kanan.

"Haa..ini dia.."

Pintu masuk ke ruang tandas itu.Tertera gambar orang lidi wanita di pintu tandas.

"Kruuppppppp!!!!"

Bunyi daun pintu dibuka.Suasana amat gelap.Hanya kedengaran bunyi titisan air saja.

Suis itu tersembunyi dalam tepi dinding tandas yang gelap itu.Lampu dinyalakan tapi berkelip-kelip..ada 2 lampu.Satu menyala terang menghadap ke sinki dan satu lagi lip lap lip lap..seperti lampu hendak terbakar menghadap ke arah tandas.Ada 4 pintu tandas.Tandas pertama di tutup.Ada notis "Dalam Pembaikan",Sumi menolak pintu tandas kedua dibuka tapi tiada pili air.Sumi menuju ke pintu tandas ketiga tapi ditolak,seperti terkunci di dalam.Di pintu ada tertulis "Lock" dan pintu tandas keempat ditolak,ada pili.Sumi terus masuk dan menutup pintu.Ruang hujung itu hanya ada cahaya sedikit saja kerana terletak paling hujung.Cahaya berkelip-kelip tadi semakin malap,mungkin kerana hendak terbakar.

Tikk...tikkk..tikk...

Bunyi air menitis.Mungkin dari tandas yang rosak itu.

Tap...tap...tap...

Bunyi tapak kaki.

"Hjo...kamu ke tue...kamu buat apa ini..?"

Tiada sahutan..

Tap...tap...tap...

"Hjo...kamu jangan buat hal masuk tandas perempuan..."

Zrppppppp...lampu lip lap lip lap tadi kedengaran seperti elektrik hendak putus..

Tuppp...

Lampu menjadi gelap....suasana jadi gelap..Hanya kedengaran titisan air.

Krepppp...krepppp...

Bunyi air paip terbuka.Bunyi titisan air semakin deras ke lantai.

"Hjo...kau buat hal..aku bunuh kau..hei..Hjo..kau jangan main-main dengan aku!!!"jerit Sumi.

Sumi cepat-cepat melepaskan hajat.Dia menyalakan telefon bimbitnya dan tercari-cari nombor telefon polis atau pengawal keselamatan.Lampu di skrin telefon bimbit itu menerangkan sedikit suasana dalam tandas itu

Tap.. tap...tap...

Tapi Sumi berfikir.Pintu besar tandas itu akan berbunyi kuat jika ditolak dan jika ditolak perlahan pun,spring dia akan berbunyi.Ini agak pelik.

Bunyi tapak kaki lagi.Kali ini kedengaran seperti di hadapan pintu.Sumi cuba menelefon tapi tiada isyarat dalam bilik air itu.

"Hjo...kamu sudah melampau..aku bunuh kau!!!!

Sumi menyuluh lampu ke arah ruang bawah tandas,tapi tiada kelihatan tapak kaki.

Kedengaran sesuatu di ruang tandas ketiga atau tandas sebelah.Bunyi tepukan tangan kedengaran pada dinding.

Tisu....tisu...Tisu...

Suara halus menyebut tisu.

Tisuuuuu...hendak tisuuuuu ..

Suara itu menjadi panjang dan nyaring.

Tisuuuuuu...hendak tisuuuuuu...tisuuuuuu..saya mahu tisuuuuuu

Sumi terketar-ketar.Dia tidak tahu hendak buat apa.Dia cepat membuka pintu..tapi tersekat.

Sumi menghempas-hempas badan ke pintu.

Tiba-tiba segulung tisu di humban ke atas  Sumi.Semakin banyak helaian tisu dihumban ke dalam.

"Tolonggggggggg.....tolongggggggg..."

Sumi sudah menangis menjerit histeria.Tapi tidak kedengaran ke luar kerana pintu besar itu tebal tertutup di luar.

