Thursday 16 May 2024

Seram Bab 28 Bayi

Ayu pulang ke kampung bersama anak kecilnya berumur 6 bulan.Dia pulang kembali ke kampung semula setelah 7 tahun sejak dia berkahwin dahulu.Dia mempunyai 4 anak,3 anak dia,2 lelaki dan seorang perempuan telah diambil suaminya kerana bekas suaminya telah menuntut hak penjagaan anak kesemua mereka tetapi anak bongsu mereka telah dibenarkan dijaga oleh ibunya kerana masih baru lahir.Ayu juga tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah.Tiada pendapatan sendiri.Selama ini dia hanya menjadi suri rumah manakala bekas suaminya menyediakan semuanya.Suaminya dahulu adalah pemilik syarikat katering yang terkemuka di ibu negara.

Setelah 7 tahun berkahwin,suaminya telah berlaku curang kepada Ayu dengan adanya wanita lain.Wanita itu adalah pemegang syer dalam syarikat milik suaminya.Jadi telah berlaku pelbagai konflik sehingga menyebabkan campurtangan dari keluarga Ayu yang akhirnya membawa kepada penceraian.Ayu kini membawa diri dan pulang ke kampung halamannya.Dia tinggal bersama ibu dan ayahnya.Ayahnya adalah seorang veteran dalam Polis Hutan.Kini sudah pencen dan bekerja sendiri di kampung.Jadi rumah kampungnya terletak di kawasan pinggir hutan di sebuah bukit.Keliling kawasan kampung itu agak sunyi dan dikelilingi banyak pokok.

Ayu sering termenung di rumah.Nasib anak kecilnya dijaga oleh ibunya.Kesan trauma dan emosi yang mendalam dialaminya masih memberi kesan.Dia seperti didera secara fizikal,lisan dan secara emosi oleh bekas suami serta teman wanitanya itu.Kata-kata dan bahasa yang dihamburkan mereka telah menyebabkan Ayu terkesan.Ayu juga merindui ketiga-tiga anaknya itu yang diambil begitu saja tanpa kerelaan Ayu.Ayu juga tidak mampu kerana tiada pendapatan untuk menjaga mereka,hanya anak bongsu dibenarkan kerana baru lahir dan masih lagi dalam proses penyusuan.Sudahlah mereka curang,tapi belum cukup penderaan fizikal dan emosi lagi,malah tamak ingin merampas semua hak termasuk anak.Pernah juga bekas suaminya datang ke kampung untuk mengambil anak bongsunya tetapi ayah Ayu keluar membawa parang dan berkata,

"Kalau berani ambillah,atau aku tetak kau!!!!

Teriakan seorang pejuang Polis Hutan yang pernah bertempur dengan Komunis di Borneo dan hutan di Sarawak telah menggegarkan dan menyebabkan bekas suaminya berundur dan tidak jadi mara.Peristiwa itu meninggalkan kesan.Ayu asyik termenung.Dia tidak sangka kehidupannya akan berakhir begini.

Setelah malam,Ayu terbaring-baring di sisi anak kecilnya.Menepuk-nepuk badan anaknya yang sesak tidur.Lama kelamaan Ayu juga tertidur sekali.Kain langsir terbuai-buai.Ayunan angin kipas menolak lembut.Ayu terasa seperti sesuatu.Bayi dia ditarik lembut.Ada sesuatu yang telah merangkul anak kecil dari tangannya.Dia ingat itu adalah ibunya.Tapi Ayu seperti tersedar dan membuka mata.Itu bukan ibunya,seorang wanita berpakaian putih dan berambut sangat panjang hingga ke kaki telah mendukung anaknya tapi tidak meredah pintu malah tidak logik menembusi dinding.Ayu lantas menjerit kuat,

"Tidakkkkkkkk....jangan ambil anak aku!"

Ayu terus bangun dan mengejar lembaga itu.Lembaga itu telah berada di ruang tamu.Lalu dia meletakkan anaknya ke bawah di atas karpet lalu dia pergi menembusi dinding rumah.Ayah dan ibu Ayu datang melihat keadaan Ayu yang sedang menangis memeluk erat anak kecilnya itu.

"Mungkin dalam keadaan emosi tidak stabil dan kacau bilau."Benda" itu akan datang menganggu"kata ayah Ayu.

Malam itu Ayu tidur bersama ibunya di bilik bawah.

Gangguan itu terus berlaku.Tapi ayah Ayu telah memanggil seorang ustaz untuk memagar kawasan pagar rumah dan memberi minum air pemulih semangat untuk mengelakkan kejadian berulang lagi.Ayu selalu diganggu dengan sesuatu lembaga yang sering menghimpit dia ketika sedang tidur.Terdengar juga bunyi ketukan di dinding kayu seperti ingin masuk.Lama kelamaan kejadian itu tidak lagi berlaku.Tidak pasti adakah lembaga itu ingin mengambil anaknya atas sebab ia dihantar oleh seseorang atau ia adalah gangguan jika emosi seseorang menjadi teruk terganggu atau ia adalah misteri dari alam ghaib.

.............

Beberapa bulan kemudian,Ayu ingin ke ibukota untuk bekerja untuk bangkit semula.Dia ingin membuktikan bahawa dia perlu bangkit dan menuntut semula hak penjagaan anak-anak dia dan melalui proses tuntutan mahkamah.Jadi dia menumpang di rumah abang dan kakak iparnya.Sementara itu anaknya sudah berumur setahun dan boleh berjalan.

Dia menumpang di dalam satu bilik,sementara anak-anak lelaki abang dia tidur diruang tamu.Ayu berkata ia sementara saja sebelum dapat mencari rumah sewa untuk diduduki.Jadi Ayu bersama anak kecilnya dan anak perempuan abang dia tidur di bilik itu.Sedang satu ketika,ketika Ayu tengah tidur.Ada sesuatu lembaga hitam datang menghimpit dia.Ayu tersedar,tapi dia tidak dapat bergerak.Mujur anak perempuan abang dia yang tersedar mengejut mak ciknya.Ayu tersedar dan mengucap panjang.Peristiwa itu kembali lagi.Ayu berkata dia seperti melihat lembaga itu ingin mengambil dan memegang anaknya disebelah tapi dia terpaku dan tidak dapat bergerak.Dia ingin bersuara tapi terkunci.Seperti ingin menangis.

Akhirnya setelah diceritakan semua oleh Ayu keesokan hari,Abang Ayu telah menjemput ustaz untuk memagar dan melakukan seperti di kampung.Maka setelah itu,tiada lagi apa-apa yang berlaku.Setelah Ayu ingin pindah,dilakulan perkara sama ke atas rumah sewa itu juga.Akhirnya Ayu kini setelah lama berusaha dan bertawakal.Dia sudah bekerja sendiri sambil membesarkan anak-anaknya.Dia juga berjaya dalam menuntut hak penjagaan bersama melalui Biro Bantuan Guaman walaupun mengikut giliran masing-masing manakala anak bongsunya masih di bawah penjagaannya sehingga dia berumur 18 tahun yang diberi peluang samada mengikut ibunya dan mengikut bapanya setelah berumur 18 tahun.Peristiwa lembaga putih itu masih tidak dapat dilupakan Ayu.Ia adalah misteri.

..........

Tamat

"Gangguan perasaan negatif hanya akan mengundang sesuatu negatif  seperti tarikan magnet negatif yang menarik perkara buruk,pastikan perlu positif dan bertenang supaya menarik perkara positif walaupun dilanda ribut"

Nukilan Hasil SpartaBatKing

No comments: