Tuesday 12 October 2021

Seram Bab 8 "Monumen"

 "I Am Monument to All Your Sins"

"Saya adalah monumen kepada semua dosa anda"

Gori ingin pulang ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur.Dia sudah lama tidak pulang ke kampung halaman kerana musim Pandemik Covid-19 ini sejak Disember 2019 melanda negara.Gori seorang yang agak OCPD (Obssesive-compulsive personality disorder atau Obsesif Kompulsif Personaliti) tentang penyakit atau kebersihan sejak dari kecil.Dia sering merasa takut dan merasa seperti ada kuman dan virus melekat padanya.Ketika kecil dia sering dimasukkan ke wad pediatrik kerana sesak nafas,asma,alahan dan anafilaksis.Jadi disebabkan pengalaman dan trauma dari kecil yang hampir mengancam nyawanya,dia akan berhati-hati dan menjaga kebersihan dari habuk,debu dan allergen serta apa saja yang akan menyebabkan dia dari mendapat komplikasi penyakit yang dihidapinya.Dari kecil,remaja dan seterusnya dewasa,Gori menjadi terlalu sensitif kepada kebersihan dan penyakit terutama jenis penyakit berjangkit.Dia akan jadi paranoid dan seperti orang gila.Mengumpul bekalan makanan,bahan penyahkuman,ubat-ubatan,sumber suplemen untuk penyakitnya dan alatan sanitasi serta air bersih.Disebabkan tabiatnya itu ramai rakan-rakannya mengasingkan diri dan menjauhkan diri daripadanya.Dan ada mengatakan dia sudah gila.Gori tidak suka berkongsi barang dan tidak suka barang atau sesuatu miliknya disentuh orang lain termasuk makanan.Pasti barang itu akan disanitasikan atau dibuang jika merasa ia tidak dapat diselamatkan atau dipegang oleh orang lain.

Gori juga tidak suka asap rokok,habuk dan ekzos kereta.Sebelum Pandemik Covid-19 lagi.Gori sudah memakai pelitup muka terutama ketika musim jerebu sering melanda dari negara seberang,Indonesia.Dia juga sering memakai pelitup muka,kain Buff,kain skarf atau Balaclava untuk memanaskan dirinya juga terutama di dalam kondisi penyaman udara kerana kerana baginya udara dari penyaman udara seperti "kering" dan tidak segar menyebabkan hidungnya mudah tersumbat atau mudah selsema.Gori amat sensitif pada kualiti udara yang disedutnya.Dia juga membeli topeng gas gred tentera yang diimport untuk keselamatan diri dan pernafasannya.Disebabkan dia terlalu sensitif,dia tiada ramai rakan.Tapi dia dilahirkan dengan otak yang sedikit genius.Maka dia menggunakan otaknya untuk dia hidup dan survival di dunia ini walaupun dia bukanlah sempurna.

Ketika Pandemik Covid-19,Gori telah menutup semua saluran media sosialnya untuk mengelakkan dia menjadi lebih paranoid dan takut.Lebih-lebih lagi kes meningkat dengan mendadak naik.Berita di televisyen juga tidak dilihat kerana takut dengan perkembangan kes Covid-19 yang meningkat dan semakin meningkat setiap hari termasuk kes kematian.Dia hanya mendapatkan maklumat yang tertentu saja mengenai vaksin Covid-19.Pelbagai berita palsu dan momokan tentang keburukan dan kelebihan Vaksin Covid-19 juga tersebar antara golongan Anti-Vaksin dan Pro-Vaksin.Suasana ketika itu masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan atau dipanggil PKP yang menyebabkan seluruh rakyat berada di bawah perintah berkurung kecuali anggota barisan hadapan dan perkhidmatan penting saja dibenarkan beroperasi yang bermula sejak bulan Mac 2020.Peningkatan kes yang naik mendadak selepas PRN di Sabah menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah dengan melaksanakan PKP 2.0 dan PKP 3.0 yang bermula Januari 2021.Gori hanya membaca seimbas lalu di surat khabar.Dia keluar memakai dua lapis pelitup muka dan memakai sarung tangan plastik serta pelindung muka plastik untuk pergi mencari bahan makanan dan keperluan di kedai.Dia terpaksa bekerja dari rumah kerana tidak boleh ke tempat kerjanya kerana masih PKP fasa 1.Tetapi perlu keluar mencari bahan makanan sebab sebagai manusia normal,tidak boleh menghasilkan makanan sendiri seperti tumbuhan jika berkurung lama di rumah.Setiap minggu pasti dia akan keluar sekali sekala mencari keperluan,itupun dalam masa sesingkat yang mungkin.Dia akan mencari kedai paling tidak sesak sebab mudah dia menyusup dan keluar dengan selamat dan risiko rendah dari dijangkiti dan mengamalkan amalan elakkan 3S.Elak tempat Sempit,Sesak dan Sembang dekat.Perkara ini adalah Norma Baharu ketika era Pandemik Covid-19.Walaupun dia berkurung di rumah,dia mengamalkan senaman dan berjoging setempat di dalam rumah untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan dirinya. 

Angka graf kes Covid-19 dan kes kematian akibat Covid-19 yang terus meningkat disamping ketidakstabilan polemik politik negara membuatkan rakyat gusar dan geram.Percaturan politik juga serta "warna sebenar" dan rencam politik seakan-akan seiring berkembang dengan penyebaran Covid-19.Pengistiharan Proklamasi Darurat pada Januari 2021 juga meredakan sebentar "Demam Gila" Politik ini dan dan usaha memerangi Covid-19 dapat difokuskan dengan pelaksanaan program vaksinasi dipanggil Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang pertama kali secara besar-besaran di era Pandemik kini dalam negara.

Setiap hari,Gori akan mengelap tombol pintu di dalam rumah,pintu peti sejuk dan peti gelombang mikro serta menyembur sanitasi di dalam tandas dan bilik air.Setiap benda yang disentuh akan dilap dengan cecair pembasmi kuman atau cecair Isoropyl larutan alkohol 70% atau 99% atau Nitrogen Peroksida 6%.Dia akan memakai pelitup muka atau topeng gas semasa kerja-kerja sanitasi bagi tidak menghidu larutan pembasmi kuman atau bahan kimia yang akan memudaratkan kesihatan dan paru-parunya.Disental setiap ruang dalam bilik air ibarat menyental "kekotoran" dan "kejijikan" yang berada di situ.

Berita mengenai varian baru virus Covid-19 atau VOC merebak melalui udara menyebabkan paronoid dan ketakutan di kalangan masyarakat.Gori telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak membenarkan sesiapa pelawat datang ke rumah atau memasuki mana-mana kawasan yang kurang pengudaraan seperti lif atau bilik yang sempit jika tiada keperluan,dia akan cuba mengelak.Dia rela turun atau menaiki tangga disamping dapat mengekalkan stamina dan kesihatan tubuh.Jika dia terdesak seperti membawa bekalan yang banyak atau menggunakan troli,dia akan menggunakan lif dengan menekan butang lif dengan menggunakan batang kayu yang akan pakai buang dan dia akan menahan nafas selama mungkin di dalam lif sehingga tiba di tingkat dia menetap walaupun dia sudah memakai dua lapis pelitup muka.Kemudian dia akan menyembur semua barang di suatu sudut di panggil "Zon Kuarantin" yang terletak berhampiran pintu rumah sebelum barang-barang itu dibawa masuk ke dapur,ruang tamu atau bilik di dalam rumah.Itulah prosedur yang wajib dilakukan oleh Gori setiap kali dia membeli di luar atau menerima bungkusan/parcel.Dia juga akan terus mandi dan bajunya akan terus dimasukkan ke dalam suatu bekas baju khas untuk dibasuh.Tangan dicuci dan disental dengan sabun setiap kali pulang dari luar walaupun hanya untuk membuang sampah saja atau menggunakan cecair sanitasi jika hanya menerima bungkusan atau parcel.Setiap hari dilalui oleh Gori dengan penuh waspada dan ketakutannya pada gelombang ketiga penyebaran virus Covid-19 ini masih lagi belum berakhir.Ia seperti "hantu"  yang tidak kelihatan di era pandemik cuma ianya dalam bentuk dan definisi berbeza tetapi ia wujud dan benar.

Setelah berakhirnya Proklamasi Darurat pada Oktober 2021.Terdapat sedikit cahaya di penghujung terowong.Sepanjang hampir dua tahun bergelut dan bertungkus lumus melawan "ribut" dan "taufan" Covid-19 yang seolah-olah tiada penghujung dan dalam kegelapan.Penarikan sedikit demi sedikit Perintah Kawalan Pergerakan dan pemberian dos Vaksin Covid-19 kepada hampir 90% populasi penduduk dewasa di Malaysia akhirnya memberi sedikit harapan baru.Tetapi "ribut" atau ketakutan dan trauma yang dialami masih belum reda lagi.Perubahan fasa dan penarikan sekatan rentas negeri telah memberi nafas lega dan harapan baru kepada warga Malaysia.Tetapi ia masih belum berakhir.Gori masih memikirkan untuk pulang ke kampung halaman.Dia juga sudah mendapat dos kedua vaksin.Baginya vaksin bukan penyembuh atau ubat.Ia tidak menghalang dari mendapat jangkitan virus Covid-19 tetapi ia akan mengurangkan gejala yang lebih teruk jika ada imunasi dan kemasukan ke ICU atau hospital.Masih ada harapan di dalam kegelapan era Pandemik Covid-19.

Gori hanyalah salah seorang insan yang mengharungi era Pandemik Covid-19.Ini adalah cerita dari satu sudut.Ada pelbagai cerita dan pengalaman berbeza dialami setiap orang ketika era Pandemik Covid-19.

Inilah "monumen" di era pandemik.Monumen yang akan meninggalkan kesan mendalam dalam sejarah peradaban manusia dan meng"hantui" bukan saja di negara Malaysia ,tetapi di seluruh pelusuk dunia dan global.Ia muncul ketika manusia terlalu tamak haloba,alpa,bercakaran dan bersengketa antara satu sama lain dan menodai alam ini tanpa memikirkan kesan "dosa" dan "kejahatan" serta "kerosakan" di alam ini akibat sikap manusia.Kemunculan wabak ini masih menghantui manusia ketika ini.Ia datang tanpa diundang,datang membawa malapetaka dan ketakutan yang mempunyai seram tersendiri umpama membersihkan "dunia" buat seketika.

"SAYA ADALAH MONUMEN KEPADA SEMUA DOSA ANDA"

Covid-19 adalah benar.Ia adalah umpama wabak "hantu" di era Pandemik ini.Tiada kelihatan tapi wujud dan nyata.

-cerita tamat-

Nukilan hasil SpartaBatKing117

Sunday 10 October 2021

Seram Bab 7 Kain Baju

Koni suka membasuh baju.Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah sewa.Dia selalu membasuh dan menyidai baju tapi malas melipat baju.Biasa baju-baju yang dibasuh itu diangkat dan dibiarkan bertimbun saja di dalam biliknya.Rakan-rakannya ada menegur supaya dilipat baju-baju itu tapi diabaikan saja oleh Koni.

"Wei,Koni.Kau ini aku tengok rajin basuh baju hampir tiap hari,tapi malas lipat baju." Kata Hilo.

"Nantilah aku lipat,kalau aku rajin"balas Koni sambil menonton televisyen.

"Kau jangan,nanti dalam timbunan baju itu muncul sesuatu kang!Lipas ke,ada kucing menyorok ke atau ada orang dalam itu"balas Riko.

"Hishhhh,mulut kau.Aku sumbat kang dengan stokin."

"Hahaha...tau takut."gelak Riko dan Hilo.

"Dahlah,mari tonton tv nie,cerita menarik!"

Jam menunjukkan hampir 12 tengah malam.

Selepas habis sudah mereka menonton rancangan di televisyen.Koni mula mengantuk dan mula menguap.

"Aku masuk bilik dahulu,esok aku nak kerja shift pagi."kata Koni.

"Awal nak tidur,relaks lah.Malam masih awal lagi"

"Kau esok cuti kan,Riko dan Hilo.Korang teruskan tengok tv.Aku esok pagi mahu kerja.Bye"balas Koni.

"Okay,Bye"lambai Hilo.

Tuppppppp!

Pintu bilik ditutup.Koni membuka kipas syiling.

Krettttt!Krettttt!Krettttt!

Bunyi kipas siling diatas bilik.Mungkin kipas lama yang sudah haus.Ia selalu berbunyi setiap kali dibuka.Baju yang bertimbun itu berada di bakul sebelah katilnya.Baju-baju itu banyak sehingga menimbun keluar dari bakulnya.

Malam itu hari yang tenang.Cuaca agak baik.Tiada tanda-tanda ingin hujan.

Koni baring di atas katilnya.Dia  kemudian teringat kata-kata rakannya.Dia memandang ke arah timbunan kain itu.Matanya hendak terlelap.Dalam dia hendak terlelap,dia ternampak seolah-olah kain itu bergerak-gerak.

Koni tersedar semula.Dia bangun dan memasukkan tangannya dalam timbunan kain itu.Tiada apa-apa.

"Arghhhhh,mimpi je kot.Aku kan mamai tadi,tiada apa-apa pun"kata Koni.

Koni baring semula dan mula lelap.Tapi dia tidur berpaling ke arah lain.

Krohhhhh!Krohhhhh!

Bunyi dengkuran Koni.

Tidak lama kemudian,kain itu bergerak-gerak semula.Di dalam timbunan kain itu muncul sebuah lembaga hitam yang seolah-olah merangkak.Tangannya dilitupi oleh baju-baju buruk dan amat lusuh seperti kain buruk.Ia keluar merayap dari bakul itu dan menuju ke arah belakang Koni.

Koni tengah syok tidur ketika itu.Lembaga itu meraba tangannya ke arah baju itu.

KONIIIII!KONIIII!

Suara lembut dari lembaga itu.Tangannya mula meraba belakang Koni.Satu jarinya menegak dan seperti menulis di belakang baju Koni.Koni masih tidur mati dan tidak sedar.

Lembaga itu mula memegang kaki Koni.Ia mula menggaru kaki Koni.Lama-kelamaan Koni mula bergerak dan terjaga.

"Nyamuk ke tadi?Kenapa rasa macam kena garu tadi?"kata hati Koni.

Koni mula beralih arah posisi.Dia baring menghadap ke timbunan kain itu.Koni tidur semula.Dia berdengkur semula.

Krohhhhh!Krohhhhh!Krohhhhh!!

Tidak lama kemudian.Timbunan kain itu bergerak kembali.Kali ini muncul kedua tangan dari kain itu.Tangan itu menuju ke kaki Koni.Tangan itu memegang erat kedua kaki Koni dan menarik kaki itu.Koni terbangun dan terkejut.Dia ternampak ada dua tangan dari arah timbunan menarik kakinya menuju ke dalam timbunan kain itu.Tangan Koni cepat berpaut pada kepala katil.

Koni cuba melawan tarikan tersebut.Makin lama makin kuat.Seolah-olah seperti disedut dari arah timbunan kain itu.

"TOLONGGGGG!TOLONGGGGGG!!!

Kaki Koni terus ditarik,Koni seperti disedut ke dalam timbunan kain itu.Koni terus pengsan kerana terlalu takut.

"Koni,Koni,bangun,bangun kau sudah mengapa ini?" satu suara kedengaran.Seperti suara rakannya.

"Koni,woi bangun.Kenapa kau tidur dalam bakul ini?peliklah kau ini!" Kata Hilo.

"Haaa,tadi aku seperti ditarik ke dalam timbunan kain ini.Seolah-olah ditarik kuat.Betul aku tidak tipu" Kata Koni.

"Biar betul,tadi aku dan Hilo terdengar kau mengigau dalam tidur.Jadi kita jenguk ke bilik kau.Nasib kau tidak kunci pintu,pastu lihat kau dalam bakul kain".balas Riko.

"Kau mengigau kot.Berjalan masa mengigau."kata Hilo.

"Betul,aku tidak tipu."

Koni bangun dari bakul yang penuh dengan timbunan baju itu.Riko dan Hilo cuba memeriksa dan memunggah kain-kain itu untuk kepastian.Tapi tiada apa-apa.

"Tiada apa-apa pun"

"Ya,mungkin kau mengigau tadi.Nak tidur lain kali baca doa tidur,surah 4 Qul dan ayat kursi.Jangan terus tidur.Lagi satu jangan biar baju bertimbun lama-lama begini.Macam-macam benda boleh masuk.Serangga,haiwan atau "benda" lain." Balas Riko.

"Hmm..Kalau begitu aku tidur di luar ruang tamu malam ini.Tidak jadi tidur di sini."kata Koni.

Sejak peristiwa itu,Koni tidak lagi membiarkan baju-bajunya bertimbun.Dia akan segera melipat baju-baju,kain,seluar,kain tuala,seluar dalam,stokin,atau selimutnya dengan pantas.Tapi dia masih trauma dengan peristiwa itu.Apakah ada dunia atau portal serta apakah lembaga di sebalik "Timbunan Kain " itu.

-tamat-

Nukilan SpartaBatKing117

Thursday 7 October 2021

Seram Bab 6 Bumbung.

Pinopi masuk ke di dalam biliknya.Waktu itu dia baru pulang dari kerja.Ingin berehat.Biliknya terletak di tingkat atas.Dia tinggal bersama keluarganya.Dia naik tangga dan menuju ke arah biliknya.Dibuka tombol pintunya.

Prappppppp!

Bunyi daun pintu terbuka.

Dia memerhatikan sesuatu.

Dilihat salah satu papan atas bumbung di atas biliknya jatuh.Dari atas menampakkan sisi atas bumbung yang gelap dan dan juga kelihatan papan alang kayu serta atap genting di atas.

"Eh,apa ini?Tiba-tiba saja jatuh papan ini dari bumbung?"

Dia mengangkat papan itu.

Prappppp!!

Papan itu patah dan rapuh.Mungkin sudah reput.Bumbung itu masih terbuka dari atas dan agak gelap.

"Aduh,macam mana ini?Tidak boleh jadi macam ini.Baik aku tumpang tidur bilik adik aku."

Disebabkan sudah malam.Jika ingin memanggil orang untuk baiki,hari sudah malam.Hendak beritahu tentang perkata ini pada ibu bapanya,mereka sudah tidur.Jadi malam ini nak tak nak,Pinopi terpaksa tidur di bilik lain kerana dia agak penakut sedikit,lagipun dengan keadaan bumbung terbuka,ia agak tidak selamat.Takut ada binatang atau sesuatu masuk dari bumbung.

Dia pun mula melangkah keluar dari bilik itu.

Tap..tap..tap...tap..tap..

Bunyi dari atas bumbung itu.

Tap...tap..tap...tap...

Bunyi seperti tapak kaki.Mungkin haiwan seperti kucing atau musang berlari-lari di atas bumbung itu.

"Mungkin kucing jiran sebelah ini,panjat bumbung malam-malam ini.Nakal betul nak "bermain-main" atas bumbung ini."kata Pinopi.

Dia ke bilik adiknya,Tarina.Tapi pintunya berkunci.Dia memulas tombol pintu dan mengetuk kayu pintu itu.Tapi tiada jawapan.

Tok...tokkk...tok...tokkk

"Tarina,Tarina....buka pintu ini."

Sudah beberapa kali Pinopi mengetuk pintu bilik adiknya,tapi tiada jawapan.

Ikut hatinya seperti dia mahu ditendang atau dihempuk pintu itu dengan apa-apa yang keras.Tapi pasti ia akan mengundang kemarahan ibu bapanya.

"Tidur mati ke dia ini,hishh"kata Pinopi dengan geram.

"Ahhh..tidur di sofalah malam ini"kata Pinopi.

Dia masuk semula ke dalam biliknya untuk mengambil bantal serta selimut.

Kedengaran bunyi lagi.

Tap...tap...tap...tap...

Pinopi hanya mengabaikan saja.Dia terus ke katilnya.Mengambil bantal dan selimut.Semasa dia menoleh ingin keluar.Jam menunjukkan  hampir pukul 1 pagi.Dia pulang tadi pada pukul 12 malam.Shift dia tamat pada 11 malam kerana dia minggu itu bertugas pada shift petang.Jadi dia memandu pulang.

Sedang dia berjalan.Dia ternampak seperti ada sesuatu lembaga di atas bumbung itu.Dia berpaling dan cuba menoleh kembali.Ia sudah tiada.

"Mungkin perasaan saja malam ini.Bilik Tarina terkunci.Aduh,terpaksa tidur di sofa"

Dia cepat keluar dari biliknya dan pergi ke arah sofa.Meletakkan bantal dan selimut.Dia membuka televisyen untuk menonton agar tidak sunyi.Dia memperlahankan volume di televisyen.Hanya cukup-cukup untuk didengari telinganya.

Pinopi baring seketika.Lama-kelamaan matanya mula layu.Siaran televisyen masih terbuka.Kemudian dia terlelap.

Pinopiiiii!Pinopiiiiii!

Kedengaran suara sayu-sayu memanggil.

Pinopiiii!Pinopiiiiii!

Pinopi terjaga.Dia termangu-mangu.Suara apakah tadi?

"Mungkin suara televisyen.Tiada apa-apa."balas suara dalam hati Pinopi.

Dia baring.Dan terlelap semula.Kerana kepenatan malam itu.Dia tidur lena.Tanpa ada apa-apa gangguan lagi pada malam itu.

Keesokan harinya.

Pinopi memberitahu tentang keadaan bumbung di biliknya kepada ibu bapanya.Dan berharap agar bumbung itu dibaiki secepat mungkin.Tetapi kontraktor yang dihubungi itu berkata mungkin ia akan ambil masa kerana masih sibuk melakukan kerja-kerja renovasi dan perlukan masa untuk alat ganti.Petang itu dia keluar bekerja pada shift petang.Jadi ia melupakan seketika hal itu.

Malam itu,Pinopi pulang lewat kerana ada kerja lebih masa dan pulang pada pukul 2 pagi.Dia seperti biasa masuk semula ke biliknya.Tapi kali ini kelihatan bumbungnya masih tidak dibaiki tapi ditutupi oleh plastik hitam.Mungkin ditampal oleh bapanya atau kontraktor yang datang melihat bumbung itu.

Jadi malam itu,dia ingin tidur di bilik itu.Rasa lebih selamat kerana sudah ditutupi.Dia masuk ke dalam bilik air dan mandi.Dan selepas itu Pinopi bersiap untuk tidur.

Kedengaran bunyi guruh di luar.

Tap....tap...tap...tap..

Bunyi tapak kaki di atas dan bumbung itu bergegar akibat selepas tapak itu.

"Hmm..mungkin kucing lagi."

Plastik hitam itu bergerak-gerak kerana ada tiupan angin.Ia hanya sebagai pelindung sementara saja.

Pinopi menghidupkan penghawa dingin dan mula baring di atas bantal.Lama kelamaan dia mula terlelap.

Pinopiiiii!Pinopiiii!

Suara itu sayup memanggil.

Pinopiiiiii!Pinopiiiiii!

Suara itu makin kuat.

Kreeetttt...kretttttttt!!

Bunyi seperti cakaran.

Pinopi mula bangun dari lenanya.Dia melihat plastik hitam pelapik itu bergoyang kuat ditiup angin.Mungkin hari ingin hujan.Tiba-tiba plastik itu tercabut.

Kelihatan seperti ada tangan yang turun dari atas bumbung itu.Hanya kelihatan tangan.Ia tidak seperti tangan manusia tapi seperti berbulu.Ia memegang tepi papan itu.Pinopi mula menarik selimut.Ia merasa ketakutan yang amat sangat.

Dupppppp!

Bunyi seperti ada sesuatu terjatuh dari atas bumbung itu ke lantai.

Pinopi mula rasa teramat takut.Dia mula membaca beberapa surah Al-Quran yang dihafalnya.Sedang dia membaca,ia terasa seperti ada benda merayap di atas selimutnya.Semakin dibaca,semakin ia merayap-rayap di atas selimut.Ada sesuatu yang memukul-mukul selimut di kepalanya dan cuba ingin seperti menarik selimutnya

"Allahuakbar"jerit sekuat hati Pinopi.

Pinopi pengsan kerana ketakutan.

"Akak,Akak,bangun,bangun..."

Terasa badan Pinopi digoyang kerana dikejutkan oleh adiknya Tarina.

"Haaa,apa yang telah terjadi ini?"

"Ni ha,Bobo kucing jiran sebelah baring sebelah katil kakak,dia jatuh dari atas"

Pinopi melihat Bobo itu.

"Arghhhhhhhhhhhhh"

Pinopi pengsan semula.Dia memang fobia dengan kucing.

Kucing jirannya itu memang agak besar dan gempal.Mungkin ia terpijak plastik itu,lalu terjatuh.

"Hishh.kakak ini,memang penakut kucing!"

Jadi keesokan harinya,Pinopi demam dan terpaksa ambil cuti sakit.Bumbung biliknya dapat dibaiki oleh kontraktor.Tapi disebabkan trauma yang dialaminya itu,Pinopi terpaksa menyuruh adiknya menemaninya di dalam bilik jika dia ingin tidur.Tetapi misteri suara itu belum terungkai.

-tamat-

Nukilan hasil SpartaBatKing117


Tuesday 5 October 2021

Seram Bab 5 Rumah Tinggal Bahagian 2

Ajo,Oba,Trek dan Romi mula mendaki dan berjalan melalui batu-batu sungai.Memijak batu-batu sungai dan berjalan di pinggir sungai itu.

Mereka mula berehat sebentar.Kemudian mereka meneruskan perjalanan semula.Setelah hampir setengah jam akhirnya mereka tiba juga di air terjun itu.Kelihatan ada ramai kelibat manusia yang mandi di situ.

Mereka meletakkan beg sandang mereka.Ajo mencapai botol air untuk diminum.Oba,Trek dan Romi mula merendam kaki mereka.

"Sejukkknya air ini"kata Romi.

Meskipun cuaca panas,tetapi airnya tetap sejuk.Bunyi aliran sungai tetap memberi ketenangan.

Romi mula masuk dalam air secara perlahan-lahan.Oba dan Trek mula berpandangan.Mereka ternampak batu yang tinggi dan melihat ada orang melompat dari batu itu ke dalam sungai.

"Jom,kita cuba dari situ.Baru syok".Kata Trek.Oba hanya mengikut saja.

"Zrusssssssss!Zrusssss!!

Bunyi percikan air apabila dua pelompat dari batu sungai itu masuk dalam air.

Romi melihat aksi itu dan ingin mencuba.Tapi dia hanya berenang-berenang di situ.

"Romi,apa barang main di situ.Tak best la!Sini lagi best.Dalam dan syok mandi sini"kata Oba.

"Biarlah,aku nak "warm up" dahulu.Kejap lagi aku join "Olimpik" di sini nanti.Kau panggil lah si Ajo itu masih di atas sana.Padahal dia yang ajak kita ke sini"balas Romi.

"Eh,tadi aku nampak dia kat sana.Dimana dia?"

"Mungkin dia pergi buang air kot.Nanti dia datang balik,jomlah,mandi dulu"

Zrussssss!Zrusssss!!

Bunyi percikan air lagi.Suasana di situ tetap meriah dengan kehadiran pengunjung yang mandi-manda di situ.Ajo kemudian datang.Dia pun terus melompat masuk ke sungai.Mungkin dia salin bajunya tadi.

"Wooooooooo!!!"jerit Ajo dan terus melompat ke dalam air sungai itu.

Zrusssss!Zrussss!!!

"Syok wei,sudah lama tidak mandi-mandi begini"

Mereka seronok mandi-manda di situ.Setelah beberapa lama kemudian.Langit mula gelap.Cuaca di situ cepat berubah kerana sekarang kerap masuk musim hujan dan berada di kawasan bukit.

Groooommm!!

Kedengaran bunyi guruh.

"Alamak hari macam hendak hujan,macam mana ini?"kata Romi.

Orang ramai sudah mula naik ke atas.Mereka mula bersiap-siap mengemas barang mereka.

"Jom kita mandi lagi,baru lagi kita mandi.Dahlah kita datang dari jauh."kata Oba yang terus berenang dan menyelam di dalam kolam itu.

"Kalau dah mula hujan nanti,baru kita naik"kata Trek.

"Okay,tapi aku nak naik dulu.Takut nanti beg-beg kita basah nanti kalau hujan"kata Romi.

"Jom kita naik,aku rasa tidak sedap hati jika hari hendak hujan.Teringat pesan Orang Asli tadi.Nanti hujan turun,kita perlu cari tempat berteduh"kata Ajo.

"Hmm..betul juga,agak jauh juga kita berjalan tadi,arus air ini makin deras,agak merbahaya kalau terus mandi.Takut air "besar" turun nanti,habis kita nanti" balas Oba.

"Iya,jom kita naik"kata Trek.

Akhirnya mereka semua naik ke tepi sungai dari air singai iti.Hujan mula turun rintik demi rintik.Langit sudah gelap.

Mereka mula mengambil beg masing-masing.Ada yang memakai tuala saja.Terus berjalan mencapai kasut masing-masing.Hujan mula turun semakin lebat.Arus aliran sungai semakin kuat.Jadi mereka perlu jauh dari aliran sungai itu untuk mengelak arus besar atau dikenali sebagai "Kepala Air".

Mereka berjalan di dalam hutan itu.Hujan semakin lebat.Mereka perlu cari sesuatu tempat untiik perlindungan sementara dari hujan.Kelihatan dari situ ada sebuah rumah tinggal.Mereka berlari ke arah rumah itu untuk berteduh.

Mereka menaiki tangga rumah itu.Kemudian cuba menolak pintu itu.Separuh pintu kelihatan terbuka.Mereka masuk ke dalam cepat-cepat untuk mengelak hujan.

Trupppp!Trupppp!Truppppp!!

Bunyi titisan hujan di atas atap zink itu jelas kedengaran.Hujan semakin lebat.Langit kelihatan gelap kerana awan gelap dan suasana hutan itu.Mereka berempat berteduh sementara di rumah itu.

"Nasib ada rumah ini,bolehlah berteduh sekejap.Aku masih pakai kain tuala lagi ini"kata Trek.Pintu rumah itu terbuka.Mereka cuba masuk untuk berlindung sementara.Hujan masih turun dengan lebat.Rumah itu penuh dengan daun-daun kering.Tapi ada setengah tingkap masih terbuka.Terdapat air turun dari bumbung atap zink yang bocor itu.

"Mungkin sudah lama rumah ini terbiar.Seingat aku ketika kecil dahulu.Ada penghuni di sini"kata Ajo.

"Entahlah,kita tumpang sekejap saja rumah ini.Sementara tunggu hujan reda.Ingin ke kereta kita masih jauh,hujan lebat di kawasan hutan ini."kata Romi.

"Okay,kita tunggu hujan reda"kata Trek sambil perhatikan jam menunjukkan hampir pukul 6 petang.Setelah beberapa lama,hujan masih tidak reda.

"Nampaknya hujan masih tidak mahu berhenti,tak kan kita akan duduk di rumah ini sampai malam?"kata Oba.

Hari mulai gelap.Walaupun pukul 6 petang,suasana sudah mula gelap di kawasan hutan itu.

Di satu sudut di dalam rumah itu,kelihatan seperti sesuatu lembaga.Tetapi tidak kelihatan kerana berada dalam gelap.Hanya kelihatan samar-samar.

"Aku rasa tidak sedap hati tentang rumah ini.Macam ada sesuatu."Kata Oba.

"Iya,tadi aku macam perasan sesuatu tadi.Macam ada sesuatu yang perhatikan kita dari tadi dari dalam rumah"kata Romi.

"Wei,Ajo.Kenapa kita tidak nampak orang lain lalu lalang di kawasan ini sejak tadi.Ini jalan lain ke?"kata Oba.

"Entah,aku cuma nampak rumah ini tadi.Cuba nak berlindung sekejap je.Kelam kabut kan tadi!" Kata Ajo.

Oba cuba mencari sesuatu di dalam beg.Dia mencapai lampu suluh.Dan membuka punat pada lampu suluh itu.

"Romi,jom ikut aku"ajak Oba.

Dia cuba menyuluh ke arah kawasan gelap itu.Kelihatan dua bilik di kawasan itu dilitupi langsir yang lusuh dan hampir mereput itu.Dia cuba memberanikan diri memasuki kawasan bilik itu.

"Warghhhhh,lari cepat!" Kata Oba dan Romi yang terus berlari keluar dari rumah itu di dalam hujan.Ajo dan Trek masih di dalam rumah itu.Ajo dan Trek tergamam dan panik.

"Arghhhhhhhhhh"jerit mereka.

Ajo dan Trek terus panik dan terus keluar dari rumah itu.Trek tersadung kakinya di tangga lalu terjatuh.Ajo terus melompat dan berlari terus dengan agak laju.

"Aduhhh!!"jerit Trek.Dia bangun semula.Hujan masih lebat.Bajunya dan seluar sudah basah kuyup.Trek terus berlari dengan terhincut-hincut mengejar jejak rakannya.

Mereka semua terus berlari dan berlari sehingga sampai ke jalan berturap tar.Mereka terus berlari dan menuruni bukit itu.Akhirnya mereka sampai di perkampungan Orang Asli itu.Mereka tercunggap-cunggap di situ.Trek berjalan dengan terhincut-hincut.Ada seorang orang asli itu berkata,

" Mengapa dengan kau semua ini?"

"Owh,kami dari sana lepas mandi sungai,menumpang sekejap tadi sebab hujan lebat."

"Owh,rumah warna hijau itu ke?"

"Ya,"

"Owh,saya tahu.Jom mari sini ke rumah saya.Kamu singgah sebentar,panaskan diri dan berteduh kamu dahulu.Sekarang masih hujan lagi."

Rumah itu agak besar.Orang Asli di situ memerhatikan saja kedatangan mereka

"Apa yang kamu jumpa tadi?"

"Saya nampak seorang perempuan tua mukanya tersangat hodoh dan mengerikan.Kakinya amat tinggi sehingga ke bumbung."kata Oba.

"Itu adalah jelmaan "belaan" bomoh itu"kata salah seorang Orang Asli itu.

"Saya Tok Batin di kampung ini.Menurut cerita lama,rumah hijau itu pernah diduduki oleh Pawang atau bomoh dahulu.Tidak lama kemudian dia telah meninggal dunia.Jadi mungkin "belaan" atau jin yang tinggal di rumah itu.Jalan itu sudah lama tidak dilalui oleh penduduk tempatan mahupun kami Orang Asli juga akan mengelak dari melalui tempat itu.

"Tapi barang dan beg kami masih berada di rumah itu,Tok Batin?"balas Trek yang masih memegang kakinya yang sakit itu.

"Macam ini,kamu boleh tinggal di sini sehingga hujan reda.Nanti sesudah hujan reda,tapi sekarang sudah lewat malam.Kamu berehat saja di sini.Lagipun ada rakan kamu cedera.saya akan minta beberapa orang kampung ini untuk menemani kamu esok untuk mengambil barang kamu.Lagipun kami sudah lama tiada tetamu singgah di sini"kata Tok Batin yang agak berusia itu.

Mereka semua bersetuju dengan cadangan itu.Jadi mereka berehat di rumah Tok Batin pada malam itu.

Keesokan paginya setelah hari ,mereka pergi ke rumah itu bersama beberapa Orang Asli untuk mengambil beg mereka dan Orang Asli itu menghantar mereka sehingga di kereta mereka lalu mereka mengucapkan terima kasih.Orang Asli itu hanya tersenyum saja.

Pengalaman misteri yang dialami mereka berempat tetap masih terbayang-bayang pada fikiran mereka di "Rumah Tinggal" misteri itu.

-tamat-

Nukilan SpartaBatKing117

Seram Bab 5 Rumah Tinggal Bahagian 1

Ada sebuah rumah di perkampungan dalam kawasan bukit di daerah Kampar,Perak.Kawasan itu berdekatan dengan air terjun dan kawasan kampung itu berhampiran perkampungan orang asli.Pelbagai misteri dan mistik berlaku di kampung itu.

Ajo teringin untuk bermandi di air terjun itu bersama rakan-rakannya.Jadi dia pergi menaiki kereta dan memandu dari Kuala Lumpur ke Kampar.Suasana sungai itu sangat jernih dan nyaman.Dari kecil dia selalu mandi sungai itu bersama keluarganya.Cuma kali ini dia pergi bersama rakan-rakannya semasa cuti semester.Perjalanan selama 2 jam menerusi Lebuhraya Utara Selatan dan memasuki susur keluar di Tapah.Sepanjang perjalanan mereka melihat suasana hutan dan kenyamanan udara yang tiada di bandar besar seperti Kuala Lumpur.Akhirnya mereka sampai di Kampar.Kampung itu terletak sebelum pekan Kampar.Setelah sampai di situ.Mereka perlu meletak kenderaan di kaki bukit.Di bawah kaki bukit itu ada taman perumahan.Jadi untuk mendaki melalui kereta amat berisiko sebab faktor jalan yang agak curam dan jalan yang agak sempit untuk kereta.Hanya ada satu laluan,jika kedua kereta bertembung di jalan yang sama maka salah satu kereta perlu mengalah untuk memberi laluan.Jadi Ajo dan 3 orang rakannya terpaksa berjalan kaki dan mendaki ke tempat air terjun itu.

Mereka berempat membawa beg galas masing-masing.Mereka mula berjalan dan mendaki melalui jalan tar.Terdapat banyak rumah kayu dan ada juga rumah batu.Terdapat juga kedai runcit kampung ada di situ.Mereka singgah sebentar untuk melihat dan membeli apa yang patut.Ako membeli gula-gula untuk dihisap serta ais krim pong.Suasana hari itu sungguh panas..Biasanya jika musim hujan.Hujan akan turun selebat-lebat.

Kemudian mereka tiba di persimpangan,ada dua jalan.Satu kekiri jalan tar dan satu ke kanan jalan tanah.

"Ako,jalan mana patut kita ikut ini?Ke kiri atau ke kanan?"Tanya Romi.

"Kalau ke kanan jauh sedikit,tapi kadang-kadang ada kereta lalu.Jadi jalan akan sempit sedikit,jadi kita kena berhenti bagi laluan.Lepas itu akan lalu perkampungan orang asli di sana.Biasa ada anjing di sana.Kena hati-hati sedikit.Tapi ke kanan ini akan lalu rumah kampung,ada jalan singkat lalu tepi sungai dan boleh daki batu-batu sungai untuk naik ke atas sehingga ke air terjun di puncak.Bagaimana?"

"Kalau begitu,kita ikut saja mana-mana yang rasa okay bagi kau Ajo."kata Trek.

"Okay,kita ikut jalan kiri,balik ikut jalan kanan."

"Suka hatilah,kau lagi arif tempat ini.Aku ikut je."balas Romi.

"Baru ada "adventure".Redah sungai dan hutan.Balik kita ikut jalan santai."kata Ajo.

"Mana tahu ada awek cun dalam kampung ini,boleh cuci mata sekali."Kata Oba.

"Haha.Sudah lama aku tidak kemari.Hampir berpuluh tahun sejak atuk aku meninggal.Kampung aku masih di sini.Nenek aku menumpang rumah mak cik dan pak cik aku ikut giliran sejak atuk aku meninggal dunia"kata Ajo.

"Oh ye ke?Mengapa kau tidak beritahu awal-awal?Jom ke rumah atuk kau.Aku ingin melihat rumah itu."kata Oba.

"Rumah itu sudah lama,mungkin sudah dinaiki pokok atau jadi hutan.Sudah lama kan aku tidak datang sini."balas Ajo.

"Ala kita lalu dan lihat saja,sudah alang-alang sampai sini dari KL."kata Romi.

Ajo mengangguk sahaja sambil menhisap cebisan ais dari plastik ais krim pong.

Mereka mengikut sahaja belakang Ajo.Ada beberapa jalan,tapi Ajo memilih satu jalan yang agak bersemak tapi masih boleh dilalui.Mungkin ada penduduk kampung yang rajin menebas.Laluan itu juga adalah jalan singkat menuju ke sungai.Ada rimbunan pokok buluh dan tangga batu di situ.Batu itu agak berlumut walaupun ia adalah simen buatan manusia.

"Hati-hati melangkah.Takut licin."balas Ajo.

Mereka mula mendaki tangga batu itu.Kemudian kelihatan rumah lama di hadapan.Seperti runtuhan lama.Hanya ada cebisan separuh rumah tetapi sudah dlitupi tumbuhan dan penuh.

"Dahulu rumah ini pernah terbakar,mungkin ia pernah jadi pot sarang penagih dadah apabila tahu rumah ini kosong.Dari apa yang aku dengar cerita dahulu"kata Ajo.

Rumah itu dua tingkat,yang terbakar hanya bahagian dapur dan bawah tapi masih ada tingkat atas.Dari struktur adalah memang besar rumah kampung ini.

"Adik-beradik ayah aku dahulu ramai,kalau buat kenduri atau ada majlis.Memang meriah kawasan ini.Tapi setelah atuk aku meninggal.Semua jadi tinggalan dan kenangan.

Keriukkkkk!!!

Bunyi tingkap kayu bergerak dari atas.

Mereka semua melihat.Tapi tiada apa-apa.

Hendak masuk melihat dirasakan amat merbahaya kerana struktur tidak stabil dan dilitupi daun semak yang tebal.

"Mungkin angin saja itu.Jom ayuh kita redah sungai"kata Oba.

Mereka mula beredar.Tetapi semasa mereka beredar.Ajo sempat berpusing melihat belakang ke arah tingkap itu.Seperti ada lembaga hitam memerhatikan mereka.

Ajo terkejut.Dan cuba berpaling dan melihat semula.Tiada lagi lembaga itu.Mungkin ini hanya muslihat mata atau pandangan kabur dari bayangan daun dari matahari.

"Tiada apa-apa"kata hati Ajo.

"Eh,jomlah.Rindu ke kampung halaman kembali?"kata Trek.

"Saja tangkap "mood".Okay jom.Depan sana itu anak sungai.Situ kebun ubi kayu atuk aku dahulu."kata Ajo sambil menaiki tangga batu lain di tepi.Ada laluan dan kelihatan ada batu bulat sungai.

Srusssssss!srusssssss!!

Bunyi arus sungai kedengaran.

Ada batu yang amat besar disitu.Berbentuk seperti pelbagai rupa.Ada yang bulat.Ada yang berbentuk seperti haiwan seperti gajah.Ada juga berbentuk seperti orang.

"Dahulu arwah atuk aku kata ada "Sang Gelembai" di sini.Bila ia tegur,orang atau haiwan yang ditegur itu akan bertukar jadi batu.Inilah "dia" batu-batu itu."

"Arghhh.Mengarutlah cerita itu.Pasti sudah ramai orang kampung ini sudah jadi batu jika betul ada Sang Gelembai."

"Hahahaha"ketawa Ajo.

"Sumpah kau jadi batu"kata Trek.

Ajo,Romi dan Oba menjadi statik seakan-akan batu.Seakan-akan tidak bergerak.

"Hahahahaha" gelak mereka semua.

Kelihatan dua lembaga di atas batu besar itu.Masih bertenggek.Mereka tidak pasti kerana lembaga itu betul-betul di belakang sinaran matahari.Sinaran matahari terik dan betul di atas saliran sungai dari arah puncak air terjun itu.

"Apa itu?" Kata Oba.

"Eh,tiba-tiba aja.Terkejut aku."kata Romi.

"Jangan tegur.Tidak pasti apa itu.Aku rasa tidak sedap hati sejak lalu rumah tadi lagi."kata Trek.

"Entah.Tapi siang hari buta ini.Mana ada "hantu" la."kata Romi.

Lembaga itu melambai-lambai ke arah mereka.

"Owh.Orang asli." Kata Ajo sambil melambai-lambai kepada mereka semula.Trek,Oba dan Romi pun melambai pada mereka sambil berjalan pada mereka dan juga tersenyum.Mereka tunduk dan terangguk ke arah dua Orang Asli itu sebagai tanda hormat apabila melalui "kawasan" mereka.

"Hati-hati ya.Takut ada haiwan liar di sini dan jika dengar hari ingin hujan atau dengar bunyi guruh cepat-cepat naik,takut "Kepala Air " turun dan makan korban"kata Orang Asli itu.

"Baik,terima kasih" balas Oba sambil tersenyum.Mereka semua anguk-anguk dengan pesanan itu.Mereka meneruskan perjalanan menyelusuri anak sungai itu dengan berhati-hati.

Cerita akan bersambung di Part 2.

Air adalah sumber kehidupan tapi bukan milik kita sahaja.Ia adalah milik semua termasuk penghuni misteri dan alam ghaib.

Nukilan hasil SpartaBatKing117.

Seram Bab 4 Kabus

Rew malam itu terpaksa bertugas lebih masa di Pasaraya JJ (nama lama) di Seremban 2 kerana ada hari jualan "Sale" pada hari tersebut.Setiap bulan pasti ada satu hari jualan di pasaraya tersebut.Rew biasannya akan pulang ke rumahnya di Kuarters KLIA pada pukul 11 atau 12 malam selepas menutup semua akaun di bahagian tempat dia bekerja.Jadi hari itu dia akan lewat pulang.Mungkin pulang pada pukul 1 atau paling lewat pukul 2 sampai ke rumah.

Sedang Rew selesai dan pergi ke lokar mengambil barang dari lokar pekerja.Rew mengambil beg dan helmet motosikalnya.Dia menuju ke ruang letak kenderaan.Suasana di luar seperti baru lepas hujan.Jalan raya kelihatan basah dan sejuk.Rew terus membuka begnya yang ada jaket.Pasti sejuk malam ini.Perjalanan ke rumahnya pasti mengambil masa yang lama sebab keadaan jalan yang basah,malam dan faktor berhampiran dengan ladang kelapa sawit.Rew perlu berhati-hati dan tidak mahu menunggang seperti "Ace Pilot" pada kebiasaannya pada siang hari atau hari cerah.Malam ini pasti dia menjadi mode "malam" iaitu "Slow dan Safe" berikutan jalan basah dan cuaca sejuk.

Rew memasukkan kunci motor pada soketnya dan memusing kunci itu pada ON.

Kekuciii!! Kekuciiiiiii!!!

"Eh,time sejuk ini,tak mahu start lagi.Aduh,biasa begini,cuba lagi"

Rew memusing lagi kunci.

Kekuciiiiiiii!! Kekuciiiiiii!

Vrommmmm!! Vrommmmm!!

"Ha,baru dapat start.Kalau tak,mahu tidak dapat balik rumah.Hmmm."

Rew memanaskan enjin dan memulas tempat minyak.Rew kemudian duduk dan memulakan rentak.Dia menyarung helmetnya dan earphone di telinga memasang lagu kegemarannya kerana tidak mahu sunyi sepanjang perjalanan itu.Dia menutup visor helmetnya.

Gooooo!

Rew menunggang motosikal 100cc melalui kawasan bukit di kawasan Sendayan.Suasana di situ agak sunyi.Mula-mula ada lampu jalan kemudian memasuki sesuatu lorong dalam terowong.Selepas itu kawasan itu menjadi gelap,tiada lampu jalan.Rew terus menunggang sambil mendengar lagu.

""Ohhh baby,i love your way,everyday yeah yeah

Owhhh baby,i love your way,everyday

Shadow grow so long before my eyes

And they're moving across the page

Suddenly the day turn into the night

Far away,from the city

But don't,oh no,hesitate

'Cause your love just won't wait(Hey yeah,yeah)""

Lagu Big Mountain itu bergenang di telinga Rew.Rew merentasi taman perumahan Senawang dan berhenti pada lampu isyarat simpang empat.Kiri ke Kampung Jimah,terus ke Pusat Kitar Semula dan ke kanan menuju Labu.Rew terus menunggang ke arah kanan Labu.Jalan di situ agak gelap,tiada lampu jalan.Kenderaan di situ hanya satu atau dua kenderaan saja.Malam begini memang tiada atau kurang kenderaan.Suasana menjadi sejuk.

Sekali sekala ada serangga hinggap pada visor helmet Rew.Mingkin pancaran lampu motosikal menarik perhatian serangga selepas waktu hujan.Rew hanya buat biasa saja.Tidak perlu mengelabah teruk.Hanya serangga saja.

Suasana sejuk,kedengaran bunyi katak dan cengkerik di kawasan bukit.Sedang Rew membawa dengan tenang merentasi perkampungan Sendayan dan menuju ke simpang tiga.Rew terus membelok kiri.Kawasan itu agak terang dengan lampu jalan kerana ada taman perumahan Gadong Jaya.Tiba-tiba anjing di tepi jalan menyalak kuat ke arah Rew.

Gongggggg!Gongggggg!

Mungkin terkejut kerana jalan itu agak sunyi.Rew terus memulas minyak bagi memecut motosikalnya.Mode "Ace Pilot" bermula.Anjing itu terkejut dan amat marah.Cuba ingin mengejar Rew. 

Vrommmm!Vrommmmm!!

"Nak kejar ya,amik asap ini.Makan asap lah"

Motosikal Rew memecut meninggal jauh anjing-anjing itu.Melalui ladang kelapa sawit yang panjang,Seperti tiada penghujung.Lampu jalan hanya satu dua saja.Kabus mula menyusul.Entah dari mana.

Rew mula memperlahankan kelajuan motosikalnya sebab permandangan yang terhad akibat kabus.Dia membuka lampu tinggi dan meneruskan perjalanan.Sedang dia meredah kabus itu,motosikalnya mula terasa berat.Semakin dipulas minyak,semakin berat.

"Eh,motor ini buat hal la pulak"

Tiba-tiba Rew macam ternampak sesuatu di tingkap sisi di motosikalnya.Macam ada sesuatu di belakangnya.Rew rasa seram sejuk teramat sangat dan mula meremang.Tapi Rew kena maintain cool sebab jika dia mengelabah atau panik.Amat bahaya.Lagi ketika ini,di "hutan" kelapa sawit yang gelap,berkabus dan sejuk.

"Kalau nak tumpang,tumpang sajalah.Kalau tidak,sila pergi dari sini." Kata Rew.Entah dari mana datang keberanian untuk berkata begitu.Suasana masih berkabus.Seperti suasana di Cameroon Highland,di Negeri Pahang tapi ini adalah di Negeri Sembilan.

Setelah hampir sampai Felda L.B.J atau dikenali sebagai Labu Johnson sempena ladang yang pernah dilawati oleh Presiden Amerika Syarikat pada era 60an di Malaysia.Motosikal Rew mula terasa ringan dan terasa laju semula.Tapi suasana kabus itu masih ada.Mungkin "penumpang" tadi sudah sampai destinasinya.Entah mengapa malam itu tiada langsung kenderaan lain.Biasa kalau ada satu atau dua,akan rasa selamat.Mungkin akan ikut rapat-rapat dari menunggang solo dan sunyi.

Rew masih lagi perlu merentas Kampung Jijan.Makna destinasi rumahnya semakin dekat.Tetapi semasa dia melalui suatu tempat,ada perhentian bas,terdapat seorang perempuan duduk di atas kerusi seorang diri.Rew mula rasa sangsi dan pada waktu begini,tiada sesiapa menunggu bas waktu ini,lagi-lagi perempuan.Sedang dia hendak hampir,perempuan itu terus terbang ke pokok dan mengilai.Tiada lampu hanya cahaya langit samar-samar.

Hiiiiiiiii!Hihihihiiiiii!!

Apa lagi hendak difikirkan,lantas Rew memecut motosikalnya selaju mungkin.Tidak kisah lagi apa yang ada.Dia terus memecut.Apakah lagi ada lembaga,adakah itu Pontianak?Mungkinkah muzik menarik perhatian "Baby" di sepanjang perjalanan.

Rew pulang ke rumah dan demam 2 hari.

ANTARA Kegelapan dan Cahaya adalah kabur dan samar-samar.

Nukilan SpartaBatKing117.

Seram Bab 3 Ping Pong,Biskut,Tangki Air dan Keranda Bahagian 4

Mereka masih lagi mencari Lehman dan Ango.

"Ango,Ango,dimana kamu?"

Lehmannnnn!Lehmannnnn! Dimana kamu?"

"Kali terakhir saya nampak dia berlari ke arah hutan belukar itu cikgu,"kata Loba.

"Okay,kita berpecah,beberapa orang pelajar ikut saya cari Ango.Kamu Asti bawa beberapa pelajar pergi cari Lehman."

Mereka berpecah untuk misi "mencari dan menyelamat".Cikgu Airel,Loba dan beberapa pelajar itu meredah belukar dan membawa lampu suluh dan batang kayu.Asti pula bersama beberapa pelajar lagi  mencari sekitar blok sekolah.Kayu itu sebagai senjata menghadapi haiwan atau menghalau monyet-monyet itu.

Usaha memcari tetap diteruskan.Monyet-monyet itu sudah senyap.Berkumpul di atas tangki air dan hanya memerhatikan saja.

Lehmannn!Lehmannnn!!

Asti melalui kawasan tangga.Mangga pada pintu grill di tangga itu masih berkunci.Tidak mungkin Lehman mungkin boleh berada di tingkat atas.Semua sudah berkunci petang tadi.

"Rasa tidak mungkin Lehman berada di atas dengan pintu masih berkunci,Abang Asti"kata seorang pelajar itu.

"Ya,betul.Saya rasa begitu.Ayuh kita cari lagi sekitar kawasan ini."balas Asti.

Tok....tok....tok...

Bunyi dari tingkat atas.

"Eh..bunyi apa itu"kata seorang pelajar.

"Bunyi kayu diketuk kan.Macam bunyi dari bengkel KHB diatas.Bunyi ketukan kayu."

"Tok....tok....tok...."

"Eh..Yelah.Abang Asti.Bunyi dari atas.Ada dengar tak?

"Jom,kita periksa di atas.Biar saya buka kunci itu."

Selepas mangga itu dibuka.Asti menarik pintu grill itu.Mereka menaiki tangga dan berjalan ke arah bengkel KHB di tingkat satu itu.Asti membuka suis lampu untuk menyalakan lampu.Biasa lampu hanya dinyalakan di tingkat bawah saja jika waktu malam.Tetapi malam ini entah mengapa lampu tidak dinyalakan.Mungkin sesiapa shift petang terlupa untuk menyalakan.Asti bermula hanya pada shift malam.

Tok...tok...tok....

Bunyi itu masih kedengaran.

Pintu bilik KHB terkunci.Asti cuba mencari kunci bilik KHB tetapi kunci itu masih di bilik pejabat.Tapi bunyi itu hilang dan senyap seketika.Tiba-tiba angin bertiup kencang.Suasana menjadi sejuk tiba-tiba.Dari jauh kelihatan sebuah papan keranda putih.Keranda itu kemudian seakan terapung menyelusuri koridor.Lampu berkelip-kelip.Beberapa pelajar yang melihat kejadian itu mula menjerit bagaikan histeria.Asti mula meremang dan dia cuba bertahan.Sepanjang dia bertugas di sekolah itu,inilah kali pertama dia mengalami perasaan ngeri dan seram.Misteri bunyi itu adalah dari keranda itu.Teramat seram.

"Allahuakbar....allahuakbar"

Keranda itu kemudian berhenti di situ.Ada pelajar yang sudah lari ketakutan,ada yang pengsan dan histeria.

Asti cuba beranikan diri.Dia cuba merapati ke keranda itu.Keranda itu adalah dari surau.Biasanya mereka adakan latihan memandikan mayat atau belajar cara-cara pengurusan mayat.Asti kemudian mengangkat penutup keranda itu.Dengan penuh keberanian sebagai anggota pengawal keselamatan sekolah.Terlihat sekujur tubuh.Ia adalah Lehman.

Keesokan harinya.Para cikgu dan para pelajar telah memanggil ustaz untuk memagar dan membaca doa untuk pendinding di kawasan sekitar asrama dan sekolah serta bacaan Yasin beramai-ramai.Ango telah dijumpai malam tadi.Dia mengalami terseliuh di kaki akibat tersadung akar kayu dan jatuh pengsan,mujur dijumpai oleh Cikgu Airel.Kesemua pelajar yang histeria itu diberi air semangat dan bacaan doa.

Mangho,Ziku,Ango,Tigo,Lehman,Loba dan pasukan bola sepak terpaksa melupakan hasrat untuk mara di pertandingan bola sepak sekolah peringkat daerah kerana kecederaan dan trauma dari insiden itu.

Misteri keranda terbang dan pelbagai lagi peristiwa seram itu masih berlaku.Dilihat dahulu sekitar asrama dan sekolah.Ia masih misteri.Kecuali monyet-monyet itu.Ia adalah NYATA bukan MISTERI.

-tamat-

Ada Cahaya,berselang seli berganti kegelapan.

Nukilan hasil SpartaBatKing117.


Sunday 3 October 2021

Seram Bab 3 Ping Pong,Biskut,Tangki Air dan Keranda Bahagian 3.

Lehman tersadung dan terjatuh.Suasana ketika itu sungguh gelap.Kelibat Loba tidak tahu dimana.Bunyi gemaan tadi sudah hilang.Tapi Lehman tidak tahu hendak ke mana.Dia bingkas bangun.Apakah tadi?

"Adakah itu monyet?Yang aku terkejut beruk pergi lari dari situ sudah mengapa.Semua salah mereka sebab panik habis dengan aku sekali terjangkit "panic attack".

Biasa memang ada segerombolan monyet datang dari hutan sebelah yang selalu membuat kacau di dalam sekolah untuk mencari makanan.

"Mungkin itu monyet.Memang monyet.Kan aku sudah cakap,bau tadi memang ada sebab ada loji kumbahan berdekatan sekolah atau bau itu datang dari monyet itu yang mungkin"mandi" dalam kolam itu atau memanjat dan buat kacau di tangki air "kata Lehman bagi menyedapkan hatinya tentang "teori"nya.

Tiba-tiba kedengaran suara orang menyanyi mendayu-dayu.Sayup dan makin lama makin dekat.

"Siapa nombor 1,angkat tangan?"

Lehman terpikir-pikir.Suara itu mirip perempuan.Semakin lama semakin dekat.

"Siapa nombor 2,angkat tangan?"

Lehman tergamam kaku.Tapi suasana masih gelap tapi masih boleh nampak kerana malam itu cerah sedikit tanpa awan di langit.Suara itu semakin kedengaran di dalam kelas.

"Siapa nombor tiga,angkat tangan?"

"Siapa nombor empat,angkat tangan?"

"Siapa nombor lima,angkat tangan?"

Lehman sudah mula panik.Suara itu semakin dekat dan dekat.Kali ini tidak dapat dipastikan apakah ini.Sebab tadi "teori" monyet mungkin betul dan ada kaitan dan berkait dengan bekalan air.Tapi "suara" ini di luar jangkauan akal dan logik.

"Siapa nombor enam,angkat tangan?"

"Siapa nombor tujuh,angkat tangan?"

Dan "Siapa nombor lapan,angkat tangan?"

Dan semakin dekat suara itu.

Lehman sudah mula percaya bahawa ada sesuatu di luar akal logik.Terasa ingin menangis tapi kaki dia tiba-tiba jadi kaku.Suara itu sudah semakin dekat.Sekejap kedengaran dari dalam kelas,sekejap dengar di tangga dan semakin dekat.

"Siapa nombor lapan,ANGKAT TANGANNNNN!!!"

Suara itu menjadi garau.

"SIAPA NOMBOR LAPAN,ANGKAT TANGANNN DAN LIHAT BELAKANG!!!!!

Sekujur tubuh yang tinggi,berbaju kurung putih tetapi tiada tangan.Mukanya hanya nampak separuh kerana ditutupi oleh rambut yang panjang.Matanya memandang tepat kepada Lehman.Bau seperti haruman bunga seribu malam menusuk hidung dan kemudian angin bertiup mengerbangkan rambutnya dan menampakkan sisi seluruh mukanya yang sangat menakutkan.

Nombor lapan adalah nombor jersi Lehman.Jadi mungkin itulah yang dimaksudkan lembaga putih itu.Lehman jatuh longlai bagai ternampak sesuatu yang amat menakutkan.

Loba berlari ke rumah Warden.Dan mengetuk pintu.Warden dan pengawal keselamatan mencari Lehman,Tigo serta Ango.Hanya kelibat Tigo saja kelihatan,terbaring lesu dan pengsan.Lehman dan Ango masih tidak kelihatan.Pencarian masih diteruskan.

Salakan anjing masih kelihatan.Kelihatan juga segerombolan monyet yang mungkin terganggu dengan kehadiran anjing.

NGUEKKKKK! NGUEKKKK!

Segerombolan monyet-monyet itu bising dan melompat-lompat di keliling tangki air dan blok sekolah itu.Memanjat sana sini.Memasuki ruang-ruang kelas.Lebih beratus ekor monyet di situ.

Anjing itu masih menyalak lagi.

Aungggggg! Aungggggg!!

Warden,para pelajar dan pengawal keselamatan masih lagi mencari tapi faktor beratus-ratus monyet itu masih lagi berada di situ menyukarkan lagi misi mencari Lehman dan Ango.Tigo telah dipapah dan dibawa ke asrama.

"Memang selalu monyet-monyet ini datang,tapi selalu pada waktu malam.Siang jarang ada.Kadang-kadang monyet-monyet itu bermain di kawasan tangki itu.Sebab itu saya pesan pada kamu semua supaya berhati-hati ketika melalui kawasan ini,sebab saya risau perkara ini akan berlaku"kata warden itu.

"Ya,betul.Lebih baik berhadapan dengan sesuatu tidak nyata seperti hantu dari berhadapan bahaya benda yang nyata seperti ular,harimau atau monyet-monyet ini.Dengan doa dan bacaan surah,pasti hantu akan pergi.Tapi monyet-monyet atau benda nyata ini perlu ditangani bukan hanya dengan doa saja tapi dengan akal.Pengalaman saya sebagai jaga di sini"balas seorang pengawal keselamatan asrama itu.

Pencarian masih diteruskan.Dimana gerangan Ango dan Lehman?

Cerita akan bersambung di Part 4.

Ada Cahaya,berselang seli berganti kegelapan.

Nukilan hasil SpartaBatKing117.

Saturday 2 October 2021

Seram Bab 3 Ping Pong,Biskut,Tangki Air dan Keranda Bahagian 2

Ketiadaan Ziku dan Mangho pada latihan bolasepak petang keesokan hari itu mengusarkan Tigo selaku Kapten pasukan bolasepak sekolah itu.

"Mungkin mereka masih trauma dan terkejut dengan peristiwa malam tadi kot,dengar sampai demam hari ini" kata Lehman,selaku penyerang dalam pasukan mereka.

"Ya,mungkin juga.Nasib ada pemain gantian.Tapi bolehlah.Pemain handalan kita "cedera" dan demam,nasib kau ada Lehman.,balas Ango.

Permainan petang itu diteruskan sebab latihan fizikal dan kekuatan mental diperlukan dalam menghadapi pertarungan dalam pertandingan akan datang.Lehman merupakan tonggak utama dalam pasukan itu menyarung jersi bernombor 8 selain dari Ziku.Mangho merupakan pemain pertahanan.

Petang itu permainan tamat awal.Mereka kemudian selesai mengemas dan duduk beramai-ramai di bawah pokok di tepi padang.Kemudian mereka beransur bersurai sehingga tinggal 4 pemain saja di pokok itu.

"Aku nak tanya,semalam mengapa si Mangho dan Ziku terjerit-jerit dari tingkat atas.Aku dari tingkat 2 pun dengar jeritan itu.Pelik betul" Kata Lehman.

"Entahlah,nak tahu ada sesiapa dari tingkat atas kat sini sama dorm dengan Mangho dan Ziku?tanya Loba,seorang lagi pemain di pasukan itu.

"Tiada rasanya,lain semua dorm berlainan.Hmm..hanya dengan cerita saja."kata Ango.

"Tapi semalam Mangho ada terjumpa bola ping pong merah lepas itu dia kutip simpan.Dekat blok stor sukan itu.Lepas itu kami dengar macam orang main ping pong semalam."kata Ango.

"Oh,kau ada dengar cerita lama tak tentang kisah pemain ping pong dahulu dari cerita senior lama?"kata Loba.

"Ceritalah,aku pun tidak tahu cerita itu"kata Lehman.

"Dengar cerita dia dahulu terjatuh dari tingkat paling atas masa main ping pong dengan kawan dia di koridor semasa ingin kejar bola.Lalu meninggal dunia di tempat kejadian dan bola ping pong itu menjadi merah sebab terkena darah pelajar itu."

Muka Ango,Lehman,Tigo menjadi pucat dan terkejut seketika.

"Jadi bola semalam itu,ishhhh..dah meremang aku ini!"balas Ango

"Itulah,kalau terjumpa sesuatu,jangan terus ambil.Mana tahu ada "pemilik",Lagipun kisah pelajar itu sudah lama,tidak ingat tahun berapa."kata Loba lagi.

"Mungkin kebetulan saja,entah bola ping pong itu budak seni yang warnakan.Lagipun stor sukan dengan kelas seni sebelah-menyebelah saja.Mengarut saja cerita itu"kata Lehman.

"Oh yeke,jadi cerita malam tadi ada kaitan dengan bola ping pong yang dikutip Mangho.Lagipun tempat ini "keras".Sudah banyak cerita.Dahulu sini adalah kawasan tempat peperangan dan orang kena pancung era penjajahan Jepun dahulu."

"Hmm..makin lama makin seriau lak aku.Jomlah,kita balik asrama"balas Tigo.

"Aduh,kau Tigo jangan jadi penakut!"balas Lehman.

"Jap,kau nak tahu tak tempat paling keras di sini?"kata Loba.

"Tue."Jari loba menghala ke tangki air yang terletak di antara asrama dan rumah warden.

"Sebab itu kalau air tiada,aku malas meredah ke situ nak ke blok sekolah."kata Loba.

"Okay,bagus informasi yang diberikan kamu.Tapi itu hanya cerita.Mengarutlah.Aku tidak percaya.Jadi kau nak kata situasi air yang terputus bekalan air sebab ada "hantu " yang tutup air di asrama dari atas tangki air lah.Bagus "teori" ini."balas Lehman.

"Baik,kalau kau tidak percaya,jom malam ini kita buat edisi siasat.Kita ramai-ramai pergi situ.Kalau nak jumpa pun,biar beramai-ramai nampak,baru puas hati"balas Loba yang tidak puas hati dengan ego Lehman.

"Baik,aku okay je.set malam ini.Kau pun Tigo dan Ango pun kena ikut juga"

Tigo dan Ango berpandang sesama mereka.

"Jangan kata takut,kita berempat malam ini"

"Okay"kata Ango.

"Aku ikut je,jadi apa-apa ini idea kau ye Lehman dan Loba."

"Baik,set pukul 12 malam.Jumpa di blok D sekolah.Dekat pondok kedua gazebo.

Mereka beredar dari situ menuju ke asrama.

Setelah malam menjelang.Jam dinding berdetik hampir 10 minit kepada detik 12 malam.Pelajar mula dengan aktiviti masing-masing.Kerana esok masuk hari Sabtu.Tiada hari persekolahan tapi minggu ini pelajar asrama tidak dibenarkan balik ke rumah keluarga masing-masing.

Kelibat dua orang sudah berada di pondok gazebo itu.Kelihatan Loba dan Lehman sudah tiba awal.Mungkin mereka agak bersemangat dan tidak mudah takut.Loba mempunyai susuk yang agak tinggi dan agak sasa manakala Lehman agak kurus sedikit,seperti jejaka tampan yang berkeyakinan tinggi.

"Lama betul tunggu dorang ini?Entah-entah tak jadi datang." Kata Lehman.

"Ha,tu pun mereka."kata Loba sambil melihat jam tangan menunjukkan pukul 12.05 minit.

"Maaf,lambat sedikit.Tengok "line clear" tadi dan lepas itu tunggu Ango bersiap tadi,pergi tandas nak kencing siap-siap."kata Tigo.

"Lah,awal buang air,belum lagi masuk fasa "kritikal" lagi.Bagus,segera bertindak ikut situasi.Nasib air ada malam ini"kata Lehman.

"Buang apa yang patut dahulu.Nanti air tiada,susah kang.Korang yang nak jadi penyiasat detektif "krisis" air kan malam ini"balas Ango.

Loba hanya tersengih saja.

Aunggggggg!!Aungggggggggggggggg!!!

Bunyi salakan anjing.Salakan itu bukan seperti biasa.Ianya panjang dan bersahut-sahutan panjang.

"Wei,kau ada dengar tak anjing menyalak?"kata Ango.

"Ada,biasalah itu..Biarlah,kita berempat.Tiada apa-apa."balas Loba.

"Aku rasa tidak sedap hati ini,baik batalkan misi ini"balas Tigo.

"Jomlah"kata Lehman.

Mereka berempat berjalan merentas blok D itu.Melalui tapak semaian dan bengkel sekolah.Makin lama salakan itu makin kuat dan sayup menjadi perlahan.Kemudian hilang.

"Kan dah tiada,sekejap saja"kata Lehman.

Ketongggggg!Ketonggg!

Bunyi dari arah bengkel sekolah.

"BUNYI APA ITU?"

"Tapi bengkel kan gelap.Mustahil ada orang.

Ketonggggg!Ketongggggg.

"Bukan bunyi dari bengkel rasanya.Itu macam bunyi batang paip kan.Macam diketuk."

Ketongggg!Ketonggggg!

Bunyi itu berpindah dan bergema.

Kemudian bunyi itu semakin dekat dan dekat.Mereka berempat terhenti seketika.

Ketongggggg!Ketonggg!Ketonngggggg!

Dan semakin dekat.Tiba-tiba ada tiupan angin dan membawa haruman bau semerbak bunga Seribu Malam dan kemudian bau busuk pula menyusul seperti bau kumbahan.

"Bau apa ini?Kejap wangi,kejap bau macam tahi"kata Lehman.

"Jangan ditegur!"balas Loba.

Makin lama makin dekat.Dan kemudian bunyi itu sampai dekat dan hampir kepada mereka dan terhenti.

KETONNGGGGGGGGGGGG!!

Gegaran terakhir amat kuat.Disusuli bau busuk .Masing-masing terdiam seribu bahasa.Ango sudah ingin melangkah kemana saja,seperti harimau bintang yang ingin memecut tapi bukan untuk memburu tapi melarikan diri.Lehman dan Loba melihat keliling tapi tiada apa-apa.Pelik tapi bau amat busuk.Tigo kemudian menoleh keatas dan melihat sesuatu yang bertenggek di tepi dinding blok D itu.Dia mula mengigil dan makhluk itu seperti berpaut pada dinding seperti monyet besar.

"TUE...TUE....ATAS TUE.."

"Masyaallah."

"Lari!!!!!

Ango sudah lari dahulu tanpa melihat lembaga itu.Dia sudah memulakan langkah awal tapi disebabkan panik dan takut.Dia lari tanpa arah tujuan menuju ke hutan belukar di dalam kawasan sekolah.

Lembaga itu mengetuk paip di tangki air atas bangunan itu.

ketongggggg!ketongggggg!!

Lembaga itu bergoyang.

Tigo terlalu takut dan mula pengsan.Dia jatuh terjelepok ke tanah.

Lehman dan Loba melarikan diri meredah blok D tapi suasana terlalu gelap.Hanya melangkah dan melangkah dalam kegelapan.Apabila kepanikan tahap tinggi melanda.Mereka tidak tahu ke mana mereka menuju.Tapi bunyi gemaan batang paip itu semakin mengejar mereka seperti ada banyak dan mengelilingi mereka.Adakah itu monyet atau makhluk alam ghaib?

Cerita akan bersambung pada Part 3.

Ada Cahaya,berselang seli berganti kegelapan.

Nukilan hasil SpartaBatKing117.

Seram Bab 3 Ping Pong,Biskut,Tangki Air dan Keranda Bahagian 1

Di suatu petang,Tigo,Ango dan Ziku baru selesai habis bermain perlawanan bola sepak di padang sekolah.Mereka berehat sebentar di tepi padang di bawah sepohon pokok.Rakan-rakan sepasukan yang lain semua sudah pulang ke asrama masing-masing.Langit masih lagi berwarna oren kemerahan menanda waktu hampir senja.

"Aduh,hari ini bersungguh-sungguh kita berlatih bermain,tidak lama lagi Liga Sukan Pertandingan Bola Sepak Daerah akan bermula"kata Tigo selaku ketua dan kapten pasukan.

"Ya,harap pasukan kita akan mara lagi jauh lagi berbanding tahun lepas."kata Ziku.

"Hmm..bergantung juga pada siapa lawan pasukan kita dan semangat tinggi pasukan kita.Jangan cepat hancur macam dahulu.Kau harapan kami selain Lehman sebagai penyerang utama"balas Tigo. 

"Ya,harap begitu.Mara kalau boleh tapi lawan tetap lawan walaupun ingin kalah.Adat pertandingan."kata Ango lagi.

"Wei,hang lepak lama bawah pokok itu mengapa.Dah nak senja.Kang kena sampuk kamu bertiga kang."kata Mangho,seorang lagi rakan mereka yang lalu disitu.Mangho memang terkenal dengan mulut celupar dan tiada "insurans" apabila berkata-kata.

"Hish.kau ini,jagalah mulut kamu.Tempat ini keras tau."balas Ziku.

"Nah,jurulatih suruh kemas barang dan letak barang semua dalam bilik loker sukan dan ini kuncinya"balas Mangho.

"Kau pun tolong lah sekali.Kita orang pun penat."

Puk...

Ziku menepuk muka Mangho.

"Eh apa kau buat ini?"

"Nyamuk lah,nampak ada darah ini"

"Oh..ingat hang mau tampar aku"

"Kau ingat aku suka-suka nak tampar orang,hahaha"kata Ziku.

"Manalah tahu hang tidak suka aku,hahaha"Mangho tersengih.

"Jomlah,cepat kita hantar barang dan kemas.Nyamuk pun sudah mula aktif."

Mereka mengangkat semua barang dan mula berjalan ke hujung blok bangunan stor sukan.

"Mengapa jaga tidak nyalakan lampu di sini.Selalu begini.Lampu rosak ke?Tiap kali lalu petang saja mesti gelap kawasan ini."

Mereka terlihat sebiji bola ping pong berwarna merah di atas tepi koridor itu.

"Bola ini pelik,biasa bola ping pong berwarna putih atau oren.Ini merah nyala terang."kata Mangho.

"Alah,ada lah orang warnakan bola itu.Kelab seni kan atas blok ini.Tidak mustahil lah."kata Tigo.

"Mungkin betul tekaan kau"

"Jom,cepat siap cepat boleh berehat dan mandi,lambat malam ini,makan biskut lah,lauk malam ini sedap tau.Ada info maklumat bocor dari mak cik kantin" kata Mangho.

Tup..tup...tupp..tupp..

Bunyi hentakan ping pong di lantai dari tingkat atas.

"Kau dengar tak bunyi itu?"Tanya Mangho pada rakan-rakannya.

"Ya,tapi siapa yang main ping pong senja-senja begini.Gelap kan tingkat atas tiada orang?"

"Kau jangan macam-macam,ada kot orang atas tue."kata Ziku.

"Okay,sudah.Jom kunci bilik ini" kata Tigo.

Tup..tupp..tupp..tup..tuppppp..tuppp

Lantunan bola itu makin laju dan kemudian senyap.

"Aku simpan bola ini,Cantik gak warna dia,unik"kata Mangho.

Mereka berempat kemudian beredar dan menuju ke blok asrama.Suasana beransur malam.Kegelapan menyusul menghilangkan cahaya yang telah lenyap.

Pada pukul 11 setengah malam.Mereka telah selesai makan malam,solat dan mengulangkaji pelajaran.Ada juga yang masih membasuh baju.

Mangho dan Ziku tinggal di tingkat 3.Tigo dan Ango di tingkat 2.Mangho malam itu ingin membasuh baju tapi air tiada blok asrama pada malam itu.Jadi sumber air adalah di blok sekolah.Asal dapat rendam baju pun cukuplah malam ini.

Hendak tak nak Mangho terpaksa meredah kawasan blok sekolah.Dia cuba mengajak Ziku tapi Ziku ingin mengulangkaji.Jadi Mangho pergi seorang membawa baldi dan harap ada air.

Mangho berjalan meredah sebaris pokok pisang ditanam ditepi jalan sebaris kiri dan kanan laluan itu.Semak di bawah pokok itu bergegar.

"Kus,semangat mungkin binatang atau kucing dalam semak itu"kata Mango menyedapkan diri.

Mangho berjalan menuju blok stor sukan itu.Sedang dia berjalan melintasi kawasan gelap yang dikatakan petang tadi itu.Kedengaran di belakangnya bunyi lantunan bola ping pong.Dari arah stor sukan.

Tup....

Mangho melangkah lagi setapak.

Tupp..tupp..

Bunyi itu mengikuti langkah tapak Mangho.Laungan lantunan itu memecah kesunyian dan ia bergema.

"Prank apa ini?Ada kawan yang nak mengusik ya?Hang nak pedajal orang ye"

Kemudian ada bau wangi seperti bau dari pokok seribu malam.Pokok itu ada ditanam di kawasan sekolah dan kadang-kadang akan berbau wangi jika malam atau cuaca sejuk.

Mangho melangkah lagi.Bunyi lantunan itu tetap mengikuti langkah tapak Mangho.Mangho pusing di belakang.Tiada kelihatan kelibat bola di lantai.

"TIDAK BOLEH JADI INI"

DUPP....DUPPP....DUPPP.

Mangho mula cemas dan berdebar.Rasa dia mula ingin patah balik semula dan tidak jadi dengan misinya membasuh baju.

Sedang dia toleh dan melangkah.Kedengaran bola itu mengikuti langkahnya.Mangho merasa tidak sedap hati dan ingin mulakan larian pantas menuju ke asrama.Sepantas yang mungkin.Baldi itu diletakkan saja.Hilang baldi tidak mengapa,hilang semangat tiada gunanya.Seluruh kudrat digunakan untuk menyelamatkan sisa-sisa semangat yang masih melekat di badan ini yang dihakis oleh aura keseraman tahap tinggi.

Dia melangkah berlari dan lantunan bola itu mengikuti langkah Mangho.

Tup...tup..tuppp..tuppppp...tuppppp..tupppp

Kelihatan bola ping pong itu mengejar Mangho.Mangho sempat menoleh dan membuat larian zig zag.Bola itu terbang dan meluru ke pokok pisang tadi dan meletup serta mengeluarkan asap.Sekujur tubuh perempuan berkain putih muncul dari dalam semak.

"Allahumabarikkana...."ayat yang sempat diucap oleh Mangho.

Mangho sempat melihat lembaga menyeramkan itu dan terus pengsan.Tidak lama kemudian,Mangho dijumpai oleh pengawal keselamatan dan warden asrama.Mangho kemudian tersedar dan hanya terdiam apabila ditanya warden dan rakan-rakannya.

Malam itu Mangho tidur di atas dan Ziku tidur di bawah.Kepala katil mereka memang menghadap tingkap.Malam itu sedang mereka tidur.Tingkap itu terbuka perlahan-lahan.

Strettttrrt..streetttttt...

Tingkap kaca itu terbuka.Sekujur tangan muncul dari tingkap itu.Kulit tangan itu kelihatan pucat dan berkuku panjang.Tangan itu menjadi panjang dan menghala ke muka Mangho.Sebelah tangan cuba membuka mulut Mangho dan sebelah tangan lagi memegang biskut.Mangho tersedar dan hantu yang menyeramkan dari tingkap itu menyuap biskut ke mulut Mangho.Ziku terbangun tapi apabila ternampak sekujur tangan yang menyeramkan amat panjang itu lalu dia menjerit sekuat hati ala histeria.Hantu itu kemudian hilang.Semua pelajar di dorm itu terbangun melihat Ziku dan Mangho dalam ketakutan.Kesan biskut masih ada di mulut Mangho.

Warden datang dan ustaz telah dijemput untuk meredakan keadaan dan membaca surah pendinding.Ziku dan Mangho diberi air yang dibaca ayat Al-Quran.Ango dan Tigo memerhati saja dari jauh.

"Pelik,petang tadi mereka okay saja,sekarang sudah histeria."kata Ango kepada Tigo.

"Ya,misteri juga"

"Mungkin mereka terlepas kata-kata tadi.Lagipun tempat ini memang keras bak kata senior-senior dahulu"

Keesokan hari bola ping pong merah itu hilang dari simpanan Mangho.

Ceria akan bersambung pada Part 2.

Ada Cahaya,berselang seli berganti kegelapan.

Nukilan hasil SpartaBatKing117.


Seram Bab 2 Katil,Pohon Kekabu dan Jamban Part 3

Malam itu masih lagi hujan turun di luar.Siaran di televisyen masih berbunyi.

Titttttttttttttt

Waktu itu Dafue dan Afique masih lagi baring di ruang tamu.Ketika itu masih hujan dan sudah lewat malam.Mereka terpaksa bermalam di rumah itu.

Tik..tik..tik..tik..

Jam dinding berdetik.

Chappp..Chappp...

Bunyi cicak di dinding.

Dafue kemudian terlelap.Afique masih lagi berjaga dengan memerhatikan keliling.Suasana menjadi dingin ditambah faktor hujan masih lagi turun dan angin kuat melalui celah dinding kayu di berek polis itu.Walaupun ada jaring nyamuk tapi angin masih boleh melalui ruang itu.

Bau ubat nyamuk bakar lingkaran itu terasa kuat di ruang tamu itu.Asap dia semakin berkepul-kepul.Namun tiba-tiba bau ubat nyamuk itu seperti beransur-ansur bertukar menjadi bau kemenyan.

"Eh,ini bau apa ini?Ah..sudah pelik bau ini."

Kata hati Afique yang pelik dengan bau itu.Afique melihat Dafue sedang lena diulit mimpi seolah-olah macam tiada apa-apa berlaku.

Tiba-tiba kedengaran tapak kasut di luar berjalan di ruang anjung di luar.

Ketup...ketap..kutup..ketap

Bunyi itu kedengaran berjalan dari arah rumah jirannya ke arah rumahnya.Tapi bunyi tapak kasut itu tidak berhenti di hadapan pintu tapi terus menerus ke dinding blok dan terus senyap.Biasanya apabila ada orang melalui hadapan rumah akan ada bayang-bayang kerana ada cahaya lampu kalimantang di koridor berek polis itu pada waktu malam dan cahaya lampu jalan masih menerangi jika lampu itu terbakar.Dan masih lagi boleh dilihat di ruang papan kayu itu walaupun ia condong 45 darjah.Tetapi tiada kelihatan bayang langsung.

"Ya Allah,apakah ini?Afique terus meremang.

Tup..Tup..tup..tup.

Bunyi itu datang kembali.Bunyi seperti sepatu pegawai polis.Rumahnya terletak di hujung.Hanya ibu bapa Afique saja yang akan datang jika pulang ke rumah tetapi mereka sedang bekerja.Mustahil orang akan berjalan ulang-alik lagi-lagi di depan koridor kerana sudah lewat malam.Bunyi itu kembali lagi dan kali ini lebih kuat lagi.Kemudian bunyi itu seolah berlari dan terus ke arah dinding.Disusuli  bunyi dahan pokok Kekabu itu bergegar melanggar dinding blok itu.

Afique teringin rasa ingin pengsan dan hampir terkumat kamit tidak tahu apa ingin dibaca.Perasaan teramat takut dan panik.Ingin berak dan kencing pun terpaksa dilupakan kerana insiden tadi.Ditambah lagi suasana baru ini.Dafue tetap selamat tidur diulit mimpi.

Bunyi pintu di dapur belakang seperti bergegar.Mungkin kerana angin masih kuat di luar.

Afique mula menarik selimut tapi terlihat kelibat lintasan menuju ke bilik Afique yang berada di hadapannya dari ruang tamu itu.Televisyen masih berbunyi.

Tittttttttttttttttt....tapi makin lama makin nyaring dan tidak seperti biasa.Menjadi lebih kuat.

Afique terus menekan butang tutup di televisyen tapi televisyen itu seperti tidak mahu tertutup.

Tup..tupp

"Ah..apa ini.Tidak mahu tutup" 

Dengan tidak dapat fikir lagi,Afique terus mencabut plug dari televisyen itu.

Chupppppp..

Cahaya televisyen itu menjadi kecil dan titik cahaya itu hilang.

"Tapi apakah di dalam bilik itu?"

Kruttttt...krutttttt..

Bunyi besi katil besi 2 tingkat di bilik Afique mula berbunyi.Seolah-olah seperti ada seseorang baring di tingkat atas katil itu.Pintu bilik itu terbuka setengah tapi dari dalam memang gelap.Afique teringat tadi dia memang sudah hidupkan semua lampu di bilik tapi pelik mengapa biliknya terpadam.

Bunyi itu makin kuat.

Krutttttt...kruiittttt...kruittt...krutttttttt

Macam ada sesuatu yang melompat-lompat di atas katil itu.Tangan Afique mula mengejut dan mengoyangkan Dafue.Tapi Dafue masih tidur mati.

'DAFUE,DAFUE...BANGUN,BANGUNLAH!

Jerit Afique yang mula menangis tidak tahu ingin buat apa dalam situasi ini.Dia mula membaca surah yang dihafalnya tapi disebabkan dia teramat takut.Otaknya tidak mampu lagi berfikir waras.Tahap ketakutan dia sudah pasti jika skala 0 hingga 10 sudah melebihi tahap maksimum melebihi 20.

"Allahumabarikkana..."

Hanya itu saja Afiqiu teringat.

Bunyi keriut itu makin kuat dan kemudian hilang.Dafue masih lagi tidur.Kali ini Afique mula menarik selimut.Sedang dia menarik selimut,dia cuba melihat biliknya.Kali ini adalah paling kritikal.Dan kali ini dia ternampak sesuatu di atas tingkat atas,sepasang cahaya mata berwarna kuning muncul dan menoleh kepalanya ke arah Afique.Merenung tepat.Dia seolah-olah merangkak dari atas,postur badan dia amat pelik dengan kepalanya tidak berambut,badannya umpama cicak dan kemudian dia merangkak ke atas syiling tingkat atas dan menjulur kepalanya dari atas pintu itu dan menonjolkan susuk kepalanya yang teramat hodoh itu.Lebih kepada rupa toyol berbadan cicak.

"Allahu....."

Afique terus pengsan di situ dan terbaring di tepi Dafue.

Keesokan harinya,Dafue dan Afique dikejutkan oleh ibu dan ayah Afique yang pulang kerja.Afique masih lagi trauma dan setelah beberapa hari baru Afique bersuara dan menceritakan segalanya setelah berubat dan diberi pulih semangat oleh ustaz dan imam surau.Begitu juga Dafue.

Penduduk berek polis secara beramai-ramai itu bergotong-royong menebang pokok kekabu itu.Selepas itu tiada lagi peristiwa menyeramkan lagi berlaku.Sudah banyak juga peristiwa seram sejak pohon itu ada.Tetapi masih ada lagi misteri lain di situ.Tandas itu juga sudah dibaiki.Tetapi keluarga Afique sudah berpindah ke rumah lain di berek polis lain.

-Tamat-

Ada Cahaya,pasti ada kegelapan.

Nukilan hasil SpartaBatKing117.

Misteri lain itu akan diceritakan akan datang.

Friday 1 October 2021

Seram Bab 2 Katil,Pohon Kekabu dan Jamban Bahagian 2

Setelah selesai "hajat" tadi.Dafue cepat-cepat ingin balik selepas insiden tadi.

"Wei,aku tidak boleh terima gurauan tadi.Afique.Aku hendak balik ke rumah aku"

Afique cepat berlari ke arah Dafue dan menarik tangannya.

"Janganlah balik.Aku takut ini."

"Arghh,kau tadi bergurau kasar.Ketap ketup tutup lampu dan tutup pintu sampai aku hampir membuang berterabur dalam gelap dan hampir kaki aku ingin masuk ke dalam lubang jamban.Aku nak balik."

"Bukan aku lah yang tutup lampu dan pintu tadi.Aku tengah sembang dengan mak aku dalam telefon tadi.Tapi aku ada dengar kau menjerit tadi dan terdengar pintu tertutup kuat.Tadi angin kuat di luar.Lepas itu aku pergi sana"

Dafue tetap juga ingin balik.Afique menarik seluar Dafue sehingga ingin terlondeh seluar itu ke kepala lututnya.

"TOLONGLAH DAFUE,TIDUR SINI,TEMAN AKU"

Afique menangis dengan teruk sampai menarik dengan bersungguh-sungguh seolah-olah tidak mahu Dafue balik.

"Eh,kenapa dengan kau ini Afique.Sampai menangis ini.Tadi masa di jamban tadi kau melihat aku hampir bogel,aku malu"

"Tidak,bukan kerana itu.Aku tadi ternampak sesuatu di belakang kau⁸ sebelum aku petik suis lampu."

"HA,KAU NAMPAK APA AFIQUE?"

"LEMBAGA HITAM BERBULU,MATA MERAH DAN BERTANDUK SEBELUM LAMPU TERBUKA TADI,LEPAS ITU HILANG"

Dafue dan Afique merasa meremang dan terdiam seketika.Jam ketika itu hampir pukul 11 malam.Kedua muka mereka terlalu pucat dan agak ketakutan.

"Dafue,malam ini aku tidur di rumah kau.Aku takut nak tidur di sini.Esok aku nak beritahu bapa aku suruh pindah dari sini"

"Jom,aku dah rasa seram semacam"

Tanpa membuang masa,terus mereka mencapai kunci dan keluar menyarung selipar.Tapi angin diluar meniup kencang seolah-olah hendak hujan.Rumah Dafue agak jauh juga dari situ.

Pokok kekabu itu juga boleh dilihat di anjung beranda luar rumah tepi berek polis itu.Pokok itu seolah-olah melambai ditiup angin.

"Macam mana ini,Nak hujan,mana sempat sampai rumah.Nak naik basikal pun bahaya"

Grooommm!Grooommmm!

Bunyi guruh dari langit kedengaran.

"Ah,macam mana ini?

Hujan turun dengan lebat sehingga mereka tidak sempat lalu terus masuk kembali ke rumah.

Mereka terus membuka lampu seluruh rumah dan menutup pintu dapur.Terang benderang seluruh rumah.Mereka juga membuka siaran televisyen dengan kuat untuk memecah kesunyian.Mereka duduk di depan.Pada pukul hampir satu pagi,skrin di televisyen mengeluarkan siaran bulat dan penuh warna warni.Era 90an siaran televisyen tamat selepas berdendang lagu Negaraku.

Titttttttttttttt!

Bunyi siaran televisyen tamat.Hujan masih turun dengan lebat.Jiran sebelah mungkin sudah tidur.

Cerita akan bersambung di Part 3.

Ada Cahaya,pasti ada kegelapan.

Seram Komedi.

Nukilan hasil SpartaBatKing117.

Seram Bab 2 Katil,Pohon Kekabu dan Jamban Bahagian 1.

Afique ketika itu keseorangan di rumah.Ayahnya seorang anggota polis dan ibunya seorang jururawat.Malam itu kedua ibu bapanya bekerja.Jadi Afique terpaksa tinggal seorang.Malam itu Afique akan kunci pintu rumah dan makan makanan yang dimasak ibunya petang itu sebelum dia pergi bekerja pada waktu giliran malam minggu itu.Hendak atau tidak,Afique terpaksa beranikan diri.Ibunya ada berpesan jika ada apa-apa,cepat hubungi mereka atau jiran terdekat supaya mereka akan memberi bantuan.Ibunya juga berpesan pada jiran sebelah supaya tengok-tengokkan anaknya jika masing-masing bekerja malam.