Tiba-tiba,pintu terbuka.Sumi jatuh kedepan.Telefon bimbit dia terjatuh.Hanya ruangan sinki saja ada lampu.Tiada kelibat sesiapa disitu.Air melimpah di lantai tandas.Sumi dalam kebasahan akibat air entah dari mana.Sumi cuba berdiri.Cuba berjalan menuju ke pintu besar.Sedang dia berjalan ke sinki,pintu tandas ketiga terbuka.

Keriupppppp!!!!!!

Tap....plop...tap....plop..tap..plop...

Bunyi percikan dan tapak kaki

Sumi....tisu....sumi...nak tisuuu...aku nak hati atau tisu....sumi...hati tisu....

Sumi menyuluh lampu ke arah tingkap cermin.Pantulan cahaya itu memantul ke arah bunyi itu.Terpancar sesuatu yang tidak masuk akal.Sesuatu yang berwarna hitam.Bentuk badan seperti kon segitiga.Kepalanya bulat hitam.Tidak bercantum pada badan.Tiada rupa.Hanya bulat saja.Kaki dan tangan bebentuk silinder.Tidak bercantum satu sama lain.Seperti terapung-apung.Ada banyak gulungan tisu di atas bulat berwarna hitam itu.Tisu itu terapung-apung ke atas seperti ia ditiup angin blower.Ia kelihatan seperti simbol pada permukaan tandas awam bagi perempuan.

Sumi...tisu..hati dan tisu...aku perlukan hati kauuuu!!!!

Tiba-tiba,air dari sinki terpercik ke seluruh arah dalam ruang tandas.Sumi terus panik.

Sumi terus menarik tombol dan terus berlari.Tapi suasana gelap gelita di luar.Kali ini tiada sebarang sumber cahaya.Sumi terus menutup pintu masuk ke ruang tandas itu.Sumi terkapai-kapai.

Tit..tit...

Bunyi dari telefon bimbitnya.Telefon menunjukkan ikon bateri tinggal 1%.Tadi rasanya penuh.Mungkin kerana telefon bimbitnya terjatuh dan basah.Sumi mula cuak dan menyuluh ke ruang gelap gelita itu.

Tap...tap..tap...

Kedengaran sesuatu di kaca dinding kedai tadi.Sumi mula melangkah tapi kakinya mula longlai.Badan dia mengigil ketakutan.Harapan semakin pudar.Jika telefon bimbitnya mati maka dia akan dalam gelap gelita.Dia ternampak sesuatu cahaya.Sedikit cahaya dari lampu kecemasan di hujung.Itulah harapan.

Pakk...pakk..pakk...

Kedengaran bunyi tepukan...

Sumi menyuluh ke arah tingkap kaca kedai.Tiada lagi kelibat patung-patung dalam kedai itu.Sumi mengigil teruk.

Hendak panggil Hjo.Suara Sumi tidak terkeluar kerana terlalu takut.Tidak keluar.Suasana sejuk dalam keadaan basah dan sejuk.

Pakk..pakkkk..pakk...

Ketupppp...ketuppp..

Bunyi tapak kaki kayu...

Sedang Sumi berjalan.Kakinya dipegang sesuatu yang aneh.Seperti dikapit.Sumi menyuluh ke arah kakinya.Kelihatan kedua tangan kayu mengapit kakinya.Tangannya juga diapit.Semakin lama semakin banyak Sumi diapit oleh tangan dan kaki kayu itu. Sumi menjerit...

"Hjooooooo..........."

Kali ini jeritan yang terakhir.Entah dari mana kekuatan ini datang.Sumi sudah mula,hendak jatuh dan menutup matanya perlahan.Sebelum dia menutup kelopak matanya.Kelihatan kelibat Hjo bersama pengawal keselamatan membawa lampu suluh berlari menuju ke arah Sumi.Itulah kali detik terakhir sebelum Sumi pengsan dan menutup kelopak mata.

"Sesuatu perkataan akan mengambarkan kemimikan dan realiti sesuatu,berpada-padalah bila berkata!"

Nukilan SpartaBatKing.



No comments: