Thursday 16 May 2024

Seram Bab 28 Bayi

Ayu pulang ke kampung bersama anak kecilnya berumur 6 bulan.Dia pulang kembali ke kampung semula setelah 7 tahun sejak dia berkahwin dahulu.Dia mempunyai 4 anak,3 anak dia,2 lelaki dan seorang perempuan telah diambil suaminya kerana bekas suaminya telah menuntut hak penjagaan anak kesemua mereka tetapi anak bongsu mereka telah dibenarkan dijaga oleh ibunya kerana masih baru lahir.Ayu juga tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah.Tiada pendapatan sendiri.Selama ini dia hanya menjadi suri rumah manakala bekas suaminya menyediakan semuanya.Suaminya dahulu adalah pemilik syarikat katering yang terkemuka di ibu negara.

Setelah 7 tahun berkahwin,suaminya telah berlaku curang kepada Ayu dengan adanya wanita lain.Wanita itu adalah pemegang syer dalam syarikat milik suaminya.Jadi telah berlaku pelbagai konflik sehingga menyebabkan campurtangan dari keluarga Ayu yang akhirnya membawa kepada penceraian.Ayu kini membawa diri dan pulang ke kampung halamannya.Dia tinggal bersama ibu dan ayahnya.Ayahnya adalah seorang veteran dalam Polis Hutan.Kini sudah pencen dan bekerja sendiri di kampung.Jadi rumah kampungnya terletak di kawasan pinggir hutan di sebuah bukit.Keliling kawasan kampung itu agak sunyi dan dikelilingi banyak pokok.

Ayu sering termenung di rumah.Nasib anak kecilnya dijaga oleh ibunya.Kesan trauma dan emosi yang mendalam dialaminya masih memberi kesan.Dia seperti didera secara fizikal,lisan dan secara emosi oleh bekas suami serta teman wanitanya itu.Kata-kata dan bahasa yang dihamburkan mereka telah menyebabkan Ayu terkesan.Ayu juga merindui ketiga-tiga anaknya itu yang diambil begitu saja tanpa kerelaan Ayu.Ayu juga tidak mampu kerana tiada pendapatan untuk menjaga mereka,hanya anak bongsu dibenarkan kerana baru lahir dan masih lagi dalam proses penyusuan.Sudahlah mereka curang,tapi belum cukup penderaan fizikal dan emosi lagi,malah tamak ingin merampas semua hak termasuk anak.Pernah juga bekas suaminya datang ke kampung untuk mengambil anak bongsunya tetapi ayah Ayu keluar membawa parang dan berkata,

"Kalau berani ambillah,atau aku tetak kau!!!!

Teriakan seorang pejuang Polis Hutan yang pernah bertempur dengan Komunis di Borneo dan hutan di Sarawak telah menggegarkan dan menyebabkan bekas suaminya berundur dan tidak jadi mara.Peristiwa itu meninggalkan kesan.Ayu asyik termenung.Dia tidak sangka kehidupannya akan berakhir begini.

Setelah malam,Ayu terbaring-baring di sisi anak kecilnya.Menepuk-nepuk badan anaknya yang sesak tidur.Lama kelamaan Ayu juga tertidur sekali.Kain langsir terbuai-buai.Ayunan angin kipas menolak lembut.Ayu terasa seperti sesuatu.Bayi dia ditarik lembut.Ada sesuatu yang telah merangkul anak kecil dari tangannya.Dia ingat itu adalah ibunya.Tapi Ayu seperti tersedar dan membuka mata.Itu bukan ibunya,seorang wanita berpakaian putih dan berambut sangat panjang hingga ke kaki telah mendukung anaknya tapi tidak meredah pintu malah tidak logik menembusi dinding.Ayu lantas menjerit kuat,

"Tidakkkkkkkk....jangan ambil anak aku!"

Ayu terus bangun dan mengejar lembaga itu.Lembaga itu telah berada di ruang tamu.Lalu dia meletakkan anaknya ke bawah di atas karpet lalu dia pergi menembusi dinding rumah.Ayah dan ibu Ayu datang melihat keadaan Ayu yang sedang menangis memeluk erat anak kecilnya itu.

"Mungkin dalam keadaan emosi tidak stabil dan kacau bilau."Benda" itu akan datang menganggu"kata ayah Ayu.

Malam itu Ayu tidur bersama ibunya di bilik bawah.

Gangguan itu terus berlaku.Tapi ayah Ayu telah memanggil seorang ustaz untuk memagar kawasan pagar rumah dan memberi minum air pemulih semangat untuk mengelakkan kejadian berulang lagi.Ayu selalu diganggu dengan sesuatu lembaga yang sering menghimpit dia ketika sedang tidur.Terdengar juga bunyi ketukan di dinding kayu seperti ingin masuk.Lama kelamaan kejadian itu tidak lagi berlaku.Tidak pasti adakah lembaga itu ingin mengambil anaknya atas sebab ia dihantar oleh seseorang atau ia adalah gangguan jika emosi seseorang menjadi teruk terganggu atau ia adalah misteri dari alam ghaib.

.............

Beberapa bulan kemudian,Ayu ingin ke ibukota untuk bekerja untuk bangkit semula.Dia ingin membuktikan bahawa dia perlu bangkit dan menuntut semula hak penjagaan anak-anak dia dan melalui proses tuntutan mahkamah.Jadi dia menumpang di rumah abang dan kakak iparnya.Sementara itu anaknya sudah berumur setahun dan boleh berjalan.

Dia menumpang di dalam satu bilik,sementara anak-anak lelaki abang dia tidur diruang tamu.Ayu berkata ia sementara saja sebelum dapat mencari rumah sewa untuk diduduki.Jadi Ayu bersama anak kecilnya dan anak perempuan abang dia tidur di bilik itu.Sedang satu ketika,ketika Ayu tengah tidur.Ada sesuatu lembaga hitam datang menghimpit dia.Ayu tersedar,tapi dia tidak dapat bergerak.Mujur anak perempuan abang dia yang tersedar mengejut mak ciknya.Ayu tersedar dan mengucap panjang.Peristiwa itu kembali lagi.Ayu berkata dia seperti melihat lembaga itu ingin mengambil dan memegang anaknya disebelah tapi dia terpaku dan tidak dapat bergerak.Dia ingin bersuara tapi terkunci.Seperti ingin menangis.

Akhirnya setelah diceritakan semua oleh Ayu keesokan hari,Abang Ayu telah menjemput ustaz untuk memagar dan melakukan seperti di kampung.Maka setelah itu,tiada lagi apa-apa yang berlaku.Setelah Ayu ingin pindah,dilakulan perkara sama ke atas rumah sewa itu juga.Akhirnya Ayu kini setelah lama berusaha dan bertawakal.Dia sudah bekerja sendiri sambil membesarkan anak-anaknya.Dia juga berjaya dalam menuntut hak penjagaan bersama melalui Biro Bantuan Guaman walaupun mengikut giliran masing-masing manakala anak bongsunya masih di bawah penjagaannya sehingga dia berumur 18 tahun yang diberi peluang samada mengikut ibunya dan mengikut bapanya setelah berumur 18 tahun.Peristiwa lembaga putih itu masih tidak dapat dilupakan Ayu.Ia adalah misteri.

..........

Tamat

"Gangguan perasaan negatif hanya akan mengundang sesuatu negatif  seperti tarikan magnet negatif yang menarik perkara buruk,pastikan perlu positif dan bertenang supaya menarik perkara positif walaupun dilanda ribut"

Nukilan Hasil SpartaBatKing

Seram Bab 26 Telefon

 "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi"

Ayiz menaip lagi pada skrin telefon bimbitnya,menekan butang berwarna hijau.Suara yang sama bergema lagi pada audio di telefon bimbitnya.Beberapa kali dicuba masih lagi suara yang sama berulang-ulang kali diucapkan.Ayiz kemudian berasa putus asa dan tidak meneruskan menghubungi rakannya.

"Entah apa nak jadi dengan Zaro.Asyik tutup telefon saja,susah begini"

..............

Zaro berada dalam biliknya.Dia memerhatikan telefon bimbitnya dari jauh.Ditenung dan direnung.Seperti ada sesuatu yang telah berlaku.Dia kemudian melihat kembali.Telefon itu telah ditutup.Tiba-tiba ia kembali bercahaya,dan mula beroperasi.Di tepi telefon bimbitnya,ada bateri telefon yang telah dikeluarkan dari badan telefon itu.Agak mustahil telefon itu boleh beroperasi tanpa bateri di dalamnya.Zaro bingkas bangun dan pergi mengambil sesuatu.Sebuah tukul berada di tangannya dan lantas dia mengetuk telefon bimbitnya beberapa kali sehingga telefon itu remuk dan hancur.Lalu dia mengambil semua serpihan dari telefon itu lalu dibuang dalam tong sampah berhampiran.

Titt....tittt...

Telefon itu masih lagi berfungsi.Zaro terus membungkus plastik sampah pada tong sampah itu.Lalu diikat dan disimpulkan.Dia terus keluar,mengambil kunci rumah dan turun ke tangga untuk membuang sampah.

"Tamatlah riwayat kamu"

Zaro terus mencampakkan plastik sampah itu ke dalam tong sampah besar.Dia berasa puas dengan tindakan dia itu.Lalu pergi tanpa sedikit perasaan menyesal atau kecewa.

.............

Ayiz mengetuk pintu rumah Zaro.

Tuk...tukk...tuk

Dia memberi salam.Lama kelamaan Zaro membuka pintu rumahnya.Lalu menjemput Ayiz masuk.

"Wei,Apasal susah nak hubungi kau kebelakangan ini,kau dah mengapa?Pelik semacam aku tengok kau sekarang ini!"kata Zaro.

"Duduk dulu"kata Ayiz.

Zaro pun duduk.

"Nanti kejap lagi aku cerita,sekarang aku tidak pakai telefon bimbit,aku dah buang,nak hubungi aku just datang rumah saja"balas Ayiz.

"Haa..kau buang telefon kau!Gila kau ini!"kata Zaro lagi.

"Ya,aku nak ceritalah ini"kata Ayiz sambil menarik kerusi untuk duduk.

"Hmm..nak aku mulakan..tapi aku tak reti nak mulakan dari mana...?"kata Ayiz.

"Okey,cerita saja,aku dengar"balas Zaro.

"Cerita dia begini....."

............

Ayiz baru pulang dari kerja lewat malam.Dia berjalan kaki ke perhentian bas.Di situ ada seseorang memakai jaket berhud sedang duduk disitu.Hanya ada mereka berdua saja.Ayiz pun duduk.Pemuda itu hanya duduk,kelihatan dia sedang memakai fon telinga kerana ada tali wayar yang bersambung dengan telefon pintarnya.Ayiz pun bertanya,

"Hendak ke mana,bro?"

Pemuda itu menoleh.Matanya agak cengkung.Mukanya agak lesu dan pucat.Tangan kelihatan agak kurus menampakkan dia agak kurus kering.

"Saya.....kamu bertanya dengan saya ke?"

"Ya,sapa lagi.Kita berdua saja di sini.Bukan ada sesiapa lagi"

"Tidak,bukan kita berdua"

"Eh,kamu jangan main-main.Saya bukan main-main bertanya.Tak mengapalah,tidak perlu jawab!"kata Ayiz dengan nada serius.

"Kamu mahu tak sesuatu?"

",Eh,apa dia.Tadi tidak mahu jawab sekarang kamu menanya saya lagi,"balas Ayiz lagi.

"Ambillah ini,"

"Apa ini?"

"Ambillah"

Pemuda itu menarik tangan Ayiz dan memusing serta meletakkan sesuatu di atas tapak tangan Ayiz.

"Apa ini?"

Ayiz menoleh ke arah pemuda tadi.Pemuda itu telah lenyap.

"Eh,kemana dia pergi?,Cepat dia menghilang?"

Ayiz menoleh ke sana sini,menoleh keliling.Tapi tiada kelibat pemuda itu.

Dia melihat di tapak tangan dia.Ada sebuah kad sim.Kad sim itu berwarna hitam.Tapi ada juga bahagian berisi rod emas pada permukaan sim itu.

"Hmm..pelik.Kenapa dia beri ini pada aku?"

Bas pun tiba sejurus lepas itu

"Lantaklah,aku mahu pulang"

Ayiz terus menaiki bas itu dan membayar tambang.Dia duduk di bahagian tengah.Dia membelek kad sim tadi.Kemudian bas itu bergerak.Ayiz kemudian menyimpan kad sim itu di poket jaketnya dan dizipkan.Lama kemudian,Ayiz menoleh ke tingkap melihat permandangan malam.Sedang dia menoleh,dia seperti perasan sesuatu.Ada kelibat pemuda tadi di bahagian kerusi belakang.Terus Ayiz menoleh ke belakang.Tiada apa-apa.

"Bayangan saja"

Ayiz terus membuka telefon bimbitnya.Dia memerhatikan paparan muka buku pada media sosialnya.Ditolak ke atas dan ke atas paparan muka buku itu.Semakin lama semakin mengasyikkan.Ayiz tergelak seketika seorang diri.Dia menonton beberapa video tik tok.Sedang dia menonton,kelibat pemuda tadi muncul di beberapa video itu.Dia muncul seperti cameo.

"Eh..terkenal betul pemuda ini,muncul banyak kali."

Semakin lama sedang Ayiz menonton.

Ting..ting..

Ada seorang pemuda menekan loceng.Bas itu berhenti untuk menurunkan penumpang.Ada beberapa orang turun.Ayiz melihat ke arah perhentian bas itu.Ada seorang pemuda berhud sedang duduk memandang tepat ke arah Ayiz.Dia seperti tengah senyum

Ayiz berasa cuak.Dia mula berasa tidak sedap hati.Mengapa dia rasa seperti ada orang memerhatikan dia?.Ayiz menoleh dan memandang semula.Pemuda tadi sudah tiada.

"Hmm..bayangan lagi..lantaklah"

Bas bergerak semula.Akhirnya bas tiba di destinasi yang ditujui Ayiz.Ayiz turun dari bas.Dia berjalan kaki menuju ke pangsapuri rumahnya.

............

Zaro duduk di ruang tamu untuk berehat sebentar selepas mandi.Dia membuka televisyen dan duduk menonton.Kemudian dia mengambil telefon pintarnya.Tiba-tiba dia teringat pada kad sim tadi.

"Owh..dimana aku letak tadi"

Dia teringat pada poket jaketnya.

"Ha..inilah dia"

Dia rangkul poket itu dan mengeluarkan kad sim tadi.Dia duduk dan meneliti kad sim itu.Tiada jenama dan ada tertera perkataan Web Kegelapan.

"Hmm..cubalah"

Ayiz membuka bekas belakang telefon bimbitnya dan menukarkan kad sim dalam telefon bimbitnya dengan kad sim hitam tertera Web Kegelapan itu.

Lalu dia menghidupkan telefon dia.Skrin menyala.Tertera skrin hitam.Muncul satu persatu huruf.

Selamat Datang 

Sila letakkan nama anda....

_ _ _ _ _ _ _ _ _

Ayiz menaip nama pada skrin itu.

Skrin itu memaparkan suatu paparan.

AYIZ,adakah anda menerima tawaran ini?

Ayiz termenung.Tanpa fikir panjang dia menaip,

YA.

Skrin itu memaparkan paparan lagi.

Jadi anda terima.Terima kasih.Syarat untuk menerima tawaran ini adalah tidak boleh tarik balik dan bayaran adalah melalui jiwa kamu sebagai bayaran.

Ayiz terkejut.Dan dia meletakkan telefon bimbit itu di atas meja.

Skrin itu tiba-tiba bersuara melalui audio.

"Saya akan memerhatikan kamu sehingga kamu membayar dengan jiwa kamu!Kamu berhutang jiwa dengan kami!

Ayiz mula mengambil telefon itu dan menekan butang OFF dan meletakkan kembali semula.

Tit..tit...

Telefon itu aktif semula.

Ayiz....Ayiz...

Telefon itu mengeluarkan audio sendiri.

Ayiz mula panik.Dia membuka penutup belakang dan mengeluarkan bateri telefon bimbitnya.

"Hmm.lega aku.Macam kena "hack" telefon aku ini.Rasanya pemuda tadi itu macam hacker saja"

Tit...tit..

Telefon itu aktif kembali...

"Eh...mustahil...."

"Arghhhhhhh..."

................

"Begitulah yang berlaku semalam,aku masih trauma,tidak tidur kerana diganggu,sehingga tadi aku ambil keputusan untuk buang semua,baru aku rasa lega."kata Ayiz.

"Hmm..lain kali jangan terima sesuatu tanpa siasat.Jika meragukan tolak saja atau buang saja kad sim itu" balas Zaro.

"Okeylah,sekarang dah setel perkara itu.Mari kita cari telefon bimbit baru.Nah pakai telefon aku telefon bos supaya kau amik cuti hari ini,"kata Zaro lagi.

"Baik,terima kasih Zaro."

Mereka pun bersiap keluar dari rumah dan menuju ke bandar untuk membeli telefon baru.

Selesai.

...........

Ini hanya permulaan.

Ianya akan bersambung pada siri media sosial yang membawa so"sial" yang memperhambakan manusia di tahap baru.Manusia dan Media So"Sial" berpisah tiada dan ketagihan itu membawa pelbagai kesialan,kecelakaan dan keburukan yang jika tidak dibendung membawa impak teramat negatif dalam kehidupan manusia.

Tamat.

Nukilan Hasil SpartaBatKing


Wednesday 15 May 2024

Seram 25 Sampan

Satyu suka pergi memancing.Dia selalu pergi memancing tidak kira masa dan waktu ketika masa lapang.Pantang ada masa terluang pasti dia akan mencuba samada di laut,sungai atau tasik.Pelbagai teknik dicuba dan banyak joran yang dibelinya.Sudah beribu ringgit dihabiskan demi hobi ini.Hobinya hanya memancing saja.Dia suka meredah ke mana saja,walaupun kawasan itu kawasan larangan memancing.Satyu memang terlalu degil.Lagi dihalang lagi dibuatnya demi hobi kesayangan dia.

Satu hari Satyu ingin pergi memancing di laut.Kali ini dia meminjam sampan rakannya.Dia janji akan isi minyak penuh.Jadi dia berlepas ke laut ketika air hendak mula pasang.Cuaca cerah.Dia seronok membawa sampan menderu mencelah sungai.Satyu menyanyi riang.Sambil dia menongkah sampai,dia melambai-lambai ke arah sampan yang lalu lalang.Sesekali ternampak bot peronda Polis Marin dan Maritim Malaysia singgah di jeti.Mungkin mereka ingin pergi sarapan pada pagi itu di jeti.Satyu ada bawa bekalan makanan dan minuman,jadi bekalan itu mungkin boleh bertahan sampai ke malam jika cuaca mengizinkan.Kini sudah sampai ke muara,di situ kelihatan bot feri panjang bergerak ke sana sini untuk mengambil penumpang yang ingin ke pulau berdekatan.Bot feri penumpang itu juga membawa bekalan lain seperti tong gas,minyak masak,air mentah dan lain-lain untuk kegunaan penduduk pulau.Kelihatan juga bot nelayan yang sedang mula bergerak ketika air pasang.Selalunya bot mereka akan tersekat ketika air surut.Jadi aktiviti di laut memang bergantung pada situasi air pasang dan surut dan cuaca dan tidak menurut waktu dan masa bekerja biasa.Jika cuaca buruk,maka kurang aktiviti di lautan.Hanya kapal dan vesel yang besar saja yang beroperasi di laut.Sedang Satyu menyusuri sungai itu,ada sebuah sampan laju menderu pantas dan meninggalkan gelombang paluan air ombak di sungai itu.

"Woi,bodoh ke apa bawa laju-laju sungai cetek ini"kata seorang di tepi tebing sungai itu.

"Apa bangang lah kau ini,sungai kecik begini jangan bawa laju"Air cetek bahaya gelombang ombak besar"kata Satyu.

Satyu memperlahankan kelajuan sampannya dan membidik haluan depan sampan dia menuju ke arah alunan gelombang ombak,dia cuba membelah alun ombak itu.Tapi dia cuba memegang tepi sampan untuk kedudukan stabil.Sampan Satyu naik turun dan berlantun seketika.Ibarat tsunami yang kecil.Alunan itu yang pertama besar dan seterus semakin kecil dan kecil.

"Haishh.."

Joran di sampan tercampak-campak.Satu joran telah jatuh dan mencelup ke dalam air.

Ploppppp....

Satu joran kesayangan telah hilang dalam air keruh berwarna coklat kuning itu.

"Sial...Bebal..Bangang"

Pantang di lautan adalah tidak mencarut dan berkata besar.Jadi Satyu mungkin terlupa.Kawasan itu adalah muara.Pertemuan antara air tawar dan air masin.Jadi di atas mungkin air masin dan di bawah adalah air tawar.Inilah titik pertemuan antara dua dunia atau sungai dan lautan.

Satyu menoleh sana sini tapi agak mustahil untuk mencari di air keruh itu.

"Hmm..lantaklah...ada joran lain lagi"kata Satyu.

Satyu terus membawa sampan menyelusuri muara dan tiba di kawasan pelabuhan.Selepas itu dia membawa sampan meredah tepi pulau untuk ke lautan lepas.Disitu ada perkampungan dan jeti nelayan.Kelihatan banyak ikan kering di letak atas para kayu.Cuaca agak panas.Satyu pun meredah lagi menuju ke satu pulau di mana di situ terletaknya rumah api di One Fathom Bank.Setelah tiba Satyu,menghentikan enjin di tepi pulau itu dan mula memasang joran untuk memancing.Dari jauh ada sebuah bot nelayan melambai-lambai ke arah Satyu.Satyu mengangkat tangan saja.Tapi nelayan itu bukan melambai saja,Malah mengangkat tangan seperti petanda melarang sesuatu.Satyu hanya buat bodoh dan tidak peduli.Seperti ia kawasan larangan.

"Pedulikan itu semua"

Dia meneruskan misinya.Setelah beberapa lama,joran mula bergoyang,tali tangsinya menarik ke bawah.Satyu mula menarik joran dengan pantas,dan memusing kekilinya.Tarikan demi tarikan dan akhirnya dia berjaya menaikkan ikan pertamanya.Ikan Bawal.Seterusnya dia memasang umpan dan meneruskan misinya.Setelah beberapa lama,hari tiba-tiba menjadi mendung.Satyu masih leka memancing.Angin mula meniup kencang.Laut mula bergelora.Satyu mula sedar dan menghidupkan enjin.Sedang dia menghidupkan enjin,awan telah mula gelap dan mendung yang akan bila-bila akan menurunkan hujan.Setelah bertungkus lumus menghidupkan enjin,akhirnya enjin telah hidup,tapi sampan mula berolak alik ditiup angin serta ombak beralun-alun.

"Apa kejadah cuaca hari ini?"

Tiba-tiba dari jauh kelihatan sesuatu berwarna hitam besar di dalam air.Sedang sampan Satyu bergerak.Bayang hitam dalam air itu semakin menghampiri.Satyu mula menekan laju enjin meninggalkan kawasan itu.Terdapat libasan air menerpa ke arah sampan Satyu.Satyu menoleh,kelihatan seperti sirip hitam yang besar.Satyu mula gelabah dan menekan minyak lagi.Satyu mula menuju ke pulau.Bayangan hitam itu masih mengejar.Sampan Satyu menderu laju.Akhirnya dia berjaya meninggalkan kawasan itu.Tapi cuaca masih buruk.Jadi Satyu perlu cari tempat berteduh.Pam bilges tidak mampu menampung jumlah air di dalam sampan jika hujan turun dengan lebat.Satyu meredah denai di dalam pulau itu melalui jalan anak sungai kecil melalui hutan paya bakau.Setelah lama,akhirnya dia berjaya menemui sebuah pondok tinggal.Dia berpaut pada tepi kayu bawah rumah itu.Dan mengikat tali dari sampannya pada rumah itu.Dia naik ke atas membawa semua barang dan begnya.Disitu ada pondok berbumbung.Atapnya ditutup zink,dan dinding ada dari kayu dan ada juga ditutup dengan kain kanvas.

"Jadilah asalkan boleh berteduh"

Hujan turun dengan lebat sekali.Meskipun lebat.Air kelihatan mula surut.Jadi ia sudah berakhir air pasang dan tibanya masa air surut.Tapi itu bermakna Satyu tidak dapat pulang.Sampan akan terletak di atas lumpur pekat.Hari sudah mula hendak senja.Mahu tidak mahu,dia terpaksa bermalam di situ.Hujan masih turun lagi.Nasib Satyu ada bawa dapur kecil.Dapatlah dia memanaskan badan di dalam pondok itu.Setelah beberapa lama,malam menjelma.Hujan masih lagi turun.Derapan hujan kedengaran di bumbung zink itu.Satyu melihat telefon bimbitnya.Tiada signal.Jadi dia mula memanaskan tangan dan makan bekalan yang dibawanya.Satyu juga menyalakan rokok.Dihembus asap rokok itu.Beberapa lama,hembusan angin sejuk mula meniup.Mata Satyu mula terasa berat.Jadi dia terlelap seketika.Hujan sudah reda tetapi angin masih kuat.

Kruittttt...kruittttt

Bunyi kayu bila seperti ada yang memijak lantai kayu itu.Satyu tersedar.Bau yang amat tidak menyenangkan mula menerpa.Malam sudah gelap.Tapi langit cerah dengan cahaya penuh bulan purnama.

"Bau apa ini?"

Kruittttt....kruitttt...

Satyu melihat ada sesuatu disebalik bidai kain kanvas itu.Bau busuk itu makin lama semakin kuat.Terasa seperti ada sesuatu yang merayap di tapak tangan.Satyu mula menepis,ia adalah ulat berengga.

"Ada bangkai ke di sini?"

Ulat berengga itu semakin banyak,disuluh ke lantai.Beratus-ratus ulat itu ada di merata-rata sekeliling lantai.

Skretttttt....skrettttt....

Bunyi bising besi zink diseret.

Tup....tup....

Tup....tup.....

Ketukan demi ketukan.

Kemudian ada bau wangi seperti bunga.Diselang seli dengan bau busuk seperti bangkai.Satyu cuba mencapai beg,bingkas perlahan-lahan berjalan.Ketika itu air kelihatan pasang.Agak lama Satyu tertidur tadi.Sudah 6 jam.Jadi Satyu melihat jam tangan,sudah pukul 2.45 pagi.Satyu mula melompat ke sampan.Dicuba hidupkan enjin,tidak mahu.Dicuba lagi.Dia sempat melihat di atas bumbung pondok itu.Terbujur sebuah tubuh berambut panjang.Mukanya kelam tapi terlihat giginya yang menyeringai.Matanya terjojol seperti merah sawit.Isi perut berpintal-pintal.Tangannya berkuku panjang.

Vrommmm!!!!

Akhirnya enjin berjaya dihidupkan.Apatah lagi,ditekan minyak habis-habisan.Sampan itu bergerak laju.Tubuh tadi terbang tinggi melingkari atas pokok bakau itu.Satyu cuba menekan habis,tapi lembaga itu seperti mengekori dia.Meluncur sana sini di atas air,terbang di atas pokok-pokok.Semakin laju Satyu menyelusuri tapi dia seperti hilang arah tujuan.Lembaga tadi kemudian hilang.Tidak tahu dimana.

Satyu berhenti sejenak.Dilihat arah keliling.Hanya bunyi ombak dan juga kicauan burung terbang.Juga bunyi alunan air dan deruman enjin bot.Dia cuba mencari arah,keliling adalah hutan kayu bakau.Dari jauh kelihatan ada lampu putih.Mungkin itu lampu bot nelayan yang baru pulang dari laut.Satyu terus menekan minyak menuju ke arah cahaya di hujung ufuk itu.

Lembaga tadi melintas di hadapan sampan dan terbang di atas pokok kembali.Cahaya tadi menghilang.Satyu mula memusing sampan dan dia ternampak tidak jauh ada sebuah cahaya di perkampungan nelayan.Satyu mula memecut sampannya.Tiba-tiba enjin dia seperti tersangkut.Rupanya sampan Satyu terletak atas beting pasir.Ditengah laut terdapat satu kawasan cetek yang berbahaya seperti beting pasir dan kawasan batu karang yang menjadi ancaman kepada kapal laut dan bot kecil juga.Ditekan-tekan minyak tapi tetap tidak berjalan.Sampannya tidak bergerak kerana terletak atas lumpur.

Derommmm....

Enjin mula semput-semput dan mula berhenti.

Satyu mula menjerit.

"Tolong.....tolong......tolong...!"

Tapi perkampungan itu terlalu jauh dan suaranya tidak sampai kerana bunyi angin yang kuat dan bunyi alunan ombak menutupi suaranya.Satyu mula geram.Dia menyelinsing seluar dan turun ke lumpur itu menolak sampannya.Tiba-tiba kakinya seperti dipegang.Satyu menoleh ke arah kakinya.Kelihatan muka yang sangat hodoh berambut botak menarik-narik kaki Satyu.Satyu cuba sedaya upaya menolak tarikan itu dan berpaut naik ke atas sampan itu.Dia termengah-mengah keletihan.Satu persatu malapetaka yang menimpanya hari ini.Akhirnya bot sampan dia mula seperti bergerak apabila ada alunan air.Satyu mula menghidupkan enjin tapi tidak mahu dihidupkan..Mungkin lumpur tebal sudah menyekat saluran air di enjin.Saat itu ada kelibat tubuh lembaga berdiri di hujung sampan.Kali ini Satyu tidak mampu lagi berbuat apa-apa.Dia terasa lemah dan letih.Mata lembaga itu memandang tajam ke arah Satyu.Merah pekat.Lembaga itu merangkak perlahan-lahan ke arah Satyu sambil menyeringai dan mengoyang-goyang kepala.Tangan yang meraba itu terasa sangat sejuk,berkerutu kasar dan terasa seretan kuku yang panjang.Saat lembaga itu tiba berdekatan akhirnya Satyu pengsan.

........

Beberapa hari,nelayan memjumpai sampan yang hanyut berdekatan perkampungan nelayan tapi kosong.Pencarian telah dilakukan dan berakhir dengan penemuan sekujur mayat di kawasan lumpur tidak jauh telah reput dimakan ketam dan hidupan laut lain yang anggota hampir tidak sempurna.Mayat dilaporkan mungkin dipercayai mati lemas akibat cuaca buruk semasa memancing di lautan oleh pihak berkuasa.

Tamat.

"Satu misteri tetap menjadi misteri."

Pepatah "Kerana pulut,santan binasa.Kerana mulut,badan binasa"

Nukilan oleh SpartaBatKing



Seram Bab 24 Tandas

Hjo bekerja di sebuah kedai alat peralatan sukan dan rekreasi di pusat membeli belah terkemuka di bandaraya Kuala Lumpur.Dia selalu bekerja pada shift petang kerana dia malas untuk berhadapan dengan kesesakan jalanraya yang sibuk dan masa puncak orang pulang bekerja.Biasanya dia akan menunggang motorsikal sendiri dan kadang-kadang menaiki pengangkutan awam seperti tren atau bas ataupun pengangkutan lain seperti perkhidmatan kereta Grab untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja.Pada hari itu,Hjo perlu bekerja lebih masa kerana ada stok baru tiba di premis kedai itu.Jadi biasanya dia akan pulang lebih lewat malam dan kadang kala sampai ke pagi buta bergantung pada stok yang tiba.Banyak kerja perlu dilakukan oleh Hjo dan rakan sekerjanya.

Waktu sudah hampir 11.30 malam.Pada hari itu pusat membeli belah itu tutup lewat kerana ada promosi jualan mega,biasanya ia tutup pada pukul 11 malam tapi untuk hari ini ia dilanjutkan pada pukul 12 malam.Kedengaran bunyi dari speaker pengumuman,

"Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,pusat membeli belah kami akan tutup pada pukul 12 malam,diharap para hadirin sekalian membuat pembayaran sebelum jam 12 malam dan pusat ini akan ditutup pada jam 12 tengah malam,terima kasih kerana mengunjungi pusat membeli belah kami".Pengumuman itu bertukar lagi ke bahasa Inggeris,Cina dan India."

"Haa..suara sudah bergema.Kerja banyak lagi ini."Kata Hjo.

"Relakslah,kau kelam kabut semacam ini,nak pergi dating ke?"balas Lomi.

"Eh,suka hati akulah,aku tak suka balik lewat malam,jalan ke rumah aku kawasan gelap"balas Hjo.

"La,penakut juga kau ini,badan je nampak "katang" dan kaki gim,tapi hati lembik"balas Sumi yang juga rakan sekerjanya.

"Kau Sumi,kalau sehari tak usik aku tak boleh ke?Hari-hari aku ada sini asyik aku je diusik,orang lain tiada ke,atau aku je yang wujud disini?"balas kembali Hjo.

"Hahaha..orang lain hati kental..susah nak usik,macam robot,cuma kau je yang "over" sensitif,sebab itu aku suka usik kau,lagipun fizikal kau tidak mencerminkan dalaman,jauh berbeza.Cuba kau bertukar bagi badan kau kat Lomi ke,Jumko ke,Retip ke..baru super macho"usik Sumi lagi.

"Ah..ke situ pulak,apa aku ini x macho ke?"balas Hjo.

"Hmm..fizikal dah ok,tapi hati lembut macam tisu...hahaha"ketawa oleh Sumi.

"Ehemm...Disebabkan fizikal aku ramai pelanggan datang ke kedai pakaian sukan ini okey,Aku ini ada daya penarik dan sebab ini aku kerja disini sebab aku boleh menasihati dan ada pengalaman dalam bidang sukan dan rekreasi,jangan pandang sebelah mata okey,tengok lengan aku ini"balas Hjo.

"Korang berdua ini,kalau sehari tak bergaduh,memang tak sah kan..asal berjumpa dan buka mulut je..bergaduh dan usik mengusik.Bertemu jodoh kang kamu berdua"balas Retip yang tiba-tiba muncul.

"Eh..mulut kau,aku selotape kang.Si Hjo nie bukan "taste" aku okey,badan je macam Badang tapi hati tisu,usik sedikit tak boleh,ada je nak balas,..hahaha"balas Sumi lagi.

"Aku,jika ada girlfriend macam ini,bukan "taste " aku,tak hingin..aku nak cari duit je..dan jadi kaya sorang-sorang..takde je jodoh,habis boreh jo"

"Berlagak...ego juga si tisu ini...hahaha"

Ting...Ting..Ting...

Bunyi pengumuman bermula lagi.Siaran pengumuman bermula.Lagu sudah dipasang di speaker di setiap penjuru dalam pusat membeli belah itu.Kedai-Kedai lain sudah mula menarik tiang bendera atau kad plakad hadapan kedai.Ada juga yang menarik pintu grill besi untuk menutup kedai.Ada yang tertutup separuh dan ada yang tertutup penuh bagi yang sudah selesai dan tutup operasi sepenuhnya.Pelanggan di pasaraya dalam pusat membeli belah masih penuh.Tapi tingkat atas ada sebuah pawagam yang tutup lewat lagi kerana ada tayangan sinema lewat malam yang mungkin berakhir hingga 2-3 pagi bergantung pada jumlah masa tayangan sebuah filem.

Kerja-kerja mereka akhirnya selesai pada jam 1.30 pagi.Stok mereka sudah disusun dan direkodkan.Jadi tiba masa untuk pulang.

"Hjo,hati-hati balik taw,Nanti jangan lupa,bila lalu tempat gelap,kirim salam..."usik Sumi.

"Eh,kau ini..ke situ pulak..tak ada kerja aku nak buat gitu.Aku langgar je,aku bawa laju taw.Sorry,apa-apa yang tak berkenaan,jadi aku langgar je."Balas Hjo.

"Kejam siot,...hahaha"balas Retip.

"Hahaha..kan aku dah cakap,hati tisu ini suka menunjuk-nunjuk,tunjuk macho lah sangat..kejap lagi pengsan..badan je nampak "katang"...sebenarnya...kih..kih..kih.."balas Sumi.

"Dah lah,aku malas layan kau Sumi..aku belah dulu.Goodbye and see u tomorrow never die"kata Hjo.

"Hahaha" gelak semua.

Retip,Sumi,Hjo dan Lomi keluar dari premis kedai dan menuju ke lif.Mereka turun ke tingkat B1,tingkat yang ada tempat letak kenderaan.Lomi dan Retip menuju ke arah berlainan.Hjo dan Sumi berjalan ke arah berlainan.

Cuaca luar tengah hujan lebat di luar.Angin kuat meniup dan bunyi guruh berdentum.

"Adoi,hujan lebat pula sekarang,Macam mana nak balik,aku naik motor?"Kata Hjo.

"Baik kau tumpang aku,aku bawa kereta Myvi"balas Sumi.

"Haa..dengan kau,Aku sanggup redah hujan la dari naik dengan kau"balas Hjo yang berjalan menuju ke tempat letak kenderaan.

Sumi terasa ingin ke tandas.Mungkin kerana cuaca luar hujan dan penghawa dingin terasa lebih sejuk dalam pusat membeli belah itu.Walaupun sudah dimatikan lama,suhu tetap sejuk di pusat membeli belah itu.

"Jomlah temankan aku,pergi tandas"

"Eh,kau perempuan kan.Tak kan aku nak ikut kau.Nanti bala,aku juga yang kena."balas Hjo.

"Emergency ini...tolonglah,kawasan menuju tandas dalam pusat membeli belah itu gelap.Please...okey lepas ini aku tak kan usik lagi kau?"kata Sumi.

"Okey,kau dah janji.Tapi aku hanya teman kau dari jauh saja,bukan ke tandas,Kau jangan bukan-bukan"Kata Hjo.

"Okeylah,cepatlah!"balas segera Sumi.

Mereka naik ke atas melalui lif.Hjo hanya menunggu jauh dari lif.

"Okey,Aku hanya tunggu di sini saja"

"Hmm..okeylah,aku nak cepat ini"

Sumi berjalan pantas ke tandas.Suasana lorong menuju tandas itu agak kelam sedikit.Hanya sedikit cahaya.Tepi lorong tandas itu ada tingkap kaca dalam kedai.Disitu ada beberapa patung berpakaian yang seolah-olah seperti berdiri gelap dalam kedai itu.

Sumi berjalan tapi langkah dia agak pantas.Dia macam tertoleh ke arah kedai itu.Suasana agak seram dan gelap.Tapi disebabkan desakan untuk ke tandas dia beranikan diri.Dalam pintu masuk ke ruang tandas gelap gelita.

"Eh..dimana suis lampu ini,gelapkan..kenapa mak cik atau jaga tutup lampu ini?"kata Sumi.

Tap...tap...tap..

Bunyi tapak kaki.

Tap...tap..tap...

"Hjo...kamukah itu?Kata nak tunggu sana je..kau jangan main-main..aku terajang kan nanti..aku tengah "emergency""

Tiada bunyi sahutan.Hanya kedengaran bunyi derupan air hujan dari luar dan bunyi guruh sekali sekala

"Ish...gelap ini...."

Sumi mengambil telefon bimbitnya dan mencari mod lampu picit.Dan lampu itu terpancar.Dia mencari suis lampu dengan lampu dari telefon bimbitnya.

Kiri adalah tandas lelaki dan kanan adalah tandas wanita.Sumi menuju ke kanan.

"Haa..ini dia.."

Pintu masuk ke ruang tandas itu.Tertera gambar orang lidi wanita di pintu tandas.

"Kruuppppppp!!!!"

Bunyi daun pintu dibuka.Suasana amat gelap.Hanya kedengaran bunyi titisan air saja.

Suis itu tersembunyi dalam tepi dinding tandas yang gelap itu.Lampu dinyalakan tapi berkelip-kelip..ada 2 lampu.Satu menyala terang menghadap ke sinki dan satu lagi lip lap lip lap..seperti lampu hendak terbakar menghadap ke arah tandas.Ada 4 pintu tandas.Tandas pertama di tutup.Ada notis "Dalam Pembaikan",Sumi menolak pintu tandas kedua dibuka tapi tiada pili air.Sumi menuju ke pintu tandas ketiga tapi ditolak,seperti terkunci di dalam.Di pintu ada tertulis "Lock" dan pintu tandas keempat ditolak,ada pili.Sumi terus masuk dan menutup pintu.Ruang hujung itu hanya ada cahaya sedikit saja kerana terletak paling hujung.Cahaya berkelip-kelip tadi semakin malap,mungkin kerana hendak terbakar.

Tikk...tikkk..tikk...

Bunyi air menitis.Mungkin dari tandas yang rosak itu.

Tap...tap...tap...

Bunyi tapak kaki.

"Hjo...kamu ke tue...kamu buat apa ini..?"

Tiada sahutan..

Tap...tap...tap...

"Hjo...kamu jangan buat hal masuk tandas perempuan..."

Zrppppppp...lampu lip lap lip lap tadi kedengaran seperti elektrik hendak putus..

Tuppp...

Lampu menjadi gelap....suasana jadi gelap..Hanya kedengaran titisan air.

Krepppp...krepppp...

Bunyi air paip terbuka.Bunyi titisan air semakin deras ke lantai.

"Hjo...kau buat hal..aku bunuh kau..hei..Hjo..kau jangan main-main dengan aku!!!"jerit Sumi.

Sumi cepat-cepat melepaskan hajat.Dia menyalakan telefon bimbitnya dan tercari-cari nombor telefon polis atau pengawal keselamatan.Lampu di skrin telefon bimbit itu menerangkan sedikit suasana dalam tandas itu

Tap.. tap...tap...

Tapi Sumi berfikir.Pintu besar tandas itu akan berbunyi kuat jika ditolak dan jika ditolak perlahan pun,spring dia akan berbunyi.Ini agak pelik.

Bunyi tapak kaki lagi.Kali ini kedengaran seperti di hadapan pintu.Sumi cuba menelefon tapi tiada isyarat dalam bilik air itu.

"Hjo...kamu sudah melampau..aku bunuh kau!!!!

Sumi menyuluh lampu ke arah ruang bawah tandas,tapi tiada kelihatan tapak kaki.

Kedengaran sesuatu di ruang tandas ketiga atau tandas sebelah.Bunyi tepukan tangan kedengaran pada dinding.

Tisu....tisu...Tisu...

Suara halus menyebut tisu.

Tisuuuuu...hendak tisuuuuu ..

Suara itu menjadi panjang dan nyaring.

Tisuuuuuu...hendak tisuuuuuu...tisuuuuuu..saya mahu tisuuuuuu

Sumi terketar-ketar.Dia tidak tahu hendak buat apa.Dia cepat membuka pintu..tapi tersekat.

Sumi menghempas-hempas badan ke pintu.

Tiba-tiba segulung tisu di humban ke atas  Sumi.Semakin banyak helaian tisu dihumban ke dalam.

"Tolonggggggggg.....tolongggggggg..."

Sumi sudah menangis menjerit histeria.Tapi tidak kedengaran ke luar kerana pintu besar itu tebal tertutup di luar.

Tiba-tiba,pintu terbuka.Sumi jatuh kedepan.Telefon bimbit dia terjatuh.Hanya ruangan sinki saja ada lampu.Tiada kelibat sesiapa disitu.Air melimpah di lantai tandas.Sumi dalam kebasahan akibat air entah dari mana.Sumi cuba berdiri.Cuba berjalan menuju ke pintu besar.Sedang dia berjalan ke sinki,pintu tandas ketiga terbuka.

Keriupppppp!!!!!!

Tap....plop...tap....plop..tap..plop...

Bunyi percikan dan tapak kaki

Sumi....tisu....sumi...nak tisuuu...aku nak hati atau tisu....sumi...hati tisu....

Sumi menyuluh lampu ke arah tingkap cermin.Pantulan cahaya itu memantul ke arah bunyi itu.Terpancar sesuatu yang tidak masuk akal.Sesuatu yang berwarna hitam.Bentuk badan seperti kon segitiga.Kepalanya bulat hitam.Tidak bercantum pada badan.Tiada rupa.Hanya bulat saja.Kaki dan tangan bebentuk silinder.Tidak bercantum satu sama lain.Seperti terapung-apung.Ada banyak gulungan tisu di atas bulat berwarna hitam itu.Tisu itu terapung-apung ke atas seperti ia ditiup angin blower.Ia kelihatan seperti simbol pada permukaan tandas awam bagi perempuan.

Sumi...tisu..hati dan tisu...aku perlukan hati kauuuu!!!!

Tiba-tiba,air dari sinki terpercik ke seluruh arah dalam ruang tandas.Sumi terus panik.

Sumi terus menarik tombol dan terus berlari.Tapi suasana gelap gelita di luar.Kali ini tiada sebarang sumber cahaya.Sumi terus menutup pintu masuk ke ruang tandas itu.Sumi terkapai-kapai.

Tit..tit...

Bunyi dari telefon bimbitnya.Telefon menunjukkan ikon bateri tinggal 1%.Tadi rasanya penuh.Mungkin kerana telefon bimbitnya terjatuh dan basah.Sumi mula cuak dan menyuluh ke ruang gelap gelita itu.

Tap...tap..tap...

Kedengaran sesuatu di kaca dinding kedai tadi.Sumi mula melangkah tapi kakinya mula longlai.Badan dia mengigil ketakutan.Harapan semakin pudar.Jika telefon bimbitnya mati maka dia akan dalam gelap gelita.Dia ternampak sesuatu cahaya.Sedikit cahaya dari lampu kecemasan di hujung.Itulah harapan.

Pakk...pakk..pakk...

Kedengaran bunyi tepukan...

Sumi menyuluh ke arah tingkap kaca kedai.Tiada lagi kelibat patung-patung dalam kedai itu.Sumi mengigil teruk.

Hendak panggil Hjo.Suara Sumi tidak terkeluar kerana terlalu takut.Tidak keluar.Suasana sejuk dalam keadaan basah dan sejuk.

Pakk..pakkkk..pakk...

Ketupppp...ketuppp..

Bunyi tapak kaki kayu...

Sedang Sumi berjalan.Kakinya dipegang sesuatu yang aneh.Seperti dikapit.Sumi menyuluh ke arah kakinya.Kelihatan kedua tangan kayu mengapit kakinya.Tangannya juga diapit.Semakin lama semakin banyak Sumi diapit oleh tangan dan kaki kayu itu. Sumi menjerit...

"Hjooooooo..........."

Kali ini jeritan yang terakhir.Entah dari mana kekuatan ini datang.Sumi sudah mula,hendak jatuh dan menutup matanya perlahan.Sebelum dia menutup kelopak matanya.Kelihatan kelibat Hjo bersama pengawal keselamatan membawa lampu suluh berlari menuju ke arah Sumi.Itulah kali detik terakhir sebelum Sumi pengsan dan menutup kelopak mata.

"Sesuatu perkataan akan mengambarkan kemimikan dan realiti sesuatu,berpada-padalah bila berkata!"

Nukilan SpartaBatKing.



Thursday 15 February 2024

Seram Bab 23 Kawan Imaginasi Bahagian 2

Pada malamnya,Vek duduk termenung di biliknya.Teringat peristiwa di sekolah tadi.Pergaduhan dengan Gik,gosip yang tersebar di sekolah serta peristiwa di tandas sekolah.

"Vek,kamu ini menyusahkan aku.Aku mana reti cuci tandas.Disebabkan kamu aku didenda cuci tandas."kata Gik.

Vek hanya meneruskan kerja dan menoleh ke arah Gik.

"Dahlah,aku nak pergi kencing jap.Kau jangan intai."balas Gik.

Gik masuk ke tandas dan menutup pintu tandas,dia kemudian menanggalkan zip.Sedang dia hendak meneruskan hajat.Kolar baju dia seperti ditarik.Gik menoleh,tiada apa-apa.

"Haish...apa nie"

Gik meneruskan lagi.Tapi kali ini tarikan di kolar lebih kasar.Baju dia diramas-ramas.Gik menjerit.

"Tolong....tolong..."

Vek yang mendengar pekikan pertolongan itu terhenti sebentar.Dia seperti nampak sesuatu tapi dia diam saja.Kemudian dia mengeleng kepala seperti menidakkan sesuatu.Pekikan itu makin kuat,Vek merenung tajam dan menggeleng kepala lagi.Kali ini jeritan itu terhenti.Terdengar sedu-sedu menangis di dalam pintu tandas itu.

Cikgu Jahki datang ke tandas itu bersama beberapa orang murid.

"Apakah yang telah berlaku?"tanya Cikgu Jahki.

"Saya...tidak tahu..."balas Vek yang sedikit kebingungan.

Cikgu Jahki terus mengetuk pintu tandas itu.

"Buka...cikgu kata buka pintu...Gik"

"Cikguuuu...saya takut...."suara Gik yang menangis ketakutan.

"Buka....ini cikgulah"

"Kamu yang lain pergi sana..biar cikgu uruskan"kata Cikgu Jahki kepada murid yang lain.

Pintu tandas itu dibuka.Gik kelihatan sugul.

"Kenapa baju kamu keronyok bekedut-kedut ini?"kata Cikgu Jahki.

Gik hanya menangis teresak-esak.Seolah masih dalam ketakutan.

"Vik,Kamu lakukan perkara ini?toleh Cikgu Jahki kepada Vek.

"Bukan saya,sebenarnya....."kata Vek.

"Jika bukan kamu,siapa lagi?Hanya ada kamu berdua di sini!"

"Bukan dia,tapi ada "orang" lain."balas Gik.

"Kamu berdua jangan main-main atau berbohong dengan cikgu.Sudah kamu berdua balik,sampai disini saja denda kamu!"

Gik dan Vek kemudian keluar dari tandas.Semua murid yanh lain turut keluar.Hanya Cikgu Jahki masih berada di tandas.Cikgu Jahki membuka pili paip untuk membasuh muka.Tiba-tiba pintu tandas dihempas kuat dan tertutup.

Ketommmmm!!!

Cikgu Jahki tergaman.Dia beranikan diri menuju ke pintu itu.Menolak pintu itu.

Kosong.

Tiada apa-apa di tandas itu.Tiada tiupan angin kuat ketika itu.

Cikgu Jahki hanya diam dalam situasi itu.

"Jadi memang ada sesuatu berlaku...."kata hati Cikgu Jahki.

...........


Vek termenung lagi.Ibu Vek mengetuk pintu bilik dan masuk melihat anaknya.Ibunya duduk di sebelah memerhatikan anaknya.

"Tadi apa sebenarnya yang berlaku di sekolah?"kata ibu Vek.

Vek hanya berdiam diri.Kemudian dia berkata "Tiada apalah ibu,pergaduhan biasa di sekolah."

"Tapi tadi ada perkara lain yang disebut oleh kawan Vik tadi?"tanya ibu Vek lagi.

"Dia bukan kawan saya."

"Kamu sekelas kan,jadi dia rakan sekelas kamu"

"Bukan...tidak..."

"Eh..kamu ini sudah mengapa?Meninggikan suara pada ibu?"

"Maaf ibu,Vek tertekan sebenarnya...."

"Jadi kamu tidak mahu menerangkan apa sebenar yang berlaku tadi?" 