Malam itu Afique meminta Dafue menemaninya malam itu.Dafue sebaya dengan Afique tapi bersekolah lain.Tapi mereka memang rapat.Malam itu Afique dan Dafue duduk di ruang tamu.Malam itu Dafue dan Afique banyak makan makanan ringan sambil menonton televisyen.Suasana ketika  itu tenang.

Tiba-tiba telefon berdering di meja.Dafue angkat gagang telefon itu.Tertera perkataan Telekom Malaysia di badan telefon itu.

"Hello,"

"Hello,ini mak cik ke,?Nak bercakap dengan Afique ke?

"Ha,ya Dafue.Terima kasih temankan anak mak cik.Afique itu penakut sedikit.Lagipun dia anak tunggal.Nasib esok hari Sabtu,cuti sekolah bermula minggu depan.Sudah makan?Makanlah masakan mak cik tadi.Mak cik memang masak lebih tadi"

"Terima kasih mak cik,saya sudah makan tadi.Sedap.Tapi mak cik,saya rasa sakit perut pulak.Nak pergi tandas sekejap."

"Oh okay,panggil Afique,mak cik nak cakap dengan dia sedikit"

"Okay"

"Afiqueee,cepat.Mak kau nak bercakap dengan kau,aku letak sini dulu.Aku nak pergi berak sekejap.Cepatlah wei!

Dafue terus berlari ke belakang rumah.Tandas di berek polis berada di belakang.Kedudukan tandas itu berada di hujung bangunan.Sebab rumah Afique memang berada di hujung blok.Di sebelah dinding tingkat itu ada sepohon pokok Kekabu yang ada tali terjurai-jurai ke bawah.Biasa kadang-kadang di waktu petang,mereka akan main tarik tali-tali itu.Walaupun kadang-kadang ditegah oleh ibu bapa masing-masing.Cerita taboo mengatakan pokok itu ada "Penunggu".

Waktu itu Dafue ingin petik suis lampu mentol di bilik air tapi lampu tidak menyala.Jadi Dafue terus hidupkan lampu dapur sebab lampu tandas tidak menyala.Lalu dibuka pintu kayu itu.

Kretttttttt!!

Bunyi engsel pintu itu kedengaran.Pintu itu ada lubang pada kayu di bawah.Kayunya mungkin digigit tikus.Jadi jika Dafue menutup pintu itu,masih ada cahaya luar masuk menerusi lubang di pintu tandas itu.

Di belakang dinding tandas itu ada lubang juga.Tapi ada kesan tampalan papan kayu pada dinding tandas itu dan hasil kesan gigitan tikus.Lubang itu kelihatan dalam dan jika disuluh lampu suluh seperti gelap tiada penghujung.Jamban itu jenis cangkung dan agak tinggi dua anak tangga.Walaupun cahaya lampu menembusi pintu ia tidak menyeluruh.Cahaya hanya sampai pada anak tangga pertama.

Dafue tidak memikirkan semua itu.Hanya itu saja tandas di rumah itu.Keadaan sudah kritikal.Buang dahulu,fikir kemudian paling sesuai tanpa perlu fikir banyak-banyak.

Sedang ketika sedang membuang dan membuka kepala pili air.Lampu dapur tiba-tiba tertutup.Menjadi gelap.

"Afiqueeeee,jangan main lampu woi.Gelap ini!!!!

Tapi tiada jawapan.

"Afiqueeee,cepatlah buka lampu woi.."

Angin ketika itu tiba-tiba jadi kencang.Terdengar bunyi daun-daun pokok kekabu itu bergemersik dan bunyi bidai plastik yang menutupi belakang dapur seperti mengembang bagai bunyi layar kapal ditiup angin.

Tup!Tup!

Pintu jamban itu tiba-tiba bergerak dan tertutup.Tiba-tiba gelap gelita seketika.Dafue mula panik dan terasa takut.

Diraba-raba keliling dalam tandas itu sebab terlalu gelap.Bau busuk sudah dilupakan.Hanya ada naluri ingin hidup dari kegelapan.

Dafue ingin menangis dan berteriak.Tiba-tiba muncul sesuatu lembaga di depan pintu.Terus membuka pintu.Iampu mentol di tandas terus menyala terang.

Dafue melihat Afique berada di hadapan.Tapi muka Afique kelihatan agak terkejut dan pucat.

"Wei,Afique,jangan main tutup lampu dan pintu."

Afique agak tergamam sebentar dan kemudian pergi tanpa berkata apa-apa satu ayat pun.

Mungkin kerana keadaan bau di tempat kejadian atau situasi yang tidak sepatutnya "dilihat".Jadi dia beredar dengan segera.

Cerita akan bersambung di Part 2.

Seram Komedi.

Ada Cahaya,pasti ada Kegelapan.

Nukilan hasil SpartaBatKing117.

Seram Bab 1 Misteri Ketukan,Cakaran atau Pukulan di pintu kaca?

Ketika malam berlalu,angin menderu laju melalui ruang antara celahan tingkap dan pintu kaca.Bunyi deruan angin bagaikan suara seperti manusia berkata tapi tiada ayat yang menyerupai bahasa yang difahami manusia.

Zrommmm!!Zrommmm!!....

Semakin lama semakin nyaring bunyi itu.

"Ah,bunyi angin saja.Abaikan saja.Tapi luar biasa malam ini,angin ribut hendak hujan rasanya"kata hati Aurelius yang sedang mengulangkaji buku di atas mejanya.Waktu jam ketika itu hampir 12.30 malam.

Dom,dom!!

Bunyi gegaran pintu kaca ditiup angin.Aurelius terus bangun dan pergi ke pintu kaca.Dia menarik langsir di pintu kaca itu.Melihat angin di luar.Pokok-pokok di luar pintu itu bergoyang-goyang kencang seperti melambai-lambai di samping hujan turun membasahi bumi.Kelihatan sedikit cahaya lampu jalanan menyinari hujan.Lantas Aurelius melihat hanya angin saja yang "mengetuk" pintu kaca ,lalu dia mengetatkan lagi kunci di pintu untuk keselamatan dan menutupi semula langsir di pintu kaca.

Suasana sejuk malam itu membuat Aurelius ingin tidur awal.Tetapi dia duduk semula di meja dan membaca semula.Hanya tinggal sebulan lagi peperiksaan akan tiba.Sambil itu dia melihat kepada sangkar Hamster di tepi meja itu.Hamster itu diberi nama Char dan Amuro.Biasanya hamster itu akan aktif dan membuat bising di malam hari dan akan bermain roda di sangkar itu.Tetapi ketika itu masing-masing sedang tidur.Tindakan hamster itu biasanya akan memecah kesunyian ketika malam.


"Ah,mungkin mereka kurang aktif ketika sejuk"kata dalam hati Aerelius.

Dom!Dom!!Zrommmm!!Zrommm!

Sentakan kuat pintu kaca itu masih kedengaran.Angin masih kuat meniup di celah-celah pintu dan tingkap.Tetapi Aurelius hanya abaikan saja.Sebab dia berada di tingkat 5,tiada siapa yang mahu memanjat naik ke beranda ketika ini.Musim hujan dan ribut kuat.Hanya orang gila saja yang ingin buat "prank" gila macam ini.

"Hmm."

Aurelius bangun dan pergi ke pintu kaca lagi untuk kepastian.Dia menarik langsir.Suasana di luar menjadi gelap.Lampu jalan tadi menjadi padam.Jadi tidak nampak suasana di luar.Cuma ada sedikit cahaya menampakkan pokok bergoyang-goyang.Mata Aurelius yang bermata empat itu ternampak seolah-olah ada satu benda di pokok itu.Gelap dan bergoyang-goyang.

"Ah,mungkin dahan gelap saja itu"Aurelius lantas menutup semula langsir di pintu kaca itu.

Aurelius kemudian duduk semula.Kemudian dia berasa tidak sedap hati.Ingin melihat semula rasanya dia tidak seberani itu.Lagipun angin luar masih kuat dan sejuk.

Lantas dia menutup buku yang dibaca itu.Dan mula baring di katilnya.

Dom!Dom!!!

Sentakan itu makin kuat.Kedengaran bunyi guruh.

Dommmmm!! 

Menambahkan lagi sentakan dan gegaran di pintu kaca itu.Aurelius hanya menarik selimut dan baring.Ketika itu tiada lagi gadget atau telepon pintar ketika era terkini sebab ini adalah era 90an.

Hanya ada radio di tepi.Ingin buka radio takut petir akan merosakkan radio.Jadi hanya dibiarkan saja.Pasti jika bukan tiada petir,pasti akan dibuka untuk memecahkan kesunyian.Hamster pun sudah tidur.

Aurelius masih berbaring-baring.Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi.Dia cuba berbaring.Tapi kelihatan kilat masih sabung-menyabung.Kilauan kilat itu kelihatan di sebalik langsir itu walaupun langsir itu agak tebal dan tidak nampak apa-apa di sebalik tabir langsir.Tapi kelihatan seperti bayang sesuatu.

"Ah,Sudah!Mungkin bayang pokok di luar."Kata Aurelius untuk menyedapkan hati.

Dia kemudian mengambil komik di tepi katil.Lalu dibacanya agar mudah mengantuk.Hanya deruan kipas dipasang menghembus.

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi.Aurelius mula menguap dan mengantuk.Angin di luar kelihatan reda dan tiada lagi bunyi sentakan di pintu kaca.

Lalu Aurelius mula menutup lampu.Hamster ketika itu mula bangun dan membuat bising.

"Ha,dah nak tidur baru korang nak bangun.Bagus korang ini"

Ketommm!Ketommm!!

Bunyi roda berpusing.Char dan Amuro bergiat aktif.Aurelius mula baring dan membiarkan sahaja hamster itu bermain dan membuat bising.Dia sudah biasa dan faham keletah hamster-hamsternya itu.

Auerilius mula terlelap.

Tidak lama kemudian,kedengaran bunyi sesuatu.

Trumpp!Streeeeettttttttttt!

Bunyi seperti dari arah pintu kaca di luar.Makin lama makin kuat bunyi itu.Bunyi itu seperti bunyi seretan di kaca.Makin lama makin nyaring bunyi itu.

Sretttttt!Stretttttt!!

Aurelius mula menarik selimut.Hamster tidak berbunyi lagi.Hendak bangun terasa amat takut.Tidak dapat dipastikan tapi bunyi itu seperti seretan kuku.

Kemudian Aurelius berfikir.Mungkin kucing jiran di sebelah rumahnya yang ingin masuk apabila terbau bau hamster.Deria bau ketika sejuk lepas hujan mungkin kuat.Kata hati Aurelius lagi untuk mententeramkan dirinya.

"Ah,mungkin kucing jiran kot"

Streeeettttt!Strettttttt!

Bunyi itu makin kuat.Tapi bukan di bawah,tapi bawah ke atas.

Aurelius berfikir sebentar.Tidak mungkin secara logik di akal kucing boleh cakar dari bawah sampai ke atas pintu kaca itu.

"Ahh.Sudah."

Aurelius mula menarik selimut dan berada dalam ketakutan.Apabila "Kelogikan akal" bertemu "Misteri" dan menghasilkan sesuatu peristiwa dipanggil Paranormal.Manusia akan merasa ketakutan.Jika skala 0 hingga 10 ketakutan itu,ia sudah melepasi lebih tahap 10.

Streeetttt!Srettttt!

Aurelius mula membaca surah-surah yang dihafalnya,tetapi dia mula mengelabah teruk ,ketakutan dan panik.Habis berterabur bacaan surah-surah Al-Quran oleh Aurelius.Apabila terlalu takut dan panik.Maka diri mula tidak mampu berfikir waras.Di dalam ketakutan itu,Aurelius pengsan.

Di dalam mimpi,Aurelius berada di beranda rumahnya di tingkat 5.Rumahnya rumah pangsapuri 15 tingkat.Beranda rumahnya berhadapan dengan kaki bukit di belakang rumahnya yang merupakan tempat joging,kelihatan seorang perempuan berambut kusut dengan kain luntur berwarna putih pudar dan pucat.Perempuan itu menyeringai giginya.

Aurelius bertakbir.Allahuakbar!Hanya itu saja ingatan di fikiran.Sekuat hatinya.

Aurelius tersedar pagi itu.Dikejut abangnya yang terdengar suara adiknya itu.

"Aurelius,kenapa dengan kamu ini?Along dengar kamu mengigau.Nasib kamu tidak kunci bilik pintu kamu."

Allahuakbar.Alhamdulillah.Kata hati Aurelius.

"Oh,tadi mungkin mimpi pelik kot.Biasa malam jumaat ini."

"Itulah,sebelum tidur baik baca dulu doa.Jangan terus tidur.Malam tadi hujan lebat dan angin ribut.Abang tidak boleh tidur,nasib esok cuti semester lagi,tiba-tiba dengar kamu macam menjerit"

Aurelius melihat jam.Sudah masuk pukul 6.00 pagi.

"Nanti saya cerita pada Along tentang mimpi tadi"

"Dah,kamu bangun dan pergi mandi.Lepas itu pergi solat.Hari ini jumaat,sekolah hari terakhir.Hamster kamu ini pun sudah bangun awal.

Aurelius masih lagi berfikir.Adakah peristiwa tadi dan mimpi itu saling berkait.Semua terasa benar.Adakah ia benar?

-Tamat-

Ada Cahaya,pasti ada Kegelapan.

Nukilan hasil SpartaBatKing117.