"Hmm...sebenarnya...nanti Vek akan terangkan..nanti ibu tidak percaya dengan apa yang akan Vek terangkan."

Vek memandang ke almari itu.Ibunya turut memaling ke situ.

"Sebenarnya..."

"Tidak,saya tidak mahu berkawan dengan kamu.Kamu jahat.Kamu amat jahat"Jerit Vek ke arah almari itu.

Tiba-tiba almari itu bergegar.Lampu kalimantang tiba-tiba bekelip-kelip.Tingkap kaca bergegar.

"Ibu,Ada orang lain dalam bilik ini,namanya Koli..dia sedang marah sekarang"peluk Vek pada ibunya.

Ketommmm....

Pintu bilik terhempas sendiri.

Vek dan ibunya mula panik.

Katil bergegar-gegar.Lampu masih lagi berkelip-kelip.Tiba-tiba pensel di atas meja itu berdiri sendiri.Tegak 90° darjah.Tiada siapa memegangnya.

Stretttttttttt....strettttttt

Bunyi seretan pensil itu.Ia seperti ingin tulis sesuatu di permukaan meja itu.

K...A...M...U...

Bunyi seretan itu berterusan.

T...I...D..A..K

M...A...H..U 

B...E..R..K..A..W..A..N

D..E..N..G..A..N

S..A..Y..A..

L..A..G..I..

Dan bunyi terakhir seretan itu sangat nyaring dan menakutkan.Dan ia berakhir dengan sesuatu simbol.

 ?

Tanda soal.

Pensil itu patah.

Buku-buku di meja mengepak-ngepak.

"Tidakkk..."jerit Vek.

Ibu Vek menarik tangan Vek dan memulas tombol pintu.Tapi masih tidak terbuka.Almari itu terbuka.Baju-baju,pakaian dan seluar semua berterabur.Ia bergumpal-gumpal seperti ingin membentuk sesuatu.

Terbentuk seperti tapak tangan yang besar cuba menarik Vek ke dalam almari itu.Ibu Vek mengetuk pintu sekuat hati dan sambil menarik anaknya.Ibunya berhempas pulas segala kekuatan demi menyelamatkan anak tunggalnya itu.

"Ikutlah saya....ikutlah saya..."

Suara dari gumpalan fabrik yang membentuk tapak tangan itu yang cuba menarik bahu Vik.

Terdengar ketukan dari luar.Ia dari ayah Vek.

Tukkk...tukkkk

Ibunya cuba mengenggam Vek,tarikan itu semakin kuat.Akhirnya ibu Vek terlepas dan Vek tersedut ke dalam almari itu.Dan tiba-tiba suasana menjadi sepi semula.Pintu tadi telah terbuka.

Ibunya cuba menyelongkar kain-kain tadi di almari.Tapi tiada apa-apa.Ayah Vek pun turut menyelongkar.Tapi masih tidak jumpa apa-apa.

"Abang,Vek....telah tiada.."

Ibunya menangis dan terus pengsan.

Ayah Vek tergaman.Peristiwa itu telah menyebabkan rumah itu tidak diduduki lagi selepas peristiwa itu.Walaupun ibunya dan bapanya masih datang tapi tiada apa-apa dijumpai.

Kemudian Cikgu Jahki datang memerhatikan dalam rumah itu.Dia mendail sesuatu di telefon bimbitnya.

Tertera perkataan BPPA.

Singkatan kepada Biro Pencegahan Paranormal dan Anomali.

"Tuan,saya ingin melaporkan satu kes."

.........

"Baik,berdasarkan kes itu,saya sudah berada di situ dan menyiasat bersama pasukan saya.Penjaga budak itu yang laporkan perkara ini.Budak itu masih hidup cuma berada di dimensi alam lain.Cuma saya akan cuba akan kembalikan budak itu satu hari nanti"

......

"Ada perkara misteri yang tidak dapat dirungkaikan dengan kata-kata,hanya ada satu kunci untuk merungkaikan iaitu masa dan detik"

Hasil Nukilan SpartaBatKing.


Monday 13 March 2023

Seram Bab 22 Kawan Imaginasi Bahagian 1

Pada tahun 90-an,ada seorang budak lelaki bernama Vek selalu bermain sendirian kerana tiada rakan yang ingin bermain dengannya.Vek merupakan anak tunggal sebuah pasangan dan baru berpindah ke sebuah perumahan kuarters kerajaan kerana bapanya berpindah kerana naik pangkat.Vek selalu bermain sendirian di rumahnya.Ingin keluar tidak dibenarkan ibunya yang juga seorang kerani di sebuah sekolah berdekatan.Vek selalu bermain permainan seorang diri di rumah kerana ketika itu musim cuti sekolah.Kawan-kawannya selalu memulaukan dia kerana menganggap Vek seorang yang berperangai pelik.Vek hanya pergi sekolah dan hanya buat hal sendiri di kelas.Kawan-kawan sekelas dia selalu membuli dia kerana tidak puas hati dengan perangai Vek.Akhirnya Vek merasakan semua rakan sekelasnya hanya membenci dia dan memulaukan dia.

Pada suatu malam,Vek sedang baring di katilnya.Kedengaran satu suara di dalam almari.

"Vekkkkkk...."

Suara itu halus tapi merdu serta mengasikkan jika mendengarnya.

"Mari sini....kita bermain.."

Vek bangun dari katilnya.Vek terfikir-fikir.Siapakah yang memanggilnya dengan sahutan merdu pada malam-malam ini. 

"Marilahhhh!!!!"

Vek mula beranikan diri menuju ke almari itu.Dari luar almari itu ada beberapa kayu lubang udara,Vek mula melihat dari luar.Suara itu memanggilnya lagi.

"Marilah,buka pintu ini"

Vek masih lagi terpinga-pinga.Dia dalam dilema.Samada ingin buka pintu atau keluar dari bilik untuk memanggil ibubapanya yang sedang tidur.

"Janganlah takut,Saya ingin berkawan dengan kamu"suara merdu itu memujuknya.

Vek memberanikan dirinya membuka pintu almari putih itu.Kelihatan sesorang budak dalam almari itu yang sedang senyum padanya dan memberikan tangannya ke arah Vek.

Vek menyapa tangan itu dan menarik budak itu keluar dari almari.Vek bermain permainan bersama budak itu.Mereka juga berbual bersama-sama.

Keesokan harinya,ibunya menyiapkan sarapan sebelum pergi kerja.Bapanya sudah keluar awal pergi kerja kerana ada panggilan kecemasan.Ibunya terdengar suara gelak ketawa dan bunyi bercakap dari bilik Vek.Ibunya merasa pelik dan terus menuju ke bilik Vek.

Tok...tok..

Ibunya membuka pintu,lalu melihat Vek sedang bermain permainan.

"Tadi ibu dengar seperti kamu berborak dan gelak ketawa.Kamu ada bawa rakan ke?Tapi kamu seorang diri dalam bilik ini!"tanya ibunya.

Vek melihat rakannya menaikkan jari memberitahu dia tidak memberitahu kehadirannya di situ.

"Owh,Vek baca komik tadi.Pastu ada sesuatu yang kelakar.Itulah Vek ketawa.Vek baca dialog dalam komik tadi."balas Vek.

"Tadi ibu lihat kamu seperti memandang sesuatu"tanya ibu Vek lagi.

"Tidak ada apalah ibu,saja tengok dinding."

Kelibat budak itu mengangguk-angguk seperti setuju dengan jawapan Vek.

"Hmm..ibu sudah buatkan kamu sarapan dan makan tengahari.Nanti kamu buatlah kerja sekolah atau menonton televisyen.Jika ada apa-apa,guna telefon rumah dan hubungi pejabat ibu.Ibu mahu bersiap pergi pejabat"

"Baik ibu"balas Vek lagi.

Ibunya terus ke dapur dan bersiap-siap untuk pergi kerja.

Selepas ibunya keluar pergi kerja,Vek berlari-lari dalam rumah seolah-olah dia bermain dengan rakan.

Setelah lama kemudian,sekolah pun bermua musim persekolahan semula.Vek seperti biasa,dia jadi pendiam seketika di sekolah.Rakan-rakannya mula mengusik Vek.

"Macam mana cuti sekolah,best tak?Ada kawan baru ke?Hahaha."usik rakan-rakannya di sekolah.

"Ada,...lagi bagus dari korang semua"balas Vek.

Rakan-rakan dia terdiam apabila mendengar jawapan itu.

"Orang macam kamu ini mana ada rakan.Tipu,cuba bagitahu kami,siapa nama budak itu"kata salah seorang dari rakan sekelasnya itu.

"Koli namanya,dia lagi bagus dari kamu".

Semua murid dalam kelas itu terdiam.Kebisingan dalam kelas itu bertukar menjadi senyap sunyi seketika apabila mendengar nama itu.Seolah-olah seperti semua orang mengenali nama itu.

"Tipu,kamu bohong"kata seorang budak perempuan dalam kelas itu.

"Ya,mustahil.Koli....itu...."

"Mengapa dengan Koli...?..Saya sudah berkawan dengan dia."tanya Vek.

"Koli sudah meninggal awal tahun ini.Akibat dari kemalangan jalanraya.Sewaktu balik dari sekolah.Saya kawan baik dia dari kecil"balas budak perempuan itu yang kemudian dia menangis di atas mejanya.

"Tidak,ini tidak benar.Saya jumpa dia dalam keadaan sihat.Kamu semua bohong!!"

Rakan-rakan yang lain mula ketakutan.Kenyataan dari Vek membuat satu kelas berada dalam ketakutan.

"Kamu pelik,Vek.Kamu berkawan dengan orang yang sudah mati!,saya akan beritahu cikgu tentang perkara ini,budak pelik"balas seorang rakan sekelasnya.

Vek terus bangun dari kerusinya,berlari dan menarik baju rakannya yang ingin keluar dari kelas.Mereka kemudian berlari mengejar dan bergaduh di luar kelas.Suasana menjadi gamat dan riuh.Sehingga kedatangan beberapa orang guru meleraikan pergaduhan itu.

Di dalam bilik guru besar

Vek dan Gik berada di dalam bilik itu sementara menunggu kedatangan ibubapa masing-masing.

Ibu Vek dan ibu Gik datang memasuki bilik guru besar itu.Lalu duduk di kerusi.

"Apakah yang telah terjadi"kata kedua ibu itu.

"Begini,puan.Vek dan Gik telah bergaduh di luar kelas tadi.Saya telah bertanya mengapa mereka bergaduh.Dari kenyataan mereka,mereka bergaduh kerana isu berkawan.Tapi yang jadi isunya,saya tidak tahu adakah mereka berbohong atau ia berkait dengan salah seorang murid yang telah meninggal dunia awal tahun ini akibat kemalangan depan sekolah iaitu murid bernama Koli.

"Apa?" Kata ibu Vek yang terkejut dengan cerita itu.

"Ya,Vek telah bohong.Tidak mungkin orang yang telah meninggal boleh berkawan.Budak pelik"

"Kamu diam,Gik"kata guru besar yang dipanggil Puan Selin.

"Dia ada di bilik ini,di hujung almari itu.Sedang memandang Gik dengan muka yang marah"kata Vek.

Mereka semua menoleh ke tepi almari.Tapi tiada kelibat kelihatan.Semua kelihatan diam dan senyap seketika.Dan mereka mula menoleh ke arah Vek.Puan Selin bersuara,

"Begini,puan.Saya akan arahkan Vek dan Gik untuk pergi bilik kaunseling dan jika ia tidak berkesan.Puan perlu bawa anak puan ke hospital kerana mungkin ada masalah gangguan atau emosi yang terganggu..."

"Puan,anak saya tidak gila!!!"kata ibu Vek.

"Begini,Puan Wari.Saya tidak mengatakan anak puan gila,cuma mengatakan mungkin ada masalah sedikit dari segi mental atau emosi,perlukan bantuan."

"Dan disebabkan kamu berdua bergaduh dan melanggar peraturan,kamu perlu dihukum.Seminggu kamu berdua akan bersihkan tandas sekolah ketika waktu rehat dan balik sekolah.Ini hukuman paling ringan saya boleh beri,inipun kerana kedua ibu kamu datang."

"Tapi,Puan Selin,anak saya tidak bersalah"

"Bagi saya peraturan tetap peraturan,selagi di dalam sekolah,dan juga sebagai pengajaran."balas Puan Selin.

Mereka berdua keluar dari bilik itu bersama ibu masing-masing.

Vek ditanya ibunya ketika dalam kereta.

"Ibu ada nampak kamu berperangai pelik sejak kebelakangan ini.Kamu sering bercakap seorang diri"

Vek hanya berdiam saja.

Akan bersambung.

Nukilan SpartaBatKing.






Thursday 15 December 2022

Seram Romantik Bab 21 Rumah Sewa

Nagel berpindah dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru setelah mendapat tawaran kenaikan pangkat setelah berkhidmat lebih 10 tahun di sebuah jabatan dalam kerajaan.Nagel masih lagi bujang.Dia baru mendapat rumah sewa yang dicari.Kuarters masih lagi tiada kekosongan lagi.Mahu tidak mahu dia perlu mencari sebuah rumah dengan bantuan rakan di Johor.Dia sebelum ini menumpang sebentar di rumah rakan bujang sementara sebelum mencari rumah sewa.

Nagel telah mendapat sebuah rumah di sebuah perumahan teres di Taman Ungku Tun Aminah.Sewanya boleh tahan tapi masih lagi mampu dengan Nagel yang sering berjimat cermat dan pandai merancang dalam perbelanjaan.

Pada hari ketika barang dari Kuala Lumpur tiba di rumah sewa,semua barang telah dibawa masuk dan disusun.Akhirnya sudah selesai urusan perpindahan barang.Ketika itu,ada jiran sedang menyidai kain.Seorang gadis asyik memerhatikan dari seberang rumah.Sedang Nagel mengangkat kotak-kotak di luar rumahnya.Rakannya menegur Nagel.

"Psttttt..ada orang sedang perhatikan kau tadi,Nagel."kata Kjung.

"Ha,yeke.Aku tidak perasan tadi"kata Nagel sambil berjalan membawa kotak ke dalam rumah.

"Yeee,cun siot.Kau bujang lagi kan.Muka dah hemsem dan ada gaya.Mana tahu jodoh kau di sini."usik Kjung.

"Ehem,belum tiba masanya."balas Nagel.

Nagel keluar dan dia menoleh ke kanan.Gadis tadi masih menyidai kain.Gadis itu kemudian tertoleh ke arah Nagel.Nagel terkejut dan membalas dengan senyuman.Gadis itu membalas dengan senyuman juga.Kebetulan di sudah habis menyidai baju.Dia cepat-cepat mengangkat bakul.Mungkin kerana segan dengan reaksi tadi dan masuk ke dalam rumah.

"Cantik juga rupa dia."kata hati Nagel.Hati dia mula berdegup-degup.

Nagel mengangkat kotak semula.Kjung melihat dari dalam.

"Ehem..amacam?"usik Kjung lagi.

Nagel hanya tersenyum sambil mengangkat kotak untuk dibawa masuk ke dalam.

"Not bad.Cantik."balas Nagel sambil menaikkan kening dia.

"Apa lagi,mula-mula dari pandangan mata,Lambat laun turun ke hati.Cinta di hati berputik,kembang mekar dan selamat ke jinjang pelamin"usik lagi Kjung kepada Nagel.

"Ehem,kau datang sini nak bersyarah tentang cinta ke,nak tolong aku kemas barang?"balas Nagel.

"2 in 1.Dua-dua.Cepat aku makan nasi minyak nanti"kata Khung.

"Eh,jauh ke situ pula kau punya cerita.Sudah-sudah,cepat tolong aku angkat semua masuk lepas itu kita pergi makan di luar,kau belanja!"kata Nagel.

"Eh,nape pulak aku.Kau yang ajak aku tolong,sepatutnya kau yang belanja aku sebab tolong kau.Ini terbalik!"balas Kjung.

"Eh,aku gurau la.Hahaha.Dah aku belanja lah sebab kau tolong aku."

"Aku tolong 2 dalam 1 tahu.Bab rumah dan bab hati.Jadi ada extra sedikit belanja"usik Kjung.

"Merepek,kau memang beginikan sejak dari dulu kita kenal di akademi dulu.Hahaha"

Dua rakan itu tergelak di dalam rumah.Rakan lama sejak dari mereka laporkan diri di akademi dan mula bertugas dahulu.

Sesudah seminggu berpindah,setelah petang Nagel pulang dari kerja dan keluar dari kereta.Dia membuka pintu belakang untuk mengambil beg dan barang yang dibeli tadi.Sebuah bantal kekabu baru.Nagel menutup pintu semula.Kebetulan dia menoleh ke kiri.Gadis sebelah sedang mengangkat baju dari ampaian.Nagel terasa ingin menegur.

"Hai,awak jiran sebelah"

Gadis itu terkejut dan memandang ke arah Nagel.Dia hanya berdiam saja.Tidak balas dan cepat-cepat mengutip dan masuk ke dalam.

Nagel hanya diam.Tiada balasan dalam teguran tadi.Dia berjalan masuk ke dalam rumah.

"Salah masa,hmm..tidak mengapalah"

Malam itu,Nagel menonton televisyen di rumahnya.Dia sedang duduk di sofanya.Waktu itu jam sudah menunjukkan waktu 2 pagi.Siaran bola masih bersiaran langsung.

Tok....tok...

Bunyi sesuatu diketuk.

Nagek berasa pelik.Waktu begini ada orang ketuk pintu.Dia bingkas bangun.Diselak langsir di pintu kaca gelongsor.Lalu diperhatikan siapa yang mengetuk itu.Lalu dilihat tiada orang di situ.Pelik.

"Bunyi pintu rumah sebelah kot,"kata hati Nagel.

Dia terus duduk semula dan menonton siaran bolasepak itu.Dia mula terlelap seketika.

Tok...tok...tok...

Bunyi itu bergema kembali.Nagel masih mamai dan mengantuk.Lalu dia tidur semula.

Keesokan pagi,Nagel terbangun.Hari sudah cerah.Hari itu hari cuti.Nagel akan bangun sedikit lewat.Dia bingkas bangun dari sofa itu.Dia menuju ke bilik air.Sedang dibuka pili air untuk membasuh muja,kelihatan seperti air yang keluar dari pili itu bertukar menjadi merah kehitaman.Nagel terkejut.Lalu ditutup matanya.Dibuka kembali,air adalah jernih normal.

"Mungkin imaginasi saja"kata Nagel.

Malam itu Nagel baring saja di rumah.Kerana kawannya Kjung tiada.Jadi dia banyak habiskan masa menonton televisyen di rumah.Tapi petang tadi,semasa dia mencuci kereta,Nagel perasan yang gadis sebelah itu cuba menyapu halaman rumah.Tapi Nagel enggan menegur kerana semalam dia mendapat sambutan dingin dan malu.Dia hanya meneruskan membasuh keretanya.Tapi dia sempat menoleh melihat sebentar dan meneruskan kerja pembasuhan itu.

Nagel mula baring di sofanya.Lalu dia terlelap.

Tok...tok...tok...

Bunyi itu bergema kembali.Nagel mula bangun.

Makin kuat bunyi itu.Diamati bunyi itu.Bukan dari pintu.Tapi dari dapurnya.Dia bingkas bangun.Jam menunjukkan 3 pagi.Sedang dia membuka suis lampu.Kelihatan kelibat sesorang di dapur.

Nagel terkejut.Kelibat itu menyerupai seorang perempuan.Dia sedang memegang kayu dan mengetuk papan pemotong kayu.Nagel berasa sangat seram.Dia mula berlari mencari kunci rumah.Sedang dia mula membuka pintu,leher dia terasa seperti rambut yang menyapu lehernya.Nagel mula terketar-ketar sambil membuka pintu besi grill.Sedang dia hendak membuka dia menoleh,tiada apa-apa.Dia terus membuka dan berlari ke arah keretanya.Sedang dia membuka pintu keretanya,ada kelibat perempuan yang memeluk dia.

"Apakah ini" kata hati Nagel.Nagel mula pengsan kerana ketakutan.

Keesokan paginya,Nagel dikejutkan oleh jirannya yang berada di sebalik pagar.Gadis itu menggunakan kayu untuk mengejut Nagel dari celah pagar.Ditolak-tolak bahu Nagel yang masih terbaring di kerusi keretanya ketika keadaan pintu masih terbuka.

"Awak...Awakk...bangun...bangun.."kata gadis jiran itu.Nagel tersentap bangun dan terkejut oleh tolakan kayu di bahunya.

"Arghhhhh..."jerit Nagel yany terkejut dan memandang ke arah gadis jiran itu.

"Awak sudah mengapa terjerit-jerit ini!!!!"Saya hanya mahu kejutkan awak..dan mengapa awak tidur di dalam kereta ini????"balas gadis jiran itu.

"Eh..mengapa saya berada di sini?"

"Itulah yang saya mahu tanya,tapi mengapa kamu yang bertanya soalan balik?"

"Hmm..saya pun tidak tahu.Tidak mengapalah,terima kasih kejutkan saya."

"Awak,saya nak tanya"

"Hmm..tanyalah"

"Sebelum ini pernah ke berlaku perkara pelik-pelik sebelum saya pindah ke sini?"

"Hmm..Tapi saya tidak pasti.Kerana dahulu penyewa terus berpindah keluar.Tergesa-gesa."

"Oh..ye ke..Tidak mengapalah."

"Awak,..siapa nama awak?"

Gadis itu merenung lagi.

"Asyik tanya nama saja."

"Okeylah,saya tidak akan tanya lagi"

"Clarissa,awak?"

"Nagella,tapi panggil saja Nagel.Sedap nama awak."

"Nama awak pun apa kurangnya.Sedap.Macam nama jenama sesuatu.Coklat kan."

"Eh..tak la begitu.Clarissa pun macam nama jenama beg tangan kan.."

"Eh...eh..dia perli kita pula.Okeylah..saya mahu siap pergi kerja.Saya lewat sebab kejut awak.Pergi dahulu,bye"kata Clarissa.

Nagel hanya senyum saja melihat gadis itu masuk ke dalam kereta.Kereta itu terus hidup dan keluar dari pagar.Nagel hanya melambai saja.Tapi tiada balasan.

"Clarissa..sedap namanya"

..............

Malam menjelma.Nagel masih mengemas saki baki dalam rumah.Disusun barangan itu satu persatu.Perabot diletakkan di posisi masing-masing.

"Fuh..penatnya.Banyak juga perabot aku walaupun masih bujang."kata Nagel.

Kedengaran bunyi enjin kereta memasuki rumah sebelah.Nagel bergegas membawa sesuatu dan keluar.

Tapi dilihat kereta yang berlainan.Kereta tadi berwarna putih.Yang masuk ini berwarna kuning.Jenama masih sama.Perodua Myvi.cuma berbeza warna saja.

"Eh,orang lain.."kata Nagel.

Seorang perempuan keluar dari kereta itu.Perempuan itu macam perasan Nagel berada di sebalik pagar itu.Perempuan itu tersenyum.

"Awak jiran baru ye!"

"Ya,ehmm..saya mahu tanya?Kereta putih itu...nama dia..."

"Clarissa...owh..dia bekerja di hospital sebagai jururawat.Jadi awak sudah bersembang dengan dia."

"Ah..ye..Clarissa.Bila dia mahu pulang?"

"Owh..dia shift 24 jam hari ini,mungkin pagi esok pulang jika tiada apa-apa.Ada apa yang saya boleh bantu atau ada apa-apa yang kamu..."tanya perempuan itu yang sambil tersenyum melihat reaksi Nagel.

"Hmm..tidak ada apa-apa.Encik"

"Mana mungkin tiada apa-apa.Owh ye..siapa nama kamu encik?"

"Nagella,panggil Nagel saja."

Perempuan itu menutup mulut seperti menahan gelak.Kemudian dia berhenti sejenak.

"Maafkan saya.Nama kamu itu.Minta maaf.."

"Mengapa?"

"Seperti nama perempuan.Maaf sekali lagi.Saya tidak mampu tahan..."dia tergelak lagi.

Perempuan itu akhirnya cuba menahan diri.

"Ehmmm..maafkan saya.Saya tidak boleh tahan gelak bila ada sesuatu yang lucu."

"Ya,saya faham.Sudah biasa.Dont worry."

"Okey,saya nampak encik...Encik Nagel bawa sesuatu..ada apa-apakah?"

"Owh ini...sebenar untuk Clarissa...sebab dia tolong saya pagi tadi."balas Nagel.

"Owh..begitu.."

"Eh..awak nama siapa?"

"Haa.. dah lama baru nak bertanya sampai terlupa...gurau saja..Medika...panggil Dika saja..."

Okey,Dika...cantik nama..ini buah-buahan..Kamu berdua makan taw..untuk kamu berdua..dan ucap terima kasih saya kepada Clarissa juga."

"Baik,Encik Nagel.Terima kasih.Nampak sedap buah-buahan ini." 

"Sama-sama.Okey saya masuk dulu.Ada sedikit kerja.Bye Dika..."kata Nagel.

"Baik..Encik Nagel.."

...............

Malam itu Nagel menonton televisyen.Seperti biasa,Nagel terlelap.Televisyen masih terpasang.

Kedengaran seperti tumbukan lesung di dapur.

Tuk...tuk...

Tuk...tuk...

Nagel tersedar.Kemudian dia terdengar lagi seperti ketukan lesung.

"Eh,siapa yang tumbuk sambal pagi-pagi buta lagi.Jiran kot."

Truttttt...truttttt...

Bunyi golekan guli..

"Hmm...anak siapa yang main guli pagi-pagi buta ini."

Tump...Tump....

Bunyi lompatan pula..

"Aishhh...sapa pula melompat-lompat.."

Nagel masih mamai lagi.Dia terlelap kembali.

Woishhhhh....woishhh

Bunyi siraman air bagai orang mandi pakai gayung.

Nagel terbangun.Dia terdengar sesuatu dari bilik air.Dia masuk ke dalam bilik air.Tiada apa-apa.Hanya paip air saja terbuka.Sedang dia menoleh,ada lembaga berpakaian putih berambut panjang tercegat di hadapan pintu.Nagel sangat terkejut lalu jatuh dalam bilik air.Dia pengsan terus.

.............

Nagel tersedar.

"Eh..dimana aku ini?"

Nagel membuka mata perlahan-lahan.Kelopak dia kabur tapi lama kelamaan nampak jelas.Datang seorang perempuan berpakaian putih datang berhampiran.Dia seperti terbaring di atas katil.

"Eh..." Nagel yang agak sedikit terkejut.

"Encik Nagel,Encik Nagel.. kamu okey?"

"Ehmmm...saya okey.Dimanakah saya?"

"Kamu di hospital,Encik Nagel."

"Owh. Apakah yang telah terjadi pada saya?"

"Kamu jatuh dalam bilik air,nasib jiran kamu dan kawan kamu hubungi hospital,dan sudah 3 hari kamu di hospital ini."

"Owh.. saya tidak sedar apa yang berlaku."

"Encik Nagel,ini sayalah.Clarissa,kamu masih ingat lagi?"

Nagel menoleh ke arah Clarissa.

"Owh..ya..saya ingat."

Clarissa tersenyum.

"Kamu nampak segak dan lain dalam uniform jururawat."

"Yeke,terima kasih."

"Saya...aduh..."

"Cuba jangan banyak bergerak,Nagel"

"Saya mahu periksa kesihatan awak,nampaknya kepala awak nampak semakin okey.Kesan terhantuk pada lantai.Bahaya taw."kata Clarissa sambil membuka balutan pada kepala Nagel.

"Saya tidak ingat apa yang berlaku tapi terima kasih kerana jaga saya"

"Awak,terima kasih kerana bagi buah pada kami hari itu.Saya tidak sempat ucap terima kasih"

"Sama-sama"

"Clarissa...saya ..saya..."

"Ya,kenapa tergagap-gagap ini?"

"Saya...suuu..kaaa...kan awak"

Muka Clarissa merah padam mendengar perkataan itu.Dia tidak menoleh ke arah Encik Nagel.Dia melihat skrin alat bantuan pernafasan itu dan cuba-cuba buat tidak tahu dengan reaksi dari Nagel itu.Dia cuba mengambil picagari.Ubat penahan sakit.

"Saya sukakan awak Clarissa,sejak saya terpandang awak kali pertama"

"Eh..encik...Encik Nagel,jangan buat begini.Malu saya."

"Clarissa,minta maaf.Itulah kata dari hati saya"

"Hmm..tidak perlu minta maaf.Encik Nagel"

"Aduhhh...sakit".

"Ini bagi penenang.Kasi tenang dulu,sekarang bukan masa sesuai untuk sesi luahan hati.Okey.Bertenang dan berehat sampai pulih.Jadi Encik Nagel.Duduk rehat,bertenang dari fizikal dan juga mental.Termasuk untuk hati juga"

"Kasar juga si Clarissa,ini"

"Ini saja cara nak kasi "ubat" untuk sakit fizikal dan juga dalam "hati"."

"Ehmmm...Clarissa.."

"Encik Nagel.Bertenang"

Mata Nagel mula tertutup perlahan-lahan.

.............

Nagel membuka mata semula.Dia melihat keliling wad itu.Pelbagai pesakit berada di keliling katil dia.Suasana masih riuh rendah.Pelbagai reaksi pesakit.Ada yang sedang baring.Ada yang sedang makan.Ada yang sedang bercakap dan bersembang dengan pelawat.

Nagel bangun.Dia sudah semakin okey.Sakit di kepala sudah berkurangan.Nagel terasa lapar.Tiba-tiba Clarissa datang,

"Encik Nagel,kamu sudah sedar"

"Ya,saya berasa sangat lapar"

"Okey,nanti saya panggilkan untuk hantar makanan untuk kamu"

"Baik,terima kasih,Clarissa"

Selepas beberapa lama,troli membawa makanan tiba.Diletakkan di atas meja bergerak tepi katil.

"Okey,ini makanan kamu,kamu boleh makan sendiri kan?"

"Ehmm..saya rasa tidak larat..mengigil badan..tak makan lama kan..tenaga tiada"

"Ehmmm.."

"Tolong suapkan"

"Encik Nagel,saya banyak kerja lagi..."

"Pleaseeee..."

"Okey,tapi stay silence.Hanya buka mulut dan makan.Dan jangan bercakap tentang apa-apa.Hanya makan dan kunyah"

Clarissa menarik kerusi letak di tepi.Dia duduk sebentar di tepi katil Nagel.

"Buka mulut"

Nagel membuka mulut dan menerima suapan dari Clarissa.

"Kunyah saja"

"Hmmm.."

"Kalau rasa nak tercekik,beritahu saya.Ini airnya"

"Clarissa,saya...suka tengok awak"

"I say dont say anyword except you mengunyah saja"

"Garangnya awak"

"Eh...anyword lagi.U makan sendiri"

"Okey.."suara Nagel seperti serak kesedihan.

Clarissa tergelak melihat reaksi itu.Nagel melihat Clarissa yang tersenyum.

"Koff...koff.."

"Kan dah batuk..masa makan jangan bercakap,kan dah bagitahu tadi"

"Ehemmm..."

"Tercekik...nah air"

Gluppp..glupppp ..

"Haa..jangan gelojoh minum air"

"Baik...."

"Nah..."

"Remember..ngap..ngap..dont say anything until you feel kenyang"

"Okey..sayang.."

Clarissa merenung kembali.Kali ini lebih tajam pandangan itu.Merah padam muka Clarissa.

"Okey,i just eat."

"......."

Tiada ayat yang keluar lagi dari Clarissa.Hanya renungan saja sambil tangan menyuap satu persatu sehingga habis.

"Okey.Sudah habis.Saya pergi dulu.Nanti jika lapar lagi,tunggu petang,u boleh makan sendiri"

"Terima kasih,"

Clarissa bangun dan terus pergi dari situ.Nagel hanya melihat saja.

.............

"Bagaimana kesihatan kamu?"

"Okey dah,doktor kata mungkin boleh discharge esok"

"Hmm..okeylah."

"Terima kasih bro,datang tolong aku pagi itu."

"Hmm..sama-sama.Kita kan kawan.Kenalah bantu membantu"

"Owh ye,apa yang terjadi pagi itu?"

"Aku datang ke rumah kau.Aku lihat ketuk pintu,macam tiada jawapan.Jadi aku hubungi telefon bimbit kau.Tapi aku macam dengar telefon itu dalam rumah.Aku syak macam ada sesuatu.Lama juga aku tunggu dan tiada jawapan,jadi aku telefon bomba.Bomba datang dan potong pintu.Lepas itu aku jumpa kau dalam bilik air,berlumuran darah di kepala.Nasib gadis jiran sebelah datang adalah jururawat,dia cepat-cepat rawat kau sementara ambulans datang,nasib ada dia,kalau tidak tak tahu apa akan jadi."

"Maksud kau,Clarissa?"

"Owh..kau dah tahu nama dia.Ya.Bagus."

"Ya,Clarissa."

"Jadi kau sudah maju kedepan,hehe"

"Eh...aku belum ada apa-apa lagi."

"Bro,jangan tunggu lama."

Clarissa muncul membawa peralatan pemeriksaan kesihatan.

"Kebetulan,bro,dia datang nie"

"Shhhh...."Nagel membuat isyarat senyap pada Kjung.

"Encik Nagel,sudah okey?Sudah makan?Saya mahu periksa kesihatan kamu.Jika sudah makan,bagus"

"Sudah,"

"Clarissa,tidak perlu periksa saya,saya sudah okey"

"Encik Nagel,ini kerja saya"

"Hmm..baiklah"

Kjung berdiri di tepi memberi isyarat pada Nagel.Nagel memandang Kjung sambil mengeleng kepala isyarat tidak.

"Hmm..Encik Nagel,saya sudah periksa,tekanan darah okey normal,paras gula okey normal.Tekanan jantung pun okey.Jadi saya akan maklumkan doktor untuk periksa kamu.Doktor akan beri keputusan nanti.Esok kamu boleh discharge."

Kjung memberi isyarat jari menunjukkan bagus kepada Nagel.Nagel mengeleng-geleng kepala lagi kepada Kjung.

"Kenapa kamu gelengkan kepala,Encik Nagel?"tanya Clarissa.

"Eh..tak saya suka duduk hospital lama-lama.Lagi-lagi ada bidadari cantik di sisi"

Kjung menahan ketawa dengan tangan.Tersengih-sengih melihat reaksi kawannya itu.

Muka Clarissa merah padam lagi.

"Begini,nanti bila sudah keluar,saya akan buat keputusan,jangan terlalu mengharap sangat,nanti kecewa."

Nagel terdiam.Tapi rakannya itu tersenyum di belakang Clarissa.Dia masih memberi semangat dan memberi isyarat tangan bagus.

"Baik,saya pergi dulu"

Clarissa pergi dari situ membawa peralatan tadi.

"Masih ada harapan lagi,bro"

"Hmm..."

"Ingat,masa dia tolong rawat kau di rumah dulu.Aku nampak dia sukakan kau.Aku lihat semuanya.Cuma kau kena beri sedikit masa lagi pada dia."

"Yelah.."jawab Nagel yang masih kecewa.

..............

Nagel pulang ke rumah.Kjung menghantar dia pulang.

"Nagel,aku ada hal,aku kena pulang dulu.Kalau ada apa-apa,hubungi aku,okey"

"Baiklah,"jawab Nagel.

Nagel membuka pagar.Nagel kemudian masuk.Dia melihat rumah sebelah.Kereta Myvi putih itu ada.Jadi Nagel faham.Dia menutup pintu pagar semula.

Nagel terus menuju ke pintu rumahnya.Tapi dia perasan ada kelibat di sebalik tingkap rumah sebelah.Seperti ada orang memerhatikannya.Nagel buat-buat tidak tahu apa-apa.Terus dia membuka pintu.

"Encik Nagel"

Nagel menoleh.Rupanya Medika.

"Kamu dah okey?"

"Ya,saya sudah okey dan kuat cergas"

"Haa..Bagus."

"Kejap,Encik Nagel.Saya ada sesuatu untuk kamu"

"Haa..ada apa?"

"Ini dia,hadiah kami"

"Eh..tak paya susah-susah.Kamu doakan saya pun ok,tak perlu bagi hadiah.Susahkan kamu saja."

"Ini dari saya dan Clarissa.Clarissa segan nak jumpa kamu." 

"Owh..takpelah.Kamu simpan saja."

"Laa..Encik Nagel ini degil la.Sudah sombong sekarang"

"Tidak mengapa.Saya minta maaf banyak-banyak Dika.Saya mahu berehat.Terima kasih banyak-banyak."

"Kalau Encik tak mahu terima,ertinya Encik Nagel tidak hargai kami,puas Clarissa buat untuk kamu"

"Okey,bak sini.Terima kasih"

Dika menyerahkan hadiah itu kepada Nagel.

Nagel menunduk dan tersenyum.

"Baik,terima kasih sekali lagi,segan saya"

Nagel masuk ke rumah membawa hadiah tadi.

Buah-buahan yang diikat pada bakul tertulis

"Get Well Encik Nagel,Semoga cepat sembuh - from Clarissa dan Medika"


...........

Nagel duduk termenung.Banyak perkara difikirkannya.Jadi dia menonton televisyen.Tapi kejadian yang berlaku di rumah itu dia tidak dapat ingat apa yang sebenar berlaku.Dia bimgung.

Nagel duduk memerhatikan sekeliling.Kemudian dia duduk,ubat telah ditelan.Dia meneguk secawan air kosong.Kemudian ubat itu memberi kesan,dia mula mengantuk.Sedang dia ingin lelap.Dia ternampak sesuatu.Sekujur tubuh berkain putih sedang memerhatikannya.Nagel cuba mengosok matanya.Dia cuba bangun untuk lihat lebih dekat.Setelah dia datang menghampiri lembaga itu.Dia terkejut dan tergaman.

"Clarissa,kamu ke itu?"

Lembaga itu diam.Nagel cuba memerhati lagi.Ia saling tidak tumpah seperti Clarissa.Lembaga itu cuba menolak Nagel.Dia memegang tengkuk Nagel seperti ingin mencekik dia.

"Clarissa,jangan buat begini.Tolong....

"Jangan kacau atau berkawan dengan Clarissa"

"Mengapa Clarissa?Aku sukakan kau..."

"Aku cakap....jangan kacau...atau berkawan..dengan Clarissa"

"Mengapa?" tanya Nagel sambil cuba menarik nafas akibat dicekik.Ditolak ke sofa.

"Aku Marissa,kembar Clarissa.Ingat,jika kau kacau adik aku,hidup kau tidak tenteram."

Lepas itu,lembaga tadi terus hilang.Nagel terus terbaring di atas sofa samada dia pengsan atau kesan ubat yang dimakannya.

...........

Nagel menjalankan rutin biasa setiap hari.Dia pergi kerja dan pulang kerja.

Dia sudah jarang lagi keluar di anjung untuk bersembang dengan jirannya.Dia hanya cepat-cepat turun kereta dan bergegas masuk rumah.Tidak mahu terserempak dengan jirannya.Kalau diikutkan dia mahu pindah saja,tapi masakan dia mahu cari rumah lain.Dia sudah serik berpindah.Ini adalah peluang dia kerana dia naik pangkat.Sejak itu tiada lagi peristiwa misteri berlaku.

Begitulah dalam masa sebulan lepas peristiwa itu.

Satu hari ketika Nagel pulang.Dia perasan ada seorang memerhatikannya di pagar ketika dia sedang masukkan kenderaan.Dia cepat-cepat bergegas mengambil beg dan keluar.Ketika itu dia terjatuh kunci keretanya.Dia menunduk ambil.

"Adoi..boleh jatuh pula kunci ini"

"Awak..Encil Nagel.."

Nagel cuba pura-pura tidak dengar.Dia cuba membuka kunci rumah.

"Awak...."

"Alamak..."hati Nagel berdebar-debar.Dia dalam dilema.

"Awak...cuba awak pandang sini,Encik Nagel,saya tahu saya silap"

Nagel cuba menoleh.Dilihat wajah Clarissa itu.Jauh dalam hatinya,dia masih sukakan gadis itu.

"Okey,sebenarnya saya silap.Saya tidak sepatutnya meluahkan perasaan saya.Jadi lebih baik kita begini saja.Pura-pura seperti tiada apa yang berlaku."

"Pura-pura?"

"Ya,tiada apa yang berlaku"

"Awak..."

"Okeylah,saya mahu berehat."

"Awak...hmm..bagaimana perasaan saya? Saya tidak boleh pura-pura.Saya...."

"Sebenarnya..."

Hati Nagel berdegup kencang.Tapi tiba-tiba dia merasa macam ada sesuatu aura yang seperti mengancam dia dari jauh.

"Jangan beritahu saya...please...."

"Awak...janganlah begini.Bila awak buat begini,saya rasa bersalah sebab mungkin awak ingat saya mainkan perasaan awak,tapi saya belum lagi memberikan jawapan perasaan saya pada awak,cuma awak tidak beri peluang dan masa untuk saya beritahu dan awak cuba banyak kali mengelak dari saya,saya cuba beritahu jawapan saya"

"Clarissa,maafkan saya.Saya sebenarnya dalam dilema"

"Dilema?Cuba awak beritahu saya?Adakah awak sudah ada teman wanita lain?"

"Bukan,perkara lain."

"Hmm..beritahulah saya"

"Hmm..bukan disini."

Nagel memerhatikan keliling.Dia seperti trauma.Ada aura seperti ingin membunuhnya.

"Clarissa,awak sudah makan?"

"Belum,mengapa?"

"Saya mahu mengajak awak makan malam.Sudikah awak temankan saya makan bersama-sama?Saya rasa pelik nak masuk rumah sekarang,macam ada sesuatu"

"Baik.Awak tunggu saya bersiap dahulu.Nanti awak naik kereta saya,biar saya pandu"

"Eh,tak..Saya pandu,naik kereta saya."

"Tidak,saya kata biar saya pandu,naik kereta saya"kata Clarissa yang agak tegas.

"Baik,saya tunggu."

Nagel tadi ingin masuk rumah jadi terberhenti seketika.

"Eh,baju aku bau peluh,bagaimana aku mahu pergi keluar makan dengan Clarissa ini?"

Ada aura yang sangat jahat di rumah ini.

"Aduhai,hmmm..demi Clarissa aku sanggup berhadapan dengan kejahatan Marisssa."

Nagel menarik nafas dan masuk ke dalam rumah.Rumah dalam keadaan okey.

"Fuh....lega"

Ketokkkk....

Kepala Nagel diketuk

"Wei,Nagel..."

Nagel memandang di tepi.Marissa ada di situ.

"Aku dah cakap...jangan kacau atau kawan dengan adik aku,mana-mana lelaki yang dahulu kawan dengan adik aku..semua aku ganggu sehingga mereka lari ketakutan,hidup kucar-kacir,sehingga menyesal dan tidak mahu lagi berkawan dengan Clarissa"

"Mengapa hanya lelaki?Medika pun kau kacau ke?"

"Aku hanya ganggu lelaki sahaja,perempuan terkecuali"

"Marisssa,tolonglah..ampunkan aku..kau nak bunuh aku..bunuhlah..aku sukakan adik kau..kau belahlah dada aku"

"Okey,kau ingat aku tak berani bunuh kau dan belah dada kau?Dah lama aku tak merasa darah."

"Tolong...aku sukakan adik kau..aku sayangkan dia.."

"Tadi kata berani,demi Clarissa,aku sanggup berhadapan dengan kejahatan Marissa"

"Hmm..."

"Hahahaha...aku tiadalah jahat sangat.Tapi ingat,aku perhatikan kau.Ingat,jika kau sakiti Clarissa,aku bunuh kau"

"Tapi hari itu,kau sebenarnya nak bunuh aku dalam hadapan bilik air itu"

"Owh..bukan aku wei...kau yang terkejut beruk.Pastu pengsan,kepala terhantuk.Aku pun terkejut juga.'

"Owh...yeke.."

"Wei...aku bagi peluang,ingat...kau mainkan perasaan atau sakiti Clarissa..."

Marissa membuat tangan seperti ingin mememenggal kepala.

"Ini...nasib kau...Ingat..."

Nagel menarik nafas.Aura itu masih mengancam.Nagel mengangguk.

Kemudian lembaga itu hilang lagi.Nagel masuk dan bersiap untuk keluar makan.

...............

Clarissa dan Nagel berada di sebuah restoren.Restoren itu mempunyai suasana yang nyaman dan tidak sibuk.Pilihan restoren itu tepat.Suasana tidak riuh rendah dan tidak ramai orang.Ia merupakan pilihan Clarissa,kerana Nagel masih baru tinggal di situ.

Nagel cuba menarik kerusi untuk Clarissa.

"Silakan duduk,Cik Clarissa."

Clarissa senyum.Nagel kemudian menarik kerusi dan duduk.Kemudian datang seorang pelayan.

"Boleh saya amik pesanan?"

"Baik,saya tengok menu dahulu"

Nagel memerhatikan menu itu.Ada suara tiba-tiba bersuara di telinga Nagel.

"Clarissa tidak suka pedas,juga masakan yang terlalu manis atau masin,dia suka sesuatu yang masam macam mangga,buah dan juga sesuatu yang berkrim macam aiskrim.Ingat Nagel...janji kau pada aku.. dan jangan kedekut,aku tahu kau kaki jimat cermat..sudah lama aku perhatikan kau"

Gullppppp!!!!!

Nagel menelan air liur dia.

Clarissa memandang Nagel.

"Awak mengapa?

"Tiada apa-apa..hahaha"

"Aduh...Marissa ini mengikut aku ke mana-mana saja ke..masak begini..."kata hati Nagel.

"Awak pesanlah,saya ikut saja..janji bukan..."

"Pedas,tidak masin dan manis.Sesuatu yang masam dan ada krim"

Clarissa terpegun sebentar.Belum lagi menghabiskan ayat dia tapi telah disambung oleh Nagel.Seolah-olah dapat membaca sesuatu.

"Kamu pernah intip saya ke sebelum ini,bagaimana kamu tahu kegemaran saya dan apa yang tidak saya suka?"

"Tidak...saya pandai baca muka orang..sekali tengok sudah tahu..."bohong si Nagel.

Sesudah mereka memesan pesanan.

Nagel diam sebentar.Clarissa juga diam.

"Cakaplah sesuatu...jangan tercegat macam orang bodoh.."suara misteri itu bersuara lagi.

"Ah...Clarissa..awak sangat cantik hari ini"kata Nagel yang tersentak dengan suara bisikan misteri itu.

Clarissa senyum.Muka dia merah padam.Tapi dia cuba menyembunyikan perasaan dia.Jadi dia cuba seperti buat tidak tahu dengan pujian itu.

"Tiadalah,saya biasa saja.Kamu yang nampk segak dan bergaya"

"Terima kasih"

Suasana jadi diam.Disebabkan tidak mahu diganggu suara misteri itu lagi.Nagel bersuara kembali,

"Okey,kita sudah berada di sini.Awak kata mahu beritahu saya sesuatu?"

Clarissa diam.

"Begini...saya tahu perasaan awak kepada saya.Tapi saya tidak mahu sakiti awak atau melukakan perasaan awak.Saya..juga ada perasaan yang sama pada awak."

Nagel terbatuk seketika.

"Maafkan saya,saya suka pada awak,Nagel..tapi..."

"Tapi mengapa Clarissa?"

"Saya ada pengalaman hitam.Setiap kali saya rapat dengan lelaki,akan ada malapetaka atau kejadian buruk menimpa pada lelaki tersebut"

"Jadi...itukah sebab awak selalu tidak mengendah perasaan saya selama ini?"

Clarissa mengangguk.

"Ya,itu salah satu sebab.Ada juga sebab lain."balas Clarissa.

"Ya,beritahu saya,Clarissa"balas Nagel yang penuh tanda tanya di pemikirannya.

"Saya ada kembar.Dahulu masa saya lahir.Kami berdua dilahirkan.Tapi kakak saya dipisahkan dari saya diambil oleh satu agensi kerana kakak saya sakit.Kami diberi nama Clarissa dan Marissa."

Nagel tersedak ketika dia meneguk air kosong itu.Dia memegang kerongkong seperti kesakitan

"Awak okey,Nagel?"

"Ehmmm...saya..okey.Maafkan saya.Teruskan,Clarissa"

"Kakak saya telah meninggal tidak beberapa selepas itu,walaupun dia sudah tiada tapi dia seperti ada di sisi saya.Ikatan emosi dan pertalian darah antara kami kuat.Ada ketika saya rasa dia ada dalam membantu saya dalam keadaan berbeza dan saya.. ada kuasa psikik,mungkin dari bantuan roh kakak saya"

Nagel terdiam dan terkejut. 

"Lagi satu,saya minta maaf.Mungkin peristiwa yang terjadi pada kamu itu adalah perbuatan kakak saya.Maafkan saya,Nagel."balas Clarissa yang dalam keadaan sedih.

Air yang berada di dalam cawan di atas  itu bergegar.Nagel melihat situasi itu.Pinggan itu terapung seketika.Termasuk sudu dan garfu.Dan kemudian turun semula.Nagel seperti ketakutan dan diam.Nasib ketika itu tiada orang di keliling,yang ada hanya Clarissa dan Nagel.

"Inilah yang saya mahu beritahu,kuasa saya jika saya dalam keadaan emosi"

"Maafkan saya,Clarissa.Saya rasa saya perlukan masa untuk memahami semua ini"

"Saya sukakan awak,sayangkan awak tapi saya juga takut melukakan dan akan mencederakan awak disamping kakak saya yang boleh mengancam awak.Semua teman-teman lelaki saya dahulu amat ketakutan dan menjauhkan diri dari saya"

"Clarissa,saya sayang awak.Biarpun saya tak memahami apa yang berlaku,saya tetap sukakan awak,biarpun Marissa cuba bunuh atau cederakan atau ingin belah dada saya,saya masih sukakan awak biarpun apa yang terjadi,saya tidak akan tinggalkan awak dan akan sentiasa berada di sisi awak,saya akan bantu awak"

"Terima kasih,Nagel"senyum Clarissa memandang Nagel.

"Jadi awak sudah bertemu dengan "kakak" Marissa?"

"Iya" angguk Nagel yang masih tersenyum.

Kemudian datang hidangan yang dipesan tadi.Mereka hanya memandang satu sama lain 

"Just eat..jangan kata apa-apa.Ingat hanya suap..kunyah..minum saja"kata Marissa sambil senyum lagi.

"Ya,hanya itu saja"balas Nagel.

Mereka makan dan tidak berkata apa-apa.Hanya makan dan memandang antara satu sama lain.

"Haa..sebab itu aku uji si dungu ini,jadi dia telah melepasi beberapa "ujian" aku,nampaknya boleh tahan si dungu ini...tidak macam yang lain-lain...Bagus..tapi ia belum berakhir lagi..."kata Marissa yang memerhatikan tidak jauh dari situ.

...................

Tamat.

Kisah ini akan bersambung pada kisah seterusnya dalam tajuk seterusnya bertajuk Clarissa dan Marissa.

Nukilan hasil SpartaBatKing.